40+ Tempat Makan Best di Johor Bahru Untuk Pelancong Terokai

Lengkapkan percutian anda di Johor Bahru dengan melawati destinasi makan menarik di JB untuk santapan anda sekeluarga. Sekiranya ini adalah kali pertama anda bercuti ke ibu negeri Harimau Selatan ini, apa kata anda terokai 40 tempat makan menarik di JB ini yang mempunyai ramai peminatnya & juga mempunyai reputasi yang bagus dari pelanggan.

Memandangkan Johor Bahru ini merupakan ibu negeri, maka sudah tentulah majoriti menu makanan popular orang Johor boleh anda cari di sini. Menu-menu makanan yang popular seperti nasi beriyani gam, laksa Johor, mee rebus Johor, otak-otak & laksa Johor adalah antara menu makanan yang mesti anda cuba kalau sudah terlanjur ke sini.

40 Restoran, Warung, Kafe & Destinasi Makan Menarik di Johor Bahru, Johor

Untuk memudahkan aktiviti jalan jalan cari makan anda di Johor Bahru nanti, disediakan juga peta lokasi, waktu operasi restoran, jarak destinasi daripada lokasi anda sekarang & juga pautan rujukan untuk perkembangan semasa setiap destinasi yang dikongsikan. Teruskan membaca untuk mengetahui restoran, warung atau tempat makan best di JB yang boleh anda terokai kelak.


1. JIBRIL JB

Jibril JB

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

JIBRIL JB merupakan cawangan keempat JIBRIL SS15 yang terletak di Larkin Sentral. Lokasi baru ini menawarkan pengalaman makan yang unik kepada pelanggan dengan menonjolkan the best of Malaysian cuisine — dengan hiasan dalaman bergaya dan tempat duduk yang selesa. Sama ada pelanggan menginginkan hidangan yang pantas disediakan pada waktu rehat makan tengah hari, atau meluangkan waktu bersama rakan-rakan dan keluarga, JIBRIL JB menawarkan suasana yang selesa dan mesra yang sesuai untuk semua acara. YA, dengan pintu masuk rahsia yang khas (melalui hiasan rak buku).

JIBRIL JB mempunyai 2 tingkat ruang makan yang besar untuk menampung seramai 140 orang, dengan 2 bilik VIP eksklusif yang boleh memuatkan sehingga 16 orang bagi mereka yang ingin menghabiskan masa berkualiti secara privasi bersama orang tersayang. Bagi pelanggan yang datang bersama pasangan, JIBRIL JB menawarkan pakej dekorasi meja yang lengkap dan sesuai untuk sambutan ulang tahun atau hari jadi dengan harga yang berpatutan.

JIBRIL JB juga menawarkan perkhidmatan penghantaran atau delivery melalui laman web rasmi (www.jibrilss15.com), Grab, Foodpanda, Shopee & Bungkusit.

Ikuti cawangan lain JIBRIL — @jibrilss15, @jibrilpublika & @jibrilbangi.

Peta Lokasi | Laman Web | +60127430350 | Facebook

  • No. 51, 51-01 & 51-02, Jalan Geroda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi Jibril JB

  • Dibuka setiap hari
    • 12 pm – 12 am


2. Restoran ZZ Sup Tulang

restoran zz sup tulang johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mengidam nak makan sup tulang dan mee rebus yang best di Johor Bahru? Kalau ya, apa kata anda datang ke Restoran ZZ Sup Tulang yang cukup terkenal dengan menu makanan seperti sup tulang gearbox dan juga mee rebus Johor. Bercakap pasal sup tulang, setiap hidangan akan didatangkan dengan beberapa ketul tulang ‘gearbox’ dengan straw untuk menyedut sum-sum tulang. Bagi yang sebelum ini berasa janggal nak mencuba sedut sum-sum tulang dengan straw di restoran lain sebab malu, anda boleh cuba di sini dan takkan rasa malu kerana semua pelanggan lain turut menggunakan straw tanpa menghiraukan ‘kejanggalan’ anda.

Mee rebus Johor memang agak berlainan kalau nak dibandingkan dengan mee rebus di utara atau di pantai timur. Ini kerana kuahnya bukan macam sup tetapi seolah-olah kuah satay tidak berkacang. Pekat, likat dan rasanya memang sangat ‘creamy’. Bagi yang tidak menggemari sup tulang dan mee rebus, jangan risau kerana di sini juga ada hidangan makanan lain seperti masakan western, seafood & goreng-gorengan. Jika anda inginkan kedai makan yang sedap dengan menu santapan yang unik di Johor Bahru, jangan lupa singgah di Restoran ZZ Sup Tulang & Mee Rebus.

Peta Lokasi | Jarak | +601110567209 | Facebook

  • 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi ZZ Sup Tulang JB

  • Dibuka setiap hari
    • 6 am – 1 am


3. Selera Senibong Seafood

restoran senibong seafood jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jika anda bercuti di Johor dalam kumpulan yang besar & ingin makan malam di restoran yang lapang serta mempunyai pemandangan sekeliling yang memukau, cubalah berkunjung ke Restoran Selera Senibong Seafood yang terletak berdekatan Masjid Jamek Kampung Senibong. Konsep suasana di sini seperti di mana-mana medan selera popular lain, yang menghidangkan makanan laut yang boleh dipilih di kaunter sebelum diserahkan kepada tukang masak untuk dimasak mengikut masakan pilihan anda.

Lokasi restoran ini yang mengadap Selat Tebrau memang cukup menarik untuk anda datang makan malam & menikmati keindahan laut. Jika berbulan madu di Johor Bahru, bolehlah bawa pasangan makan malam di sini untuk menikmati suasana yang lebih romantis. Lebih menarik, bertandang di Restoran Selera Senibong Seafood ini pada waktu senja, kerana limpahan cahaya jingga matahari yang menerangi langit & ditambah pula landskap bandaraya Singapura yang bergermelapan neon warna warni, pasti membangkitkan lagi selera anda untuk makan di Restoran Selera Senibong Seafood ini.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-7557327 | Facebook

  • Gerai No. 1, Persisiran Pantai Senibong, Permas Jaya, Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Selera Senibong Seafood

  • Dibuka setiap hari
    • 4 pm – 2 am


4. Restoran Kacang Pool Haji

restoran kacang pool haji jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jika bercuti di tempat orang, sudah tentu kita mencari menu makanan orang setempat yang popular & juga unik bukan ? Apa kata cuba kacang pool. Pelik bukan namanya ? Hidangan kacang pool ini memang cukup popular di kalangan orang Johor & mempunyai banyak restoran yang menghidangkan menu makanan santai ini. Jika anda ingin cuba, salah satu tempat makan best di JB yang sanga popular dengan menu kacang pool, adalah di Restoran Kacang Pool Haji yang terletak Jalan Dato Jaafar, JB.

Ada yang mengatakan kacang pool ini sebenarnya merupakan menu yang berasal dari timur tengah. Hidangannya pula akan didatangkan dalam semangkuk kuah kacang berempah berserta roti bakar & telur goreng. Menu sebegini pasti akan memberi anda satu pengalaman baru ketika makan angin di JB. Jika menu santai sebegini tidak cukup mengenyangkan perut anda, jangan risau kerana di Restoran Kacang Pool Haji juga mempunyai banyak menu makanan tradisional Johor yang lain seperti nasi ambeng, laksa Johor, lontong kering, mee rebus Johor & macam-macam lagi. Satu destinasi makan menarik di JB yang sangat unik & ideal untuk anda seisi keluarga cuba sendiri.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-7377997 | Facebook

  • Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Restoran Kacang Pool Haji

  • Dibuka setiap hari
    • 8 am – 8 pm


5. Banafee Village

restoran menarik di jb johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sebuah restoran menarik di JB yang mempunyai dekorasi klasik yang elegan & suasana sekeliling yang lebih ‘happening’. Banafee Village menawarkan pelbagai jenis menu makanan sama ada tempatan, western food, arab, makanan cina, masakan minang & sebagainya. Jika anda buntu hendak makan apa, cubalah datang ke sini untuk melihat pelbagai menu-menu makanan yang sangat menarik persembahannya & sangat banyak variasinya. Suasana makan di sini juga sangat lapang & lebih meriah terutama hujung minggu kerana terdapat persembahan kugiran di pentas. Sambil-sambil makan, bolehlah layan lagu & muzik yang dipersembahkan secara live.

Memandangkan restoran ini dibuka secara 24 jama, maka anda boleh berkunjung pada bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau pun makan malam. Lokasi restoran yang berkonsepkan perkampungan ini juga sangat strategik di bandar Johor Bahru & berdekatan dengan beberapa hotel popular seperti New York Hotel JB, TROVE Johor Bahru, G5 Hotel & sebagainya. Jika menginap di hotel-hotel ini ketika bercuti di JB, mudah sedikit untuk anda cari makan yang harganya tidaklah semahal di hotel, tetapi tetap mempunyai banyak pilihan menu makanan yang ideal dengan apa jua selera anda.

Peta Lokasi | Jarak | 607-3333377 | Facebook | Website

  • Banafee Village, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Banafee Village

  • 24 jam


6. Murtabak Majid Special Cheese No.1

murtabak majid speacial cheese jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Seperti tersingkap pada namanya, destinasi ini merupakan sebuah kedai makan yang sangat popular dengan menu santai kegemaran orang Malaysia, iaitu murtabak. Selain murtabak tradisional yang biasa kita makan, di sini juga turut menyediakan murtabak keju yang pasti membuatkan para pencinta cheese kecur air liur & tidak sabar untuk mencubanya. Isinya tebal & cheese yang digunakan juga dari jenis mozzarella yang berkualiti tinggi & bukannya keju murah yang tiada rasa seperti di kebanyakan tempat makan lain. Jika anda orang Negeri Sembilan atau Melaka, apa kata cuba murtabak spicy di sini yang jarang-jarang orang berani cuba.

Anda boleh bertandang ke sini sama ada untuk tapau atau pun makan dalam kedainya. Ruangan kedai makan di sini tidaklah mewah seperti di hotel & ianya merupakan kedai makan terbuka biasa-biasa sahaja. Apa yang luar biasa, sudah tentulah menikmati hidangan murtabak keju yang disiapkan panas-panas & boleh ‘tarik-tarik’ cheesenya yang pasti membuatkan anda puas hati. Jika takut termimpi-mimpi dengan keenakan muratabak di sini, usah khuatir, destinasi ini juga turut menjual muratabak sejukbeku yang boleh anda bawa pulang ke rumah.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-7563245

  • 38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Murtabak Majid Special Cheese No.1

  • Dibuka setiap hari
    • 12 pm – 7 pm


7. Onn Kitchen

restoran onn kitchen johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda peminat tegar menu makanan ala barat & dijual pada harga ‘masuk akal’ serta ‘mesra’ poket rakyat Malaysia, ada satu tempat makan best di Johor Bahru yang boleh anda terjah iaitu Onn Kitchen. Kedai makan terbuka ini sangat terkenal di kalangan penduduk setempat yang ingin menjamu selera dengan menu-menu seperti chicken chop, lamb chop & sebagainya. Selain itu, terdapat juga makanan kenegerian orang Johor yang boleh anda cuba di sini seperti lontong kering, mee rebus Johor & sebagainya. Destinasi ini dibuka dari pagi sampailah ke malam & menu-menunya berubah mengikut waktu makan.

Jika datang waktu pagi, bolehlah bersarapan bermenukan makanan-makanan sinonim dengan selera orang Malaysia seperti roti canai, nasi lemak & lontong. Onn Kitchen menggunakan konsep layan diri di mana anda perlu order di kaunter & makanan akan dihidangkan di meja. Satu tempat makan menarik di Johor Bahru yang boleh anda terjah sama ada untuk breakfast, lunch atau pun dinner. Pendek cerita, sebuah restoran yang santai, harga berpatutan & mempunyai variasi pilihan makanan yang pelbagai serta sesuai untuk seseorang pelancong luar terokai dalam misi merasai keenakan makanan orang Johor.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-7999588 | Facebook

  • Onn Kitchen, 29A Jalan Tarom, Kg Tarom Johor Bahru 80100, Johor

Waktu Operasi Onn Kitchen

  • Sabtu-Khamis
    • 7 am – 12 am
  • Jumaat
    • Tutup


8. Restoran Sedap Corner

sedap corner restaurant johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jika anda berbulan madu di Johor Bahru, sudah tentu mencari destinasi makan yang elegan & menyajikan menu makanan yang sedap-sedap bukan ? Nah, cuba-cubalah lihat Restoran Sedap Corner ini yang terletak di dalam satu bangunan kayu bagaikan rumah tradisional Melayu yang pasti memberikan anda satu pengalaman makan yang sempurna bersama pasangan. Restoran terkenal di Johor Bahru ini sudah bertapak di sini sejak tahun 1987 & tidak hairanlah, destinasi ini sering menjadi kunjungan pelancong yang inginkan menu makanan tradisional yang sedap serta ruangan menjamu selera yang selesa.

Dari segi pilihan makanan di Restoran Sedap Corner ini, anda jangan risau kerana begitu banyak menu menyelerakan yang merangkumi kesemua citarasa para pelancong sama ada makanan tradisional Johor, masakan Melayu, makanan ala barat, masakan panas & macam-macam lagi. Lebih menarik, restoran ini turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut & kuih muih tradisional yang sangat sesuai untuk melengkapkan santapan anda seisi keluarga. Lokasi restoran ini juga sangat strategik & berdekatan dengan beberapa hotel popular di Johor Bahru seperti Thistle Johor Bahru, Straits View Hotel & juga Golden Sand Seaview Suites.

Peta Lokasi | Jarak | 607-2246566 | Facebook | Instagram | Website

  • Restoran Sedap Corner, No 11, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Restoran Sedap Corner

  • Dibuka setiap hari
    • 8.00 am – 10.00 pm


9. Kapten Steamboat & Grill JB

tempat makan seafood di Johor Bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sebut sahaja destinasi yang menyediakan makanan ala barbecue atau steamboat, pasti ramai akan fikir 2 kali kerana ragu-ragu dengan status halalnya. Almaklumlah, menu hidangan makanan sebegini lazimnya terkenal di kalangan negara seperti Korea, Jepun & China. Anda jangan risau, restoran ini diusahakan oleh bumiputera beragama Islam, justeru bolehlah anda bawa keluarga menjamu selera dengan citarasa berbeza di sini tanpa rasa ragu-ragu. Restoran ini sudah lama beroperasi di Johor Bahru & mempunyai ramai peminat setianya serta lokasinya juga tidak jauh dari sebuah kawasan pelancongan popular di JB, iaitu Danga Bay.

Pilihan air rebusan untuk masakan steamboat di meja pengunjung didatangkan dengan kuah tomyam atau sup dengan resepi rahsia turun temurun & bukannya yang dalam paket seperti di pasaran. Jadi, rasa kuahnya juga lebih unik & sedap. Restoran ini berkonsepkan makan secara buffet & mempunyai variasi makanan laut yang pelbagai. Jika ratah makanan laut sahaja tidak kenyang, anda boleh add on makanan berat bergoreng seperti nasi goreng, kuew teaw goreng & sebagainya. Ringkasannya, jika anda inginkan tempat makan seafood di Johor Bahru yang sedap, selesa, dijamin halal & sudah terkenal sejak zaman berzaman, sangat disyorkan untuk bawa keluarga ke Kapten Steamboat & Grill JB.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-7710765 | Facebook

  • Kapten Steamboat & Grill JB, Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Kapten Steamboat & Grill JB

  • Setiap Hari
    • 12.00 pm – 8.00 am
  • Selasa
    • tutup


10. Al-Mizan Satay House

kedai sate sedap johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Walaupun menu utama restoran terkenal di JB ini satay, tidak bermakna hanya dengan satay sahaja yang boleh anda menjamu selera. Terdapat banyak pilihan menu lain yang sesuai untuk apa jua citarasa pelancong yang bertandang seperti masakan panas, mee rebus Johor & sebagainya. Jika anda berkunjung dengan anak-anak, terdapat banyak menu pencuci mulut yang pasti menarik selera mereka untuk makan seperti aiskrim, abc, ais jagung, soda cocktail, laici kang & macam-macam lagi.

Tetapi, jika datang ke sini tetapi tidak mencuba satay, alangkah janggal & peliknya bukan ? Populariti satay Al Mizan Satay House memang cukup terkenal di JB & mempunyai beberapa pilihan daging satay yang mempunyai rasa perapan rempah yang berbeza berbanding satay lain. Jika sate daging lembu & sate daging ayam tidak cukup membuatkan ada rasa ‘wow’, cubalah rasa sate daging arnab yang terdapat di sini. Dekorasi restoran ini juga minimalis & konsep kedai makannya juga terbuka, pasti memberikan anda pengalaman yang menarik ketika menjamu selera bersama keluarga di sini.

Peta Lokasi | Jarak |  07-336 3315 | Facebook

  • Ptd 64399, jalan tebrau kg.ubi baru Taman, Persiaran Ekoperniagaan, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Al Mizan Satay House

  • Jumaat-Rabu
    • 3.30 pm – 8.00 pm


11. Cats Cafe

 cats cafe johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kafe Kucing. Mungkin ini adalah pertama kali anda dengar destinasi makan sebegini & mempunyai tarikan sampingan yang pasti membuatkan para pencinta kucing teruja apabila bersantapan di sini. Cats Cafe yang terletak di Kampung Bharu bukan sahaja menjadi tumpuan pengunjung kerana kucing semata-mata, tetapi turut menawarkan pelbagai menu makanan menarik untuk anda cuba. Koleksi menu di sini rata-ratanya adalah makanan barat & dihidangkan kepada pelanggan dalam persembahan bagaikan di hotel. Dekorasi Cats Cafe juga mewah & sangat selesa untuk para tetamu yang sudah tentu memberikan anda satu ketenangan ketika makan di sini.

Ruangan makannya tertutup & mempunyai sistem hawa dingin yang pasti menjadi satu destinasi ideal untuk makan tengahari terutama waktu cuaca panas. Sambil-sambil makan di sini, anda juga boleh melihat telatah kucing-kucing comel ini di tempat permainan khas & ruangan kafe yang pasti mencuit hati sesiapa sahaja. Pengunjung juga boleh beli makanan kucing-kucing di sini yang berharga RM 1 satu paket untuk dijadikan ‘umpan’ bermain-main sambil merasai pengalaman bermesra dengan kucing-kucing mahal di kafe ini. Jika anda bercuti di Johor Bahru bersama anak-anak atau pasangan, bolehlah bawa mereka ‘jalan jalan cari makan’ di satu destinasi unik sebegini.

Peta Lokasi | Jarak | 607-2070399 | Facebook

  • Cats Cafe, 31A, Lorong 2c, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Cats Cafe

  • Khamis-Selasa
    • 1 pm – 9 pm
  • Rabu
    • Tutup


12. Pisang Goreng Mawar

 tempat makan menarik johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Tanya sahaja orang setempat, warung Pisang Goreng Mawar ini pasti menjadi salah satu tempat makan menarik di JB yang disyorkan untuk orang luar. Destinasi warung terbuka & santai ini sangat ideal untuk anda yang ingin minum petang serta mencari menu makanan yang tidak berat seperti pisang goreng atau pun kuih muih tradisional. Seperti terungkap pada nama destinasi ini, pisang goreng menjadi pilihan utama pengunjung yang bertandang & mempunyai kerangupan tepung yang sangat menarik teksturnya untuk anda rasa. Jangan terkejut pula, di Johor pisang goreng lazimnya dimakan dengan sambal kicap yang pasti memberikan ‘kick’ untuk mereka yang gemar makan pedas.

Selain pisang goreng, terdapat juga menu-menu makanan lain yang sering menjadi santapan orang Johor seperti laksa Johor, lontong kering, nasi ambeng, nasi botok, nasi ayam, nasi lemak & juga aneka jenis kuih muih tradisional. Jika anda mencari restoran menarik di JB yang menghidangkan menu makanan orang setempat pada harga berpatutan, cubalah terjah warung ini. Memandangkan ianya dibuka dari tengahari sampai petang, maka sangat ideal untuk anda datang sama ada untuk makan tengahari atau pun minum petang. Warung ini tidaklah terlalu besar & jika datang waktu puncak, terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Jika anda sabar orangnya, cubalah ke sini.

Peta Lokasi | Jarak

  • Pisang Goreng Mawar, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Pisang Goreng Mawar

  • Ahad-Jumaat
    • 11 am – 7 pm
  • Sabtu
    • tutup


13. Village Briyani Cafe

nasi beriyani sedap johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nasi briyani merupakan salah satu menu makanan yang sangat popular di Johor & salah satu restoran nasi briyani di Johor Bahru yang popular adalah Village Briyani Cafe. Jika anda dari Penang atau seorang pelancong yang gemarkan makanan India, destinasi ini sangat ideal untuk anda lawati & pasti menepati citarasa anda. Nasi briyani di sini lebih terarah kepada rasa resepi masakan India & mempunyai aroma rempah yang agak ‘tajam’ serta pasti memberikan lebih ‘kick’ ketika makan. Makan nasinya sahaja tanpa apa-apa kuah sebenarnya sudah cukup untuk memberikan rasa yang semerbak & merebak di dalam mulut anda ketika dikunyah.

Setiap hidangan nasi beryani di sini didatangkan dengan pelbagai lauk yang sinonim dengan menu nasi beriyani seperti kuah dhal, gulai daging, ayam rempah, ayam tandoori, telur rebus & sebagainya. Selain itu, terdapat juga menu makanan lain yang tidak kurang popularnya seperti kheema nan, cheese nan, crispy spring roll & sebagainya. Kafe nasi beryani ini tidaklah terlalu besar seperti di medan selera & jika datang secara berkumpulan dengan bas, mungkin akan sesak. Bagaimanapun, suasana di dalam kafe ini nyaman & dekorasinya boleh dikatakan sedap mata memandang serta tidak merimaskan. Seperti biasa, memandangkan kafe ini sangat popular, adalah perkara biasa jika terpaksa menunggu meja kosong pada waktu puncak.

Peta Lokasi | Jarak | 607-2220360

  • Village Briyani Cafe, Jalan Tun Abdul Razak 1/1, Wadi Hana, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Village Beriyani House

  • Dibuka setiap hari
    • 12.00 pm – 3.00 pm
    • 5.30 pm – 10.30 pm


14. Roslin Beriyani House

nasi beryani gam johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Seperti tersedia maklum, nasi beriyani mempunyai banyak edisinya & mempunyai campuran rempah ratus yang pelbagai gaya serta menghasilkan rasa unik yang berbeza. Jika anda ingin mencuba resipi nasi beriyani asli Johor di JB, salah satu restoran terkenal yang disyorkan adalah Roslin Beriyani House yang terletak hanya 3 km dari pusat membeli belah KSL City Mall. Dari segi rasa, ianya sangat berbeza berbanding nasi beriyani dari timur tengah atau pun resipi yang mempunyai sentuhan citarasa masakan India kerana campuran rempah ratusnya lebih membuatkan aromanya terasa ‘Melayu’.

Rasa ‘lemak’ pada kuah pekat gulainya yang terhasil daripada campuran santan kelapa pasti akan menepati citarasa majoriti orang Melayu. Pelengkap hidangan nasi beriyani yang berupa lauk pauk juga agak pelbagai variasinya seperti pajeri nenas, gulai kambing, daging lembu, ayam masak merah, acar buah & juga papadom sebagai menu sampingan untuk tekstur yang lebih rangup. Jika anda seorang pelancong dari pantai timur atau pun yang kurang menggemari makanan yang terlalu berempah, sangat disyorkan untuk bawa keluarga & ibu bapa mencuba nasi beriyani di Roslin Beriyani House.

Peta Lokasi | Jarak | 607-3313310 | Facebook

  • Roslin Beriyani House, 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Roslin Beriyani House

  • Ahad-Jumaat
    • 8.00 am – 6.30 pm
  • Sabtu
    • Tutup


15. Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli

 kedai makan asam pedas johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bukan sahaja Melaka & Negeri Sembilan sahaja terkenal dengan menu asam pedas, di Johor juga mempunyai variasinya yang tersendiri & pasti memberikan anda satu pengalaman rasa yang baru. Salah satu tempat makan menarik di Johor Bahru yang menghidangkan menu asam pedas adalah Restoran Anisofea yang terletak hanya 3 km dari Austin Height Water & Adventure Park. Mungkin sesudah penat anda bersuka ria bersama keluarga di taman tema ini, bolehlah pula singgah ke Restoran Anisofea untuk menikmati sendiri keenakan masakan asam pedas asli negeri Johor.

Setiap hidangan asam pedas di sini akan didatangkan panas-panas & masih menggelegak di dalam bekas claypot. Anda boleh pilih bahagian kepala, ekor atau badan ikan merah/ikan jenahak untuk chef di sini masak sebelum dihidangkan di meja. Selain itu, terdapat juga menu-menu lauk lain seperti ikan bakar atau pun goreng gorengan yang pasti akan menjadi pelengkap terbaik untuk anda makan tengahari atau makan malam di Johor Bahru bersama keluarga. Selain di restoran ini yang merupakan cawangan utama, terdapat juga satu lagi cawangannya yang terletak di Taman Kempas Utama, Johor Bahru.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-7173477 | Facebook

  • Restoran Anisofea Asam Pedas Asli Johor (Cawangan utama), Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Restoran Anisofea Asam Pedas Asli Johor

  • Dibuka setiap hari
    • 9 am – 8 pm


16. Restoran Sayam

restoran sayam johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di mana-mana sahaja anda bercuti di tempat-tempat menarik dalam Malaysia, restoran yang berbentuk medan ikan bakar atau yang menyediakan masakan panas ala Thai, pasti akan menjadi pilihan majoriti pelancong untuk makan malam. Jika anda menginap di hotel popular yang berdekatan Stulang Laut seperti Berjaya Waterfront Hotel JB, GBW Hotel atau Hotel Sentral Johor Bahru, bolehlah ajak keluarga untuk makan malam di sini. Restoran Sayam mempunyai ruangan kedai makan yang luas & sesuai untuk anda dinner di JB dalam satu kumpulan yang besar.

Malah, restoran ini juga mempunyai ramai pekerja & ruangan memasak yang luas. Jadi, jika anda seorang pelancong yang malas menunggu lama makanan sampai seperti di kebanyakan tempat-tempat makan menarik di JB yang lain, sangat disyorkan untuk menjamu selera di Restoran Sayam. Pilihan jenis masakan & menu makanan laut atau seafood di sini juga sangat banyak sama ada ikan, udang, kerang bakar, aneka kerabu & sebagainya. Selain menu ala carte, terdapat juga pakej hidangan yang didatangkan dalam set untuk pengunjung yang datang berkumpulan. Harganya juga lebih jimat & jika anda bercuti di Johor Bahru bersama rakan-rakan, bolehlah ‘tong-tong’ harganya.

Peta Lokasi | Jarak

  • Restoran Sayam, Jalan Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Restoran Sayam Stulang Laut

  • Dibuka setiap hari
    • 4.00 pm – 3.30 am


17. Medan Steamboat Bandar Baru Uda

 tempat makan malam best johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sebuah tempat makan best di JB pada waktu malam yang sangat ideal untuk anda yang sukakan makanan santai-santai seperti steamboat & juga makanan laut. Medan Steamboat yang dahulunya terletak di Dataran Bandaraya telah berpindah ke Bandar Baru Uda & lokasinya sangat mudah untuk anda lawati. Destinasi ini menempatkan banyak food truck yang masing-masing menyajikan menu steamboat dengan resepi masing-masing. Medan Steamboat Bandar Baru Uda ini terletak di kawasan terbuka tepi jalan & sangat ideal untuk pelancong yang ingin menjamu selera dalam suasana yang berbeza berbanding makan makan di restoran.

Walaupun nama destinasi ini bertemakan steamboat, tidak bermakna tiada makanan lain yang boleh anda ‘jalan jalan cari makan’. Terdapat juga banyak menu makanan santai lain yang boleh anda rasai sendiri seperti makanan bergoreng, tauhu bakar, rojak petis, lempeng, otak-otak kempas, bakso, laksa & macam-macam lagi. Banyak meja-meja makan yang tersedia & sesuai untuk pelancong yang datang ke sini secara berkumpulan besar atau pun bersama keluarga. Cabaran utama di sini hanyalah satu, iaitu susah cari kawasan parkir kereta terutamanya pada waktu puncak.

Peta Lokasi | Jarak

  • Medan Steam Boat Bandar Baru Uda, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Medan Steamboat Bandar Baru Uda

  • 5 pm – 2 am


18. Abah Beriyani House

 restoran abah beriyani house

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Bandar Baru Uda, Johor Bahru terdapat banyak tempat makan menarik yang boleh anda berkunjung untuk merasai keunikan makanan tradisional orang Johor. Salah satu restoran popular di Bandar Baru Uda yang sudah lama bertapak di sini & sering menjadi kunjungan pelancong adalah Abah Beriani House. Seperti terpapar pada namanya, menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung adalah nasi beriyani asli Johor yang pasti membuatkan anda puas hati sebaik pertama kali mencubanya.

Seperti juga di mana-mana tempat makan best di JB lain yang terkenal dengan nasi beriyani Johor, setiap hidangan nasi akan didatangkan dengan lauk pauk pilihan anda sama ada ayam, kambing, daging & udang. Selain itu, terdapat juga kacang pool yang merupakan makanan santai yang sesuai untuk anda yang suka mencari keunikan menu yang jarang-jarang restoran lain sediakan. Kedai makan ini juga luas & mempunyai dekorasi yang selesa untuk pelancong datang bertandang bersama keluarga atau pasangan.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-7237007 | Facebook

  • Restoran Abah Beriani House, No. 12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Restoran Abah Beriani House

  • Dibuka setiap hari
    • 11.00 am – 9.30 pm


19. Asam Pedas Tasek

asam pedas tasek johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jika satu kedai makan asam pedas popular di JB tidak cukup memuaskan anda, apa kata kali ini terokai pula keunikan rasa asam pedas Johor yang disajikan di Restoran Asam Pedas Tasek. Dari segi rupa, hidangan asam pedas Johor tiada beza berbanding asam pedas di Melaka atau Negeri Sembilan. Sekiranya ini pertama kali anda bercuti di Johor, cubalah terokai kedai makan ini untuk mencari apa kelainannya dalam lauk asam pedas Johor yang sedap. Pilihan ikan untuk di’asam pedas’kan oleh tukang masak di sini juga agak pelbagai seperti ikan merah, ikan pari daun, ikan sembilang & juga kembung. Pernah cuba ayam masak pedas ? Jika belum cubalah rasai keunikannya di Restoran Asam Pedas Tasek ini.

Lokasinya juga sangat strategik berdekatan dengan salah satu tempat menarik di Johor Bahru yang sangat popular, iaitu Danga Bay sekitar 2 km sahaja. Malah, jaraknya juga hanya 400 meter dari Hotel Tune JB & Golden Leaf Boutique. Ruangan makan di Restoran Asam Pedas Tasek ini tidaklah terlalu besar & jika datang waktu lunch hour, mungkin ruangan meja makan agak terhad serta perlu tunggu giliran. Jadi, jika anda melancong ke JB, cubalah berkunjung sebelum 1 pm atau selepas 2 pm. Mungkin ketika sedang bersiar-siar di Danga Bay waktu petang, bolehlah ajak keluarga mencuba menu lauk pauk kegemaran orang Johor ini.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-7106169 | Website

  • 79, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Restoran Asam Pedas Tasek

  • Sabtu-Khamis
    • 11 am – 6 pm
  • Jumaat
    • Tutup


20. Dulang Lima Cafe

cafe dulang lima johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sebaik menjamu selera di sini, anda bagaikan kembali di zaman silam. Dengan dekorasi kedai yang agak klasikal, diiringi lagu lama Allahyarham P. Ramle & disajikan pula dengan menu lauk pauk ala kampung di dalam dulang, pasti akan memberikan anda satu pengalaman unik berbanding restoran lain. Jika anda pelancong dari pantai timur atau Negeri Sembilan, menu lauk pauk di sini pasti menepati citarasa anda dengan beberapa menu popular dari sana seperti nasi dagang, masak lemak, singgang & aneka ulam ulaman bercicahkan sambal belacan. Jika anda masih teringin menu lauk popular orang Johor, usah risau, asam pedas turut disediakan.

Konsep makan di sini juga didatangkan dalam set & sesuai untuk anda yang berkunjung dalam berkumpulan. Suasana kedai akan di sini juga membuatkan diri terasa seperti menjamu selera di rumah. Lokasi Restoran Dulang Lima ini juga sangat strategik kerana terletak di antara Skudai & Bandaraya JB. Terdapat juga beberapa hotel menarik berdekatan kafe ini yang tidak kurang menariknya untuk anda bermalam seperti Amerin Hotel JB & juga Nex Hotel JB.

Peta Lokasi | Jarak | 6016-7054664 | Facebook

  • Dulang Lima Cafe, 19G, Jalan Camar 1/3, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Dulang Lima Cafe

  • Selasa-Ahad
    • 10 am – 10 pm


21. Warung Saga

tempat makan best di Johor Bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sebuah warung kampung yang sudah bertapak di sini sejak 1986 & menjadi destinasi feveret orang setempat yang ingin menikmati keenakan menu paling larisnya, iaitu lontong kering atau pun tauhu goreng. Jika anda belum tahu bagaimanakah rasa lontong kering asli Johor yang sedap, cubalah ke sini untuk mengetahui ‘tahap’ kesedapannya yang boleh dijadikan penanda aras untuk citarasa lontong kering popular. Menjamu selera di sini pasti akan menjadi pengalaman yang berharga dalam kembara anda ketika ‘jalan jalan cari makan’ di Johor Bahru. Warung ini agak lapang, berkonsepkan retro & di dindingnya juga terdapat begitu banyak foto-foto lama tokoh kenamaan tempatan yang sangat menarik untuk anda mengenali sejarah negeri Johor.

Selain itu, terdapat juga menu-menu makanan berat lain yang sangat sinonim dengan orang Johor seperti laksa Johor, otak-otak kempas & juga mee rebus Johor. Jika anda mencari makanan yang unik, cubalah nasi goreng telur mayong, nasi goreng kambing, nasi goreng sate atau pun nasi ayam telur asin. Tidak kira sama ada waktu pagi, tengahari atau malam, Warung Saga adalah salah satu tempat makan best di Johor Bahru yang sangat ideal untuk anda terokai dalam misi mengenali makanan tradisional orang Johor. Pendek cerita, destinasi ini boleh dilabelkan sebagai one stop centre untuk pelancong yang ingin menikmati makanan asli orang setempat, tanpa perlu berkunjung ke restoran-restoran lain.

Peta Lokasi | Jarak | +60127829427 | Facebook

  • Warung saga, 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Warung Saga

  • Sabtu-Khamis
    • 8.00 am -12.00 pm, 6.00 pm – 8.00 pm
  • Jumaat
    • Tutup


22. Medan Selera Azmie Wawa

mee bandung sedap muar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Murah & sedap. Itulah yang boleh disimpulkan dengan destinasi makan ini. Jika anda bercuti di Johor Bahru secara bajet, cubalah berkunjung ke sini. Tempat makan ini berkonsepkan medan selera yang tidaklah terlalu besar & mempunyai beberapa gerai yang menjual aneka makanan kenegerian & sebagainya. Salah satu menu kegemaran pengunjung di sini, sudah tentulah ABC yang didatangkan dengan persembahan yang sangat meriah bagaikan pokok krismas. Walaupun ABC ini disediakan dalam saiz mangkuk yang besar, kaya dengan kekacang & disaluti coklat likat yang mewah, harganya cuma dibawah RM 5. Semangkuk pasti boleh makan berdua.

Dari segi menu makanannya, pilihan yang ada di medan selera ini pasti tidak akan mengecewakan pelancong yang pertama kali bercuti di Johor. Terdapat banyak menu-menu makanan yang lazimnya menjadi buruan pelancong seperti murtabak cheese, mee sup gearbox, laksa Johor, mee bandung Muar & macam-macam lagi. Dengan pilihan menu makanan yang banyak, pilihan minuman yang ‘meriah’ & harga-harganya yang sangat berpatutan, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda terokai sendiri.

Peta Lokasi | Jarak | 019-779 4374 | Facebook

  • Medan Selera Azmi Wawa & Rakan-Rakan, 21A, Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Medan Selera Azmi Wawa

  • Dibuka setiap hari
    • 10 am – 10 pm


23. Restoran Tapah Corner

 restoran tapah corner taman suria jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Syurga makanan-makanan orang Johor. Tidak kira untuk sarapan pagi atau makan tengahari, Tapah Corner adalah antara tempat makan best di JB yang boleh dilabelkan sebagai one stop centre untuk pelancong terokai citarasa makanan orang Johor. Lebih menarik, lokasinya sangat strategik & berdekatan dengan beberapa hotel popular di Johor Bahru iaitu Hotel Seri Malaysia JB, 1Tebrau Suites Hotel & Grand Sentosa Hotel. Jadi, jika anda menginap di hotel-hotel ini, bolehlah datang menjamu selera di Tapah Corner dengan mudah untuk breakfast atau lunch.

Ruang kedai makannya juga lapang & terbuka serta mempunyai banyak menu makanan yang sesuai untuk segenap usia. Jika anda nak travel ke Johor dengan gaya orang setempat, waktu pagi wajib bersarapan pagi di sini dengan menu seperti lontong, bubur nasi, laksa Johor atau mee kari. Tengahari, makan nasi campur berlaukkan citarasa orang Johor seperti asam pedas ikan duri, telur asin & sambal belacan. Pendek cerita, jika anda dalam situasi buntu nak makan apa ketika makan angin di Johor Bahru, cubalah datang ke sini waktu pagi atau tengahari. Variasi pilihan makanan yang ada, pasti buat anda rambang mata.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-7281395

  • Tapah Corner, 1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Tapah Corner

  • Dibuka setiap hari
    • 6.30 am – 4.00 pm


24. Kafe Eat & Repeat Johor Bahru

kedai makan menarik di jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Pernah tak anda dalam situasi yang tersangat lapar & rasa seperti mahu makan semua jenis makanan ? Jika pernah, ada satu kedai makan menarik di JB yang sangat disyorkan untuk anda & apa yang lebih penting, harga setiap menu makanan di sini sangat murah, RM 1.90 semangkuk. Konsep kafe ini sangat unik & menarik, kerana pelancong dapat merasai banyak makanan menarik di JB, dalam kuantiti yang sedikit tetapi kualitinya sedap. Kafe sebegini, sangat bernas juga untuk anda lawati jika bercuti di JB dalam tempoh masa sehari kerana boleh rasa banyak menu makanan hanya dalam satu destinasi sahaja.

Jika nak tahu, kafe ini merupakan cawangan yang ke 7 di JB. Variasi pilihan makanan di sini tidak dinafikan banyak & lebih memadai untuk pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki di sini. Antara menu-menu berharga RM1.90 di sini adalah lontong, soto, laksa utara, mee bandung, laksa putih, nasi putih ayam paprik & macam-macam lagi. Lebih 13 menu pilihan makanan kesemuanya. Bayangkan, dengan hanya RM 19.00, anda boleh merasai 10 jenis macam makanan di Kafe Eat & Repeat ini. Menarik bukan ? Walaupun destinasi ini merupakan sebuah kafe & mempunyai dekorasi ruangan makan bagaikan di restoran, tetapi harga makanannya murah bagaikan di warung kampung.

Peta Lokasi | Jarak | 6016-7130448 | Facebook

  • Tidak dikhususkan

Waktu Operasi Kafe Eat & Repeat JB

  • Sabtu-Khamis
    • 12 pm – 10 pm
  • Jumaat
    • tutup


25. Medan Selera Tepian Tebrau

tempat makan malam menarik jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Terletak bersebelahan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru & destinasi ini merupakan sebuah medan selera yang panjang serta mempunyai variasi makanan menarik yang agak banyak untuk anda terokai. Dibuka dari pagi sampailah ke lewat malam, Medan Selera Tepian Tebrau berdekatan Pantai Lido ini boleh dijadikan tempat bersantapan anda untuk setiap waktu makan jika menginap di hotel berdekatan seperti Tistle Johor Bahru & Hotel Paragon JB. Terdapat berbelas gerai di sepanjang blok medan selera ini yang masing-masingnya menghidangkan menu makanan mengikut kepakaran masing-masing.

Sama ada makanan tradisional Johor, ikan bakar, masakan panas ala Thai atau pun western food, semuanya boleh didapati dengan mudah di Medan Selera Tepian Tebarau ini. Jika anda penggemar asam pedas Johor, cubalah rasa keenakannya di gerai Asam Pedas Power untuk makan tengahari atau malam yang menjanjikan rasa asli asam pedas Johor. Jika anda inginkan sebuah tempat makan malam di Johor Bahru yang menarik & ‘happening’, sangat disyorkan untuk terokai medan selera ini yang sangat ideal untuk dijadikan destinasi pelengkap untuk acara ‘jalan jalan cari makan’ anda ketika melancong di Johor.

Peta Lokasi | Jarak | 013-753 7117

  • Medan Selera Tepian Tebrau, A31-06 paragon Residence, Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Medan Selera Tepian Tebarau

  • Dibuka setiap hari
    • 8 am – 12 am


26. Restoran Projek Maging Steakhub

kedai makan western sedap johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Adakah anda sedang berbulan madu di Johor Bahru & ingin membawa pasangan untuk bersantapan di sebuah restoran menarik dengan persembahan makanan ala barat yang sangat menyelerakan bagaikan di sebuah hotel ? Jika ya, cubalah bawa pasangan anda ke Restoran Projek Maging Steakhub. Seperti tertera pada namanya, destinasi ini memang pakar dalam menyediakan menu steak. Jika selama ini anda belum pernah tahu bagaimana kombinasi rasa sebenar sepinggan hidangan steak, sangat disyorkan untuk anda cuba sendiri di Restoran Projek Maging Steakhub.

Restoran ini diusahakan oleh bumiputera Islam, jadi anda tidak perlu ragu-ragu status halalnya walaupun ketika makan di sini, terasa bagaikan sedang menjamu selera di sebuah restoran luar negara. Anda jangan terkejut pula ketika sampai di sini, hidangan steak anda tidak disertakan dengan gravy atau pun sos seperti di kebanyakan kedai makan western di JB yang lain. Ini kerana, menu hidangan steak yang asli memang tidak disertakan dengan sos-sos sebegini. Pendek cerita, sebuah restoran di Johor Bahru yang sangat ideal untuk anda dating bersama pasangan ketika honeymoon di JB kerana kualiti daging yang digunakan memang sangat bermutu tinggi & pasti memberikan anda berdua satu pengalaman bersantapan yang menarik untuk diabadikan dalam memori percutian anda di sini.

Peta Lokasi | Jarak |  017-739 9353 | Facebook

  • Restoran Projek Maging Steakhub, 26, Jln Padi Emas 1/7, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Restoran Projek Maging Steakhub

  • Selasa-Khamis, Sabtu & Ahad
    • 12 pm – 3 pm
    • 6 pm – 11 pm
  • Jumaat
    • 4.30 pm – 11.00 pm
  • Isnin
    • Tutup


27. Restoran Seri Bayu Perdana

jalan jalan cari makan johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sebuah restoran di JB yang sangat popular sejak zaman berzaman & telah bertapak di sini sejak tahun 2000 lagi. Di kalangan warga JB & juga pelancong-pelancong, Restoran Seri Bayu Perdana adalah destinasi yang sangat ideal untuk menikmati hidangan masakan serta lauk pauk tradisional Melayu. Tidak kira dari negeri mana jua anda berasal, variasi & jumlah lauk pauk di sini sangat menepati citarasa tetamu tanpa mengira latar belakang pelancong. Jika anda buntu menu makanan apa yang boleh menambat selera anda, cubalah datang lihat deretan tray-tray lauk pauk di sini yang semuanya nampak sangat menyelerakan.

Ruangan makan di Restoran Seri Bayu Perdana juga luas & mempunyai dekorasi dalaman yang sejuk mata memandang. Sangat sesuai untuk anda bertandang dalam kumpulan yang besar untuk breakfast atau pun makan tengahari. Jika anda mahu ‘brunch’ ( breakfast + lunch ), datanglah ke sini antara pukul 10 am – 12 pm kerana pilihan makanan sarapan pagi & ditambah pula lauk pauk waktu makan tengahari, pasti membuatkan mata anda terbeliak sehingga tidak tahu lauk apa yang hendak diceduk kerana terlalu banyak & nampak sedap-sedap belaka.

Peta Lokasi | Jarak | 6011-10742118 | Facebook

  • Restoran Sri Bayu Perdana, 13, Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Restoran Sri Bayu Perdana

  • 8 am – 5 pm


28. Mat Corner Nasi Ambang

mat corner johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nasi Ambang atau Nasi Ambeng merupakan makanan asli Jawa dari Indonesia. Akan tetapi, anda juga boleh mendapatkan nasi ambang yang sedap di JB. Mat Corner Nasi Ambang merupakan salah satu tempat makan menarik di Johor kerana menyediakan nasi ambang yang paling best dan digemari ramai warga JB terutamanya dia kawasana Bandar Baru Uda (BBU). Kedai makan ini diasaskan oleh Haji Mat pada sekitar tahun 2000 yang kini diteruskan legasinya oleh tiga orang anak Haji Mat sendiri.

Apa yang membuatkan nasi ambeng ini special ialah sambalnya yang cukup pedas, cukup rasa dan cukup sedap. Anda boleh memilih antara lauk daging rendang ataupun ayam goreng. Kalau nak lagi best anda boleh pesan yang special iaitu campuran kedua-duanya sekali. Tempat makan ini memang selalu ramai orang, jadi anda perlu beraturlah sekejap sebelum dapat menjamu selera.

Peta Lokasi | Jarak | +60197244798 | Facebook

  • 22, Jalan Padi Mahsuri 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Mat Corner Nasi Ambang

  • Dibuka setiap hari
    • 10.15 am – 3 pm (kecuali Jumaat)


29. Kopi Keju

Kopi keju jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Walaupun nama kedainya Kopi Keju, tetapi mereka tidaklah menjual kopi dengan keju. Mereka menjual aneka pisang goreng keju. Menu mereka memang bukan fokus kepada pisang goreng keju sahaja akan tetapi ada juga beberapa menu lain seperti donut dan pai ayam. Di sini, anda boleh mencuba pisang goreng perisa caramel, rainbow serta gula merah.

Pisang goreng mereka memang kurang berminyak jadi sesuai sangat dimakan dengan keju mereka yang beraneka rasa. Kalau makan semasa panas memanglah sedap. Kejunya cair dimulut dan akan membuatkan anda rasa puas makan pisang goreng keju di sini. Anda juga boleh padankan juadah berkeju ini dengan beberapa menu minuman yang tidak kurang hebatnya.

Peta Lokasi | Jarak | +601137719645 | Facebook | Instagram

  • 34, Jalan Nibong 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Kopi Keju

  • Dibuka setiap hari
    • 12 pm – 7 pm (kecuali Jummat)


30. Kedai Makan Keno dan Soto Perdana Madu 4

soto perdana madu 4 JB

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Soto ni memang sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja kerana ia tidaklah terlalu berat ataupun terlalu ringan. Soto yang sesuai dimakan pada bila-bila masa ini boleh didapati di Kedai Makan Keno dan Soto Madu 4 yang sangat terkenal dengan soto. Soto di sini memang antara yang paling sedap di Johor terutamanya di JB. Isi ayamnya memang tak kedutlah dan dicampur pula dengan cili kicap yang menambah kepedasan soto itu. Anda memang akan puas makan soto di sini.

Tapi, bila anda ke sini biasanya anda perlu tunggu untuk dapat tempat duduk. Sebabnya, kedai ini agak kecil untuk menampung permintaan pelanggan yang banyak. Rasa penat menuggu tu pasti akan hilang lepas anda makan soto yang mereka sediakan.

Peta Lokasi | Jarak | +60107139898

  • Jalan Skudai Kiri, Kampung Skudai Kiri, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Kedai Makan Reno dan Soto Perdana Madu 4

  • Dibuka setiap hari
    • 7 am – 11 pm


31. The Pinggan Cafe

the pinggan cafe JB

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang teringin nak makan sedap di JB untuk lunch atau dinner dan menginginkan masakan western, anda boleh singgah ke The Pinggan Cafe. Antara makanan barat mereka ialah aneka spageti dan cheese fries/wedges. Kalau anda datang beramai-ramai bolehlah cuba party box mereka yang sesuai dimakan 2-3 orang. Dalamnya ada spageti, ayam, fries dan beberapa makanan lain. Kepada sesiapa yang nak try makan steak tu, anda juga boleh dapatkan di sini. Steak mereka memang sedap, juicy dan menggiurkan. Makanan western di sini dimasak serta merta selepas anda membuat order dan bukanya dipanaskan daripada sejuk beku seperti sesetengah kedai makan western yang lain.

Selain makanan barat, mereka juga ada makanan seperti Tomyam, bihun goreng dan mee goreng daging. Jadi kalau anda taknak makan western pon tak ada masalah. Anda boleh je order menu-menu lain yang ada di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +601110567209 | Facebook | Instagram

  • 9, Jalan Tampoi, Kampung Bahru Majidee, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi The Pinggan Cafe

  • Dibuka setiap hari
    • 11.30 am – 9.30 pm


32. It Roo Cafe

it roo cafe johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau bercakap pasal tempat makan sedap di Johor yang menyedikan chicken chop memang selalunya orang akan cadangkan It Roo Cafe ni. Mereka menyedikan chicken chop yang memang lazat dan terbaik di JB. Kedai makan ini memang sangat terkenal dengan menu chicken chop yang crispy dan kuahnya yang sungguh sedap. Chicken chop di sini mereka sedikan ala-ala Hainan.

Kedai ini agak kecil dan sering sesak terutamanya waktu makan tengah hari. Jadi, anda kalau nak cuba tu boleh datang selepas lunch hour kalau tak berapa berkenan tempat sempit dan sesak. Maklumlah kedai makan ni pun dah lama bertapak di sini, jadi agak ramailah pelanggan setia mereka.

Peta Lokasi | Jarak | +6072227780 | Facebook

  • 17, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi It Roo Cafe

  • Dibuka setiap hari
    • 11 am – 8.15 pm


33. The Morso

the morso JB

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai makan western biasanya memang harga cekik darah dan makanan kurang sedap. Tapi anda boleh menjamu makanan western yang agak murah serta berpatutan dengan saiz makanan di The Morso. Tempat makan menarik di Johor Bahru ini menyajikan pelbagai hidangan Itali yang pasti dapat menambat hati serta pocket anda. Anda boleh makan spageti, lamb chop, chicken chop dan macam-macam lagilah. Mereka juga ada shell out yang juga menjadi signature dish di sini dan setiasa dicadangkan oleh pelanggan lain.

Kedai mereka ni ada dua lot, satu berpenghawa dingin dan satu terbuka sahaja. Kalau anda datang ketika lunch memang biasanya penuh di kedua-dua lot itu. Jadi, lebih baik datang selepas maghrib untuk makan malam. Walaupun beratur ketika lunch, biasanya anda hanya perlu menunggu dalam 10 minit sahaja kerana servis mereka agak cepat. Kedai makan juga bersih dengan dekorasi yang minimum.

Peta Lokasi | Jarak | +60195518341 | Facebook | Instagram

  • 22, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi The Morso

  • Dibuka setiap hari
    • 12.00 pm – 10.30 pm


34. Malay Village Restaurant

malay village restaurant

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kepada yang mencari kedai makan dengan juadah yang beraneka bersuasanakan kampung sila singgah ke Malay Village Restauran di JB ini. Mereka menghidangkan kepelbagaian masakan Melayu dan barat yang memang sedap untuk tekak penggemar makanan. Mereka menyedikan bufet dan juga set menu untuk seisi keluarga. Bagi yang tak berkenan bufet tu, anda boleh je order set menu ataupun menu ala carte.

Suasana makan di sini memang best dan sangat bersih. Dekosari tempatnya sungguh cantik, memang macam makan di kampung lah. Tempatnya juga agak besar serta sesuai untuk datang makan beramai-ramai. Juga terdapat surau supaya anda tak terlepas solat ketika menikmati makanan mereka tu.

Peta Lokasi | Jarak | +6072211221 | Website | Facebook | Instagram

  • 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Malay Village Restaurant

  • Dibuka setiap hari
    • 12.15 m – 10 pm


35. Restaurant Wadi Hana Elarabi

tempat makan johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Makanan Arab memang sedap kerana mereka menggunakan rempah-ratus yang pelbagai untuk menambah aroma serta rasa kepada makanan mereka. Kedai makanan Arab Wadi Hana Elarabi ini juga tidak kurangnya. Anda boleh order macam-macam masakan arab yang memang dapat memuaskan nafsu makan anda. Sudah tentunya nasi arab dengan ayam atau kambing menjadi menu utama di sini yang wajib anda cuba. Mereka juga menyediakan makanan lain seperti Shawarma dan kentang goreng.

Kedai ini agak luas kerana mempunyai dua tingkat dan dihiasi dengan barangan-barangan dari arab sendiri. Oleh itu, anda yang datang dengan keluarga atau kumpulan yang besar tidak perlu risau tentang tempat duduk. Tingkat kedua juga kurang sesak dek kunjungan pelanggan. Lalu saja kedai ni pasti akan membuatkan anda terliur dengan bau rempah-ratus mereka.

Peta Lokasi | Jarak | +60177377352 | Website | Facebook | Instagram

  • 1-1a, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Wadi Hana Elarabi

  • Dibuka setiap hari
    • 11 am – 9 pm


36. Pondok Santapan Larkinmakanan sedap jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau yang baru sampai ke Johor Bahru tu dan buntu mencari kedai makan sedap untuk makan pagi, anda boleh ke Larkin Jaya, JB. Di sini terdapat kedai makan yang memang viral dek sarapan pagi mereka iaitu Pondok Santapan Larkin. Mereka menyediakan berbagai menu untuk mengisi perut kosong di pagi hari. Roti Arab adalah menu wajib cuba di sini. Rotinya yang empuk dicicah pula dengan kari atau kaya memang dapat mengisi perut yang kosong.

Mereka juga ada banyak makanan pagi Johor yang tidak kurang enaknya. Nasi Ambeng, Lempeng Kelapa dan Laksa Johor adalah antara juadah yang paling diminati di sini. Kalau yang nak nasi lemak tu, sudah tentulah ada juga di sini. Harganya yang amat berpatutan pasti membuatkan anda berkunjung semula.

Peta Lokasi | Jarak | +60127450560 | Facebook

  • No. 8, Jalan Puyuh Larkin Jaya, Larkin, 80350, Johor

Waktu Operasi Pondok Santapan Larkin

  • Dibuka setiap hari
    • 8.00 am – 12.00 pm (kecuali Jumaat)


37. Mee Rebus Haji Wahid

tempat makan best jb

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mee Rebus ni memang senang nak cari di Johor tapi susah nak cari yang kuahnya betul-betul sedap dan pekat. Kalau mencari mee rebus yang kuahnya memang sedap dan pekat, Mee Rebus Haji Wajib pasti menjadi jawapannya. Mee Rebus ni kalau kuahnya hancur maka hancurlah keseluruhannya. Tapi di sini bau kuahnya sahaja pasni menaikkan selera makan anda. Anda memang akan bau dan udang kering yang memang biasa digunakan dalam penyediaan kuah mee rebus.

Kedai Haji Wahid ni terletak di medan selera, jadi anda tak perlu risau pasal tempat duduk. Akan tetapi, kedainya agak kecil jadi anda perlu beraturlah sementara tunggu mee rebus siap. Mee rebus di sini siap agak cepat memandangkan mereka sudah siap-siapkan bahan dan kuahnya.

Peta Lokasi | Jarak | +6072350443 | Facebook

  • L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Mee Rebus Haji Wahid

  • Dibuka setiap hari
    • 11 am – 8 pm


38. Arabian Nights

makan sedap johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda singgah ke Plaza Pelangi di JB tu jangan lupa cuba makanan Arab dan Pakistan di Arabian Nights. Mereka menyediakan aneka makanan Arab dan Pakistan seperti nasi arab, Karahi ayam/kambing (makanan Pakistan), hummus dan banyak lagilah. Makanan bbq juga ada di sini. Makan dekat sini memang terasa keaslian masakan Arab tu. Kalau anda dah bosan makan makanan Melayu je setiap hari dan ingin mencuba makanan Arab tu, sinilah tempatnya.

Restoran ini dihiasi dengan hiasan Arab dan Pakistan. Tak lupa juga ada ayat- ayat Quran di dinding- dinding kedai makan ini. Anda juga akan didtemani lagu-lagu daripada Arab dan Pakistan. Jadi, anda memang akan dapat feel Arab tu.

Peta Lokasi | Jarak | +6073311295 | Facebook

  • 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor (dalam Plaza Pelangi)

Waktu Operasi Arabian Nights

  • Dibuka setiap hari
    • 11 am – 8 pm


39. Cookies and Ginger Restaurant

kedai makan di johor bahru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Banyak juga kedai makan di JB yang menyediakan makanan sedap ala western. Cookies and Ginger restaurant ni memang menjadi tempat makan viral di Johor Bahru. Makanan barat di sini memang terbaik. Harganya berpatutan dengan saiz makanan serta rasanya yang memang kena dengan tekak. Nachos dengan kepak ayam, Spageti Oglio Olio, Lasagna dan macam-macam lagi boleh didapati di sini. Kalau anda nak makan burger anda juga boleh cuba Cheeseburger dan Maui Chicken Burger mereka.

Suasana di sini sangat selesa dan tempatnya juga bersih, memang sesuai untuk anda menikmati makanan western mereka. Tidak lupa juga pekerja-pekerja mereka yang peramah membuatkan anda rasa senang berada di kedai makan ini.

Peta Lokasi | Jarak | +60105433881 | Facebook | Instagram

  • 107, Jln Adda 3/1, Taman Adda, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Cookies and Ginger Restaurant

  • Dibuka setiap hari
    • Sabtu – Khamis 11 a.m.- 8 p.m., Jumaat 11 p.m.- 8p.m.


40. Ads Corner

makanan sedap di johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Ads Corner ni, menu yang paling dikenali ialah Teh Ais Madu yang memang kaw lah. Teh Ais ni cukup manis dengan rasa madu serta buih-buih yang melimpah memang nampak menyelerakan sungguh. Tak sah kalau singgah ke sini tanpa mencuba Teh Ais Madu mereka. Selain teh air buih ni, mereka juga ada teh hijau dan bandung yang turut berbuih-buih. Menu-menu di sini adalah berasakan masakan Kelantan. Antaranya, Nasi Kerabu dan Nasi Kak Wok. Kalau dah lama sangat duduk JB dan rindu makanan Kelantan, orang-orang Kelantan silalah datang ke sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60142449717 | Facebook

  • 44, Jalan Kebun Teh 1, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Ads Corner

  • Dibuka setiap hari
    • 10 am – 7.30 am (kecuali Jumaat)


41. Kafe August

tempat makan menarik di johor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Johor Bahru ni, memang banyak kedai makan yang sedap dan lawa. Bak kata orang, kafe hipster. Kalau sesiapa yang mencari kafe hipster yang sesuai untuk tangkap gambar serta mempunyai makanan yang enak, anda sila cuba di Kafe August. Kafe ni dijamin halal kerana pemiliknya orang Melayu dan sudah tentulah Islam. Anda boleh lepak di dalam atau di luar kedai sebab mereka juga menyediakan kerusi dan meja di luar untuk anda bersantai sambil menikmati udara luar.

Menu makanan di sini adalah campuran masakan barat dan Malaysia. Mereka menyajikan makanan seperti Nasi Lemak dan spageti. Selain itu, terdapat juga kek dan kopi. Maklumlah, nama pun kafe, mestilah ada kek dan kopi sebagai pelengkap. Harga makanan di sini juga tidak terlalu mahal. Harganya memang berpatutan dengan saiz makanan.

Peta Lokasi | Jarak | +60167279944 | Facebook | Instagram

  • 36, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Kafe August

  • Dibuka setiap hari
    • 9.00 am – 6.00 pm (kecuali Ahad)


Johor Bahru tidak dinafikan salah satu destinasi terbaik untuk anda mencari makanan-makanan kenegerian menarik ketika bercuti di negeri Johor. Variasi restoran menarik juga banyak sama ada menu tradisional, western food, makanan laut & sebagainya. Di mana jua anda menginap di hotel dalam Johor Bahru, senarai tempat-tempat makan best di JB seperti di atas sangat mudah untuk anda terokai bersama keluarga dalam masa yang singkat.

Cari Hotel di Johor Bahru

Anda sebenarnya juga boleh menerokai banyak lagi tempat makan menarik di kawasan berdekatan ketika bercuti di Johor Bahru seperti di Masai, Pasir Gudang atau pun di Skudai. Jaraknya juga tidaklah terlalu jauh & di sana juga terdapat beberapa tempat makan menarik yang sangat terkenal seantero Malaysia. Mungkin jika anda dalam perjalanan pulang ke 3 kawasan ini, bolehlah singgah untuk melengkapkan aktiviti ‘jalan jalan cari makan’ anda di Johor Bahru.

Semoga 40 tempat makan menarik di Johor Bahru di atas memberi anda idea untuk bersantapan bersama keluarga sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam ketika bercuti di negeri Harimau Selatan ini. Selamat ‘jalan jalan cari makan’ di Johor Bahru, Johor. Wassalam.

4.6/5 - (39 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa Johor Bharu & Kluang yg Terbaik

Adakah anda sedang bercuti di negeri Johor? Perlukan kenderaan dengan segera untuk mengunjungi tempat menarik di Johor atau anda ingin menuju ke tempat makan...

10 Pasar Malam Johor Bahru yg BEST

Pasar malam tidak hanya menjadi tempat berbelanjaan tetapi juga menjadi pusat makanan tempatan yang menawarkan pelbagai juadah yang lazat, sekaligus memberikan pengalaman budaya yang...

10 Pusat Karaoke Terbaik di Johor Bahru yang Anda Kena Cuba!

Tempat karaoke yang kami senaraikan ini merupakan antara yang menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk berhibur bersama rakan-rakan dan keluarga mereka yang tersayang di...

TOP 10 Cafe Johor Bahru Paling BEST

Bagi anda yang merupakan pencinta kopi dan makanan unik serta mencari pengalaman makan yang luar biasa, terdapat pelbagai pilihan cafe Johor Bahru yang menarik...

Senarai Top 10 Penginapan di Johor Bahru Yg Eksklusif

Jika anda merancang untuk melancong ke Johor Bahru, anda pasti akan gembira mengetahui bahawa terdapat pelbagai pilihan penginapan yang menarik di sini. Terdapat beberapa...

TOP 10 Tempat Massage di Johor Bahru TERBAIK

Jika anda sedang mencari senarai tempat urut yang terbaik di Johor Bahru, anda telah sampai ke tempat yang tepat. Dalam senarai ini, kami akan...

20 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

20 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mimpi Laila
1 year ago

Wah!! Menarik. Balik JB nanti nak cubalah .:)

amy78
amy78
6 years ago

mkanan yg ber ulam area JB kat mane ye…pls.admin…

Non
Non
6 years ago
Reply to  amy78

Amy78, awak boleh makan kat Restoran Sri Bayu Perdana, area Larkin Perdana..

Sewa PA System Kahwin
7 years ago

wah menarik ni

nasar
nasar
7 years ago

terbaikk

nfhusna
7 years ago

tambah 1 lagi..

kacang pool kat larkin, jb
ada kat plaza larkin dgn balai bomba

Anna
Anna
7 years ago

BAKSO KUBUR CINA KAT LARKIN PERDANA. MANTAP!

Siti Situ Sini
Siti Situ Sini
6 years ago
Reply to  Anna

Kita pernah pergi lah awk. Seram. Kita rasa biasa je. Satay dia lain daripada lain. Macam satay kalau awak pergibindon kuah kicap ha tu lah.

sophy292
7 years ago

Wow, terliur gila tengok semua “Malaysian Food” ni!

Hubungi Kami

20
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x