Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15+ Tempat Best & Aktiviti Di Pulau Tinggi Johor

Pulau Tinggi merupakan salah satu kepulauan di Malaysia yang paling tidak dibangunkan dengan persekitaran yang menawan dan keindahan yang memegunkan. Pulau yang terpencil ini merupakan tempat yang terbaik untuk melepaskan diri daripada dunia yang sibuk untuk menyegarkan diri. Pulau utama bersaiz besar dan terdapat lapan kepulauan kecil yang mengelilinginya, pulau ini menjanjikan percutian dalam kesunyian, ketenangan dan keindahan alam semula jadi.

Pulau Tinggi merupakan salah satu daripada banyak kepulauan tropika menawan yang mengisi perairan Pantai Timur Johor.  Pantai berpasir putihnya yang dikelilingi oleh perairan biru yang menawan menjadikannya syurga yang terbaik bagi mereka yang ingin menenangkan diri daripada dunia yang serba sibuk.

Taman Marin Pulau Tinggi Johor terdiri daripada perairan yang mengelilingi 13 pulau termasuk Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Goal, Pulau Besar, Pulau Tengah, Pulau Hujong, Pulau Rawa, Pulau Tinggi, Pulau Mentinggi, Pulau Sibu, Pulau Sibu Hujung, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.

Pulau Tinggi Johor juga terkenal dengan kisah legendanya. Masyarakat tempatan percaya bahawa wira legenda Melayu, Hang Tuah, pernah menjadikan Pulau Tinggi sebagai salah satu perhentiannya dalam pengembaraannya. Adalah dipercayai juga bahawa rohnya masih menjaga pulau ini sehingga sekarang.

​Pulau Tinggi terletak kira-kira 40 minit melalui perjalanan bot laju dri Jeti Tanjung Leman, Johor, dan ia merupakan sebuah pulau yang tidak mungkin anda terlepas pandang apabila anda keluar ke perairan Taman Marin Sultan Iskandar, Johor.


5 Tempat Yang Mesti Dilawati Di Pulau Tinggi

1. Gunung Semundu (Mount Semundu)

Gunung Semundu (Mount Semundu)

Pandang pertama pulau ini ialah sebuah gunung berbentuk kon yang memuncak ke awan setinggi 2,000 kaki atau 600m di atas paras laut. Ketika zaman dahulu, pedagang China memanggilnya “Pulau Topi Jeneral”. Pendakian yang mencabar dan mengujakan ini mengambil masa 3 jam untuk mencapai puncak Gunung Semundu. Sejurus selepas anda tiba di puncak gunung, nikmati pemandangan Pulau Tinggi dan juga kepulauan-kepulauan sekelilingnya yang mengagumkan. Anda akan mendapati bahawa segala usaha dan keringat yang dicurahkan tidak akan sia-sia di sini


2. Air Terjun Pulau Tinggi

Air Terjun Pulau Tinggi

Terdapat sebuah laluan ke air terjun dengan sebuah lagun indah yang tersembunyi di hutan hujan tropika. Kakitangan resort akan membimbing anda dalam perjalanan 45 minit ini. Selepas perjalaan kaki selama 15 minit dari Resort TAd Marine, anda akan menjumpai air terjun yang menawan ini.


3. Muzium & Pusat Penetasan Telur Penyu (Turtle Hatchery) Pulau Tinggi

Muzium & Pusat Penetasan Telur Penyu (Turtle Hatchery) Pulau Tinggi

Terdapat sebuah muzium kecil yang memberikan maklumat yang berguna tentang fungsinya di Pusat Penetasan Telur Penyu dan juga peranannya dalam memulihara dan melindungi ekologi alam sekitar dan habitat-habitat di sekelilingnya. Pusat Penetasan Telur Penyu merupakan sebuah tempat di mana telur penyu dikumpul. Selepas telur menetas, anak-anak penyu akan dikembalikan ke dalam laut. Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana telur penyu ditetas di Pulau Tinggi.


4. Hutan-Hutan Bakau di Pulau Tinggi

Hutan-Hutan Bakau di Pulau Tinggi

Bakau merupakan salah satu tumbuhan yang hanya tumbuh di kawasan tropika. Dengan kebolehan untuk hidup di sepanjang permukaan laut yang paling sukar di dunia, pokok-pokok bakau telah meliputi sebahagian besar persisiran pantai di seluruh Asia Tenggara. Pada waktu petang, terdapat kelip-kelip untuk dilihat dalam hutan bakau


5. Zoo Mini Shaz (Shaz Mini Zoo)

Zoo Mini Shaz (Shaz Mini Zoo)

Zoo mini merupakan tempat yang terbaik untuk kanak-kanak kerana terdapat haiwan tempatan dan eksotik yang boleh dilihat di sini. Ia bukan hanya akan menghiburkan mereka, malah ia membolehkan mereka mengamati haiwan-haiwan yang dipaparkan di sana. Kanak-kanak boleh menyentuh dan membantu memberi makanan kepada haiwan. Kemudian, anda boleh membawa anak-anak anda untuk mengembara di sekitar taman botanik dan herba.


10 Akitiviti Yang Boleh Cuba Di Pulau Tinggi Johor

1. Menyelam permukaan (Snorkeling) di tapak terumbu karang / pulau

Pulau Tinggi - Menyelam permukaan (Snorkeling) di tapak terumbu karang / pulau

Perairan di sekeliling Pulau Tinggi yang berwarna firus sememangnya menjadi syurga bagi mereka yang gemar menyelam, kerana ia menawarkan peluang menyelam permukaan (snorkeling) dan menyelam di Pulau Tinggi yang hebat. Sebagai sebuah Taman Marin yang dilindungi, Pulau Tinggi dan terumbu karangnya penuh dengan kehidupan marin yang eksotik. Dengan perairan yang jernih, penyelam juga dapat melihat spesies dugong yang jarang ditemui, kuda laut dan juga pelbagai jenis ikan, seperti pari, mulut manis, garupa, dan banyak lagi.


2. Nikmati pelbagai sukan air

Pulau Tinggi - Nikmati pelbagai sukan air

Terdapat banyak aktiviti sukan air yang disediakan oleh beberapa resort seperti memancing, berkayak, berenang dan jelajah pulau-ke-pulau di mana pengunjung boleh meluangkan sepanjang hari mereka dengan bermanfaat di sini.


3. Jelajah hutan (Jungle Trekking)

Pulau Tinggi - Jelajah hutan (Jungle Trekking)

Para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lasak dengan menjelajah hutan kerana Pulau Tinggi mempunyai sebuah bukit kecil yang boleh didaki, di mana di puncaknya, terdapat pemandangan panoramik yang cukup memegunkan.


4. Berkelah di Air Terjun

Air Terjun Pulau Tinggi

Masa untuk melompat dari tebing bukit! Harus dimaklumkan bahawa kawasan perairan air terjun agak dalam dan kaki anda tidak boleh menyentuh darat di sana, jadi ia merupakan tempat yang terbaik untuk terjun dari sebuah tebing bukit kerana ia sememangnya mencabar dan menakutkan bagi mereka yang menggemari aktiviti sebegini.


5. Melihat kelip-kelip di hutan bakau pada waktu malam

Melihat kelip-kelip di hutan bakau pada waktu malam

Resort TAd Marine mempunyai perkhidmatan jelajah ke dalam hutan bakau. Pada waktu malam, terdapat banyak kelip-kelip untuk dilihat dalam hutan bakau. Walaupun suasana gelap dan sunyi, tetapi anda akan dibawa dengan sampan merentasi hutan bakau ini dan mengamati keindahan pemandangan kelip-kelip yang bersinar seperti bintang dalam kegelapan yang amat.


6. Melihat matahari terbit/terbenam

Melihat matahari terbit/terbenam

Inilah jeti yang membawa ke Resort TAd Marine yang juga dikenali sebagai pantai matahari terbenam. Ia juga bermakna bahawa anda akan dapat melihat matahari terbenam di sana. Resort Shaz akan berada di seberang satu lagi pantai di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbit.


7. Melihat Kelawar

Melihat Kelawar

Kelawar buah yang berwarna hitam dan jingga merupakan salah satu daripada 286 spesies flora dan fauna yang telah ditemui di Pulau Tinggi. Resort Shaz menawarkan aktiviti melihat kelawar di mana pengunjung akan dibawa terus ke habitat kelawar untuk melihat sendiri tingkah laku mereka.


8. Makan Malam Barbeku

Makan Malam Barbeku

Pulau Tinggi merupakan sebuah tempat yang hebat untuk menikmati makan malam BBQ! Resort Shaz menawarkan khidmat sewaan BBQ untuk hanya RM150.00 untuk peralatan termasuk 1 pek arang! Oleh itu, berkumpul dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga anda untuk makan malam BBQ di samping mengeratkan lagi hubungan di kalangan anda.


9. Karaoke

Karaoke

Sebuah sesi karaoke dengan rakan-rakan dan ahli keluarga sentiasa menghasilkan waktu yang penuh dengan keseronokan. Terdapat sesetengah resort yang menawarkan perkhidmatan karaoke untuk tetamu-tetamu mereka. Pada waktu malam, anda boleh menyanyi karaoke untuk melepaskan geram mahupun untuk keseronokan sahaja untuk sesi gelak tawa dan kegembiraan yang amat.


10. Menjamu selera di Kebaya Sunset Bar

Menjamu selera di Kebaya Sunset Bar

Satu-satunya kedai makanan di pulau ini, Kebaya Sunset Bar menghidangkan masakan tempatan, barat dan snek untuk selera semua pengunjung. Harus dimaklumkan juga semua hidangan di sini tidak menggunakan daging khinzir.


Resort Pulau Tinggi

1. TAd Marine Resort

TAd Marine Resort

Satu lagi pilihan penginapan bertema chalet di Pulau Tinggi, TAd Marine Resort merupakan pilihan yang popular di kalangan pengunjung kerana ia mempunyai kelengkapan seperti bilik hotel Pulau Tinggi yang lengkap dan ia juga mempunyai kemudahan seperti restoran, dewan dan kemudahan kanak-kanak, di samping aktiviti luaran seperti menyelam permukaan (snorkeling) dan lain-lain yang boleh disewa.


2. Chalet Tok Mok Pulau Tinggi

Chalet Tok Mok Pulau Tinggi

Dahulunya dikenali sebagai Dreamz Resort, keistimewaan Chalet Tok Mok ialah tema perkampungan Melayunya yang unik, di mana pengunjung boleh menikmati suasana kampung yang ringkas di tepi pantai, dan juga menikmati kehidupan seperti penduduk kampung seperti berkelah di air terjun, melihat kelip-kelip pada waktu malam dan sebagainya semuanya dalam kemudahan chalet Pulau Tinggi ini.

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta...

Jeti Mersing – Jeti ke Tioman, Rawa, Besar & Pemanggil

Jeti Mersing (Mersing Harbour Centre) yang terletak di Kota Tinggi Johor, merupakan jeti yang paling sibuk di kawasan selatan untuk laluan ke kepulauan Johor...

10 Homestay Berbaloi di Mersing , Buatkan Tetamu ‘Happy’

Terkenal sebagai sebuah pusat tarikan yang memudahkan urusan melawat pulau-pulau terkenal di Johor, Mersing merupakan sebuah daerah yang sering kali disinggah oleh pelancong tidak...

5+ Tempat Menarik Dan 8+ Aktiviti Yang Mesti Buat Di Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil terkenal di Malaysia sebagai salah satu tapak memancing yang terbaik, ia terletak 45 kilometer dari Mersing, iaitu lokasi perlepasan ke kebanyakan pulau-pulau...

15+ Aktiviti Terbaik Yang Mesti Cuba Di Pulau Sibu Johor

Pulau Sibu Johor terletak di Taman Marin Sultan Iskandar, Johor, di pantai timur Semenanjung Malaysia, di Laut China Selatan. Pulau Sibu merupakan kepulauan tropika...

11 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Babi Besar Mersing

Pulau Babi Besar terletak 15km di luar persisiran pantai di sebelah timur daerah Mersing di Johor. Ia dikelilingi oleh berbilang pulau-pulau kecil dan merupakan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x