10+ Tempat Makan Best di Kluang

1
30172
Restoran Bawah Kolong Kluang

Kluang adalah salah sebuah daerah yang ada di Johor. Daerah Kluang bersempadan dengan Segamat di utara, Batu Pahat di barat dan Mersing di timur. Sempadan selatan daerah Kluang pula adalah Pontian, Kulai dan Kota Tinggi. Sebagai daerah tengah, ia bersempadan dengan kebanyakan daerah di Johor. Jika anda berkesempatan, datanglah ke Kluang, Johor kerana banyak tempat menarik yang ada disini. Contohnya, Kluang Street Art, Gunung Lambak, Gunung Belumut, UK Farm Agro Resort dan banyak lagi. Kalau dah sampai Kluang, tidak lengkap percutian anda tanpa mencuba makanan-makanan tempatan. Kalau anda sedang mencari tempat makan yang best-best di Kluang, anda patut ikuti senarai di bawah.

10+ Tempat Makan Best di Kluang yg patut Dikunjungi


1. Kluang Western Cafe @ Taman Sri Kluang

KLUANG WESTERN CAFE

Kalau anda sedang mencari restoran di Kluang yang menyaji masakan western yang terbaik, anda patut datang ke Kluang Western Cafe. Pastinya restoran ini menyajikan pelbagai masakan western seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Fish n Chip dan banyak lagi. Portion makanan yang dihidangkan juga amat berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Kalau anda datang ke sini, anda wajib mencuba signature menu di sini iaitu Roti Titab. Roti Titab adalah hidangan yang dihidangkan bersama butter, kaya dan telur separuh masak. Memang sedap untuk dijadikan hidangan pembuka selera.

Restoran ini dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam. Jadi, anda boleh datang ke sini untuk makan tengahari dan makan malam. Suasana di dalam kedai juga sangat selesa kerana mempunyai penghawa dingin. Memang sesuai untuk datang melepak bersama rakan-rakan mahupun keluarga yang mempunyai anak kecil. Bagi anda yang teringin untuk datang ke Kluang Western Cafe tetapi berada jauh dari sini, anda juga boleh memesan makanan daripada aplikasi Foodpanda.

Alamat:  171, Jalan 1, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0198926547


2. Restoran Bawah Kolong @ Kampung Masjid Lama

RESTORAN BAWAH KOLONG

Kalau anda berada di Kluang dan belum pernah singgah di restoran ini, ianya satu kerugian untuk anda kerana restoran ini memang sudah dikenali dengan hidangan lauk-pauk yang sedap dan harga yang berpatutan. Jika anda sedang bercuti atau berada di sekitar Kluang, anda wajib singgah di Restoran Bawah Kolong terutamanya kepada penggemar masakan Melayu. Pada mulanya, restoran ini menjadi tarikan ramai kerana berada di bawah kolong rumah. Kolong bermaksud bawah di mana anda akan makan di bawah kolong rumah tradisional Melayu. Memang menarik.

Walaupun restoran ini terkenal kerana namanya tetapi masakan yang dihidangkan juga tidak kurang hebatnya. Tarikan lain restoran ini adalah hidangan lauk-pauk yang pelbagai iaitu hampir 30 jenis lauk makan tengahari kesemuanya. Anda pasti rambang mata untuk memilih lauk mana yang harus anda cuba. Bukan sahaja menu masakan Melayu tradisional malah lauk bakar-bakar pun ada seperti ayam bakar, ikan keli bakar, ikan cencaru bakar, udang bakar, sotong bakar dan banyak lagi. Sos pencicah yang disediakan juga ada pelbagai jenis. Contohnya seperti budu, cencolok, air asam dan pelbagai jenis sambal belacan. Memang ianya menjadi penambah selera dan pelengkap hidangan anda. Kalau dah ada sambal belacan dan budu, tidak lengkap jika tidak ada ulam-ulaman. Anda jangan risau, sebagai pelengkap hidangan anda, pelbagai jenis ulam-ulaman disediakan di restoran ini seperti petai, ulam raja, kacang botol, jantung pisang dan banyak lagi.

Kalau dah lengkap semuanya, barulah anda boleh menjamu selera. Bagi anda yang berminat untuk datang ke sini, Restoran Bawah Kolong dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Kalau anda datang pada waktu malam untuk merasai lauk-pauknya, anda sudah terlepas kerana hidangan lauk-pauk dihidangkan sehingga pukul 3 petang sahaja manakala akan disambung dengan masakan panas pada waktu malam. Jadi, kalau anda nak makan masakan Melayu tradisional ini, anda perlu datang sebelum pukul 3 petang.

Alamat: Jalan Cempaka, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0177326454


3. D’licious Cafe @ Pusat Perniagaan Tasik

D'LICIOUS CAFE

Delicious atau sedap adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan makanan-makanan yang dihidangkan di cafe ini sama seperti namanya. Cafe ini menghidangkan pelbagai jenis menu sarapan pagi dan makan tengahari. Apa yang menariknya, bukan hanya menu daripada masakan tempatan malah menu western pun ada. Semestinya anda mempunyai banyak pilihan menu jika singgah makan disini.

Antara menu yang popular disini termasuklah Lontong Darat, Mee Kari Kerang, Nasi Lemak, Soto, Nasi Ayam Penyet dan banyak lagi. Untuk menu berlauk pula adalah seperti Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api, Kari, Buttermilk dan anda boleh pilih untuk dimasak dengan apa samada ikan, ayam, daging, sotong dan udang. Hidangan makanan yang ringan juga ada disediakan disini iaitu Roti Bakar, Lempeng dan Sandwich. Sesuai untuk mereka yang suka bersarapan pagi dengan makanan yang ringan.

D’licious juga ada menyediakan pelbagai jenis masakan western seperti Spaghetti Bolognese Meatball Beef, Spaghetti Carbonara, Aglio Olio, Chicken Chop, Lamb Rack, British Fish Chip, Nachos Beef, Marinara dan banyak lagi. Memang sesuai untuk anda berkumpul bersama rakan-rakan ataupun keluarga di sini walaupun mempunyai selera yang berbeza. Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan dengan portion yang diberikan. Hiasan dalamannya juga sangat simple dan moden. Bagi anda yang berminat untuk datang ke sini, cafe ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Waktu operasi pula adalah dari 7 pagi hingga 3 petang. 

Alamat: 38, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0177845818


4. BenMael @ Bandar Seri Impian

BENMAEL

Kalau anda teringin nak mencuba makanan buffet tapi rumah anda tidak berada berdekatan dengan hotel? Anda patut datang ke BenMael. BenMael adalah sebuah restoran yang menyediakan makanan buffet untuk sarapan pagi. Menarik, bukan? Bukan dekat hotel sahaja ada makanan buffet tetapi dekat BenMael pun ada tau. Apa yang menambahkan keunikan restoran ini lagi ialah menu buffet yang disediakan bukan sahaja menu sarapan pagi tempatan malah hidangan western pun ada.

Kalau nak sarapan pagi ala-ala orang Amerika pun ada. Semestinya anda akan rambang mata dan tidak tahu nak makan apa jika anda datang ke sini. Untuk buffet sarapan pagi, ianya tersedia dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi sahaja. Kalau anda tak tau nak makan dekat mana, anda boleh datang bersama anak-anak ke sini. Harga untuk makanan buffet juga sangat berpatutan iaitu RM 18 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun pula, boleh makan secara percuma. Memang berbaloi untuk datang bersama keluarga disini.

Kepada anda yang tidak berkesempatan untuk merasai menu buffet, anda tidak perlu risau kerana restoran ini masih dibuka hingga pukul 10 malam untuk menu-menu yang boleh dipesan. Selain daripada menu buffet, restoran ini juga ada menyajikan pelbagai hidangan menu western seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Fish & Chip, Beef Steak, Lasagna dan pelbagai variasi pasta.

Tidak berhenti di situ, BenMael juga ada menyediakan pelbagai jenis menu tempatan seperti Daging Gulai Kawah, Tetel Asam Pedas, Itik Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak, Keli Salai Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Kalau anda berminat untuk datang ke BenMael, restoran ini dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin.

Alamat: No. 10 Jalan Seri Impian 8/1A, Impiana Square, Taman Seri Impian, Bandar Seri Impian, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01127620075


5. Medan Selera Anita @ Kampung Masjid Lama

MEDAN SELERA ANITA

Kalau anda sedang mencari kedai makan yang menjual pelbagai jenis menu lauk-pauk kampung, anda patut cuba datang ke Medan Selera Anita di Kluang ini. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis lauk istimewa daripada aneka Asam Pedas seperti Ikan Jenahak, Ikan Pari, Ikan Mayong, Ikan Merah, Ikan Kembung, Siput Sedut Masak Lemak, Sambal Sotong, Babat Masak Lemak Rebung dan banyak lagi. Selain itu, ada juga pelbagai jenis menu ayam seperti Ayam Sambal, Ayam Kari, Ayam Masak Lemak,  Ayam Masak Kicap, Ayam Goreng Spicy dan Ayam Goreng Biasa.

Untuk menu sayur-sayuran yang dimasak masak lemak pula ialah Petola, Pucuk Meranti dan Pucuk Ubi. Menu sayur-sayuran yang ditumis pula adalah seperti Kangkung, Kacang Buncis, Peria, Capcai, Kobis, Taugeh dan Bendi. Ada juga menu Pajeri Nenas dan Pajeri Terung. Memang banyak bukan menu yang dihidangkan? Walaupun sudah banyak menu yang disenaraikan disini tetapi masih banyak lagi menu yang belum disebut. Kalau anda ingin melihat lebih banyak lagi menu yang sedap-sedap, anda patut singgah sendiri ke Medan Selera Anita untuk merasai sendiri keenakannya.

Restoran ini memang sesuai untuk peminat nasi campur dengan lauk-pauk kampung. Selain daripada menu makan tengahari, restoran ini juga ada menyedikan pelbagai menu sarapan pagi. Anda boleh datang untuk bersarapan pagi disini. Kepada anda yang berminat untuk datang ke Medan Selera Anita, restoran ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu dan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 4 petang sahaja. Jadi, pakat beramai-ramai untuk datang ke sini.

Alamat: 1955, Jalan Sultan, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0197197275


6. Barney’s @ Pusat Perniagaan Komersil

BARNEY'S

Anda sudah bosan dengan masakan Melayu? Anda teringin nak makan masakan western pula? Anda jangan risau kerana rekomendasi restoran kali ini ialah sebuah restoran yang menyajikan hidangan western iaitu Barney’s Kluang. Restoran ini dibuka setiap hari pada pukul 11.30 pagi hingga 10 malam. Bukan sahaja mempunyai ruangan restoran yang luas dan selesa malah hiasan dalamannya juga sangat cantik dan sesuai untuk kita makan malam bersama keluarga dan dan rakan-rakan.

Restoran ini juga mempunyai banyak pilihan makanan yang boleh anda pilih daripada menu mereka seperti Grilled Salmon & Garlic Pasta, Grilled Cajun Dory Fish, Golden Chicken Chop, Grilled Lamb Chop, pelbagai variasi pizza dan banyak lagi. Bagi anda yang suka makan nasi, Barney’s juga ada menyediakan beberapa menu yang telah ‘difusionkan’ bagi menepati selera rakyat Malaysia. Contohnya seperti Chicken Chop with White Rice, Rosemary Chicken with White Rice, Crispy Fish Fried Rice dan banyak lagi. Selain itu, Barney’s juga ada menyediakan pakej Happy Family Meal iaitu beberapa set hidangan yang sesuai dimakan untuk 4 orang.

Selain daripada itu, mereka juga ada beberapa hidangan Kids Menu iaitu hidangan yang mengikuti portion kanak-kanak. Jadi, memang sesuailah untuk anda membawa anak-anak kesini. Variasi minuman mereka juga agak banyak daripada iced tea, juices, ice blended, smoothies, milkshakes, booster & tonics hinggalah pelbagai jenis coffee pun ada. Selain daripada hidangan western, restoran ini juga menawarkan beberapa jenis kek sebagai hidangan pencuci mulut.

Jadi, bolehlah anda merasai hidangan pencuci mulut sebelum pulang. Harga makanan disini juga tidaklah terlalu mahal dan tidaklah terlalu murah. Boleh dikatakan ianya berpatutan dengan harga. 

Alamat: 7&8, Jalan Komersil Kluang 2, Pusat Perniagaan Komersil, Jln Haji Manan, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 077744992


7. Kluang Corner Cafe Restaurant @ Kampung Masjid Lama

KLUANG CORNER CAFE RESTAURANT

Kalau anda sedang mencari restoran yang menghidangkan masakan cina, anda patut datang ke Kluang Corner Cafe Restaurant. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis masakan cina yang pasti tidak akan mengecewakan anda. Anda tidak perlu risau kerana restoran ini tidak menghidangkan apa-apa jenis pork. Restoran ini juga mempunyai persekitaran yang bersih dan suasana yang selesa.

Apa yang bestnya, terdapat banyak jenis pilihan menu yang disajikan di restoran ini. Pasti anda akan rambang mata dan tidak tahu nak makan apa. Selain daripada makanan yang sedap, harga yang ditawarkan pula amat berpatutan. Tidak rugi untuk mencuba makanan disini. Jika anda berminat untuk mencuba makanan di Kluang Corner Cafe Restaurant, restoran ini dibuka setiap hari kecuali Khamis dan dibuka pada pukul 11 pagi hingga 10 malam.

Alamat: 13, Jalan Langsat, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 077102500


8. The Original Kluang Rail Cafe @ KTM

KLUANG RAIL COFFEE

Kluang Rail Coffee adalah sebuah kedai kopitiam kereta api di Kluang. Ianya mula beroperasi pada tahun 1938 dan sudah beroperasi hampir 85 tahun. Disebabkan Kluang Rail Coffee telah beroperasi dalam jangka masa yang lama, kedai ini telah memasuki Malaysia Book of Record sebagai kedai kopitiam kereta api yang tertua di Malaysia. Selain daripada kedainya di KTM, Kluang Rail Coffee juga mempunyai cawangan lain di Kluang seperti di Jalan Duku, Jalan Tasik, Sri Impian dan Kluang Perdana. Jadi, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda.

Selain di Kluang, Johor, Kluang Rail Coffee juga telah membuka cawangan baru di Lembah Klang iaitu di Plaza Shah Alam. Jadi, kalau anda berada jauh dari Johor atau anda tinggal di Lembah Klang tetapi teringin nak rasa kopi asli dari kedai ini, anda boleh pergi ke Kluang Rail Coffee, Plaza Shah Alam. Kalau anda tertanya-tanya tentang jenis kopi yang dihidangkan dan terkenal disini ianya ialah kopi hainan yang diperbuat daripada kacang Liberica tempatan. Menu sarapan pagi yang terkenal disini pula ialah Roti Bakar iaitu roti yang dibakar selepas disapu dengan butter dan kaya. Kayanya pula dibuat menggunakan resipi tradisional Hainan. Sememangnya kedua-dua hidangan ini adalah pelengkap untuk hidangan sarapan pagi anda.

Menu lain yang dihidangkan disini pula ialah Nasi Lemak, Mee Kari dan banyak lagi. Memang sesuai untuk anda yang suka makan makanan berat pada waktu pagi. Walaupun kedai ini diusahakan oleh orang yang berketurunan cina, anda tidak perlu risau kerana kedai ini telah mendapat sijil Halal daripada JAKIM. Bagi anda yang berminat untuk datang ke kedai Kluang Rail Coffee di KTM ini, ianya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang. Waktu operasi untuk cawangan lain pula adalah berbeza-beza, jadi anda boleh menyemak sendiri di Facebook rasmi mereka untuk melihat waktu operasi setiap cawangan. 

Alamat: KTM, Jalan Station, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0125531938


9. Kafe Kaki Lima Kluang @ Kampung Masjid Lama

KAKI LIMA KLUANG

Kalau anda seorang yang suka melakukan ‘cafe hunting’, anda patut cuba datang ke Kafe Kaki Lima, Kluang. Lokasi kafe ini agak tersorok kerana berada di lorong belakang kedai tetapi tidak susah untuk mencarinya. Walaupun cafe ini terletak di belakang lorong, ianya bukanlah lorong yang biasa tetapi ianya merupakan lorong Kluang Street Art di mana orang-orang melukis seni jalanan di situ. Disebabkan keluasan kafe ini agak kecil, jadi hanya beberapa meja dan kerusi yang ada di dalam kafe, selebihnya berada di kaki lima.

Seperti namanya, jika anda datang ke kafe ini, anda akan duduk di kaki lima. Ianya bukanlah seperti yang dibayangkan kerana pihak kafe ada menyediakan beberapa meja dan kerusi di kaki lima untuk anda bersantai disitu sambil menikmati kopi yang dibancuh oleh barista dan beberapa hidangan kek, pastri dan sandwich. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan untuk secawan kopi jika nak dibandingkan dengan kafe-kafe lain. Selain daripada itu, disebabkan lokasinya yang terletak di kaki lima, ianya merupakan tempat yang sesuai untuk bersantai dan menghabiskan masa sambil melihat orang yang lalu lalang di situ.

Anda juga tidak perlu risau jika anda berfikir yang anda akan berjemur kerana depan dan belakang kafe ini dilindungi daripada banggunan-banggunan tinggi, jadi suasana di luar tidaklah terlalu panas dan redup sahaja. Jika anda berminat untuk ‘cafe hunting’ di kafe ini, ianya beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Alamat: 19, Jln Dato Teoh Siew Khor, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01111450193


10. Lontong Goreng Meletop @ Kampung Masjid Lama

LONTONG GORENG MELETOP

Sama seperti nama kedainya, hidangan utama yang disajikan disini ialah Lontong Goreng. Memang sebuah hidangan yang sangat sedap dan jarang untuk kita jumpa. Buat mereka yang pertama kali mendengarnya, pasti tidak dapat membayangkan bagaimana rupa hidangan ini. Hidangan ini dimasak seperti Char Kway Teow tetapi ianya menggunakan lontong. Memang menarik, bukan? Walaupun rupa hidangan ini lebih kurang tetapi ianya pasti memberikan rasa yang berlainan. Rata-rata ulasan yang diberikan oleh pelanggan yang pernah makan disini adalah sedap walaupun pertama kali mencubanya.

Bukan sahaja Lontong Goreng biasa, Lontong Goreng Daging pun ada tau. Memang suatu hidangan yang tidak akan mengecewakan anda. Selain daripada hidangan Lontong Goreng, kedai ini juga ada menyajikan hidangan sarapan pagi yang lain seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng, Mee Goreng, Mee Bandung dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pula memang murah dan tidak setanding dengan rasa yang diberikan.

Jika anda berhasrat untuk datang ke sini, kedai makan ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dan tutup pada hari Sabtu dan Ahad. Waktu perniagaan pula adalah dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Jadi, untuk anda yang sedang bercuti di Kluang dan tak tahu nak breakfast dekat mana, anda boleh datang ke Lontong Goreng Meletop.

Alamat: Kedai, No 3, Jalan Cantik, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0183998166


11. Warong Lontong Darat Kluang @ Jalam Mohd Salim

ONTONG DARAT KLUANG

Anda teringin nak makan? Anda mencari Lontong Darat di Kluang? Atau anda pertama kali ingin mencuba Lontong Darat? Anda patut datang ke Warong Lontong Darat Kluang ini. Semestinya mereka menyajikan Lontong Darat yang paling terbaik yang ada di Kluang. Selain daripada Lontong Darat, kedai makan ini juga ada menyajikan pelbagai menu sarapan pagi yang lain seperti Nasi Lemak, Soto, Bakso, Mee Goreng, Nasi Goreng dan banyak lagi. Memang sesuai untuk anda yang sedang bercuti di Kluang tapi tak tahu nak sarapan pagi di mana. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan.

Selain daripada menu sarapan pagi, Warong Lontong Darat Kluang juga ada menyajikan menu makan tengahari iaitu nasi campur. Antara lauk-pauk yang dihidangkan disini ialah siput sedut, ketam masak lemak cili padi, lauk udang, sotong, ikan dan banyak lagi. Mendengar nama lauknya sahaja sudah membangkitkan selera apatah lagi mencubanya sendiri. Jika anda berhasrat untuk datang ke Warong Lontong Darat, kedai ini dibuka pada pukul 8 pagi hingga 5 petang dan dibuka setiap hari kecuali hari Rabu.

Alamat: 11, Jalan Mohd Salim, Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0177552132


12. Warung Pak Atan @ Kampung Melayu

WARUNG PAK ATAN
CREDIT: AMALINA TUNA ; CREDIT: FACEBOOK MD ZAHEAD HJ IDRIS

Warung Pak Atan adalah salah sebuah warung kecil yang ada di Kluang. Kepada peminat-peminat Mee Bandung, anda boleh singgah di Warung Pak Atan kerana menu utama yang disajikan di warung ini adalah Mee Bandung. Rata-rata pelanggan yang datang ke sini untuk merasai Mee Bandungnya memang sangat berpuas hati dengan rasanya. Bukan Mee Bandung kosong semata-mata, malah warung ini juga menyajikan Mee Bandung Udang dan Mee Bandung Daging. Sungguh ianya hidangan yang pasti membuka selera anda.

Bukan hanya Mee Bandung, banyak lagi hidangan lain yang disediakan disini. Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan pula amat berpatutan. Buat anda yang pertama kali ingin datang ke sini, pasti agak sukar untuk mencari warung ini tetapi anda tidak perlu risau kerana anda boleh Waze sahaja, pasti anda akan menemuinya. Jika anda berhasrat untuk datang ke sini, Warung Pak Atan dibuka setiap hari kecuali hari Khamis dan dibuka dari pukul 4 petang hingga 11 malam.

Alamat: Jalan Orked, Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor

LokasiUlasan Pelanggan | Phone: 077738176


Terima kasih kerana telah mengikuti senarai tempat makan best di Kluang ini. Semoga senarai restoran di atas dapat membantu anda mencari restoran yang sesuai dengan selera anda. Selamat Mencuba!

4.7/5 - (7 votes)
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Arianyati
Arianyati
1 year ago

Makanan di bawah kolong boleh tahan, harga pun ok, yang bes tu ayam goreng berempak, mesti cuba.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x