Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Air Terjun Kota Tinggi – Destinasi Mandi Manda BEST di Johor

Bagi yang inginkan destinasi mandi manda air terjun di Johor, salah satu yang popular ialah di Air Terjun Kota Tinggi Resort yang terletak kira-kira 15 km dari pekan Kota Tinggi. Setiap kali hujung minggu dan cuti sekolah, memang ramai pengunjung yang datang ke sini samaada bersama keluarga dan tak kurang juga yang berkonvoi bersama rakan-rakan.

Secara ringkasnya, Air Terjun Kota Tinggi sangat sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak kerana mempunyai kawasan air terjun yang landai dan terdapat pelbagai kemudahan asas serta gelongsor air buatan manusia. Dengan adanya gelongsor sebegini baru lebih seronok nak mandi manda di sini macam di taman tema. Bagi yang ingin bermalam di sini juga terdapat sebuah resort ( Kota Tinggi Waterfall Resort). Jom Baca: Senarai Tempat Menarik di Johor yang Padat


Tarikan di Air Terjun Kota Tinggi dan Bayaran Masuk

air terjun kota tinggi johor

Air terjun yang terletak di kaki Gunung Muntahak ini juga seperti dikebanyakan air terjun yang popular di tempat lain yang mempunyai kawasan mandi yang bertingkat-tingkat dan setiap tingkat mempunyai kelainan yang tersendiri.

Ada kawasan cetek yang sesuai untuk kanak-kanak, ada yang agak dalam sesuai untuk berenang dan ada yang paras airnya memang sangat dalam serta tidak dibenarkan mandi. Anda boleh mengetahui kawasan air tejun yang tidak dibenarkan mandi dengan jaringan net yang dipasang di sekitarnya.


mandi manda air terjun kota tinggi

Sebaik melangkah masuk menyusuri Air Terjun Kota Tinggi ini, anda akan menjumpai kawasan di tingkat bawah yang lebih cetek dan tenang serta mempunyai slide. Tidak jauh dari sini anda akan menjumpai pula kawasan yang dilengkapi dengan gelongsor panjang berterowong yang seakan-akan gelongsor di taman tema air.


harga tiket air terjun kota tinggiUntuk bermain slide/gelongsor, pengunjung boleh menyewa pelampung dari pondok yang berdekatan. Sewa tube/pelampung hanya RM 5 untuk singgle tube dan RM 8 kalau untuk double tube.

Di sepanjang perjalanan menuju ke kawasan yang lebih tinggi, pengunjung dapat melihat kawasan air terjun yang berjaring. Jaring ini sebagai tanda yang pengunjung tidak boleh mandi kerana dasar air sungai yang sangat dalam.


tempat mandi manda best johor

Kawasan air terjun utama terletak di atas selepas melepasi restoran, sebuah kedai dan kiosk sewa tube. Di sini menjadi tumpuan pengunjung kerana air terjun yang deras mengalir dari bahagian atas yang sesuai untuk bertenggek di bawahnya.


air terjun best di johor

Antara syarat pelik di Air Terjun Kota Tinggi ialah, pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan sendiri dari luar. Kalau lapar boleh membeli makanan di kedai makan yang ada di dalam kawasan Air Terjun. Setiap kali nak masuk ke dalam, guard yang bertugas akan memeriksa pengunjung sekiranya ada yang membawa makanan. Makanan ringan mungkin dilepaskan.


berkelah air terjun johor best

Memandangkan nak ke sini tak susah seperti sesetengah air terjun lain yang terpaksa melalui jalan tidak berturap tar, maka saban hujung minggu memang ramai pengunjung yang datang termasuk dari Johor Bahru dan Singapura. Jarak dari Johor Bahru ke Air Terjun Kota Tinggi hanya 60 km.

Tahap kebersihan Air Terjun Kota Tinggi memang berada di tahap yang sangat bagus memandangkan pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan sendiri. Maklumlah, kalau dah bawa makanan sendiri, mesti ada pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sisa makan kedalam sungai dan tidak kurang juga yang mencuci pinggan mangkuk bekas makanan.


Harga Bayaran Masuk ke Air Terjun Kota Tinggi

Harga tiket masuk ke Air Terjun Kota Tinggi boleh dikatakan agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan air terjun lain. Walaupun harga tiketnya agak mahal, namun masih ramai yang datang ke sini untuk mandi manda setiap hujung minggu dan cuti sekolah.

Harga tiket masuk Dewasa:

  • Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad: RM 5.00 seorang
  • pelancong asing: RM 15.00 seorang

Harga tiket masuk Kanak-kanak:

  • Warganegara Malaysia dan pemegang MyKid: RM 2.00-3.00 seorang
  • pelancong asing: RM 10.00 seorang

Harga tiket masuk Warga emas:

  • Warganegara Malaysia dan pemegang MyKid: RM 3.00 seorang
  • pelancong asing: RM 10.00 seorang

Tiket masuk kereta:

  • Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad: RM 3.00 untuk sebuah kereta
  • pelancong asing: RM 5.00 untuk sebuah kereta

Tiket masuk motosikal & basikal:

  • Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad: RM 1.00 untuk sebuah motosikal/basikal
  • pelancong asing: RM 1.00 untuk sebuah motosikal/basikal

Tiket masuk bas:

  • Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad: RM 5.00 untuk sebuah bas
  • pelancong asing: RM 5.00 untuk sebuah bas

Sumber rasmi : MDKT

Ada sebuah chalet di sini yang lebih dikenali sebagai Kota Tinggi Waterfalls Resort. Menginap di sini mungkin berbaloi sekiranya anda datang secara group untuk teambuilding atau bercamping.

Dari pagi hingga ke petang, masa yang sudah mencukupi untuk mandi air terjun. Tiada aktiviti lain yang sesuai untuk yang berkeluarga tambahan kalau yang ada anak kecil. Kalau datang dengan keluarga, lebih baik menginap di hotel sekitar pekan Kota Tinggi atau di Johor Bahru yang mempunyai banyak tarikan lain yang lebih banyak pilihan.


Sekiranya anda bercadang nak ke Air Terjun Kota Tinggi, pastikan cuaca cerah dan jangan sesekali datang untuk mandi kalau awan gelap atau selepas hujan kerana takut terkena kepala air.

4.4/5 - (23 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Paling Best di Desaru!

Desaru sangat terkenal dengan keindahan pantai yang bersih dan sedap mata memandang. Ramai pengunjung yang datang ke Desaru untuk menikmati keindahan pantai di sini...

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta...

13+ Tarikan Desaru Coast Adventure Waterpark Johor – Untuk Pelawat Kali Pertama

Dinamakan salah satu tempat percutian yang mesti dikunjungi di Johor, Desaru Coast Adventure Waterpark dibina di atas tanah berukuran 21 ekar dan menawarkan pelbagai...

TOP 10 Tempat Menarik di Kota Tinggi WAJIB Pergi

Kota Tinggi, sebuah daerah yang terletak di negeri Johor dan menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh memikat hati pengunjung. Dengan keindahan semula jadi yang...

18 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

18 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Iiynn Dice
Iiynn Dice
10 months ago

tempat macam tu kalau tiket tak jadi masalah.yang tak boleh diterima dek akal,makanan tak boleh buat masuk.itu namanya sengaja ambil kesempatan kena beli makan kat situ.harga kos bahan mentah dahlah mahal.kalau beli makanan kawasan situ,agak2 berbaloi tak kalau anak 5/6 orang?????

Nurul Asyiqin
Nurul Asyiqin
7 months ago
Reply to  Iiynn Dice

Kak, sekarang dah boleh masuk ye?

Saza
Saza
1 year ago

Di laman website sudah warwarkn air terjun sudah dibuka sudah dibaikpulih.. Skali kami pergi.. Agak kecewa tmpt masih belum beroperasi. Bazir mnyk Dan kos

Along
Along
2 years ago

Try pegi weekend lepas…tapi dh tutup.. Dia tak kasi masuk lgsg.. Penat dtg jauh2… Google pon x update.. Hurmmm

Roslan b Abu
Roslan b Abu
3 years ago

Aku ne org KT 20 tahun tak kesana…Harga ticket mahal Quality hancur makanan tahap tepu….apa pun tak blh…..

Pengurusan makan gaji buta je…….

Manggis_manis
Manggis_manis
4 years ago

Ingt cuti sekolah ni nak pegi…mahal la pulak ye

Mek jah
Mek jah
4 years ago

Br ingat nk join..sekali tgk bayaran…masyaallah…setakat bayaran boleh lg…mknan dh kene paksa pulak beli…hrga walau 1 mkn seringgit…byk manalah dpt…bdk2 mkn pun byak..lg2 nasi lemak…

Manggis_manis
Manggis_manis
4 years ago
Reply to  Mek jah

Mahal kan…kawasan situ memuaskan x

Farhan
Farhan
5 years ago

Sy pernah camping disana..bila mlm ada rasa seram skitlah..Sbb keadaan sekeliling mmg sunyi

Hubungi Kami

18
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x