Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

13+ Tarikan Desaru Coast Adventure Waterpark Johor – Untuk Pelawat Kali Pertama

Dinamakan salah satu tempat percutian yang mesti dikunjungi di Johor, Desaru Coast Adventure Waterpark dibina di atas tanah berukuran 21 ekar dan menawarkan pelbagai jenis aktiviti dan water slides yang amat menakjubkan! Pengunjung yang menginginkan keseronokan boleh memilih untuk bermain permainan di atas air atau sebaliknya.

Bagi mereka yang datang seiisi keluarga dan membawa anak-anak kecil pastikan anda memeriksa syarat yang ditetapkan oleh setiap permainan. Ini kerana sesetengah permainan mempunyai had ketinggian minimum yang perlu dipatuhi sebelum anda dibenarkan menaikinya.

Tetapi anda tidak perlu risau kerana taman tema air ini juga ada menyediakan tempat permainan yang khusus untuk kanak-kanak. Jadi mereka masih lagi boleh menikmati keseronokan yang tidak terhingga disini. Tinjau ke bawah untuk melihat tarikan di taman air Desaru yang menakjubkan ini!

13 Aktiviti dan Slides Menarik di Desaru Coast Adventure Waterpark Johor

1. Tidal Wave Beach

Alami pengalaman berenang di dalam kolam renang berombak terbesar didunia yang mengandungi lebih 4 juta gelen air.

Gelombang dihasilkan dengan kerap dan anda boleh menikmatinya dengan lebih baik dengan menggunakan pelampung yang disediakan. Sekiranya anda ingin berehat, anda boleh bersantai di tempat duduk yang disediakan di pinggir kolam.

2. Kids Ahoy

Direka khusus untuk kanak-kanak berumur 1-12 tahun, permainan ini mempunyai 13 gelongsor air yang pastinya memberi keseronokan yang tidak terhingga.

Selain itu, kawasan permainan air ini juga dipenuhi dengan kelengkapan permainan yang menarik dan ini pasti membuat mereka tersenyum dan bergelak tawa tanpa henti sepanjang berada di sini. Tempat ini pastinya seperti sebuah syurga bagi pengunjung-pengunjung cilik!

3. Riptide

Alami pengalaman bergerak dengan kelajuan terpantas dan curam di Riptide.

Pelampung memuatkan 4 orang dalam satu masa akan bergerak menuju ke ‘twister’ yang pertama dan membuatkan anda berpusing-pusing seketika sebelum bergerak ke ‘twister’ kedua dan ketiga. Sepanjang permainan, anda dapat merasakan pengalaman seolah-olah melakukan terjunan bebas.

4. Kraken’s Revenge

Merupakan satu-satunya permainan roller coaster di taman tema air ini- Kraken’s Revenge bersedia untuk memberikan keseronokan yang tidak terhingga!

Duduk di dalam bot dan bersedia untuk berpusing 360-degree and turun dari ketinggian 27m kebawah terus ke dalam kolam. Permainan ini bergerak pada kelajuan 70km sejam.

5. Beachside Cabanas

Sepanjang Tidal Wave Beach juga ada disediakan banyak Beachside Cabanas untuk pengunjung duduk dan bersantai.

Ibu bapa boleh berehat sambil anak-anak mereka berenang di dalam kolam disini.

6. Surf Wall

Ingin merasai pengalaman meluncur air? Di Surf Wall pengunjung boleh meluncur dengan selamat menjadikan permainan ini sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman meluncur. Nikmati pengalaman meluncur ombak buatan yang dijana oleh simulator berkuasa tinggi.

Permainan ini boleh memuatkan 2 ‘stand-up surfers’ dan 5 ‘boarders’ dalam satu masa.

7. Wild Whirl

Di Wild Whirl, pengunjung boleh menaiki pelampung dengan 2 muatan dan meluncur dengan laju menyelusuri lorong yang menegak dan seterusnya ke bulatan yang berbentuk mangkuk gergasi. Pengunjung akan berpusing-pusing di dinding bulatan beberapa pusingan sebelum turun ke tengah bulatan dan akhirnya terus ke kolam yang berada di hujung pengembaraan.

8. Super Twister

Di Super Twister, pengunjung boleh berpusing turun menyelusuri gelongsor dengan menaiki ‘tube’.

Di pertengahan permainan, pengunjung akan turun melalui terowong dan akhirnya terus ke dalam kolam air.

9. The Tempest

Turun melalui gelungsur menggunakan rakit dan bersiap sedia untuk bergerak ke corong bertenaga tinggi yang akan membuatkan jeritan anda kedengaran di udara.

Kemudian, turun dari ketinggian 24 kaki sebelum terus kedalam terowong untuk mengalami ‘splashdown’.

10. Penawar Falls

Air Terjun Penawar gergasi terdiri daripada 3 air tejun berasingan yang mengalir turun ke dalam kolam besar yang terletak di bawah. Disini merupakan tempat terbaik untuk pengunjung bergambar sebagai kenangan kerana pemandangannya yang cantik!

11. Penawar River Huts

Berehat sebentar dan nikmati masa untuk bersendirian di Penawar River Huts yang terletak sepanjang Penawar River. Di sini juga terdapat Cabanas yang sedia untuk disewa.

Tempat rehat persendirian ini pasti boleh mengembalikan tenaga anda sebelum anda melakukan aktiviti yang seterusnya.

12. Penawar River

Dapatkan pelampung anda dan berehat sepanjang petang di atasnya menyelusuri Penawar River. Sungai sepanjang 350m ini terletak di tengah-tengah kehijauan di tepi sungai perkampungan nelayan.

13. Swinging Ship

Swinging Ship atau lebih dikenali sebagai kapal lanun ini adalah permainan yang menjadi kegemaran di taman tema. Permainan ini merupakan satu-satunya permainan yang tidak akan membuatkan anda basah.

Permainan kapal berayun yang menarik ini mampu berayun mencecah 180 darjah dan pastinya membuatkan pengunjung dari semua lapisan umur merasakan keseronokan yang tidak terhingga.

– Zon Zon Mainan dalam Desaru Coast Adventure Waterpark

Desaru Coast Adventure WaterPark Zon Map

– Tips semasa di Desaru Coast Adventure Waterpark

  • Sila gunakan kad Touch ‘n Go di tempat letak kereta.
  • Harga sewa bagi loker bersaiz kecil adalah RM20 dan loker bersaiz besar adalah RM40.
  • Pengunjung dilarang merokok sama sekali di kawasan taman tema air dan tiada kawasan merokok disediakan.
  • Pengunjung perlu menanggalkan cermin mata dan cermin mata hitam ketika bermain permainan yang disediakan. Pengunjung disarankan memakai kanta lengkap disini.
  • Restoran ada disediakan di dalam taman tema ini tatapi jika anda mempunyai ‘budget’ yang tersendiri, anda disarankan untuk bersarapan di restoran makanan lain yang berada di Desaru sebelum memasuki taman tema kerana harganya yang tinggi.
  • Pengunjung dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam taman tema air. Sekuriti akan memeriksa beg pengunjung di pintu masuk taman tema air.
  • Cabana tersedia untuk disewa dan kelebihan terletak kepada mereka yang datang lebih awal.
  • ‘All-day’ tiket dan pas tahunan yang dijual tidak boleh dikembalikan.
  • Tiket tidak akan dikembalikan oleh taman tema air atas faktor cuaca buruk, tarikan atau permainan yang ditutup kerana penyelengaraan dan lain- lain.
  • Pas tahunan – Johor Splash Pass hanya tertakluk untuk penduduk Johor sahaja. Pas ini perlu ditebus dalam masa 3 bulan dari tarikh pas dibeli.
  • Selain itu, pas tahunan ini juga tidak sah untuk digunakan pada hari pertama dan kedua Hari Raya Aidilfitri and Chinese New Year. Dan pas tahunan ini juga tidak sah untuk digunakan dari 15 Disember hingga 31 Disember.

– Kemudahan dalam Desaru Coast Adventure Waterpark

  • Kedai makan
  • Kedai beli belah
  • Surau
  • Tempat pertukaran baju
  • Tempat pertukaran untuk bayi
  • Bilik mandi
  • Jalan dedikasi untuk orang kurang upaya
  • Pertolongan cemas
  • Lounge pantai dan kerusi santai
  • Tempat parkir
  • Shuttle bus percuma sekitar Desaru Coast

– Tempat Penginapan Sekitar Desaru Coast

  • Hard Rock Hotel Desaru Coast

Hard Rock Hotel Desaru Coast yang baru siap dibina adalah hotel 5 bintang yang paling berkelas di sekitar Desaru, hanya 5 minit perjalanan ke Desaru Coast Adventure Waterpark.

Untuk harga bilik penginapan dan info selanjutnya, semak di halaman ini

  • The Westin Desaru Coast Resort

Satu lagi hotel yang dibina tidak lama, Westin Desaru Coast Resort merupakan salah satu pilihan penginapan yang sesuai untuk keluarga, team building atau pengunjung datang untuk berbulan madu.

Untuk harga bilik penginapan dan info selanjutnya, semak di halaman ini

  • Anantara Desaru Coast Resort & Villas

Berbanding dengan Hard Rock dan The Westin, Anantara Desaru Coast Resort & Villas menyediakan tempat penginapan yang lebih sesuai untuk pengunjung berkeluarga, terutamanya untuk keluarga yang datang dengan kanak kanak. Resort tidak setakat menyediakan bilik berasingan, ia juga menyediakan villa yang berjenis rumah dengan 2-4 bilik dalamnya.

Untuk harga bilik penginapan dan info selanjutnya, semak di halaman ini

– Lokasi dan Cara Pergi Desaru Coast Adventure Waterpark

Desaru Coast Adventure Waterpark terletak di Persiaran Pantai, Desaru.

Kepada pengunjung yang membawa kereta, anda boleh rujuk kepada peta lokasi dan jarak perjalanan dari pautan di bawah:

Peta Lokasi Jarak

Kepada pengunjung yang ingin datang dengan pengangkutan awam:

Dengan bas – Perjalanan dari Perhentian bas dan teksi Bandar Penawar ke Desaru Coast mengambil masa lebih kurang 10 minit. Pengunjung boleh ambil GRAB atau teksi dari perhentian bas tersebut.

Dengan kapal terbang – Lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Senai. Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam dalam perjalanan ke Desaru Coast. Banyak GRAB dan teksi boleh dijumpai di kawasan Senai.

– Waktu Operasi Desaru Coast Adventure Waterpark

  •  10.00 am – 6.00 pm (dibuka setiap hari)

– Harga Tiket Promo Terkini Desaru Coast Adventure Waterpark

Harga Tiket Kaunter – Rujuk Laman Web Waterpark

Harga Tiket Online – Rujuk Laman KLOOK (Selalunya lebih murah)

– Pakej Percutian Desaru Coast Adventure Waterpark

Rujuk laman web Holidaygogogo

4.5/5 - (14 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Paling Best di Desaru!

Desaru sangat terkenal dengan keindahan pantai yang bersih dan sedap mata memandang. Ramai pengunjung yang datang ke Desaru untuk menikmati keindahan pantai di sini...

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta...

TOP 10 Tempat Menarik di Kota Tinggi WAJIB Pergi

Kota Tinggi, sebuah daerah yang terletak di negeri Johor dan menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh memikat hati pengunjung. Dengan keindahan semula jadi yang...

Air Terjun Kota Tinggi – Destinasi Mandi Manda BEST di Johor

Bagi yang inginkan destinasi mandi manda air terjun di Johor, salah satu yang popular ialah di Air Terjun Kota Tinggi Resort yang terletak kira-kira 15...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x