Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati

Isi Kandungan

Negeri Johor mempunyai banyak tempat percutian menarik yang boleh dikatakan lengkap dalam semua kategori baik di pantai, pulau, taman tema, resort menarik, taman negara, air terjun, tempat membeli belah & sebagainya. Hari ini, mari kita terokai 53+ tempat menarik di Johor yang paling popular untuk anda lawati bersama keluarga & rakan-rakan termasuk dengan informasi-informasi penting untuk pelancong seperti peta, jarak perjalanan dari tempat anda, harga tiket, pautan rujukan & sebagainya.

Yang pasti, samaada anda merancang untuk bercuti di Johor secara solo, berkumpulan, bersama anak-anak ataupun ‘honeymoon’ dengan yang tersayang, kesemua destinasi percutian di Johor seperti bawah ini pasti ada jawapan yang sesuai dengan minat & cabaran yang anda kehendaki.

Pilihan penginapan di Johor juga sangat banyak samaada yang bajet ataupun resort tepi pantai yang menarik. Antara pantai paling popular yang paling menjadi tumpuan pelancong adalah di Pantai Desaru. Terdapat beberapa resort & hotel yang menarik di sini untuk anda bermalam & juga sesuai untuk dijadikan destinasi untuk event seperti family day ataupun team building syarikat. Semoga senarai di bawah ini memberi seribu satu idea & kemudahan untuk anda merancang percutian di Johor dengan lebih baik samaada dari segi masa perjalanan, tempat untuk menginap, bajet yang diperlukan & sebagainya. Teruskan membaca.


53+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti di Johor Yang Paling Menarik Untuk Diterokai

1. Pulau Rawa

pulau menarik di johor mersing

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau Rawa merupakan sebuah pulau yang terpencil di Mersing, Johor yang sangat cantik setara dengan destinasi pulau popular lain di Sabah ataupun di Terengganu. Bagi anda yang nak melepaskan lelah berkerja selama 2-3 malam di satu kawasan yang jauh dari hiruk pikuk bandar, Pulau Rawa adalah satu destinasi yang sangat ideal untuk anda bercuti di Johor menenangkan fikiran ataupun boleh dijadikan sebagai destinasi honeymoon anda di Johor.

Pulau Rawa tidaklah sebesar Pulau Langkawi di Kedah, namun tetap menjanjikan aktiviti yang menarik untuk dilakukan di sini seperti snorkeling, hiking melihat matahari terbit, wind surfing, berkayak, scuba diving & island walking di sepanjang pulau. Paling penting, terumbu karang yang ada di dasar lautnya & panorama sekeliling pulau dengan air yang biru menjernih pasti akan mengujakan setiap pelancong yang bercuti di Pulau Rawa. Walaubagaimanapun, pilihan penginapan yang ada di Pulau Rawa hanya dua sahaja iaitu Rawa Island Resort & Alang Rawa Resort. Pelancong boleh ke Pulau Rawa dengan menaiki bot laju dari Jeti Mersing.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Baca lagi: 17+ Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Rawa Johor

  • Pulau Rawa, Mersing, Johor

Waktu Terbaik Bercuti ke Pulau Rawa

  • Antara April-Oktober. Sebelum musim peralihan monsun.

Speedboat ke Pulau Rawa dari Jeti Mersing

  • 9 pagi & 12 tengahari

Speedboat ke Jeti Mersing dari Pulau Rawa

  • 10 pagi & 2 petang

* waktu perjalanan speedboat juga bergantung kepada air pasang surut.
* perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Rawa ( 30-45 minit) bergantung kepada keadaan laut.

  • Percutian di Pulau Rawa bergantung kepada jenis pakej yang dipilih yang ditawarkan oleh 2 buah resort di sini. Setiap pakej sudah termasuk dengan boat transfer, penginapan & makan. Boleh rujuk laman web agensi pelancongan di bawah:
  • Harga pakej penginapan di Pulau Rawa berbeza mengikut hari weekend, weekday & musim cuti. Maklumat lanjut sila layari:
  • Parking kereta di kawasan jeti atau di Bandaran Mersing ( sekitar RM18 untuk 3 hari)
  • Sekiranya dari jauh & perlu bermalam di Mersing dahulu, boleh semak tawaran hotel di Mersing.


2. Desaru Coast Adventure Water Park

desaru coast adventure water park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan taman tema air yang terbaru di Johor yang baru dilancarkan pada 2018. Pelbagai aktiviti keriangan di sini yang sesuai untuk semua golongan samaada kanak-kanak ataupun belia remaja yang inginkan cabaran dengan aktiviti yang lebih membuatkan ‘setiap darah mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala’. Banyak tarikan water slide yang bertaraf dunia ada di sini seperti Giant Water Slides, Wild Whirl, Super Twister, Riptide & The Tempest.

Antara tarikan yang paling mencuri tumpuan di sini adalah The Tempest iaitu merupakan gelongsor air dengan penurunan 24 kaki yang pasti menyeronokkan golongan dewasa. Di sini juga menempatkan roller coaster yang akan menurun secara menjunam dari ketinggian 30 meter sebelum menuju laju masuk ke dalam kolam air. Tahukah anda, Wave Pools yang ada di sini juga merupakan antara yang terbesar di dunia. Satu tarikan pelancongan di Johor yang sangat menarik untuk waktu riang ria anda bersama anak-anak untuk dilawati pada hujung minggu atau pun pada cuti sekolah.

Baca lagi >> 13 Aktiviti dan Slides Menarik di Desaru Coast Adventure Waterpark

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook | Instagram | Website

  • Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi Desaru Coast Adventure Water Park

  • 10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

*sebaiknya lawati waktu cuaca yang baik kerana ada sesetengah tarikan akan ditutup kerana hujan.

Harga Tiket Desaru Coast Adventure Water Park

#1 One Day Ticket

Dewasa ( 12-59 tahun)

  • Harga Biasa: RM 137
  • Harga MyKad: RM 129

Kanak-Kanak (3-11 tahun):

  • Harga Biasa: RM 102
  • Harga MyKid: RM 96

Warga Emas ( Umur 60+):

  • Harga Biasa: RM 102
  • Harga MyKid: RM 96

Kanak-kanak ( Bawah 3 tahun):

  • PERCUMA

#2 Two Day Ticket

Dewasa ( 12-59 tahun)

  • Harga Biasa: RM 233
  • Harga MyKad: RM 208

Kanak-Kanak (3-11 tahun):

  • Harga Biasa: RM 174
  • Harga MyKid: RM 156

Warga Emas ( Umur 60+):

  • Harga Biasa: RM 174
  • Harga MyKid: RM 156

Kanak-kanak ( Bawah 3 tahun):

  • PERCUMA

#3 Johor Splash Pass ( Annual Pass) – Hanya untuk warga Malaysia

Dewasa ( 12-59 tahun)

  • Harga Biasa: RM 248

Kanak-Kanak (3-11 tahun):

  • Harga Biasa: RM 186

Warga Emas ( Umur 60+):

  • Harga Biasa: RM 186

Kanak-kanak ( Bawah 3 tahun):

  • PERCUMA

Untuk tempahan tiket di atas talian


 

3. Pulau Sibu

pulau sibu mersing johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau Sibu yang juga terletak di Mersing, merupakan satu lagi destinasi pulau di Johor yang menarik untuk anda bercuti. Di sini pilihan resort lebih banyak untuk dipilih berbanding di Pulau Rawa. Namun dari segi kecantikan terumbu karang & kejernihan air, Pulau Rawa menang. Walaubagaimanapun, Pulau Sibu tetap mempunyai destinasi menarik untuk aktiviti air seperti snorkeling & diving yang terletak di pulau-pulau berhampiran seperti di sekitar Pulau Kukus & Pulau Tinggi. Pulau Sibu sangat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian bersama keluarga kerana fasiliti di Pulau Sibu lebih lengkap & untuk aktiviti santai-santai di tepi pantai juga lebih mesra bersama anak-anak.

Pulau Sibu terdiri dari 4 pantai utama & di setiap pantai ini terdapat resort-resort yang sering menjadi kunjungan pelancong seperti Sea Gypsy Village Resort dan Dive Base & Sibu Island Cabanas yang mengadap ke arah Laut China Selatan. Resort selebihnya seperti , Sari Pacifica Resort & Spa dan Rimba Resort terletak di tengah pulau manakala Junansa Villa dan Coconut Village Twin Beach Resort Resort pula menghadap ke arah tanah besar.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Baca lagi: 15+ Aktiviti Terbaik Yang Mesti Cuba Di Pulau Sibu Johor

  • Pulau Sibu, Mersing, Johor

Lokasi naik bot ke Pulau Sibu:

  • Perjalanan bot laju ke Pulau Sibu ( 15-20 minit)

Waktu feri dari Tanjung Leman ke Pulau Sibu setiap hari

  • Jam 11 pagi dan 2 petang

Waktu feri dari Pulau Sibu ke Tanjung Leman setiap hari

  • Jam 10 pagi dan Jam 2 petang

  • Terminal Jeti Tanjung Leman, Mersing –
    • Daftar di Kaunter Jabatan Laut termasuk bayaran untuk Jetty & Conservation Fee ( RM 10/pax)
    • Parking kereta di jeti ( sekitar RM 8.00 sehari)
  • Harga penginapan & aktiviti di pulau bergantung kepada pakej yang disediakan oleh resort pilihan pelancong


4. Pantai Desaru

 pantai desaru johor best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang yang mabuk laut kalau naik bot untuk bercuti di pulau sekitar Johor, apa kata bawa keluarga bercuti di Pantai Desaru, Kota Tinggi. Pantai Desaru merupakan antara pantai peranginan di Johor yang menarik & popular di kalangan pelancong tempatan & pelancong dari Singapura. Sekitar Pantai Desaru terdapat beberapa pilihan resort menarik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Antara penginapan yang paling ideal di Pantai Desau untuk anda bercuti bersama keluarga & anak-anak adalah di Lotus Desaru Beach Resort & Spa kerana terdapat taman tema air khas untuk pengunjung yang menginap di sini. Anak-anak kecil anda pasti suka. Untuk aktiviti tepi pantai, Pantai Desaru juga menawarkan beberapa aktiviti menarik tepi pantai untuk dilakukan pelancong seperti main jetski, parasailing, banana bot, boat ride & menaiki kereta kuda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Desaru, 82200 , Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

  • Kawasan pantai (24 jam). Sebaiknya petang untuk berkelah.

  • percuma


5. Taman Negara Endau-Rompin

taman negara endau rompin johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan taman hutan lipur atau hutan simpan yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara di Pahang. Taman negara yang terletak bersempadanan dengan Negeri Pahang ini kaya dengan flora fauna yang masih terpelihara & pelbagai spesis hidupan liar yang samakin pupus masih wujud di sini seperti Badak Sumbu Sumatera.

Mempunyai 2 pintu masuk ke Taman Negara iaitu Peta di Kahang, Kluang & Selai di Bekok , Segamat. Destinasi ini semestinya menawarkan pelbagai aktiviti yang lebih mendekatkan diri kepada alam semulajadi & sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan pihak institusi atau badan korporat secara berkumpulan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah night walk, night track, meredah hutan, water tubing, mandi air terjun & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-2661301 | Facebook | Instagram | Website

  • Waktu Urusan Pejabat di Perbadanan Taman Negara Johor untuk mendapatkan permit:
    • 8.00 am – 5.00 pm ( Jumaat- Rabu)
    • 8.00 am – 3.30 pm ( Khamis)
  • Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac.

  • Harga aktiviti dijalankan bergantung kepada pakej.


6. Legoland Malaysia Resort

legoland malaysia resort waterpark

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau bercuti di Johor Bahru dengan anak-anak tetapi tak melawat taman tema ini, bukan bercuti di Johor namanya. Pastikan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, anda perlu membawa anak-anak untuk masa riang-ria mereka yang semestinya akan menjadi memori indah untuk dibawa pulang ke rumah.

Legoland Malaysia Resort menawarkan pelbagai aktiviti outdoor & indoor yang sesuai untuk peringkat umur termasuk belia remaja. Yang pasti kalau anak-anak nak menerokai kesemua tarikan di sini, satu hari memang tidak cukup. Sekurang-kurang perlu menginap di sini satu malam supaya anak-anak boleh bersuka ria di semua tarikan yang ada di Legoland Malaysia.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-5978888 | Facebook | Instagram | Website

  • 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor

Waktu Operasi Legoland Malaysia Themepark

  • 10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)
  • 10.00 am – 7.00 pm (Sabtu)

Waktu Operasi Legoland Malaysia Waterpark

  • 10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

*Maintenance bergantung kepada jadual. Rujuk >info lanjut

Harga Tiket Legoland Malaysia

  • 1-Day Combo Ticket (Legoland Park + Waterpark) – Bermula RM 150
  • 1-Day Theme Park Ticket ( Theme Park) – Bermula RM 120
  • 1-Day Water Park Ticket ( Water Park) – Bermula RM 82

Untuk pakej terkini lain & untuk dapatkan harga lebih murah sila tempah secara online.

Harga Penginapan di Legoland Malaysia Resort.


7. Kulim Eco Trail Retreat

aktiviti outdoor menarik johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda sukakan aktiviti outdoor berkumpulan yang mencabar seperti stand-up paddling, berkayak, membina rakit buluh, tree climbing & flying fox? Sekiranya ya, destinasi ini adalah salah satu yang terbaik yang ada di Kota Tinggi, Johor untuk melepaskan gian anda. Di sini juga terdapat penginapan yang sesuai untuk anda jadikan sebagai destinasi hari keluarga syarikat ataupun sebagai tempat team building.

Paling best, terdapat lebih 20 pilihan aktiviti team building yang sangat sesuai dilakukan bersama rakan sepejabat untuk mengeratkan silaturahim & bonding bekerja. Kawasannya yang sangat cantik menghijau & berdekatan dengan Sungai Johor pasti memberi kepuasan maksimum untuk merehatkan minda daripada kepenatan bekerja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-9435480 | Facebook | Instagram | Website

  • Kulim Eco Trail Retreat, Ladang Basir Ismail, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi Kulim Eco Trail Retreat

  • 8.30 am – 5.30 pm ( Isnin-Sabtu)
  • 8.30 am – 12.30 pm (Ahad)

Harga Pakej Kulim Eco Trail Retreat


8. Taman Negara Tanjung Piai

taman negara tanjung piai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan taman paya bakau yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan yang sinonim dengan kawasan paya bakau. Di sini terdapat platform kayu yang dibina untuk memudahkan pengunjung berjalan penghujungnya & terletak di tepi laut. Titik penghunjung platform ini merupakan kawasan yang paling selatan di Semenanjung Malaysia & juga Benua Asia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-6969712 | Facebook | Instagram | Website

  • Tanjung Piai Johor National Park, 82030 Pontian, Johor

Waktu Operasi Taman Negara Tanjung Piai

  • Isnin-Jumaat
    • 8.00 am – 5.00 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 8.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Taman Negara Tanjung Piai

  • Warganegara Malaysia:
    • RM 5.00
  • Pelancong Asing
    • RM10.00


9. Zoo Johor (Johor Safari Park)

zoo johor safari

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Zoo Johor yang terletak berdekatan dengan Masjid Abu Bakar ini merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang terancam kepupusan seperti singa, buaya, harimau, unta, badak air & banyak lagi.

Ada beberapa haiwan yang jinak yang pengunjung boleh berinteraksi secara langsung seperti unta, rusa & burung kasawari. Makanan untuk haiwan-haiwan jinak ini ada dijual pada harga yang sangat murah sekitar RM 2-3 sahaja. Satu tempat menarik di Johor Bahru yang wajib dimasukkan di dalam jadual perjalanan anda apabila bercuti di JB kelak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-2230404 | Facebook

  • Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru

Waktu Operasi Zoo Johor

  • 8.30 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Zoo Johor

  • Dewasa: RM 2.00
  • Kanak-Kanak (<12 tahun): RM 1.00
  • OKU: Percuma


10. Austin Heights Water & Adventure Park

taman tema menarik di johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi yang sanga ideal untuk golongan belia remaja yang sukakan aktiviti lasak samaada untuk aktiviti outdoor ataupun indoor. Taman tema ini terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Water Theme Park, Adventure Park dan juga Sport & Leisure Park. Zon Water Theme Park yang ada di sini memang sangat menarik kerana mempunyai beberapa water slide yang pasti membuatkan golongan dewasa teruja.

Bagi yang inginkan aktiviti kering pula, boleh ke Zon Adventure Park yang rata-rata aktiviti di sini lebih kepada yang agak menggayatkan. Untuk kanak-kanak, Zon Sport & Leisure Park lebih sesuai kerana ada ruangan untuk aktiviti seperti Indoor Trampoline Centre dan juga Ice Skating Rink.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019 7163183 | Facebook | Website

  • 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Austin Heights Water & Adventure Park

Water Theme Park

  • 10.00 am – 7.00 pm

Adventure Park

  • 10.00 am – 6.00 pm

Sport & Leisure Park

  • 10.00 am – 10.00 pm

Harga Tiket Austin Heights Water & Adventure Park

WATER PARK

  • 120 cm keatas : RM 80
  • 3 tahun kebawah (born after 2016): RM 12
  • 120 cm & kebawah: RM 70
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 70

ADVENTURE PARK

  • 7 loops with 51 elements: RM 80
  • Companion Pass: RM 12

JUMP STREET @ AUSTIN HEIGHTS

  • 1-Hour admission: RM 25
  • Grip sock: RM 5
  • Companion pass: RM 5

SKATING RINK @ AUSTIN HEIGHTS

  • Per-entry admission: RM 25
  • Companion Pass RM 5
  • Rental of skates: RM 5

DRIFT IN AUSTIN

  • 10-Min admission: RM 25

Maklumat selanjutnya>


11. KUSO 3D Art Gallery

muzium 3d johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah galeri yang menawarkan pelbagai lukisan mural 3D yang sangat menarik untuk acara gambar-bergambar bersama keluarga & rakan-rakan. Datang tempat macam ini, wajib kena ada ‘geng’, baru lebih seronok untuk buat aksi-aksi fotogenik & ‘fotogedik’ secara berjemaah. Konsepnya, seperti di kebanyakan muzium 3D yang lain juga di seluruh Malaysia, cuma lukisannya sahaja yang berbeza. Satu tempat menarik di JB yang mungkin boleh anda lawati pada waktu tengahari yang panas terutamanya kalau ada anak kecil.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6018-7730962 | Facebook

  • NO 83-85, Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin, Tebrau, Johor, Malaysia

Waktu Operasi KUSO 3D Art Gallery

  • 11.00 am – 8.00 pm ( Ahad – Khamis) | Kemasukan terakhir pukul 7.00 pm
  • 11.00 am – 9.00 pm ( Jumaat & Sabtu) | Kemasukan terakhir pukul 8.00 pm

Harga Tiket KUSO 3D Art Gallery

  • Dewasa: RM 22
  • Kanak-Kanak & Warga Emas: RM 16

*Kanak-kanak bawah 110 cm masuk PERCUMA


12. Bazaar Johor (Bazaar Karat)

tempat menarik di johor bahru waktu malam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah pasar malam di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, barangan antik, kasut, stokin, tali pinggang dan macam-macam lagi. Seperti juga di Perak, Bazar Karat di JB juga memang unik berbanding pasar malam biasa & satu tempat menarik di Johor Bahru pada waktu malam yang mesti anda datang untuk melihat pelbagai telatah penjual & pembeli. Sambil-sambil shopping boleh juga melihat persembahan busker-busker yang tidak jemu menghiburkan pengunjung di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Bazar Karat Johor Bahru

  • Isnin-Jumaat: 6:00 pm – 12:00 pm
  • Sabtu – Ahad: 7:30 pm – 12:00 pm

  • Subjektif kepada kemahuan pembeli


13. Johor Premium Outlet (JPO)

tempat shopping di johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat menarik untuk shopping di Kulai, Johor dan bersebelahan dengan highway Utara-Selatan. Shopping mall ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual pakaian berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya. Sering dipenuhi pengunjung terutamanya ketika ada sales seperti waktu hujung ketika Year End Sales.

Kalau anda bercuti di Johor pada musim cuti sekolah bulan Disember, hukumnya wajib untuk datang shopping di sini terutamanya untuk golongan kaum hawa. Jadi, simpan duit awal-awal untuk anda terapi minda dengan aktiviti sinonim golongan wanita seperti cuci mata & shopping handbag berjenama di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-6618888 | Facebook | Instagram | Website

  • Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Waktu Operasi Johor Premium Outlet

  • 10.00 am – 10.00 pm

  • bergantung kepada bajet masing-masing


14. Taman Herba Nasuha (Nasuha Herbs & Spice Farm)

 taman herbal nasuha johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda bercuti di Muar, Johor jangan lepaskan peluang untuk singgah di Taman Herba Nasuha untuk beberapa aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Seperti namanya, Taman Herba Nasuha menempatkan pelbagai jenis tumbuhan herba yang ditanam secara komersial & terdapat lebih 150 spesis tumbuhan herba di sini yang eksotik yang boleh pengunjung terokai. Sudah tentu, anda boleh mendapatkan produk herba yang segar untuk dibawa pulang sebagai bekalan segar di dapur anda ataupun mungkin sebagai buah tangan untuk jiran tetangga.

Di sini juga terdapat sebuah restoran yang unik penampilannya dengan deko-deko yang pasti membuatkan pengunjung kagum. Yang lebih best, menu juadah makanan tempatan yang disediakan untuk makan tengahari majoritinya menggunakan herba-herba yang diambil terus dari ladang. Anda boleh cuba minuman herba yang menyihatkan & signature menu di sini pula iaitu nasi beriyani kambing adalah satu kemestian untuk anda makan ketika waktu lunch. Nasuha Herbs turut menyediakan penginapan, pakej-pakej aktiviti outdoor seperti jungle trekking, berkayak, berakit & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-9737231 | Facebook

  • Nasuha Herbs & Spice Farm, KM 19, Jalan Muar-Pagoh, Pagoh, 84500, Muar, Johor

Waktu Operasi Nasuha Herbs & Spice Farm

  • 10.30 am – 6.30 pm (setiap hari)

Harga Tiket Nasuha Herbs & Spice Farm

  • Lawatan Percuma

Tawaran Penginapan di Nasuha Herbs & Spice


15. Taman Buaya Teluk Sengat

taman buaya johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah taman buaya di Kota Tinggi yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya & telah beroperasi sejak tahun 1979 lagi. Ada beberapa ekor buaya yang saiznya sangat besar dan ada juga buaya ‘otai’ yang berusia lebih 130 tahun yang mana gigi pun sudah tiada. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat aksi buaya di sini dengan membeli ayam yang dijual di sini untuk diberi makan.

Bolehlah anak-anak melihat secara live aksi ganas buaya ketika membaham mangsanya. Satu tempat menarik di Kota Tinggi, Johor yang wajib anda singgah untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga & anak-anak dalam 30-40 minit.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-8955220

  • Lots 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kampung Belading, Teluk Sengat, 81940 Kota Tinggi, Johor,

Waktu Operasi Taman Buaya Teluk Sengat (Crocodile World)

  • 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Taman Buaya Teluk Sengat ( Crocodile World)

  • Dewasa: RM 8.00
  • Kanak-Kanak: RM 4.00


16. Air Terjun Kota Tinggi

tempat mandi di johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah air terjun yang boleh dikatakan paling popular bagi warga Johor Bahru dan juga warga Singapura kerana akses yang mudah. Sebaik melangkah masuk menyusuri Air Terjun Kota Tinggi ini, anda akan menjumpai kawasan di tingkat bawah yang lebih cetek dan tenang serta mempunyai beberapa gelongsor air yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria.

Tidak jauh dari sini anda akan menjumpai pula kawasan yang dilengkapi dengan gelongsor panjang berterowong yang seakan-akan gelongsor di taman tema air. Satu tempat mandi di Johor yang sangat best untuk anda berekreasi bersama keluarga pada hujung minggu. Di sini juga ada penginapan iaitu Kota Tinggi Waterfall Resort untuk pelancong yang ingin bermalam dengan suasana hutan & dekat dengan air terjun.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-8829222 | Facebook | Website | Baca Lagi

  • Sungai Pelepah, Gunung Panti Recreational Forest, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi Air Terjun Kota Tinggi

  • 8.00 am – 7.00 pm (termasuk cuti sekolah & hujung minggu)

Harga Penginapan di Kota Tinggi Waterfall Resort

Harga Tiket / Bayaran Masuk Air Terjun Kota Tinggi

  • Dewasa:
    • MyKad: RM 7.00
    • Harga Normal: RM 14.00
  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun):
    • MyKid: RM 3.00
    • Harga Normal: RM 9.00
  • Kanak-kanak bawah 85cm
    • Percuma

Bayaran Masuk Kenderaan & Sewa Tube:

  • Kereta:
    • MyKad: RM 3.00
    • Pelancong Asing: RM 5.00
  • Motosikal:
    • MyKad: RM 1.00
    • Pelancong Asing: RM 1.00
  • Bas:
    • MyKad: RM 5.00
    • Pelancong Asing: RM 5.00
  • Sewa pelampung/tube:
    • Single: tube RM 5.00
    • Double: RM 8.00


17. Kluang Coffee Powder Factory

kilang kopi kluang johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kluang, Johor sangat terkenal dengan kopinya. Kalau anda penggemar kopi & nak menerokai lagi tentang dunia kopi ini, apa kata ke Kilang Serbuk Kopi Kluang ini untuk belajar cara-cara pembuatan kopi yang berkualiti. Pengunjung yang datang akan ditunjuk ajar oleh staff di sini tentang perbezaan biji-biji kopi yang memberi jenis kopi yang berbeza & aroma harum yang sangat wangi.

Macam-macam bijian kopi mentah yang ada di sini seperti Kopi Robusta (Robusta Coffee), Kopi Arabika (Arabica Coffee), Kopi Liberika (Liberica Coffee) & sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pelbagai kopi segar yang ada di sini. Satu pengalaman yang menarik untuk dirasai & jangan lupa untuk beli kopi-kopi di sini untuk dibawa pulang sebagai buah tangan istimewa untuk orang di rumah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-7731943 | Facebook | Website

  • 76, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim

Waktu Operasi Kluang Coffee Powder Factory

  • Isnin- Jumaat: 8.00 am – 5.00 pm
  • Sabtu & Ahad: 9.00 am – 4.00 pm

Harga Tiket Kluang Coffee Powder Factory

  • Lawatan percuma


18. Danga Bay

apa menarik di johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di sekitar Danga Bay terdapat restoran, foodcourt, gerai membeli kerepek, asam dan pelbagai makanan santai lain. Terdapat juga beberapa restoran tidak jauh dari Danga Bay yang terkenal dengan menu ikan bakar & seafood untuk makan malam. Lokasinya juga hanya di tepi selat yang menawarkan pemandangan yang cantik pada waktu malam. Dari Danga Bay, anda boleh melihat panorama kerdipan cahaya neon bandaraya Singapura yang terletak di seberang Selat Tebrau.

Di sini juga terdapat mini amusement park yang sesuai untuk kanak-kanak & remaja. Sebaiknya, datang ke sini pada waktu malam kerana lebih meriah & lebih cantik untuk jalan-jalan & bersantai. Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati bersama anak-anak sekiranya anda menginap di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Danga Bay

  • 24 jam ( kawasan terbuka)

*sebaiknya waktu petang atau malam kerana lebih meriah & cantik

  • Permainan di amusement park di Danga Bay sekitar RM 4 – RM 10 per ride


19. Rock World

rock world jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda seorang yang sukakan aktiviti ekstrem tetapi ada perasaan gayat? Kalau ya, apa kata cuba buang perasaan gayat untuk lakukan wall climbing dengan memanjat dinding-dinding berbatu yang ada di Rock World. Cabaran wall climbing di sini sangat mesra pengguna walaupun untuk anda yang baru pertama kali ingin mencubanya.

Staff di sini sentiasa membantu & memberi tunjuk ajar walaupun anda tiada pengalaman langsung tentang wall climbing. Satu tempat menarik di JB yang sangat ideal untuk anda datang bersama-sama dengan rakan-rakan mungkin sebagai destinasi riang ria bersama teman sepejabat di JB. Segala kemudahan & gear untuk wall climbing disediakan di sini. Hanya perlu bawa stokin & pakaian yang sesuai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-7729338 | Facebook

  • Setia Business Park 2, No 6, Jalan Perniagaan Setia 4, Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru

Waktu Operasi Rock World JB

  • Selasa – Jumaat: 5.00 pm – 11.00 pm
  • Sabtu – Ahad: 10.00 am – 11.00 pm
  • Isnin tutup

Harga Rock Climbing di Rock World JB

  • Pendaftaran : RM 1
  • Bayaran sekali masuk: RM 15
  • Sewa peralatan: RM 10

*ikuti perkembangan semasa tawaran harga di fanpage


20. LOST in JB Escape Room

LOST Johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi menarik yang unik di JB yang boleh anda terjah bersama kawan-kawan untuk mengaktifkan sel-sel otak supaya lebih berhubung apabila anda terpaksa berada di dalam situasi yang genting. LOST in JB merupakan destinasi di mana anda akan berada dalam bilik kurungan atau situasi yang memaksa kita untuk berjuang menyelamatkan diri dalam tempoh yang terhad.

Konsep permainan Real Escape Room ini merupakan satu aktiviti yang sangat popular di Jepun, Hong Kong & England. Tema-tema situasi Real Escape Room yang ada di sini diinspirasikan daripada filem/series popular antarabangsa seperti Prison Break, Resident Evil, Da Vincci dan Saw. Terdapat 2 cawangan di JB yang tidak jauh di antara masing-masing.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-3645043 | Facebook | Website

LOST in JB terdapat 2 cawangan di JB yang berbeza.

  • LOST IN JB (MOUNT AUSTIN) – Block A, Akademik Suite, Jalan Austin Heights Utama. (Tel: 07-3645043 G10, )
  • LOST IN JB – THE HAUNTED HOUSE (SUTERA UTAMA), Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama. (Tel: 017-5800833 30)

Waktu Operasi LOST in JB Real Escape

  • 12.30 pm – 11.30 pm (setiap hari)

Harga Bayaran Masuk di LOST in JB Real Escape

  • Harga Nomal: RM 42
  • Harga Pelajar: RM 36


21. Desaru Ostrich Farm

desaru ostrich farm johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercuti di Pantai Desaru, jangan lupa untuk lawati Desaru Ostrich Farm yang merupakan ladang burung unta yang terbesar di Malaysia dengan lebih 300 ekor burung unta ditempatkan di sini. Anak-anak pasti teruja melihat telatah burung-burung eksotik ini dengan lebih dekat berbanding di zoo popular lain.

Pengunjung juga boleh melihat demo memecahkan telur burung unta yang merupakan telur binatang yang terbesar di dunia serta berpeluang untuk merasai daging & telur dadar burung unta yang ada dijual di sini. Pengalaman berinteraksi dengan lebih dekat sambil memberi makan burung eksotik di Ladang Burung Unta Desaru ini pasti akan menjadi satu kenangan yang indah untuk anak-anak anda pada cuti sekolah nanti.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-25152153 | Facebook

  • Jalan Telok Ramunia, Kampung Changi, 81600 Pengerang, Johor

Waktu Operasi Desaru Ostrich Farm

  • 10.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Harga Bayaran Masuk ke Desaru Ostrich Farm

  • Dewasa: RM 20
  • Kanak-kanak ( bawah 12 tahun): RM 15
  • Kanak-kanak ( bawah 2 tahun): Percuma
  • Makanan untuk burung unta: RM 2


22. Puteri Harbour Indoor Theme Park

puteri harbour theme park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di Nusajaya, JB dan hanya beberapa minit dari Legoland Resort. Merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri darpada 2 tarikan taman tema utama iaitu Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town. Di sini juga terdapat sebuah restoran yang bertemakan imaginasi kanak-kanak iaitu Lat’s Place. Satu tempat menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk menghabiskan masa dengan anak-anak sambil-sambil makan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-22039668 | Facebook | Instagram | Website

  • Puteri Harbour, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour 79000 Nusajaya, Johor Darul Takzim

Waktu Operasi Puteri Harbor Indoor Theme Park

  • 10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Puteri Harbor Indoor Theme Park

  • Sanrio Hello Kitty Town: RM 81
  • Thomas Town: RM 81
  • Two-Park Pass: RM 118

Tawaran tiket terkini termasuk promosi semasa, sila ke website


23. Hutan Bandar MBJB

hutan bandar mbjb jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Johor Bahru merupakan satu bandaraya yang besar & rata-rata tarikan di sini majoritinya lebih ke arah kemodenan. Namun, sekiranya anda inginkan satu tempat yang dikelilingi pohon-pohon hijau yang dekat dari Bandaraya JB, apa kata ke Hutan Bandar MBJB yang hanya terletak di dalam bandar JB. Hutan Bandar JB merupakan kawasan rekreasi bertasik yang sangat best & sering menjadi tempat penduduk setempat beriadah serta berpiknik samada pagi atau petang.

Kemudahan di sini seperti trek jalan kaki, pondok rehat, tasik, playground, gerai makan & sebagainya cukup lengkap untuk kemudahan pengunjung. Di sini juga terdapat kolam renang terbuka & percuma untuk kanak-kanak bersuka ria. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak & keluarga bersiar-siar pada waktu petang atau malam sambil mencari makanan santai orang setempat di medan selera bersebelahannya seperti mee sup, soto, bakso, nasi ayam, mangga kisar & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Hutan Bandar MBJB

  • Kawasan taman riadah terbuka 24 jam
  • Kolam awam kanak-kanak: Jumaat-Ahad & cuti umum.

  • Percuma


24. Taman Negara Pulau Kukup

tempat menarik di pontian

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Negara Pulau Kukup merupakan hutan bakau yang kedua terbesar di dunia & merupakan tempat menarik di Pontian, Johor yang paling ideal untuk aktiviti rekreasi di kawasan flora fauna. Menempatkan pelbagai jenis flora & fauna termasuk monyet, pelbagai spesis ikan seperti ikan tembakul, pelbagai spesis burung-burung & pelbagai spesis pokok bakau yang boleh pengunjung saksikan hanya daripada platform jalan kaki yang disediakan di sini.

Pulau Kukup terletak 1 km dari tanah besar & untuk ke sini pelancong perlu menaiki bot menyusuri Sungai Ular dengan bayaran RM 5 sahaja. Pulau Kukup National Park ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar di Johor oleh sekolah atau pun institusi pendidikan untuk mendidik pelajar tentang ekosistem hutan bakau di Malaysia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-6969355 | Facebook | Website

  • Lot 139, Mukim, Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia

Waktu Operasi Taman Negara Pulau Kukup Johor

  • 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket ke Taman Negara Pulau Kukup Johor

  • Pelancong tempatan: RM 5
  • Pelancong Asing: RM 20


25. Nanyang Fish Farm

 fish farm nanyang johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini merupakan sebuah kedai yang menempatkan pelbagai jenis ikan peliharaan & merupakan tempat menarik di Kulai, Johor yang paling ideal untuk anda & keluarga melihat pelbagai koleksi ikan peliharaan yang cantik. Pelbagai jenis ikan peliharaan yang eksotik ada dijual di sini pada harga yang sangat berpatutan.

Ada juga ikan peliharaan yang eksklusif & harganya sudah tentu lebih premium. Kalau anda mempunyai akuarium di rumah bolehlah tambah koleksi ikan peliharaan atau beli aksesori akuarium yang rare dengan melawat Nanyang Fish Farm ini. Ataupun mungkin sekadar sebagai lawatan untuk anak-anak anda untuk lebih mengenali ikan-ikan cantik yang ada di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-6561542

  • MLO 197, Air Bemban, 81020, Kulai, 81000, Johor

Waktu Operasi Nanyang Fish Farm

  • 110.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket Nanyang Fish Farm

  • Lawatan percuma


26. Laman Mahkota Istana Bukit Serene

aman istana bukit serene jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda melancong ke Johor Bahru bersama keluarga jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini pada waktu malam untuk sesi bergambar sebagai kenangan. Destinasi ini sering menjadi tumpuan pelancong untuk santai melihat pemandangan istana & landskap yang cantik terutamanya pada waktu malam kerana lebih warna warni & cantik.

Di sekitar persiaran ini terletaknya mercu tanda binaan mahkota yang sering menjadi lokasi feveret pelancong untuk ‘selfie’. Melihat kemewahan binaan , keindahan & betapa besarnya Istana Bukit Serene pasti membuatkan sesiapa yang pertama kali ke sini terasa sangat teruja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Kolam Air, Bukit Serene, 80200 Johor Bahru

Waktu Operasi Taman Mahkota Istana Bukit Serene

  • 24 jam ( kawasan terbuka)

  • Percuma


27. Masjid Sultan Abu Bakar

masjid sultan abu bakar jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda cikgu sekolah yang membawa pelajar buat lawatan sambil belajar di Johor, jangan lupa untuk singgah di salah satu tempat bersejarah di Johor yang sangat ikonik & mempunyai warisan nilai sejarahnya yang tersendiri. Masjid Sultan Abu Bakar yang sudah wujud sejak 1982 ini merupakan masjid yang besar & selesa untuk beribadah oleh para jemaah.

Terletak di atas puncak bukit membolehkan pengunjung melihat keindahan sekeliling termasuk dengan Selat Tebrau. Masjid Sultan Abu Bakar mempunyai ciri-ciri binaan yang dipengaruhi ketika era penjajahan satu masa dahulu bercampuran dengan pengaruh seni binaan tempatan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Gertak Merah, Masjid Sultan Abu Bakar, 80000 Johor Bahru, Johor

  • Subuh – Isyak

  • Percuma


28. Taman Rekreasi Tanjung Emas

Taman Rekreasi Tanjung Emas

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi riadah popular ini terletak berdekatan dengan tebing muara Sungai Muar di mana airnya bertembung dengan Laut Selat Melaka. Terdapat kemudahan awam untuk pengunjung seperti laluan jogging, playground, tandas awam, masjid, foodcourt & juga jeti untuk pengunjung yang ingin melihat keindahan Sungai Muar & Bandar Muar dengan river cruise. Satu tempat menarik di Muar yang santai & menenangkan untuk anda kunjungi pada waktu petang bersama anak-anak. Suasana di sini sangat cantik untuk anda bergambar sambil melihat matahari terbenam di ufuk barat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor

  • 9.00 am – 11.30 pm

  • Percuma ( kawasan rekreasi)

Harga Tiket River Cruise di Sungai Muar

  • Dewasa: RM 12
  • Kanak-kanak: RM 6
  • Pelancong Asig: RM 15

*naik bot di Jeti Tanjung Emas
*River cruise 45 minit-1 jam perjalanan


29. Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang

hutan rekreasi gunung ledang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat percutian di Johor yang sangat popular di kalangan pencinta alam & sesuai untuk pelancong yang ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Destinasi Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang sangat ideal untuk mereka yang nak bermalam di kawasan yang dikelilingi flora & fauna sambil melakukan aktiviti-aktiviti menarik seperti mandi air terjun, mendaki gunung & berbasikal menyelusuri hutan di sekeliling. Sesuai untuk dijadikan destinasi berkumpulan bagi event korporat, hari keluarga atau kem bina semangat. Terdapat banyak pilihan resort ekonomi di sini & chalet bajet untuk pelancong menginap.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-2661301 | Facebook | Website

  • 8JR8+MW Gunung Ledang Recreational Forest, Tangkak, Johor

Sepanjang tahun. Kebiasaannya aktiviti terhad musim mosun hujung tahun. Ikuti perkembangan di fb

Bergantung kepada pakej. Sila semak:


30. Muzium Nelayan Tanjung Balau

Muzium Nelayan Tanjung Balau

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah muzium yang tidaklah sebesar Muzium Negara, namun lengkap dengan segala informasi yang berkaitan dengan sejarah khususnya kehidupan nelayan. Terdapat banyak infografik & diorama yang menunjukkan kisah-kisah tertentu berkaitan dengan dunia seharian nelayan.

Terdapat juga replika-replika bot nelayan di luar kawasan muzium sesuai untuk bergambar sebagai kenangan. Sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar dari sekolah atau institusi pendidikan. Muzium ini juga terletak tepi pantai yang menarik untuk santai-santai petang & bolehlah bersiar-siar melihat laut selepas melawat muzium.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-9726791 | Facebook

  • Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi Muzium Nelayan Tanjung Balau

  • 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Waktu Operasi Muzium Nelayan Tanjung Balau

  • Dewasa: RM 2.00
  • Kanak-Kanak: RM 1.00


31. Desaru Fruit Farm

Desaru fruit farm

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap di resort sekitar Pantai Desaru, apa kata bawa anak-anak ke Desaru Fruits Farm yang menempatkan pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan yang sangat bagus untuk menambah ilmu pengetahuan pada cuti sekolah. Bagi yang sukakan aktiviti yang lebih lasak, boleh ambil pakej dengan menunggang ATV sambil ditemani seorang guide yang akan menerangkan informasi menarik tentang pokok-pokok buah di ladang. Di sini juga ada restoran yang menawaran buffet lunch yang tidak kurang menariknya. Ladang Buah Desaru ini juga sering menjadi lokasi badan korporat untuk adakan aktiviti hari keluarga kerana mempunyai kawasan paint ball & juga go kart.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-7721817 | Facebook | Website

  • Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran, Desaru, Kota Tinggi

Waktu Operasi Desaru Fruit Farm

  • 8.30 am – 6.00 pm

Waktu Operasi Desaru Fruit Farm


32. Pantai Stulang Laut

pantai menarik di johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Stulang Laut merupakan satu destinasi yang sangat popular di kalangan orang setempat untuk beberapa aktiviti menarik seperti makan-makan seafood yang murah, shopping barangan bebas cukai di Zone Bebas Cukai Stulang & bersantai di tepi laut pada waktu petang atau malam melihat keindahan bandaraya Singapura di seberang selat. Kawasan Pantai Stulang Laut terdapat beberapa penginapan menarik seperti Zone Regency Hotel, Berjaya Waterforn Hotel, Suria City Hotel, Blue Wave Hotel & sebagainya.

Pantai Stulang Laut sememangnya satu pantai menarik di Johor yang ideal untuk dijadikan tempat menginap kerana lokasinya strategik & nak cari makanan Johor yang best pun senang. Medan Selera Stulang yang ada di sini memang sangat meriah dengan pelbagai pilihan menu makanan orang setempat & juga masakan panas Thai pada harga yang berpatutan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Padang Satu, Stulang Bahru, 81100 Johor Bahru

  • 24 jam (Kawasan pantai terbuka)
  • Medan selera: 8.00 am 12.00 am

  • percuma (Kawasan pantai terbuka)


33. Pantai Minyak Beku

pantai minyak beku batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan pantai yang paling popular & mudah diakses dari Batu Pahat. Pantainya bersih & sesuai untuk dijadikan lokasi riadah waktu petang dan hujung minggu. Kalau anda bercuti di Batu Pahat, jangan lepaskan peluang untuk melihat panorama matahari tenggelam pada waktu petang. Di sinilah juga terletaknya Perigi Batu Pahat yang menjadi salah satu lokasi bersejarah negeri Johor & asal usul nama daerah Batu Pahat.

Kemudahan fasiliti di sini cukup lengkap untuk pengunjung seperti tandas awam, kedai makan, gerai penjaja & sebagainya. Pantai Minyak Beku hanya sesuai untuk aktiviti di darat sahaja & tidak sesuai untuk dijadikan tempat mandi manda kerana kawasan pantai yang berbatu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor

24 jam ( kawasan pantai)

  • percuma


34. Gunung Lambak

gunung lambak johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi anda yang suka hiking atau baru mula mahu berjinak-jinak, apa kata mencuba ke puncak Gunung Lambak yang berketinggian 510 m. Pamandangan dari puncak yang menampakkan panorama Pekan Kluang & kawasan sekeliling memang sangat cantik untuk dinikmati setelah penat mendaki.

Ada denai mendaki ke puncak dalam kategori mesra pemula & mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam bergantung kepada cabaran route yang anda pilih. Sebaiknya ke sini pada waktu yang cerah kerana denai di sini boleh jadi sangat licin terutamanya selepas hujan. Terdapat juga beberapa resort yang berdekatan untuk menginap & di kaki bukit juga ada Gunung Lambak Waterpark yang boleh anda terjah bersama anak-anak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Gunung Lambak Recreational Forest, 86000 Kluang, Johor

  • 7.00 am – 6.00 pm

  • percuma


35. Hutan Lipur Gunung Pulai 2

Gunung Pulai Johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lokasinya yang terletak kira-kira 30 km dari Bandar JB ini sangat sesuai untuk dilawati sebagai destinasi berpiknik atau berkelah. Di kaki Gunung Pulai terdapat air jeram yang sesuai untuk aktiviti mandi manda pada hujung minggu atau cuti sekolah. Seperti di kebanyakan destinasi hutan lipur lain, di sini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti outdoor & lasak seperti berkhemah, BBQ, jungle trekking & mendaki gunung.

Pengunjung boleh hiking melalui jalan berturap atau laluan hutan untuk sampai ke puncak. Kemudahan fasiliti di sini sangat bangus untuk pengunjung & terdapat juga chalet, iaitu D’ Cabin Chalet Gunung Pulai yang sesuai untuk menginap atau dijadikan destinasi untuk kem motivasi atau event korporat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • No.9A, Jalan sekolah Kampung Sri Gunung Pulai, 81000, Johor

  • Selasa-Ahad: 8.00 pagi – 6.00 petang.
  • Isnin tutup untuk penyelenggaraan.

Bayaran ke Hutan Lipur Gunung Pulai 2

  • RM 2 per entry.

Untuk me­nginap di D’ Cabin Chalet Gunung Pulai, boleh menghubungi 016-7748083 dan 017-769 9476.


36. Pantai Air Papan

pantai air papan mersing

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Air Papan merupakan pantai yang landai & mempunyai landskap yang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Pelbagai kemudahan awam disediakan di sini untuk kemudahan pengunjung. Pantai rekreasi yang popular di Mersing ini sering menjadi destinasi berkelah penduduk setempat pada hujung minggu.

Pantai Air Papan tidak digalakkan untuk mandi manda kerana ombak yang besar, cukup sekadar hanya berlari di gigian air. Terdapat beberapa penginapan di sini yang popular untuk bercuti seperti Mersing Beach Resort, Coconut Inn & Sri Mersing Resort. Kalau ingin bercuti di tepi pantai menarik di Johor pada waktu cuti sekolah, bolehlah jadikan Pantai Air Papan sebagai salah satu alternatif untuk anda lawati.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Papan, 86800 Mersing, Johor

  • 24 jam ( kawasan pantai)

  • percuma


37. Penggaram Square Batu Pahat

tempat menarik di johor batu pahat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang sangat ikonik di Batu Pahat yang sangat meriah dengan kunjungan orang setempat terutamanya pada hujung minggu & cuti sekolah. Dataran ini menempatkan padang & kawasan jalan kaki untuk riadah pada waktu pagi. Pada waktu malam, suasana di sini memang happening & sangat cantik dengan hiasan lampu warna-warni yang melimpahi kawasan Dataran Penggaram Batu Pahat.

Terdapat juga pasar malam yang mana pengunjung boleh membeli cenderahati atau sekadar bersiar-siar bersama keluarga untuk melihat suasana meriah di sini. Sesuai untuk pelancong yang bercuti di Batu Pahat untuk habiskan masa berkualiti bersama keluarga secara santai sambil mencari makan malam di sekitar dataran ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Rahmat, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor

  • 24 jam

  • percuma (kawasan terbuka)


38. Puteri Harbour Marina

puteri harbour marina jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di sini terdapat pelabuhan untuk kapal-kapal layar mewah persendirian yang boleh anda datang untuk bergambar bersama keluarga. Kawasan ini lebih kepada tempat untuk santai-santai melihat keindahan kawasan sekitar & ada beberapa mercu atau replika yang sering menjadi subjek menarik untuk selfie untuk dijadikan kenang-kenangan sebagai bukti bercuti di Johor.

Mungkin setelah penat membawa anak bermain di Puteri Harbour Theme Park yang berdekatan, bolehlah pula bawa anak-anak ke sini untuk melihat sendiri keunikan kapal layar & pemandangan Selat Tebrau.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lebuhraya Sultan Iskandar, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

  • 9.00 am- 6.00 pm

  • percuma


39. Muzium Bugis Pontian

muzium bugis pontian johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium kecil ini menyimpan pelbagai informasi bersejarah & khazanah bangsa Bugis yang ada di Malaysia. Muzium di Pontian, Johor ini diselenggara oleh Tuan Abdullah Ahmad yang merupakan seorang Bugis & tidak jemu berkongsi cerita-cerita menarik tentang khazanah Bugis kepada pengunjung. Bagi yang ada di Pontian, bolehlah bawa anak-anak ke sini untuk mendalami tentang sejarah Bugis. Selepas melawat muzium ini, bolehlah pula bersantai ke Pantai Rambah yang tidak jauh dari sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-7633244 | Facebook

  • Muzium Bugis, Kampung Rambah, 82000 Rambah, Johor

Waktu Operasi Muzium Bugis

  • 10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Muzium Bugis

  • percuma


40. Muzium Kota Johor Lama

muzium kota lama johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu muzium yang paling ideal untuk generasi muda mempelajari tentang sejarah Kota Johor Lama & khazanah kesenian orang tempatan. Muzium ini tidaklah terlalu besar & mungkin boleh habiskan masa sekitar 15 minit untuk menerokai kesemua kawasan dalam muzium.

Kawasan muzium ini memang sangat menenangkan & deko dalamannya juga sangat unik. Bagi pencinta sejarah & kesenian, destinasi ini sangat berbaloi untuk anda lawati. Muzium ini juga terletak berhampiran dengan pantai yang mempunyai pemandangan yang sangat menarik untuk menenangkan fikiran.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-8831498

  • Kampong Johor Lama, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi Muzium Kota Lama Johor

  • 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

*ditutup pada Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha

Harga Tiket Muzium Kota Lama Johor

  • Percuma


41. Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

 muzium layang layang pasir gudang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Zaman sekarang, permainan tradisional seperti layang-layang mungkin sudah tidak dikenali oleh generasi muda hari ini. Maklumlah, perkembangan teknologi smart phone yang semakin berkembang tidak dinafikan telah menjadi sempadan kepada budaya & permainan tradisional yang pernah menjadi satu hiburan yang menyihatkan untuk orang dulu-dulu.

Jika berada di Pasir Gudang, jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak ke sini untuk mengenali & tambah ilmu tentang permainan tradisional ini. Pelbagai jenis layang-layang yang menarik & unik ada dipamerkan di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-2513720 | Facebook

  • Komplek Pusat Bandar, Pasir Gudang, 81700, Pasir Gudang, Johor

Waktu Operasi Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

  • 9.00 am – 5.00 pm ( Isnin-Ahad)

*1.00 pm – 2.00 pm rehat

Harga Tiket Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

  • Dewasa: RM 2.00
  • Kanak-kanak: RM 1.00
  • Pelancong Asing: RM 3.00


42. Muzium Tokoh Johor

muzium menarik di johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercuti di Johor dalam tempoh yang lama, apa kata mulakan percutian anda di Muzium ini untuk lebih mengenali tentang sejarah negeri Johor, pemerintah & sejarahnya. Pameran & artifak yang ada di sini sangat terjaga & berinformasi untuk tatapan pengunjung. Sangat sesuai untuk anda jadikan destinasi ini sebagai salah tempat lawatan sambil belajar di Johor. Bangunan & landskap muzium ini sangat menarik & terurus dengan baik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Muzium Tokoh Johor, Bangunan Dato’ Jaafar, JKR 514 Jalan Lingkaran Dalam, 80400 Johor Bahru

Waktu Operasi Muzium Tokoh Johor

  • 9.30 am – 4.30 pm ( Isnin-Rabu)
  • 9.30 am – 3.00 pm (Khasmi)
  • Jumaat tutup

Harga Tiket Muzium Tokoh Johor

  • Percuma


43. Muzium Mersing

muzium mersing johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium yang terletak berdekatan dengan Jeti Mersing ini merupakan satu destinasi yang mempamerkan pelbagai informasi bersejarah tentang Mersing & Negeri Johor. Mungkin sementara menunggu bot ke kepulauan di Mersing, apa kata singgah di muzium ini dahulu untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Bangunan yang mempunyai rekabentuk yang masih dipengaruhi kolonial penjajah terjaga dengan baik & ada juga ruangan untuk pengunjung membeli cenderhati untuk dijadikan kenang kenangan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-7980627 | Facebook

  • 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

Waktu Operasi Muzium Mersing

  • Ahad-Rabu: 9.30 am – 4.30 pm
  • Khamis: 9.30 am – 3.00 pm
  • Jumaat: tutup

Waktu Operasi Muzium Mersing

  • Percuma


44. Taman Merdeka

Taman Merdeka Johor Bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda sudah penat lawati tempat menarik di Johor Bahru yang moden, apa kata ke sini pula untuk aktiviti-aktiviti lebih santai bersama keluarga. Taman Merdeka merupakan satu destinasi taman yang mempunyai landskap yang menarik & terdapat satu kolam yang besar di tengahnya di mana pengunjung boleh memberi makan ikan sambil menenangkan fikiran.

Taman ini juga sering menjadi tempat penduduk setempat untuk beriadah & bersenam baik pagi ataupun petang. Pada waktu malam, taman ini juga masih meriah dengan kunjungan warga setempat untuk bersiar-siar sambil melihat air pancut warna-warni di kolam awam. Ada juga golongan muda mudi yang bermain roller blade.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jln Datin Halimah, 80200 Johor Bahru, Johor

  • 24 jam ( kawasan terbuka)

  • percuma


45. Kolam Air Panas Sungai Gersik

kolam air panas gersik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau sudah penat berjalan kaki sehingga lutut & sendi rasa longgar, apa kata manjakan diri anda di Kolam Air Panas Sungai Gersik. Kolam air panas semulajadi ini yang terletak di dalam sebuah perkampungan sangat terkenal di kalangan warga setempat untuk datang berendam bagi tujuan perubatan.

Tersedia maklum, air panas semulajadi sangat bagus untuk kesihatan kulit & juga sendi-sendi selain dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan. Kawasan kolamnya bermozek & kemudahan asas seperti tempat mandi, tempat bersalin & surau lengkap tersedia untuk pengunjung. Di sekitar kawasan kolam ini juga ada tempat untuk anda makan-makan makanan popular orang Johor.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-9881316 | Facebook

  • Jalan Kolam Air Panas Kg Gersik, 83610,Muar, Johor

Waktu Operasi Kolam Air Panas Sungai Gersik

  • 7.30 am – 7.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Kolam Air Panas Sungai Gersik

  • Percuma


46. Don Hu Jurassic Park Muar

 jurassic park muar johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda buntu mana nak bawa anak-anak ke tempat menarik di Muar untuk melihat reaksi muka mereka teruja? Nah, bawa mereka ke Don Hu Jurassic Park Muar yang menempatkan pelbagai replika dinasour yang bergerak yang pasti membuatkan mereka tak senang duduk teruja atau mungkin ‘cuak’ ketakutan. Selain pelbagai replika dinasour yang ada di sini, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti menarik lain seperti bermain bumper car, naik bot & juga membeli cenderahati seperti keychain.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • 2700, Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor

Waktu Operasi Don Hu Jurassic Park Muar

  • Khamis-Selasa: 10.00 am – 6.30 pm
  • Rabu: tutup

Bayaran Masuk Don Hu Jurassic Park Muar

  • Bayaran masuk percuma
  • Untuk permainan RM 5 – RM 10 per ride


47. Laser Battle Experience in Johor Bahru

laser tag johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi sebegini lebih sesuai untuk golongan belia remaja yang inginkan satu pengalaman berperang yang lebih canggih daripada permainan paint ball. Malah risiko kecederaan terkena peluru juga kosong kalau nak dibandingkan dengan paint ball yang lebih berbahaya kalau silap caranya.

Aktiviti ini memang sangat sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak. Permainan laser tag ini memang sangat menguji tahap kecergasan & sesuai untuk dijadikan aktiviti mengeluarkan peluh dengan cara yang lebih moden. Laser Battle JB ini juga sering menjadi lokasi untuk corporate event & hari keluarga. Di Malaysia, hanya terdapat beberapa lokasi yang menyediakan permainan laser tag sebegini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-2070179 | Facebook | Instagram | Website

  • Lot MS-11, Johor Bahru City Square, 108, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru

Waktu Operasi Laser Battle JB

  • 10.00 am – 10.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Laser Battle JB

  • Bargantung kepada pakej. Antara RM 20-RM60

Harga terkini sila layari website


48. Gunung Lambak Waterpark

tempat mandi manda di johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi ibu bapa yang ingin bercuti di kawasan reakreasi flora & fauna tetapi pada masa yang sama anak-anak inginkan destinasi taman tema air, apa kata ke Gunung Lambak Waterpark. Lokasinya juga berdekatan dengan kaki Gunung Lambak yang merupakan satu hutan rekreasi yang sangat popular untuk mereka yang nak hiking & mandi air terjun. Gunung Lambak Waterpark bukanlah sebesar tempat mandi manda di Johor yang lain tetapi tetap mempunyai tarikan kolam & water slide yang masih boleh menggembirakan hati anak-anak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, 86000 Kluang, Johor

Waktu Operasi Gunung Lambak Waterpark

  • 9.00 am – 7.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Gunung Lambak Waterpark

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-kanak: RM 3.00
  • Warga Emas & OKU: Percuma


49. ATV Park Johor

 johor atv park skudai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang nak lakukan aktiviti menarik yang lasak di Johor, satu destinasi yang dicadangkan adalah di ATV Johor Park yang hanya terletak di Hutan Rekreasi UTM Skudai. Destinasi ini merupakan one stop centre untuk melepaskan ‘gian’ melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti menunggang ATV, flying fox, sumo, bubble ball soccer & waterball.

Laluan-laluan untuk menunggang ATV di sini sangat mesra pengguna samaada untuk yang baru bermula nak berjinak bawa ATV ataupun yang sudah berpengalaman. Kalau anda seorang yang gayat, boleh mencuba flying fox di sini yang berketinggian 12 m & sepanjang 155 meter. Untuk aktiviti berkumpulan yang lebih besar, apa kata mencuba permainan combat archery ataupun waterball.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-7231250 | Facebook | Website

  • Hutan Rekreasi UTM, Universiti Teknologi Malaysia, 80990, Johor Bahru

Waktu Operasi ATV Park Johor

  • 9.00 am – 10.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket ATV Park Johor

  • Tawaran harga terkini sila hubungi 012-723 1250 atau di fanpage


50. Kota Tinggi Firefly Park

tempat menarik di kota tinggi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ingin melihat pokok besar yang kelihatan seperti pokok emas yang berkilauan? Kalau ya, anda mesti cuba ke Kota Tinggi Firefly Park untuk melihat ribuan kunang-kunang yang sangat cantik untuk anda nikmati bersama keluarga. Sepanjang menyelusuri sungai, ada satu pokok yang besar yang kelihatan bercahaya bergermelapan seperti pokok emas.

Perjalanan menaiki boat bermula seawal 7.45 malam & mengambil masa sekitar 30 minit perjalanan. Satu tempat menarik di Kota Tinggi yang wajib anda terjah bersama anak-anak untuk merasai pengalaman melihat serangga eksotik yang cantik ini. Sebaiknya untuk ke sini pada hari cuaca yang baik kerana kebiasaannya bilangan kunang-kunang akan kurang selepas waktu hujan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-4607775 | Facebook

  • Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi Kota Tinggi Firefly Park

  • 1.00 pm -11.00 pm ( setiap hari)
  • perjalanan firefly cruise bermula 7.45 pm

Harga Tiket Kota Tinggi Firefly Park

  • Dewasa: RM 20
  • Kanak-Kanak ( 3-12 tahun): RM 12


51. Lanchara de Malayos Kota Tinggi

Lanchara de Malayos Kota Tinggi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Temui destinasi yang sempurna untuk pengalaman perkhemahan yang tidak dapat dilupakan di Lanchara de Malayos. Terletak di tengah-tengah keindahan alam semula jadi, syurga perkhemahan ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga. Sediakan perkhemahan dan tenggelamkan diri anda dalam ketenangan alam semula jadi, merenung langit malam yang berbintang. Berinteraksi dengan haiwan ternakan yang mesra di zoo dan sejukkan badan di kolam renang lengkap dengan gelongsor.

Selain daripada itu, anda juga boleh mulakan lawatan pelayaran sungai yang memukau dan terokai keajaiban yang indah di kawasan itu. Meluncur di sepanjang sungai yang tenang, dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan peluang untuk melihat hidupan liar yang menarik. Penggemar alam semula jadi boleh memulakan perjalanan alam semula jadi yang menawan dengan kepelbagaian flora dan fauna. Lanchara de Malayos menyediakan kemudahan dan kemudahan penting, termasuk tandas dan kawasan perkhemahan yang serba lengkap, memastikan pengalaman perkhemahan yang selesa dan mudah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 017-7615481 | Facebook

  • Kg Sg Telor, Kota Tinggi, Malaysia

Waktu Operasi Kota Tinggi Firefly Park

  • Selalu beroperasi


52. UK Farm Agro Resort

UK Farm johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

UK Farm yang terletak di antara Ayer Hitam & Kluang, Johor ini merupakan satu destinasi yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk pelajar ataupun anak-anak. Sesekali bawa anak ke tempat sebegini memang bagus untuk tujuan mereka menerokai tentang haiwan & tumbuhan di sini.

Terdapat banyak aktiviti berilmiah yang ada di sini yang boleh anda lakukan seperti melihat bagaimana susu kambing dihasilkan & bagaimana yogust asli diproses. Di sini juga terdapat mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan yang menarik seperti burung unta, arnab, kambing biri-biri & sebagainya. Satu tempat agro-pelancongan yang sangat ideal untuk aktiviti berfaedah untuk dilawati di Johor.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-7787235 | Facebook | Website

  • Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor

Waktu Operasi UK Farm Agro Resort

  • 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Pakej & Harga UK Farm Agro Resort


53. Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI)

sultan iskandar marine park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

TLSI atau Sultan Iskandar Marine Park yang berkeluasan lebih 8,000 hektar terdiri daripada 13 pulau yang digazetkan sebagai sebuah taman laut di negara ini, menjadikannya sebuah kawasan yang dilindungi bagi mengekalkan dan memulihara pelbagai habitat serta kehidupan marinnya. Taman laut ini diba­ha­gikan kepada 6 kumpulan gugusan pulau iaitu Pulau Tinggi, Pu­lau Aur, Pulau Sibu, Pulau Pe­manggil, Pulau Besar dan Pulau Ra­wa.

TLSI boleh dikunjungi melalui dua jeti iaitu Jeti Tanjung Leman dan Jeti Mersing. Bagi mereka yang ingin ke gugusan Pulau Besar lebih dekat dari Jeti Mersing manakala pelancong yang ingin ke gugusan Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil boleh menggunakan Jeti Tanjung Leman.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Taman Laut Sultan Iskandar, Mersing, Johor

Waktu Operasi Jeti

  • 9.00 am – 5.00 pm

*Jadual perjalanan bot di jeti tertakluk kepada keadaan ombak semasa
*Aktiviti di kepulauan Mersing terbatas waktu musim tengkujuh ( Oct-Mac) setiap tahun. Sila rujuk Jabatan Meteorologi Malaysia

  • Bergantung ke resort & pakej
  • Harga pakej boleh rujuk sini


54. Galeri Darurat Bukit Kepong

muzium bukit kepong muar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Galeri atau Muzium Bukit Kepong ini merupakan satu tempat bersejarah yang terletak di Muar, Johor. Menempatkan pelbagai fakta & bahan bersejarah menarik tentang bagaimana pihak berkuasa pada satu zaman darurat dahulu melawan serangan pemberontak komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

Selain itu pengunjung juga boleh belajar tentang sejarah polis sehingga wujudnya Polis Diraja Malaysia hari ini. Satu tempat menarik di Johor yang sangat ideal untuk anda jadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk pelajar & anak-anak. Segala infografik, diorama, pameran & video yang dipamerkan di sini memang sangat menarik & interaktif untuk menggalakkan pelajar lebih mencintai tentang sejarah negara kita satu masa dahulu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Jln Muar-Labis, Bukit Kepong, 84600, Johor

Waktu Operasi Galeri Darurat Bukit Kepong

  • Selasa-Khamis, Sabtu & Ahad
    • 10.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat
    • 10.00 am – 12.15 pm
    • 2.45 pm – 6.00 pm
  • Isnin
    • TUTUP

Harga Tiket Galeri Darurat Bukit Kepong

  • Percuma


55. Pineapple Museum

muzium nenas johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium Buah Nanas yang unik ini mempamerkan segala-galanya tentang buah tropika yang popular di Malaysia iaitu, nenas. Umumnya informasi di sini mengetengahkan sejarah, teknik dan kemajuan industri nenas di Malaysia. Anda juga boleh belajar cara pemprosesannya sehingga menjadi satu produk dalam tin yang telah komersialkan.

Pengunjung boleh lihat pelbagai jenis buah nenas yang ada di luar muzium. Sudah tentu, anda boleh membeli produk-produk nenas yang segar di sini termasuk yang sudah dalam tin seperti jem nenas & jus nenas yang sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan untuk jiran tetangga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 607-6868750 | Facebook

  • KM52, Jalan Pontian, Pekan Nanas, 81500 Johor

Harga Tiket Muzium Nanas

  • 9.00 am – 5.00 pm ( Ahad-khamis)
  • Jumaat & sabtu tutup

Harga Tiket Muzium Nanas

  • Dewasa: RM 2
  • Kanak-kanak ( bawah 12 tahun): percuma


Tempat Makan Menarik di Johor

Destinasi percutian di tempat menarik di Johor memang sangat banyak baik untuk kategori taman tema, hutan rimba, taman negara, kepulauan yang cantik, shopping & resort-resort yang menarik. Samaada anda ingin bercuti di Johor secara solo, berpasangan, berkumpulan atau mungkin sebagai destinasi lawatan sambil belajar institusi pendidikan, pasti senarai di atas ada jawapan untuk anda mencari idea. Jangan lupa untuk cuba makanan popular orang Johor di beberapa tempat makan menarik sekitar Johor seperti mee bandung, mee rebus johor, nasi beriayani gam, soto, laksa Johor, nasi ambeng & macam-macam lagi.

Tempat Penginapan Menarik di Johor

Cari Hotel di Johor

Rancang percutian anda di Johor & lihat ramalan cuaca semasa di Johor khususnya untuk mereka yang nak ke tempat menarik di Johor di bahagian kepulauan di Mersing. Jadi pelancong yang bijak, rancang aktiviti anda & tempah penginapan awal-awal. Kalau buat tempahan penginapan hotel atau chalet last minute, silap hari bulan boleh naik harganya berkali-kali ganda.

Pakej Percutian Menarik di Johor

Untuk sesiapa yang malas nak rancangkan percutian sendiri tetapi inginkan keseronokan melancong di tempat menarik Johor, bolehlah mengambil pakej percutian dari agensi pelancongan. Pakej percutian johor dibawah ini boleh diambil sebagai rujukan dan anda boleh rancangkan percutian anda dengan lebih senang. Pakej tersebut selalunya mengandungi penghantaran, tempat penginapan, makanan dan juga aktiviti menarik masing masing.

Selamat cuti-cuti di Johor Darul Takzim & jangan lupa share di media sosial anda. Selamat cuti cuti Malaysia di Johor. Wassalam.

Baca lagi:

4.5/5 - (120 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Terbaik dan Selesa di Parit Raja Untuk Anda Cuba!

Batu Pahat, atau disebut BP, adalah salah satu daerah yang terdapat dalam negeri Johor. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar yang ke 20...

8 Tempat Nasi Goreng Di Johor Yang Berbaloi Dicuba

Nasi merupakan makanan ruji yang tidak boleh dielak oleh rakyat Malaysia. Terdapat begitu banyak jenis nasi bergantung kepada jenis beras yang digunakan untuk memasaknya....

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati

8 Taman Tema Air Menarik di Johor yang popular untuk dilawati 1. Desaru Coast Adventure Park (Taman Tema Air Johor) Taman tema air terbaru dan terbesar...

Pantai di Johor untuk Bercuti dan Penginapan Menarik

Selain di pesisiran pantai di kepulauan Sabah, Terengganu atau Pahang, pantai di Johor juga tidak kurang menariknya untuk dijadikan destinasi percutian samaada ketika musim...

11 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Negeri Johor terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak tempat menarik dan juga makanan-makanan yang sedap. Jom kita kenali beberapa jenis makanan tradisional Johor yang...

14 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aqilah
aqilah
4 years ago

nak tanya wet world batu pahat ,johor masih bukak lgi ke?klu bukak berapa harganya sekarang?

Atee
Atee
1 year ago
Reply to  aqilah

sudah tutup

yul
yul
5 years ago

taman merdeka ada musical fountain lagi ke ?

Rossdiwei
Rossdiwei
5 years ago

Janganlah post gunung lambak tu..sia2 jer saya dtng dari spore…gunung tu sudah lama tutup….
Tkmo percaya sangat posting ni semua…check dulu sebelom pergi samaada wujud lagi ke tempat tu semua…sebelum menyesal

fatin
fatin
5 years ago
Reply to  Rossdiwei

kenapa plak tutup .. ade je

Nur Suria
Nur Suria
4 years ago
Reply to  Rossdiwei

Ada lagi. Anda tak akan menyesal.

Zulyka Saari
5 years ago

Hi, boleh tambah tempat berkuda KudaHouse@SinarEcoResort, Pekan Nenas tak? Dalam Sinar Eco Resort.

Siti Mariyam Binti Ismail
Siti Mariyam Binti Ismail
1 year ago
Reply to  Zulyka Saari

Tiket berapa

Hanun
5 years ago

Bestnya, Semua tempat menarik yang mesti dilawati

siti ayshah
siti ayshah
5 years ago

Bestnya semua

Naracards
5 years ago

Terima kasih atas rujukan yang diberikan. Sangat membantu orang ramai untuk bercuti ke Johor. Saya dah take note beberapa tempat nak pergi dari blog ni.

Terima kasih ya

Hubungi Kami

14
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x