Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10+ Homestay di Kluang yg Best & Murah

Kluang merupakan salah satu daerah yang ada di Johor. Lokasinya pula terletak betul-betul di tengah Johor dan menyebabkan ia bersempadan dengan banyak daerah lain seperti Segamat, Batu Pahat, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi. Walaupun Kluang adalah daerah kecil yang ada di Johor tetapi ia masih boleh menawarkan pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan tempat makan best. Sangat sesuai jika anda sedang mencari tempat untuk percutian pendek anda. Antara tempat menarik yang ada di Kluang ialah Kluang Street Art, Zenxin Organic Park, UK Farm Agro Resort, Cattle Queen Park dan banyak lagi. Jika anda berhasrat untuk menginap di Kluang, anda pasti memerlukan tempat penginapan. Jika anda sedang mencari tempat penginapan atau homestay yang menarik dan best di Kluang, anda boleh ikuti senarai di bawah.

10+ Homestay di Kluang yg Cantik, Cozy & Murah


1. Kluang Swimming Pool Homestay

KLUANG SWIMMING POOL HOMESTAY

Kluang Swimming Pool Homestay adalah sebuah banglo 2 tingkat yang sangat cantik dan moden. Banglo yang boleh memuatkan 16 orang dalam satu masa ini memang sesuai untuk mereka yang ingin berkumpul bersama keluarga. Banglo ini mempunyai 4 bilik tidur dan 5 bilik air kesemuanya. Bilik tidur pertama mempunyai 1 katil king, bilik tidur kedua mempunyai 2 katil king, bilik tidur ketiga mempunyai 3 katil queen dan bilik tidur terakhir mempunyai 1 katil queen. Pemilik homestay ini juga ada menyediakan 5 tilam single tambahan untuk mereka yang menginap disini.

Selain itu, setiap bilik tidur juga dilengkapi dengan air-cond, kipas siling dan bilik air persendirian yang mempunyai water heater. Antara kemudahan yang disediakan disini ialah air-cond, wifi, karaoke, mahjong, tv, peralatan BBQ dan banyak lagi. Tambahan pula, homestay ini juga mempunyai sebuah swimming pool yang luas dan besar. Memang sesuai untuk anda mandi-manda bersama keluarga beramai-ramai. Bersebelahan dengan swimming pool pula ada sebuah meja dan kerusi untuk anda bersantai dan memantau anak-anak mandi.

Bagi anda yang ingin memasak pula anda tidak perlu risau kerana dapurnya juga lengkap dengan peralatan dapur seperti peti ais, penapis air, periuk nasi, pemanas air dan banyak lagi. Disebabkan banglo ini agak besar, jadi memang sesuai untuk anda yang ingin mengadakan apa-apa majlis seperti majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan lain-lain. Anda juga tidak perlu risau dengan tempat parking kerana banglo ini boleh memuatkan sehingga 10 biji kereta di kawasan tempat parking mereka.

Alamat: 5, Jalan Berkat, Taman Emas, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Kluang Swimming Pool Homestay  


2. 73 Cozy Home

73 COZY HOME

73 Cozy Home adalah sebuah homestay yang berada di dalam kawasan yang berpagar dan dikawal oleh pengawal keselamatan. Selain itu, homestay ini juga mempunyai kamera litar tertutup di luar rumah. Pastinya keselamatan anda sekeluarga lebih terjamin. Rekaan dalaman homestay ini pula berkonsepkan Northern European. Memang sangat cantik dan kemas walaupun hiasannya simple. Homestay ini juga mempunyai 4 bilik tidur dan semua bilik tidur dilengkapi dengan 1 katil queen yang selesa dan aircond. Bilik airnya pula lengkap dengan water heater dan pengering rambut.

Ruang tamunya pula dilengkapi dengan sofa, tv dengan saluran Netflix, aircond, dan wifi. Jika anda berhasrat untuk memasak di homestay ini dan risau jika tiada peralatan, anda jangan risau kerana homestay ini lengkap dengan segala peralatan dapur. Contohnya, peti ais, microwave, penapis air, kettle, pembakar roti, dapur elektrik dan lain-lain. Ada juga disediakan meja makan, jadi anda boleh makan bersama keluarga disini. Selain itu, homestay ini juga ada menyediakan sebuah mesin basuh jika anda ingin mencuci pakaian. Untuk pengetahuan anda, homestay ini hanya mengambil masa 15 minit perjalanan sahaja untuk ke Pusat Bandar Kluang dan Kluang Railway Station dan 20 minit untuk ke UK Farm dan Gunung Lambak. Jadi, jika anda ingin ke tempat-tempat ini, anda disarankan untuk menginap di 73 Cozy Home.

Alamat: 73, Jalan Tasik Indah 6/9, Taman Tasik Indah, 86000, Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp 73 Cozy Home  


3. 75 Cozy Home

75 COZY HOME

75 Cozy Home adalah homestay yang bersebelahan dengan 73 Cozy Home. Konsep dekorasi dalamannya yang ingin diketengahkan juga sama iaitu Northern European. Walaupun hiasan dalamannya simple tetapi masih lengkap dengan segala perabot seperti berada di rumah sendiri. Rumah ini juga berada di dalam kawasan berpagar yang dikawal oleh pengawal keselamatan. Jadi, anda tidak perlu risau dengan keselamatan keluarga anda. Tambahan pula, 75 Cozy Home mempunyai kamera litar tertutup di luar rumah. Selain itu, jika anda ingin ke UK Farm Agro Resort atau Gunung Lambak, anda disarankan untuk menginap disini kerana ianya mengambil masa hanya 20 minit sahaja untuk ke sana dan 15 minit untuk ke Kluang Railway Station.

Bercakap mengenai kemudahan yang disediakan di homestay ini pula, ruang tamunya dilengkapi dengan sofa, tv dengan saluran Netflix, wifi, dan aircond. Jadi, memang sangat selesa untuk bersantai bersama keluarga. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur yang lengkap dengan 1 katil queen yang selesa dan sebuah aircond. 2 bilik airnya pula lengkap dengan water heater. Dapurnya pula dilengkapi dengan peti ais, cerek elektrik, microwave dan lain-lain. Homestay ini juga ada menyediakan meja makan untuk memudahkan anda menjamu selera bersama keluarga. Selain itu, 75 Cozy Home juga menyediakan tempat parking kereta untuk mereka yang menginap disini. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat parking. 

Alamat: 75, Jalan Tasik Indah 6/9, Taman Tasik Indah, 86000, Kluang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


4. Euphoria Homestay

EUPHORIA HOMESTAY

Jika anda sedang mencari homestay yang lebih menyeronokkan seperti mempunyai banyak permainan, anda patut cuba menginap di Euphoria Homestay kerana homestay menyediakan pelbagai jenis permainan seperti table football, snooker, board games, congkak dan banyak lagi. Semua permainan yang disediakan ada di ruang tamu. Ruang tamunya pula lengkap dengan sofa, tv dan kipas siling. Bolehlah anda meluangkan masa bersama keluarga dengan bermain permainan yang disediakan. Euphoria Homestay mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 3 bilik tidurnya pula lengkap dengan 1 katil queen manakala 1 lagi bilik tidurnya lengkap dengan 2 katil single. Bilik airnya pula lengkap dengan shower.

Untuk anda yang ingin memasak, anda tidak perlu risau kerana dapurnya juga lengkap dengan segala peralatan dapur seperti dapur gas, perkakas memasak, microwave, peti sejuk, penapis air dan lain-lain. Homestay ini juga ada menyediakan mesin basuh dan pengering baju. Jadi, lebih mudah untuk anda jika ingin mencuci pakaian. Mengikut ruang dan katil yang disediakan, homestay ini boleh memuatkan sehingga 10 orang. Selain itu, Euphoria Homestay juga menyediakan tempat parking kereta peribadi untuk mereka yang menginap disini. Sebagai info tambahan, homestay ini terletak lebih kurang 7 km daripada Pusat Bandar Kluang.

Alamat: 330, Jln Seri Impian 6/17, Bandar Seri Impian, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Euphoria Homestay


5. YOYO Homestay Kluang

YOYO HOMESTAY KLUANG

Moden dan minimalis. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan dekorasi di YOYO Homestay Kluang. Dekorasi yang santai, memang sangat sesuai untuk menginap bersama keluarga. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur yang selesa dan setiap bilik tidurnya dilengkapi dengan penyaman udara. 3 daripada 4 bilik tidurnya dilengkapi dengan 1 katil queen manakala 1 daripada 4 bilik tidurnya dilengkapi dengan 2 katil single. Bilik airnya pula ada 2 dan dilengkapi dengan pemanas air, pengering rambut, peralatan mandi dan tuala. Ruang tamunya pula dilengkapi dengan sofa, tv, aircond dan kipas siling. Bolehlah anda bersantai dan melepak bersama keluarga disini.

Antara kemudahan lain yang disediakan di homestay ini ialah wifi, seterika, dan mesin basuh. Untuk anda yang ingin memasak di homestay ini, anda tidak perlu risau kerana dapurnya sudah lengkap dengan segala perkakas asas untuk memasak. Contohnya seperti peti ais, dapur memasak, penapis air, cerek elektrik dan pinggan mangkuk. Selain itu, homestay ini juga menyediakan tempat parking kereta di hadapan rumah untuk 2 buah kereta. Jadi, anda tidak perlu risau untuk parking dimana. Homestay yang boleh memuatkan 8-10 orang dalam satu masa ini menawarkan harga serendah RM 320 untuk satu malam. Memang sangat berbaloi dengan segala kemudahan yang telah disediakan. 

Alamat: 12a, Jalan Seri Suria, Taman Seri Suria, 86000 Kluang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


6. Homestay Cemara

HOMESTAY CEMARA

Homestay Cemara juga adalah salah satu homestay 2 tingkat yang ada di Kluang, Johor. Apa yang menariknya, homestay ini ada menyediakan satu ruangan khas untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lengkap dengan meja makan dan kerusi, sofa, tv, peti ais, dan penapis air. Ruangan khas ini cukup luas dan selesa untuk bersantai dan berkumpul bersama keluarga. Ruang tamunya juga lengkap dengan sofa, kipas siling, tv dan juga aircond. Peralatan di dapurnya pula serba lengkap dengan segala perkakas dapur jika anda ingin memasak.

Antara kemudahan yang disediakan di dapur ialah dapur memasak, peti ais, cerek elektrik, pinggan mangkuk, periuk dan lain-lain. Bilangan bilik tidur yang ada disini pula adalah 4 dan bilangan bilik air adalah 3. 1 daripada 4 bilik tidurnya mempunyai 2 katil queen manakala 3 lagi bilik tidur mempunyai 1 katil queen. Bilik airnya pula lengkap dengan pengering rambut dan barang mandian. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah tempat parking kereta, wifi, tempat penyangkut baju, meja makan, seterika dan lain-lain. Homestay Cemara juga boleh mempunyai kapasiti 10 orang untuk mereka yang menginap disini. Sebagai info tambahan, perjalanan daripada homestay ini untuk ke Bandar Kluang mengambil masa lebih lebih kurang 10 minit sahaja.

Alamat: 13, Jalan 1/5a, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


7. Chempaka Guest House

CHEMPAKA GUEST HOUSE

NH Homestay Kluang mempunyai 2 jenis homestay di Kluang iaitu Chempaka Guest House dan Mawar Kluang Homestay. Chempaka Guest House lebih kecil berbanding Mawar Kluang Homestay. Homestay ini boleh memuatkan 6-8 orang. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Setiap bilik tidur pula dilengkapi dengan 1 katil queen yang selesa. 2 daripada bilik tidurnya pula mempunyai 1 aircond manakala 1 lagi bilik mempunyai kipas. Jadi, memang sangat selesa untuk menginap disini bersama keluarga kecil anda. Ruang tamunya pula dilengkapi dengan tv, sofa dan penyaman udara. Jadi, bolehlah kita bersantai bersama keluarga sambil menonton televisyen.

Walaupun homestay ini bersaiz sederhana, tetapi dapurnya serba lengkap dengan segala peralatan untuk memasak, jadi anda tidak perlu risau jika ingin memasak di homestay ini. Antara peralatan dapur yang disediakan ialah peti ais, blender, periuk nasi, kettle, pembakar roti, dapur gas, penapis air Coway, dan banyak lagi. Chempaka Guest House juga ada menyediakan sebuah mesin basuh untuk mereka yang menginap disini. Harga yang ditawarkan pula hanya serendah RM 200 sahaja untuk 2 hari 1 malam. Memang sangat berbaloi untuk menginap disini dengan segala kelengkapan yang telah disediakan. 

Alamat: 563, Jalan Sri Impian 6/24, Taman Sri Impian, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook

Whatsapp Chempaka


8. Mawar Kluang Homestay

MAWAR GUEST HOUSE

Mawar Kluang Homestay adalah homestay jenis kedua di bawah NH Homestay. Rekaan dalaman homestay yang simple dan moden ini memang sesuai untuk diinap bersama keluarga. Mawar Homestay Kluang adalah sebuah homestay 2 tingkat yang baru di Kluang, Johor. Jika anda bercuti di Kluang, anda boleh memilih untuk menginap disini kerana homestay ini boleh memuatkan 10-12 orang. Selain daripada mempunyai tempat parking, antara kemudahan lain yang disediakan di homestay ini ialah ruang tamu dengan tv, wifi, sofa dan aircond, meja makan di ruangan makan, seterika, papan seterika dan mesin basuh.

Homestay ini juga mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Bilik pertama dilengkapi dengan 1 katil king. 2 bilik tidur pula dilengkapi dengan 1 katil queen  dan 1 katil single manakala 1 lagi bilik tidur dilengkapi dengan 1 katil queen. Selain itu, dapurnya juga serba lengkap dengan segala peralatan untuk memasak seperti dapur gas, pengisar, peti ais, periuk nasi, cerek elektrik, pembakar roti, penapis air dan banyak lagi. Dengan harga serendah RM 350 untuk 2 hari 1 malam, memang sangat berbaloi dengan segala kemudahan yang disediakan. Tambahan pula, homestay ini juga ada menyediakan perkhidmatan penyewaan kereta, jadi jika anda memerlukan kereta sewa, anda boleh sewa daripada homestay ini.

Alamat: 126, Jalan Sri Impian 7/6, Taman Sri Impian, 86000 Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Phone: 0104078283

Whatsapp Mawar


9. Homestay Falisha

HOMESTAY FALISHA

Homestay Falisha adalah salah satu homestay yang ada di Kluang, Johor. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang boleh memuatkan sehingga 10 orang. Bilik tidur pertama mempunyai 1 katil queen, bilik tidur kedua mempunyai 2 katil single manakala bilik tidur ketiga mempunyai 1 katil single. Antara kemudahan yang disediakan disini ialah ruang tamu dengan android tv dengan saluran Netflix, wifi, sofa, meja makan 6 kerusi, sejadah, telekung, pelbagai board game seperti puzzle, pirates dan lain-lain.

Kepada anda yang memasak juga, anda tidak perlu risau kerana dapur homestay ini lengkap dengan segala peralatan dapur. Contohnya seperti periuk nasi, cerek elektrik, pengisar, peti sejuk dan dapur gas. Jika anda ingin membeli barangan dapur atau barang keperluan juga anda tidak perlu risau kerana homestay ini berdekatan dengan kedai runcit, 99Speedmart, Econsave, Aeon Big, DIY dan lain-lain. Selain itu, Homestay Falisha juga berdekatan dengan KFC, Pizzahut, Eco, 7 eleven dan banyak lagi.

Alamat: No.390, Jalan Sri Impian 3/10, Taman Seri Impian, 86000, Kluang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-794 8898

Whatsapp Falisha


10. SetiaStayz Homestay

SETIASTAYZ KLUANG

Jika anda sedang mencari homestay moden yang sederhana besar untuk keluarga anda, anda patut memilih SetiaStayz Kluang kerana homestay ini adalah rumah baru yang boleh memuatkan 8 orang dalam satu masa. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik tidur utama dilengkapi dengan 1 katil queen, wardrobe, aircond, kipas siling dan bilik air. Bilik tidur kedua pula dilengkapi dengan 2 katil queen, aircond dan kipas siling manakala bilik tidur ketiga pula dilengkapi dengan 1 katil queen, aircond dan kipas siling.

Memang sangat selesa jika anda ingin menginap bersama keluarga disini. Bilik airnya pula dilengkapi dengan sabun mandi, shampoo dan pemanas air. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah wifi, tv dengan saluran Astro NJOI, seterika, papan seterika, mesin basuh dan kamera litar tertutup di luar rumah. Selain itu, dapurnya juga lengkap dengan segala kemudahan seperti peti sejuk, induction cooker, periuk nasi, Coway, microwave dan perkakas memasak. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda ingin memasak disini.

Alamat: No.390, Jalan Sri Impian 3/10, Taman Seri Impian, 86000, Kluang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


11. D’Corner Homestay Kluang Perdana

D'CORNER HOMESTAY KLUANG PERDANA

D’Corner Homestay Kluang Perdana juga adalah salah sebuah homestay 2 tingkat yang ada di Kluang. Rumah ini memang amat sesuai untuk anda yang sedang mencari homestay yang selesa untuk keluarga. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Setiap bilik tidurnya pula dilengkapi dengan 1 katil queen yang selesa dan aircond. Selain itu, antara kemudahan yang disediakan disini ialah tv, aircond dan sofa di ruang tamu, wardrobe di bilik tidur utama, seterika, mesin basuh dan banyak lagi.

Antara kemudahan yang ada di dapur pula ialah peti sejuk, penapis air Cuckoo, periuk nasi, water heater, dan segala kelengkapan untuk memasak. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda berhasrat untuk memasak di homestay ini. Homestay ini juga menyediakan sebuah meja makan di ruangan makan, jadi bolehlah anda makan bersama keluarga disini. Selain itu, homestay ini juga menyediakan tempat parking untuk mereka yang menginap disini dan ruangan parking ini boleh memuatkan 2 kereta. Tambahan pula, homestay ini mempunyai halaman rumah yang luas, jadi bolehlah jika anda ingin melakukan apa-apa aktiviti bersama keluarga di situ.

Alamat: 33, Jalan Kluang Perdana 12, Taman Kluang Perdana, 86000 Kluang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


Berikutlah beberapa senarai homestay yang best dengan rating yang tinggi daripada pelanggan. Terdapat beberapa jenis homestay daripada yang setingkat hinggalah 2 tingkat. Anda boleh memilih homestay yang  sesuai dengan bajet dan menarik perhatian anda. Semestinya harga-harga setiap homestay di atas sangatlah berpatutan. Semoga senarai homestay ini dapat membantu anda mencari tempat penginapan yang best di Kluang. Selamat bercuti!


5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kluang Container Hotel – Best untuk Family Day

Kluang Container Hotel adalah sebuah tempat penginapan kontena dengan pemandangan taman yang pertama di Kluang, Johor. Binaan bilik hotelnya adalah daripada 2 kontena yang...

10+ Tempat Makan Best di Kluang

Kluang adalah salah sebuah daerah yang ada di Johor. Daerah Kluang bersempadan dengan Segamat di utara, Batu Pahat di barat dan Mersing di timur....

Top 10 Tempat Menarik di Kluang yg Patut Dikunjungi

Kluang adalah salah sebuah daerah yang ada di Johor. Daerah Kluang bersempadan dengan Segamat di utara, Batu Pahat di barat dan Mersing di timur....

Top 10 Kereta Sewa Johor Bharu & Kluang yg Terbaik

Adakah anda sedang bercuti di negeri Johor? Perlukan kenderaan dengan segera untuk mengunjungi tempat menarik di Johor atau anda ingin menuju ke tempat makan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x