Pantai di Johor untuk Bercuti dan Penginapan Menarik

Selain di pesisiran pantai di kepulauan Sabah, Terengganu atau Pahang, pantai di Johor juga tidak kurang menariknya untuk dijadikan destinasi percutian samaada ketika musim cuti sekolah atau ketika honeymoon.

Dan yang lebih menarik di Johor, pilihan penginapan dan tempat menarik selain pantai peranginan juga sangat banyak baik dari segi tarikan pelancongan taman negara, taman tema, tempat shopping atau pilihan restoran yang menyediakan makanan tradisi orang Johor yang sedap-sedap.


Tempat-tempat peranginan di Johor tepi pantai dan penginapan yang menarik

pantai desaru peranginan johor

Destinasi percutian tepi pantai merupakan satu produk pelancongan yang sangat laris dan di Johor terdapat banyak pantai yang sering menjadi tumpuan pelancong. Walapun senarai pantai di Johor memang banyak namun bukan semuanya yang ada menyediakan penginapan atau resort tepi pantai.

Jom baca: senarai tempat menarik di Johor

Berikut merupakan 4 cadangan pantai peranginan di Johor yang sesuai untuk berkelah dan juga untuk bercuti bersama keluarga termasuk dengan beberapa cadangan penginapan popular di sini.


1. Pantai Desaru – pantai di Johor untuk bercuti paling popular

pantai di johor peranginan

Pantai peranginan yang boleh dikatakan yang paling popular yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Di sini pasir pantainya putih dan mengadap Laut China Selatan yang pasti memberi ketenangan kepada pengunjung yang bercuti dan berkelah di sini. Terdapat juga aktiviti suka air yang boleh dicuba seperti bermain jetski, parasailing, banan boat, ATV dan berkayak.

Deretan pokok ru di sepanjang Pantai Desaru juga menambahkan lagi aura percutian tepi pantai di sini dan pilihan penginapan serta resort di sini juga sangat banyak berbanding dengan pantai peranginan lain di Johor. Antara penginapan resort yang popular di Pantai Desaru ialah.

  • Lotus Desaru Beach Resort
  • Pulai Desaru Beach Resort & Spa
  • Desaru Golden Beach Hotel
  • Desaru Golf & Country Club
  • Desaru Impian Resort

Info menarik: Air Terjun Kota Tinggi -Destinasi mandi manda best


Pantai Air Papan

pusat peranginan johor pantai

Sebuah lokasi percutian tepi pantai yang sangat popular di Mersing dan di sini mempunyai pantai yang sangat lapang dan terjaga. Air laut di sini juga sesuai untuk aktivit mandi-mandi sekiranya ombak laut tidak kuat. Dari sini juga anda boleh melihat Pulau Setindan nun di seberang laut yang hanya beberapa km sahaja dari pantai. Bagi yang sukakan aktiviti snorkeling, bolehlah menyewa peralatan dan mencubanya di sini.

Pantai Air Papan mempunyai banyak pilihan penginapan dan resort-resort menarik untuk pengunjung yang ingin bercuti dan bermalam di sini seperti:

  • Air Papan Chalet
  • Sri Mersing Resort Air Papan
  • Mersing Beach Resort
  • Chalte Sri Tanjung
  • Fishing Bay Resort
  • Teluk Godek Beach Resort

Pantai Penyabong (Mersing)

pantai penyabong johor menarik

Pantai peranginan di Johor yang terletak di Mersing yang sesuai untuk mereka yang inginkan percutian tepi pantai. Di sini terdapat beberapa pilihan penginapan resort tepi pantai untuk pengunjung dan pantai di sini memang lapang dan menarik untuk bermain air terutamanya di bahagian pantai yang berhadapan dengan Pasir Lanun Camp And Chalet dan juga Coconut Beach Resort.
Pantai ini memang sering menjadi kunjungan penduduk untuk berkelah di hujung minggu dan kawasan pantainya pun sangat lapang dan mempunyai landskap yang menarik. Antara resort yang ada di sini ialah:
  • Pantai Penyabung Resort.
  • Penyabong Warisan Resort
  • Coconut Beach Resort.
  • Endau Beach Resort.
  • Pasir Lanun Camp And Chalet.

Pantai Teluk Buih (Mersing)

penginapan resort pantai johor best

Sesuai sebagai destinasi perkelahan bersama keluarga di hujung minggu atau sebagai tempat percutian untuk berbulan madu. Terletak tidak jauh dari Pantai Air Papan, di sini juga merupakan kawasan pantai peranginan yang popular di Mersing dan sesuai untuk mereka yang inginkan percutian tepi pantai yang lebih privasi di kawasan yang persekitarannya lebih menghijau.
Pantai di sini memang sangat cantik, airnya tidak berkeladak dan permukaan pesisiran pantainya berteluk. Terdapat sebuah resort di sini yang boleh diinap oleh pengunjung yang ingin bermalam iaitu:
  • Fishing Bay Resort

Jom baca: tempat makan best di JB pilihan JJCM TV3


Itulah dia 4 destinasi tempat menarik di Johor tepi pantai peranginan yang sesuai untuk mereka yang ingin bercuti dan juga bermalam. Semoga memberi anda inspirasi untuk bercuti ke pantai-pantai di Johor kelak bersama keluarga mahupun yang tersayang. Selamat cuti cuti satu Malaysia ke Johor. Wassalam.

4.2/5 - (18 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati 1. Desaru Coast Adventure Park (Taman Tema Air Johor) Taman tema air terbaru dan terbesar...

7 Homestay Terbaik dan Selesa di Parit Raja Untuk Anda Cuba!

Batu Pahat, atau disebut BP, adalah salah satu daerah yang terdapat dalam negeri Johor. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar yang ke 20...

11 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Negeri Johor terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak tempat menarik dan juga makanan-makanan yang sedap. Jom kita kenali beberapa jenis makanan tradisional Johor yang...

56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati

Negeri Johor mempunyai banyak tempat percutian menarik yang boleh dikatakan lengkap dalam semua kategori baik di pantai, pulau, taman tema, resort menarik, taman negara,...

8 Tempat Nasi Goreng Di Johor Yang Berbaloi Dicuba

Nasi merupakan makanan ruji yang tidak boleh dielak oleh rakyat Malaysia. Terdapat begitu banyak jenis nasi bergantung kepada jenis beras yang digunakan untuk memasaknya....

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
rambo
rambo
8 years ago

Belah mersing pantai laut cina selatan. Umumnya mmg cantik n bersih. Xmcm pantai belah selat Melaka. Port Dickson pun berkeladak.

Al Hadif
9 years ago

info yg menarik. tengah cari tempat bercuti kat johor bulan ni.

Noriza Rahman
9 years ago

Cantik juga pantai di Johor, belum pernah sampai lagi ke sana

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x