Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta melihat bandar di seluruh Malaysia termasuk tempat menarik di Johor ini. Selain itu, anda diingatkan untuk menempah awal kenderaan anda dengan syarikat sewa kereta pilihan anda bagi menjimatkan masa anda. Harga sewa kereta juga ada yang mahal dan pelanggan juga mempunyai sedikit pilihan untuk dipilih semasa musim cuti. 

Orang ramai mengembara dari satu tempat ke tempat lain atas pelbagai sebab, sesetengahnya disebabkan pekerjaan, perniagaan mereka atau percutian. Sebagai pengembara mereka tidak boleh memiliki kereta di setiap tempat atau negara yang mereka pergi, mereka sentiasa memilih pilihan lain seperti pengangkutan awam, menyewa kereta atau basikal. Selain itu, penyewaan kereta juga menjadi sangat terkenal kerana kosnya yang lebih murah, selamat dan mudah. Mereka hanya perlu memilih kereta dan menyewa kereta dalam talian. Kami ingin berkongsi tips di bawah untuk membantu anda.

Tips mendapatkan kereta sewa murah:

  • Kami mengesyorkan anda bermula dengan laman syarikat penyewaan kereta dan pastikan anda memilih kereta mengikut bajet anda. Tetapi sebelum anda menempah melalui salah satu laman ini, sentiasa bandingkan harga dan pilihan kereta sewa.
  • Bandingkan kadar mingguan dan harian. Sebahagian individu juga menganggap bahawa kadar mingguan lebih murah daripada kadar harian. Namun begitu, hal ini tidak selalu berlaku. Jadi sebelum anda menempah, semak sama ada kadar mingguan lebih murah daripada kadar harian.
  • Katakan tidak kepada penambahbikan yang ditawarkan. Selain insurans, syarikat kereta sewa akan cuba menjual banyak “naik taraf” kepada anda dan item tambahan yang anda tidak perlukan seperti GPS, radio, atau pas tol.
  • Sentiasa memilih kereta “ekonomi” semasa anda membuat tempahan, walaupun anda lebih suka kereta yang lebih bagus.
  • Selepas anda pulang dari perjalanan yang jauh dan ingin memulangkan kereta itu pastikan anda memulangkan kereta dengan mengisi minyak penuh. Anda akan menjimatkan sedikit wang apabila anda berbuat demikian.
  • Terdapat syarikat yang menawarkan diskaun sewa kereta dan anda boleh merebut peluang ini dengan anda menjadi ahli.

 

Kereta Sewa di Kota Tinggi


1. Cikgukay Car Rental, Taman Mutiara Desaru

Cikgukay Car Rental

Selain dari perkhidmatan kereta sewa, tempat ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain. Antaranya termasuklah perkhidmatan mencuci kereta, dobi, menjual aiskrim, makanan ringan, minyak wangi dan menyediakan homestay. Lokasi kedai ini terletak di Mutiara Desaru, menghala ke Batu Layar. Antara jenama kereta sewa yang ada ialah Viva, Myvi, Axia dan lain-lain. Adakah anda tiada wang tunai? Jangan risau kerana pembayaran boleh dibuat melalui e-wallet. Anda perlu membawa kad pengenalan, lesen & bil utiliti / kad kerja untuk dibenarkan menyewa kereta di sini.

Alamat: No.1 Jalan Dato Jaafar 24/2, Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor 81930

Waktu Operasi: Isnin (tutup), Selasa – ahad: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 019-7505305

Whatsapp Cikgukay Car Rental

 

2. Kereta Sewa Desaru Bandar Penawar Kota Tinggi

Kereta Sewa Desaru

Agensi kereta sewa Kota Tinggi ini terletak di Masjid Kampung Sedili Kechil. Pelbagai kereta sewa yang ditawarkan termasuklah Perodua Viva, Perodua Axia, Proton Saga, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan lain-lain. Namun begitu, anda perlu peka bahawa bayaran kereta sewa berbeza mengikut jenama kereta sewa tersebut. Majoriti pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan agensi sewa kereta ini. Bagi and yang mencari kereta sewa, anda boleh menghubungi mereka atau wasap di bawah.

Lokasi: PTD 388 Jalan Siakap Utama Kampung, 81900, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-5608630

Whatsapp Kereta Sewa Desaru Bandar Penawar Kota Tinggi

 

3. Suria Car Rental Johor

Suria Car Rental Johor

Pelanggan juga menerima pengalaman yang sangat baik sepanjang proses penyewaan. Syarikat ini menyediakan penyewaan sama ada untuk tempoh bulanan atau harian. Selain itu, syarikat ini juga mempunyai portal sehenti untuk anda mencari semua keperluan kenderaan anda. Sama ada meraikan majlis istimewa, merancang acara korporat, atau meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang, anda boleh menyewa di sini. Selain dari Johor, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan sewa kereta bagi anda yang menetap di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah. Syarikat ini menjadi pilihan terbaik untuk anda mendapatkan kereta sewa.

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 018-4663887

Whatsapp Suria Car Rental Johor

 

Kereta Sewa di Mersing


4. Kereta Sewa Shadew Mersing, Kampung Seri Lalang

Kereta Sewa Shadew Mersing

Selain dari kereta sewa, pemilik ini juga menyediakan van sewa 18 seat sekali dengan pemandu. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama, anda hanya perlu menentukan berapa lama anda ingin menyewa kereta dan pilih destinasi pilihan anda. Van ini sangat sesuai untuk percutian keluarga, majlis formal atau menghantar anak ke rumah mertua. Tambahan pula, lori beserta pemandu pun ada untuk anda mencari lori bagi tujuan pindah rumah atau menghantar barang. Di samping itu, pelbagai model kenderaan ada untuk disewa dan kenderaan dari agensi ini juga sentiasa diselengara tepat pada waktunya. Ada juga pelanggan yang datang jauh dari Sabah dan menggunakan kereta sewa Mersing ini dari lapangan terbang Senai, Johor Bharu ke Mersing.

Alamat: 8-2 Tanah Lot, Kg Seri Lalang 86800, Kampung Seri Lalang, 86800 Mersing, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 7.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10190831

Whatsapp Kereta Sewa Shadew Mersing

 

5. Kereta Sewa Green Matrix Mersing, Kg Pengkalan Batu

Kereta Sewa Green Matrix Mersing

Perkhidmatan kereta sewa Mersing ini di bawah syarikat Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat ini kebanyakan menerima pelanggan yang datang dari Johor dan pelancong yang datang ke Mersing untuk bercuti. Pekerja yang sangat membantu dan peramah. Jika selepas anda pulang dari Tioman ke Mersing, anda lebih suka memandu kereta sendiri ke destinasi seterusnya, maka bagus untuk mengetahui bahawa Green Matrix Mersing adalah syarikat kereta sewa pilihan yang terbaik. Kereta dalam keadaan bagus dan wangi. Selain itu, syarikat ini akan memenuhi keperluan anda untuk perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri dengan harga yang terbaik. 

Alamat: No 18778B, Jalan Haji Bandi, Kg Pengkalan Batu, Mersing, 86800 Mersing, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 019-6562564

Whatsapp Kereta Sewa Green Matrix Mersing

 


 

Anda perlu bijak dalam memilih slot masa untuk bergerak, dari dan ke tempat dan berapa orang yang anda ingin bawa bersama. Kesannya, wang anda pun dapat dijimatkan kerana anda saling berkongsi perbelanjaan dan mempunyai teman untuk berkongsi cerita. Malahan, perjalanan anda akan menjadi lebih menarik dan bermakna. Anda juga boleh melog masuk ke dalam sistem sewaan pada telefon bimbit dan membuat akaun dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta. Apabila anda mencipta sebuah
akaun, anda hanya perlu memasukkan butiran sekali sahaja dan ini akan memudahkan segala urusan penyewaan anda. Selepas membuat akaun, anda boleh menempah kereta dengan selesa menggunakan telefon anda, membatalkan transaksi, mengesahkan transaksi dan menerima invois pembayaran dengan selamat.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

13+ Tarikan Desaru Coast Adventure Waterpark Johor – Untuk Pelawat Kali Pertama

Dinamakan salah satu tempat percutian yang mesti dikunjungi di Johor, Desaru Coast Adventure Waterpark dibina di atas tanah berukuran 21 ekar dan menawarkan pelbagai...

15+ Tempat Best & Aktiviti Di Pulau Tinggi Johor

Pulau Tinggi merupakan salah satu kepulauan di Malaysia yang paling tidak dibangunkan dengan persekitaran yang menawan dan keindahan yang memegunkan. Pulau yang terpencil ini...

17+ Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Rawa Johor

Pulau ini diberi nama Rawa, bersempena dengan nama Melayu tempatan bagi burung merpati putih atau secara terperincinya burung merpati “Pied Imperial” (Ducula bicolor) yang...

10 Tempat Makan BEST Di Mersing

Antara perkara yang menjadi topik hangat setiap kali pergi bercuti adalah “nak makan di mana?”. Momen ini pastinya pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Bagi...

Jeti Mersing – Jeti ke Tioman, Rawa, Besar & Pemanggil

Jeti Mersing (Mersing Harbour Centre) yang terletak di Kota Tinggi Johor, merupakan jeti yang paling sibuk di kawasan selatan untuk laluan ke kepulauan Johor...

Air Terjun Kota Tinggi – Destinasi Mandi Manda BEST di Johor

Bagi yang inginkan destinasi mandi manda air terjun di Johor, salah satu yang popular ialah di Air Terjun Kota Tinggi Resort yang terletak kira-kira 15...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x