10 Tempat Makan BEST Di Mersing

Antara perkara yang menjadi topik hangat setiap kali pergi bercuti adalah “nak makan di mana?”. Momen ini pastinya pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Bagi yang akan berkunjung ke Mersing, Johor, anda boleh jadikan tempat makan berikut sebagai rujukan anda. Berikut adalah tempat makan best di Mersing dan mendapat rekomendasi dari ramai pelanggan. Pasti anda tidak akan menyesal!

Tempat Makan Best di Mersing yg Patut Dikunjungi


1. Satay Teluk Iskandar Mersing – Tempat Makan Best di Mersing

Satay Teluk Iskandar Mersing

Tempat makan best di Mersing yang pertama ialah Satay Teluk Iskandar. Bagi anda yang sukakan satay, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Satay Teluk Iskandar, Mersing. Terdapat perlbagai jenis satay yang lazat, unik dan jarang ditemui di sini. Antara pilihan satay yang boleh didapati di sini ialah satay daging, satay ayam, satay arnab dan satay kambing.

Kedai ini mendapat banyak respon positif dari pelanggan yang pernah datang ke sini. Rata-rata mengatakan ini adalah antara satay yang paling sedap pernah mereka makan. Dengan harga berpatutan dan rasa yang sangat sedap ditambah pula dengan kuah kacang yang pasti akan membuat anda menjilat lidi satay anda. Tapi anda mungkin perlu menunggu sedikit lama kerana jumlah pelanggan yang ramai. Tetapi, dari segi rasa, harga dan keselesaan memang ‘worth every penny’la orang cakap kalau datang sini. Oleh itu, peminat satay jangan lepaskan peluang anda ke sini ok!

Alamat: J80, Kampung Paya Tinggal, 86800 Mersing, Johor

Waktu operasi: 5 petang – 12 tengah malam (Jumaat – Rabu), Cuti (Khamis)

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Instagram ǀ Ulasan Bisnes


2. #Baek Café Bistro – Port Lepak Best di Mersing

#baek Cafe & Bistro
Selain itu, nak cari tempat makan best di Mersing yang hidangkan menu barat? Jom ke #Baek Cafe Bistro. Port makan malam terbaik yang menyediakan masakan barat yang pastinya membuat anda sekeluarga berpuas hati ialah #Baek Café Bistro. Nama pun dah menunjukkan kelainan bukan? Peminat makanan barat pastinya akan approved makanan di #Baek Café Bistro ini. Menjengah ke ruang review, kebanyakan pelanggan yang datang sangat berpuas hati dengan makanan dan servis dari #Baek Café Bistro ini.

Walaupun makanan yang dihidangkan adalah dengan gaya yang moden namun masih terdapat sentuhan tradisional yang unik dalam setiap hidangannya. Contohnya, pasta kampung. Walaupun nama menunya agak kekampungan namun kesedapannya pasti membuatkan anda seolah-olah berada di awan-awangan.

Alamat: Lot 408, Kampung Benaong, 86800 Mersing, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu : 5.00 petang – 12.00 malam, (Ahad tutup)

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Instagram ǀ Ulasan bisnes


3. History 1948 Café & Bistro

History 1948 Cafe & Bistro

Inginkan makan malam anda bertemankan live music? History 1948 Café & Bistro adalah jawapannya. Kenapa restoran ini menjadi salah satu tempat makan best di Mersing? Ini kerana, ianya adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan ala-ala retro moden yang pastinya akan membuatkan anda menjilat jari. Ramai pelanggan yang memberikan komen positif berkenaan pengalaman makan mereka di sini. Sebuah restoran yang mempunyai hiasan yang cantik serta boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa dengan selesa.

Makanan sedap, staf yang peramah dan sangat membantu, tempat yang selesa juga bersih adalah antara pengalaman best yang dikongsikan oleh ramai pelanggannya. Jadi, pastikan anda memasukkan History 1948 Café & Bistro dalam itinerary anda ok!

Alamat: 10, Jalan Dato Mohd Ali, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

Waktu operasi: Isnin, Rabu – Ahad : 6.30 pagi – 12.00 malam (Selasa tutup)

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Ulasan bisnes


4. Nasi Dagang Warisan Kak Ju

Nasi Dagang Warisan Kak Jue

Terasa nak makan nasi dagang tapi mana nak cari dekat Mersing ni? Jawapannya Nasi Dagang Warisan Kak Jul lah! Terdapat bermacam jenis lauk, nasi yang lembut dan wangi, dipadankan pula dengan kuah kari yang sedap. Memang terangkatlah rasa dia. Selain makanan tengahari, sarapan juga ada disediakan di sini.

Makan bertemankan pemandangan pantai yang cantik, layanan yang baik dan makan yang sudah pastinya sedap pasti membuatkan anda rindu dengan Nasi Dagang Warisan Kak Ju selepas pulang nanti. Ramai pengunjung yang pernah ke sini menyatakan mereka tidak menyesal dan berpuas hati dengan pengalaman makan di sini. Makan di sini akan membuatkan anda lupa yang anda sedang berada di Mersing dan bukannya Terengganu. Very recommended! Inilah sebabnya mengapa kedai ini termasuk di dalam tempat makan best di Mersing.

Alamat: J80, Kampung Tanjung Genting, 86800 Mersing, Johor

Waktu operasi: Isnin, Rabu – Ahad : 7.00 pagi – 2.00 petang (Selasa tutup)

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Ulasan bisnes


5. Zayyad Café Cawangan Mersing

Zayyad Cafe Cawangan Mersing

Dengan tagline mereka “Masakan Barat Citarasa Orang Kita” sudah menggambarkan bahawa restoran ini pastinya akan menepati selera rakyat Malaysia. Bukan sahaja menghidangkan makanan melayu tetapi juga makanan barat yang pastinya menepati citarasa anda.

Menjengah ke ruang review, ramai pelanggan yang meninggalkan komen yang positif berkenaan dengan harga, tempat, layanan dan yang paling penting ialah rasa. Ramai menyatakan makanan di sini sangat sedap dan sesuai dengan harga. Dekorasi indah di dalam restoran ini juga menambahkan lagi keenakan makanan yang dimakan. Secara keseluruhannya restoran ini menepati citarasa setiap pelanggan yang pernah ke sini. Ini menjadikan Zayyad Cafe ini adalah antara tempat makan best di Mersing yang harus dikunjungi.

Alamat: 61, Jalan Wawasan 1, Taman Wawasan, 86800 Mersing, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin, Rabu – Ahad : 5.00 petang – 11.30 malam (Selasa tutup)

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Instagram ǀ Ulasan bisnes


6. Warung Man Bakso

Warung Man Bakso

Tempat makan best di Mersing yang seterusnya ialah Warung Man Bakso. Bakso yang dihidangkan dengan sup yang kaw pasti membuat anda termimpi-mimpi akan bakso ini selepas pulang ke rumah. Sudahlah murah sedap pula tu. Rata-rata respon yang diterima dari pelanggan Warung Man Bakso sangat berpuas hati dengan hidangan, layanan, harga dan tempat. Walaupun mungkin kedai ini tidak sehebat kedai-kedai mewah lain tetapi keenakannya memang tidak dapat disangkal lagi.

Alamat: 3, Kampung Sawah Dato’, 86800 Mersing, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Khamis & Ahad : 4.30 petang – 12.00 tengahari
Jumaat : 12.00 malam – 12.00 tengahari
Sabtu : 4.30 – 12.00 malam

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Ulasan bisnes


7. Mee Bandung Mak Eton Mersing

Mee Bandung Mak Eton Mersing

Anda peminat mee bandung? Jangan lepaskan peluang untuk merasai kesedapan mee bandung Mak Eton jika anda berkunjung ke Mersing. Ini adalah antara tempat makan best di Mersing jika anda ingin menikmati mee bandung. Ada pengunjung yang mengatakan “ingat mee bandung, ingat Mak Eton”. Begitulah hebatnya penangan mee bandung dari Mak Eton ini. Dengan kuah yang pekat dan udang yang segar serta besar pasti akan membuatkan anda meleleh air liur setiap kali teringatkan kesedapan mee bandung di sini. Secara keseluruhannya, mee bandung Mak Eton memang mantap!

Alamat: Lot 107-A, Jln Tengah, Kampung Sawah Dato’, 86800 Mersing, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Khamis, Ahad : 3.30 petang – 10.00 malam (Jumaat & Sabtu tutup)

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Instagram ǀ Ulasan bisnes


8. Kedai Makan Hentian Bendang

Kedai Makan Hentian Bendang

bukan itu sahaja, Kedai Makan Hentian Bendang juga adalah antara tempat makan best di Mersing yang tidak boleh dilupakan. Menyediakan makanan untuk makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Port terbaik untuk makan bersama keluarga. Restoran ini yang terletak berhampiran dengan sawah pastinya akan memukau pandangan pengunjung yang hadir. Lagi menambahkan lagi kenikmatan makanan yang dimakan. Menu utama untuk tengahari ialah nasi campur, minum petang pula anda boleh cuba mee bandung yang juga menjadi keistimewaan kedai ini dan sebelah malamnya pula adalah shell out. Selain itu, terdapat juga menu lain yang boleh dicuba selain dari yang dinyatakan di atas.

Alamat: Jalan Air Papan, Kampung Air Papan, 86800 Mersing, Johor

Waktu Operasi: Khamis – Selasa 14.30 – 23.00 (Rabu tutup)

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Ulasan bisnes


9. Warung Nasi Goreng Tidur Papan – Tempat Sarapan Best di Mersing

Nasi Goreng Tidur Papan

Selain itu, tempat makan best di Mersing yang wajib anda kunjungi adalah Warung Nasi Goreng Tidur. Ini adalah antara port terbaik untuk breakfast di Mersing ialah Nasi Goreng Tidur Papan. Unikkan namanya? Nama ini bersempena dengan nama menunya yang paling laris iaitu nasi goreng tidur. Nama nasi goreng ini  diilhamkan dari perkataan ‘guring’ yang bermaksud tidur dalam bahasa banjar. Dari nasi goreng ditukarkan kepada nasi tidur untuk menarik pelanggan.

Namun, bukan namanya yang membuatkan ianya laris tetapi kesedapannya. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup memandu jauh dari Singapura semata-mata untuk nasi goreng tidur ini. Hebat bukan?! Oleh itu, jangan lupa jadikan Nasi Goreng Tido Papan ini port wajib untuk bersarapan jika anda berkunjung ke Mersing ok!

Alamat: Parit Hj. Ramli, Air Papan, 86800, Mersing, Johor

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (7 pagi -11 pagi), Jumaat (tutup)

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Ulasan bisnes


10. Kedai Ucu Selera Kita – Tempat Makan Tengahari Best di Mersing

Kedai Ucu Selera Kita

Akhir sekali, tempat makan best di Mersing ialah Kedai Ucu Selera Kita. Kalau anda nak tahu ini adalah anatara tempat terbaik untuk makan tengahari di Mersing. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis lauk pauk untuk juadah makan tengahari juga sarapan (bungkus sahaja). Ramai yang menyatakan makanan di sini sedap dengan harga yang berpatutan serta kawasan makan yang luas dan selesa. Jika anda inginkan lebih banyak pilihan lauk pauk untuk tengahari jangan lupa untuk singgah makan di sini ya!

Alamat: 82, J80, Kampung Mersing Kanan, 86800 Mersing, Johor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin-Jumaat : 8.00 pagi – 5.30 petang
Sabtu – Ahad : 8.30 pagi – 5.00 petang

Hotel Terdekat | Lokasi ǀ Facebook ǀ Ulasan bisnes


Kesimpulannya, terdapat banyak tempat makan yang menarik dan sedap di Mersing. Tempat makan yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan rekomendasi dari pengalaman pelanggan yang pernah berkunjung ke tempat-tempat makan ini. Oleh itu, selamat membaca dan selamat menjamu selera semasa anda bercuti di Mersing.

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

15+ Tempat Best & Aktiviti Di Pulau Tinggi Johor

Pulau Tinggi merupakan salah satu kepulauan di Malaysia yang paling tidak dibangunkan dengan persekitaran yang menawan dan keindahan yang memegunkan. Pulau yang terpencil ini...

Jeti Mersing – Jeti ke Tioman, Rawa, Besar & Pemanggil

Jeti Mersing (Mersing Harbour Centre) yang terletak di Kota Tinggi Johor, merupakan jeti yang paling sibuk di kawasan selatan untuk laluan ke kepulauan Johor...

5+ Tempat Menarik Dan 8+ Aktiviti Yang Mesti Buat Di Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil terkenal di Malaysia sebagai salah satu tapak memancing yang terbaik, ia terletak 45 kilometer dari Mersing, iaitu lokasi perlepasan ke kebanyakan pulau-pulau...

11 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Babi Besar Mersing

Pulau Babi Besar terletak 15km di luar persisiran pantai di sebelah timur daerah Mersing di Johor. Ia dikelilingi oleh berbilang pulau-pulau kecil dan merupakan...

Pulau Aur, Tempat Menarik Di Mersing Johor

Pulau Aur terletak di sebelah timur Mersing, Johor. Ia diisyhtiharkan sebagai Taman Marin pada tahun 1994 di bawah Taman Marin Sultan Iskandar, yang terdiri...

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x