Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa Johor Bharu & Kluang yg Terbaik

Adakah anda sedang bercuti di negeri Johor? Perlukan kenderaan dengan segera untuk mengunjungi tempat menarik di Johor atau anda ingin menuju ke tempat makan yang best di Johor? Jika jawapannya ya, usah khuatir kerana anda berada di laman yang betul. Kami akan membantu anda dalam memilih kereta sewa yang best dan terbaik untuk anda. Agensi sewa kereta ini juga menyediakan sewaan untuk sehari, seminggu dan sebulan. Harga sewaan juga berbeza mengikut jenis kereta dan tempoh sewaan. Anda juga akan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Kereta Sewa di Johor Bharu


1.  Wahdah.My – Car Rental & Leasing, Bandar Johor Bahru

Wahdah kereta sewa Johor Bahru

Pelanggan juga menyatakan bahawa kereta sewa Johor Bharu ini bagus dan perkhidmatannya juga yang terbaik berbanding agensi kereta sewa yang lain. Cara dan tempat serahan kunci yang mudah dan cepat. Kereta yang disewa oleh pelanggan juga sangat selesa dan bersih. Anda juga mudah untuk menghubungi pegawai di sana sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dengan pelbagai cara. Live chat di website, panggilan dan aplikasi whatsapp. Pekerja mereka sangat membantu dalam memberikan maklumat yang tepat dan cepat.

Wahdah ialah perkhidmatan sewa kereta di atas talian yang mesra dan mudah untuk anda gunakan. Sama ada anda memerlukan kereta ekonomi ringkas untuk beriadah di sekitar Johor Bharu atau limosin mewah untuk mengalu-alukan tetamu VIP anda, WAHDAH sedia membantu anda.

Alamat: 7351, Jalan Tun Abdul Razak Susur 2, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.30am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-2774594

Whatsapp Wahdah.My – Car Rental & Leasing

2. Kereta Sewa UTM (Shafina Saiful Enterprise & Services), Taman Sri Pulai

kereta sewa JB

Kereta Sewa UTM merupakan salah satu perkhidmatan kereta sewa terbaik di sekitar UTM. Perkhidmatan kereta sewa Johor Bharu ini khas untuk pelajar UTM. Pelbagai jenis kereta yang ditawarkan dan sesuai dengan keperluan anda. Perkhidmatan kereta sewa yang dipercayai dan mudah berurusan. Harga juga murah dan berbaloi untuk pelajar menyewa pada tempoh yang lama. Perkhidmatan kereta sewa yang memuaskan, kereta juga bersih dan selamat digunakan. Proses menyewa kereta juga sangat mudah dan senang.

Alamat: 33, Jalan Pakis 8, Taman Sri Pulai, 81110 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 7.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-7000390

Whatsapp Kereta Sewa UTM (Shafina Saiful Enterprise & Services)

 

3. AF Car Rental Jb, Taman Perling

AF Car Rental

Pembayaran melalui kad kredit juga ada disini. Kakitangan yang peramah dan menurut pelanggan yang berasal dari negeri Sarawak ini menyatakan bahawa dia telah menyewa kereta sebanyak dua kali dari agensi ini. Pelanggan tersebut juga berpuas hati dengan agensi ini, servis yang bagus dan kakitangan mereka yang peramah. Syarikat penyewaan kereta tempatan ini juga mempunyai kakitangan yang sangat cekap dan berpengetahuan. Kakitangan mereka akan menjelaskan segala-galanya mengenai kereta sewa kepada pelanggan termasuk tentang caj dan syarat tempahan. Ini adalah perkhidmatan sewa kereta terbaik yang terbaik di Johor Bharu.

Alamat: 270, Jalan Simbang, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad: 9.00am – 9.30pm, Isnin – jumaat: 9.00am – 5.00pm & sabtu: 9.00am – 2.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 016-4456640

Whatsapp AF Car Rental Jb

 

4. Gem Car Rental Johor Bahru (HQ), Bandar Baru Seri Alam

Gem Car Rental

Perkhidmatan sewa kereta yang hebat daripada syarikat ini. Kereta bagus dan sesuai untuk anda menyewa pada jangka pendek atau panjang. Kakitangan dari syarikat ini akan menjawab semua pertanyaan anda dan membuat proses tempahan sangat mudah. Kereta yang sangat bersih dan dilengkapi dengan bluetooth terbina dalam. Salah seorang pelanggan mereka telah menyewa sehingga 9 hari dan dia telah beberapa kali menyewa kereta di sini. Perkhidmatan kereta sewa Johor Bahru yang terbaik untuk anda dengan rating 5 bintang. 

Alamat: Octville Condominium, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-7067720

Whatsapp Gem Car Rental Johor Bahru (HQ)

 

5. Kereta Sewa – JB Car Rental, Bukit Chagar

JB Car Rental

Perkhidmatan kereta sewa yang terbaik dan cemerlang di Johor Bharu. Harga kereta sewa paling rendah bagi kereta Axia iaitu RM120 sehari. Anda juga boleh menempah kereta jenama lain iaitu Myvi, Bezza, Alza, Vios, dan Innova. Bagi anda yang ingin menyewa kereta bajet RM200 ke bawah boleh menyewa kereta di sini. Kereta sewa JB ini sangat digalakkan kepada sesiapa yang ingin menyewa kereta. Perkhidmatan ini juga beroperasi 24 jam sehari dan bagi anda yang mengalami kesusahan dan terdesak memerlukan kenderaan, anda boleh menyewa kereta disini.

Alamat: Bukit Chagar, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 019-7474064

Whatsapp Kereta Sewa – JB Car Rental

 

6. Kereta Sewa Johor Bharu dan Senai, Taman Tampoi Utama

kereta

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan kereta sewa, anda boleh terus whatsapp mereka. Semua kereta sewa adalah gear auto. Sekiranya anda ingin menyewa kereta selain daripada yang disenaraikan, anda boleh bertanya terus melalui whatsapp. Anda juga boleh menyewa kereta disini dan mengunjungi Singapura. Namun begitu, beberapa larangan perlu dipatuhi bagi mengelak kereta anda ditahan. Antaranya ialah gula-gula getah, haiwan peliharaan, drone, vape, perisa vape, rokok dan makanan tertentu.

Alamat: G-04, Blok B, Jalan Sri Perkasa 1/1, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 7.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-28657277

Whatsapp Kereta Sewa Johor Bharu dan Senai 

 

7. Karl Zafran Car Rental, Larkin Jaya

Karl Zafran Car Rental

Kereta sewa dengan harga yang murah dan best di Johor Bharu. Kereta sewa murah ini menawarkan beberapa kereta daripada jenama Myvi. Perkhidmatan kereta sewa ini juga telah beroperasi sejak tahun 2019. Karl Zafran Car Rental antara agensi perkhidmatan kereta sewa yang terbaik untuk anda. Kereta sewa Johor Bharu ini juga bersih dan wangi. Anda boleh menghubungi kereta sewa Johor Bharu ini di nombor yang tertera.

Alamat: N0, 38, Jalan Rajawali, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 019-7711140

Whatsapp Karl Zafran Car Rental

 

8. AYG Car Rental, Kampung Muafakat

AYG Car Rental

AYG Car Rental merupakan antara perkhidmatan menyewa kereta yang terbaik di Johor Bharu. Mereka juga memberi respons yang segera kepada pelanggan. Anda juga boleh membuat pembayaran melalui kad kredit. Salah seorang pelanggan menyatakan bahawa agensi penyewaan kerete AYG ini telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk dirinya. Pemandu kereta sewa Johor Bharu ini juga peramah dengan pelanggan mereka.

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Kampung Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 014-3519166

Whatsapp AYG Car Rental

 

Kereta Sewa di Kluang


9. GW Carrental (Kluang), Kampung Melayu

GW Carrental

GW Carrental juga dikenali sebagai Syarikat Kereta Sewa Globalwasi. Syarikat kereta sewa Kluang ini juga berpengalaman dalam mengurus kenderaan untuk disewa bermula dari tahun 2014. Selain itu, pelanggan juga tak perlu risau kerana servis perkhidmatan kerosakan disediakan 24 jam. Penyewa juga akan dilindungi dengan pakej insurans CDW. Pelanggan juga akan menerima diskaun sewa lama untuk kesemua jenis kenderaan bermula dengan sewaan 3 hari dan ke atas. Selain Kluang, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan menyewa kereta di Muar, Batu Pahat dan Ayer Hitam.

Alamat: Jalan Mersing, Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-5246775

Whatsapp GW Carrental (Kluang)

 

10. Kereta Sewa Murah 4×4, Taman Impian

Kereta Sewa Murah 4x4

Mereka menawarkan perkhidmatan menyewa MPV, lori, trak, dan lain-lain. Agensi kereta sewa Kluang ini sesuai untuk mereka yang ingin mencari kenderaan untuk berpindah rumah dan mengangkut barangan sederhana seperti perabot rumah. Harga sewa juga berpatutan dan anda boleh berunding dengan mereka. Tambahan lagi, mereka juga menawarkan khidmat tumpang barang untuk warga Kluang dan sekitarnya. Pendahuluan menyewa serendah RM50. Maklumat tambahan, bagi anda yang ingin pindah rumah, anda perlu menempah lebih awal. Sekiranya anda ingin menyewa, anda boleh whatsapp atau mengunjungi facebook kereta sewa Kluang ini.

Alamat: K. Komuniti Taman Impiam, Jln Paloh, Taman Impian, 86000 Kluang, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-7343407

Whatsapp Kereta Sewa Murah 4×4

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

40+ Tempat Makan Best di Johor Bahru Untuk Pelancong Terokai

Lengkapkan percutian anda di Johor Bahru dengan melawati destinasi makan menarik di JB untuk santapan anda sekeluarga. Sekiranya ini adalah kali pertama anda bercuti...

Tempat Makan Menarik di Johor Bahru – JJCM TV3

Tahun 2015 menyaksikan kru Jalan Jalan Cari Makan TV3 telah menerjah ke beberapa tempat makan manarik di Johor Bahru. Ada kedai makan yang menyediakan...

Legoland Malaysia – apa yang menarik?

Legoland Malaysia Johor Taman tema Legoland Malaysia Johor merupakan sebahagian dari Iskandar Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan pembangunan ekonomi di selatan negeri Johor yang menyaksikan...

Top 10+ Homestay di Kluang yg Best & Murah

Kluang merupakan salah satu daerah yang ada di Johor. Lokasinya pula terletak betul-betul di tengah Johor dan menyebabkan ia bersempadan dengan banyak daerah lain...

10 Kedai Steamboat Johor Bahru Paling SEDAP

Sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai tempat menarik, Johor Bahru turut menawarkan sejumlah pilihan tempat makan terutamanya kedai steamboat yang menarik untuk dinikmati....

TOP 10 Tempat Massage di Johor Bahru TERBAIK

Jika anda sedang mencari senarai tempat urut yang terbaik di Johor Bahru, anda telah sampai ke tempat yang tepat. Dalam senarai ini, kami akan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Param
Param
4 months ago

Haritu ambik kete dgn Gem Car Rental, myvi dapat RM45 sehari, memang murah.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x