11 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Negeri Johor terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak tempat menarik dan juga makanan-makanan yang sedap. Jom kita kenali beberapa jenis makanan tradisional Johor yang mesti cuba kalau ke sini.

Sesetengah menu mungkin biasa kita makan di mana-mana negeri lain dan ada juga yang agak pelik dan menarik untuk dicuba di Johor.


11 Makanan Tradisional di Johor yang wajib cuba

1. Laksa Johor – Kedai Makan Mak Long Besah

laksa johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Johor tidak ketinggalan untuk mempunyai resepi laksanya yang tersendiri. Sekali pandang laksa Johor, ianya seperti dengan kebanyakan laksa di negeri lain namun ada kelainan yang membuatkannya laksa Johor lain daripada yang lain. Tidak seperti laksa lain, mee yang digunakan kebiasaanya bukan dari bahan mee laksa yang diperbuat daripada tepung beras, tetapi mee yang digunakan ialah dari jenis spaghetti.

Tentang kuahnya, ianya lebih pekat daripada biasa menggunakan isi ikan tenggiri, ikan parang atau kembung dan dimasak pula dengan santan yang pekat bersama kerisik kelapa. Sudah tentulah, hidangan laksa Johor juga akan dihidangkan bersama ulam-ulaman dan juga sambal belacan untuk menambahkan lagi ‘kick’. Kalau tak pedas, bukan orang Johor namanya.

Memang kat mana-mana je boleh dapat laksa Johor ni, tapi di Kedai Mak Long Besah anda boleh mendapatkan laksa Johor yang terbaik sekali. Anda yang inginkan menu istimewa laksa Johor untuk makan pagi atau tengah hari boleh sahaja singgah nanti. Mereka juga ada menjual masakan Johor lain yang turut menambat selera.

Peta Lokasi | Jarak | +60177595353 | Facebook

Alamat: SURAU, Jalan Kerambit, Taman Sri Tebrau, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 7.00 am – 2.00 pm (kecuali Jumaat & Sabtu)


2. Mee Bandung Johor – Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

mee bandung muar Johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Menu makanan yang sangat terkenal di Johor terutamanya di Muar. Kalau ke Johor memang sah orang akan cadangkan kita untuk cuba Mee Bandung ‘Muor’. Betapa popularnya mee bandung Muar ini sehinggakan kini kita boleh melihat sendiri pelbagai paste Mee Bandung Muar yang dijual di pasaran bagi memudahkan orang untuk mencuba resepi masakan orang Johor yang sedap ini.

Rasa mee bandung Johor memang sangat kaya dengan intipati bahan-bahan seafood yang membangkitkan lagi rasanya. Lain daripada mee bandung biasa, kalau anda rasa betul-betul, rasa dan aroma udang di dalam kuahnya sangat kuat. Dan kuahnya sudah tentu sangat pekat dan likat.

Antara kedai mee bandung yang terkenal di Johor terutama sekali di Muar ialah Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Mee bandung di sini memang sedap dan cukup digemari. Kalau singgah di Muar tu memang wajib datang ke sini ya. Harga memang cukup murah dan berpatutan dengan rasa makanan.

Peta Lokasi | Jarak | +60122642720 | Facebook

Alamat: Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

Waktu Operasi: 8.00 am – 4.00 pm (kecuali Jumaat)


3. Mee Rebus Johor – Mee Rebus House

mee rebus johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu lagi hidangan santai yang semestinya dicuba kalau bercuti ke Johor. Sekali tengok mee rebus ini tidak ubah seperti mee bandung terutamanya pada warna kuahnya.Namun kalau anda perhati dua kali dari dekat, memang ada kelainannya dan rasa sudah tentulah berbeza. Tidak seperti kebanyakan mee rebus atau mee sup di negeri lain contohnya Kedah, mee rebus Johor ini dihidangkan dengan kuah yang bukan bersup. Kuahnya likat dan pekat ditambah pula dengan telur rebus, tauhu dan limau kasturi serta taburan tepung goreng berperisa udang pasti tidak cukup kalau dimakan ketika sedang kebulur.

Kalau anda berada di Johor Bahru, anda boleh ke Mee Rebus House untuk mencuba mee rebus yang memang sedap sehingga menjilat pinggan. Mereka ni memang terkenal dengan juadah mee rebus, maklumlah nama pun Mee Rebus House. Tempat makan Johor ini juga memang cantik dan sesuai untuk bersantai-santai.

Peta Lokasi | Jarak | +60137999111 | Facebook

Alamat: 8, Jalan Balau, Taman Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 10.00 am – 7.00 pm (kecuali Jumaat)


4. Lontong – Lontong Warisan Haji Salim

lontong warisan johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Salah satu makanan di Johor yang dipengaruhi dengan resepi makanan Indonesia dan Jawa. Lontong sememangnya menu makanan wajib terutamanya ketika rumah terbuka di hari raya puasa. Pengaruh Lontong ini bukan sahaja di Johor, malah turut menjadi menu kegemaran di negeri-negeri lain.

Lontong di Johor ada beberapa jenis iaitu yang berkuah ataupun yang kering. Kebiasaannya orang ramai lebih menyukai lontong yang berkuah kuningnya dan memang sedap kalau ditambah dengan lauk sampingan seperti rendang daging ataupun sambal nasi lemak. Baru ada power.

Untuk merasai lontong berkuah yang sedap, anda boleh mendapatkannya di Lontong Warisan Haji Salim. Kedai lontong ini menggunakan resepi turun-temurun dan sudah tentu sedap. Anda boleh pilih aneka lauk-pauk untuk disertakan bersama lontong tersebut. Harga berbeza-beza mengikut pilihan lauk yang dipilih.

Peta Lokasi | Jarak | 014-387 2092 | Facebook

Alamat: Jalan Parit Baring, Taman Jaya, 86400 Parit Raja, Johor

Waktu Operasi: 8.00 am – 8.00 pm


5. Telur Pindang

kedai makan best johorTelur rebus yang direbus dengan campuran herba yang menjadikan telur itu menjadi hitam.

Ketika direbus, bau aroma herbanya memang kuat menusuk hidung dan telur pindang ini menjadi salah satu makanan wajib terutamanya ketika ada majlis-majlis seperti perkahwinan di Johor.

Bukan setakat orang Johor sahaja yang sukakan telur pindang, orang Cina juga gemar telur pindang kerana ianya berkhasiat tinggi dan bagus untuk kesihatan hasil campuran herba-herbanya. Lihat cara membuatnya di sini.

 


6. Nasi Briyani Gam – Nasi Briyani Power

nasi beryani gam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Menu makanan yang sangat terkenal di Johor terutamanya di daerah Batu Pahat. Nasi beriyani gam bukan sahaja menempah nama di Johor, malah turut terkenal di bandar utama lain di Kuala Lumpur dan Selangor. Memang berlainan rasa nasi beriyani gam dengan nasi beriyani biasa dan rasa rempah ratusnya lebih tajam. Cara nak memasaknya terutamanya lauknya memang leceh kalau mengikut cara yang sebenar.

Nasi Bariani Power mengkhaskan nasi briyani gam sebagai menu utama disini. Ianya didatangkan dengan daging dan ayam. Papadom serta acar buah juga ada sebagai juadah tambahan. Nasi Briyani disini memang cukup ‘power’ membuatkan pelanggan kerap berkunjung berulang kali.

Peta Lokasi | Jarak | +6074388987 | Facebook

Alamat: Taman Soga, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 10.00 am – 7.00 pm (kecuali Isnin)


7. Kacang Pool – Restoran Kacang Pool Haji

makanan traditional johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu hidangan makanan kalau dilihat ala-ala orang Perancis. Semangkuk kuah yang pekat seakan paste kari dan gandingkan pula dengan roti. Makanan ini sangat popular di Johor sebagai makanan santai. Walaupun ianya bernama Kacang, namun jangan anggap kuahnya seperti kuah kacang satay.

Rasanya sangat berempah dan kadang-kadang lidah berkata ada rempah kurma dan kadang lidah juga terasa seperti paste beriyani. Memang sangat unik rasa dia dan pasti akan menjadi kesukaan anda apabila merasaya buat pertama kali.

Di Johor ni, kedai yang boleh dikatakan paling terkenal dengan menu kacang pool ialah Restoran Haji Kacang Pool. Di sini rasa kacang pool tu memang terbaik. Isi dalamnya juga banyak dan tak kedekut lansung. Rotinya juga empuk dan dapat dirasai butter yang digunakan pada roti.

Peta Lokasi | Jarak | +60137377997 | Facebook

Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 8.00 am – 8.00 pm


8. Otak-otak

otak otak kempas johorSelain di Terengganu, Johor juga terkenal dengan otak-otaknya. Kalau ke JB wajib mencuba makanan ini dan nak carinya pun tak susah sebab memang banyak kedai yang menjual makanan kegemaran orang Johor ini.

Dari segi luarnya, otak-otak di Johor lebih kepada aduanan isi ikan dan disaluti dengan rempahnya dan kalau di Terenggau, otak-otak adalah isi ikan yang hanya dipotong bersegi kemudian dibakar bersama isi kelapa berempah didalam daun kelapa.

Ada dua jenis otak-otak yang popular di Johor iaitu otak-otak kempas dan juga otak-otak gelang patah. Apa-apa pun, kedua-dua jenis otak-otak bersandarkan kepada isi ikan dan hanya cara dan resepi sahaja yang berbeza.


9. Roti Jala – Roti Jala Mak Bulat

makanan tradisional di johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Rasanya semua orang kenal dengan roti jala kerana boleh dikatakan majoriti negeri di Malaysia terkenal dengan makanan ini. Di Johor pula ianya juga dikenali dengan nama roti kirai. Roti jala dihidangkan dengan kuah kari dan memang sangat menarik untuk dimakan sebagai makanan santai di petang hari.

Kalau di pantai timur, roti jala kebiasaanya dimakan bersama dengan sos yang rasanya sangat manis dan berlemak. Cara penyediaan roti jalanya tiada beza dengan tempat lain cuma cara penyediaan kuah kari dan lauk sampingannya.

Di Muar, Roti Jala Mak Bulat sesuai untuk anda pergi bagi menikmati sarapan pagi. Roti jala di sini memang sedap dan kuah karinya juga tidak cair. Kedai makan ini juga ada menghidangkan juadah sarapan pagi negeri Johor yang lain sebagai makanan berat.

Peta Lokasi | Jarak

Alamat: Taman Khalidi Bharu, 84000 Muar, Johor

Waktu Operasi: 7.00 am – 11.00 am (kecuali Selasa)


10. Nasi Ambeng – Nasi Ambang Mak Ana

makanan tradisional johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nasi ambang pula kalau senang ceritanya merupakan nasi putih yang dimakan dalam talam bersama dengan iringan lauk pauk yang pelbagai. Selain boleh didapati di kedai makan di Johor, nasi ambeng sering kali juga dihidangkan setiap kali majlis bacaan Yasin atau tahlil. Kalau di kedai makan, kebiasaanya ianya dibungkus di dalam daun pisang atau dimakan dalam pinggan seperti biasa. Lauk pauknya pula pelbagai dan yang mesti ada dalam nasi ambang semstinya ikan kering, serunding kelapa, ulaman dan sambalnya.

Walaupun memang banyak kedai mejual nasi ambeng ni, Nasi Ambang Mak Ana selalu menjadi pilihan penduduk JB. Nasi ambang ni memang banyak lauk yang diberi dan tak kedekut lansung. Saiz ayam yang diberi juga cukup memuaskan dan harganya juga murah. Rasa pedasnya yang memukau menambah lagi sebab untuk berkunjung semula ke sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60177328060 | Facebook

Alamat: 14, Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 10.30 am – 3.00 pm (kecuali Sabtu)


11. Botok-botok – Restoran Botok-Botok Ibunda

makanan tradisional johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Botok-botok merupakan makanan yang sinonim dengan makanan Jawa yang agak terkenal di Johor. Ianya merupakan isi ikan yang dibalut dengan daun pisang. Bagi menaikkan rasa serta aromanya, pembuatan botok-botok ini menggunakan sekurang-kurangnya 7 jenis ulam dan rempah ratus tertentu. Antaranya ialah daun kesum, ulam raja dan daun puding semangkuk.  Selalunya, ikan tenggi atau ikan kembung akan digunakan untuk membuat botok-botok ini.

Untuk menadapatkan botok-botok yang sedap di Johor, anda boleh ke Restoran Botok-Botok Ibunda yang memang terkenal dengan botok-botok. Kedai makan ini terletak di Johor Bahru. Susah sikit nak cari botok-botok di Johor ni.

Peta Lokasi | Jarak | +6072326877 | Facebook

Alamat: 2, Jalan Orkid Utama, Taman Orkid, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 8.00 am – 8.00 pm (kecuali Ahad)


11 makanan tradisional Johor yang mest CUBA !

Semoga perkongsian 11 makanan tradisional Johor ini membuatkan anda terasa lapar dan teruja untuk mencuba apabila berada di Johor kelak. Mesti cuba ya. Wassalam.

4/5 - (23 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati 1. Desaru Coast Adventure Park (Taman Tema Air Johor) Taman tema air terbaru dan terbesar...

8 Tempat Nasi Goreng Di Johor Yang Berbaloi Dicuba

Nasi merupakan makanan ruji yang tidak boleh dielak oleh rakyat Malaysia. Terdapat begitu banyak jenis nasi bergantung kepada jenis beras yang digunakan untuk memasaknya....

56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati

Negeri Johor mempunyai banyak tempat percutian menarik yang boleh dikatakan lengkap dalam semua kategori baik di pantai, pulau, taman tema, resort menarik, taman negara,...

7 Homestay Terbaik dan Selesa di Parit Raja Untuk Anda Cuba!

Batu Pahat, atau disebut BP, adalah salah satu daerah yang terdapat dalam negeri Johor. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar yang ke 20...

Pantai di Johor untuk Bercuti dan Penginapan Menarik

Selain di pesisiran pantai di kepulauan Sabah, Terengganu atau Pahang, pantai di Johor juga tidak kurang menariknya untuk dijadikan destinasi percutian samaada ketika musim...

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Laila
1 year ago

Sedapnya Botok-botok. susah nak dapat sekarang

nasir
nasir
5 years ago

ade lagi x

Ajad
Ajad
7 years ago

Jangan lupa botok botok

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x