Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Homestay di Kulai yang Pasti Membuatkan Anda Tertawan!

Salah satu terapi bagi mereka yang telah penat berhempas pulas menghabiskan segala masa dan tenaga di tempat kerja adalah dengan percutian. Tambahan pula, ianya akan jadi lebih menyeronokkan jika bercuti beramai-ramai dan mengadakan aktiviti bersama keluarga. 

Jika pergi bercuti, perkara pertama yang terlintas di fikiran pastinya tempat penginapan, bukan? Bagi mereka yang berkeluarga besar, homestay merupakan pilihan yang terbaik. Hal ini kerana homestay memiliki keluasan kawasan yang sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan aktiviti bersama keluarga. 

Namun, anda pastinya runsing untuk memilih homestay yang tepat kerana banyak aspek yang perlu diambil kira. Oleh itu, jom lihat enam homestay di Kulai yang pasti membuatkan anda tertawan!

6 Homestay Terbaik di Kulai


1. Rainforest Tree House, Kampung Sri Gunung Pulai

Rainforest Tree House, Kampung Sri Gunung Pulai

Mendengar sahaja pada namanya, sudah pasti anda sudah dapat membayangkan konsep yang ditawarkan oleh homestay ini. Bagi pencinta alam sekitar, anda pastinya akan jatuh hati pada homestay ini kerana ianya sangat menepati citarasa anda. 

Homestay ini memberikan anda pengalaman yang unik dan menarik, dan sekaligus dapat menikmati keindahan alam semulajadi. Walaupun terletak di kawasan pedalaman dan dikelilingi hutan, homestay ini memiliki kafe mereka tersendiri dan anda seharusnya mencuba hidangan yang disajikan di situ. 

Majoriti pengunjung yang telah datang menginap di sini memberikan respons yang terbaik dan sangat berpuas hati terhadap servis yang diberikan. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang unik, datang dan menginap di sini, pastinya anda tidak akan menyesal!

Alamat: 25, Jalan Air Terjun, Kampung Sri Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Rainforest Tree House


2. D’Putra Suites Serviced & Homestay, Bandar Putra Kulai

D’Putra Suites Serviced & Homestay, Bandar Putra Kulai

Homestay seterusnya adalah  D’Putra Suites Serviced & Homestay yang terletak di Bandar Putra Kulai. Tempat penginapan ini berbentuk sebuah apartment yang pastinya memberikan anda keselesaan yang berganda.

Homestay ini juga sering menjadi pilihan utama kerana lokasinya yang strategik. Bagi mereka yang memilih percutian melibatkan penerbangan dan ingin mencari tempat penginapan sementara, homestay ini adalah pilihan yang tepat buat anda. Hal ini kerana lokasinya yang berhampiran Lapangan Terbang Senai. 

Ia juga berhampiran dengan pusat membeli-belah. Jadi, selain menghabiskan masa bersama keluarga, anda juga turut dapat bersiar-siar di kawasan sekitar. Jika anda berminat, klik sahaja nombor di bawah dan buatlah tempahan anda sekarang!

Alamat: Lot PTD 99023, Zon 3A-(2), Parcel 2, Mukim, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-3161419

WhatsApp D’Putra Suites Homestay


3. E-Home Kulai, Taman Tropika

E-Home Kulai, Taman Tropika

Walaupun namanya seperti kebanyakan homestay biasa, namun anda jangan pandang sebelah mata. Homestay ini boleh dikatakan agak canggih dan maju serta mempunyai kawalan keselamatan selama 24 jam. 

Jadi, anda tidak perlu risau akan keselamatan anda kerana pastinya anda akan dijaga! Ianya juga sering menjadi pilihan utama kerana pemiliknya yang ramah dan memberi layanan yang sangat baik. 

Homestay ini menyediakan pelbagai jenis kelengkapan dan keperluan termasuklah pemanas air, pendingin hawa dan banyak lagi. Jika anda memerlukan sebarang keperluan lain, anda boleh sahaja memintanya kepada pemilik homestay ini. Yang menarik dan paling penting, anda tidak akan dikenakan sebarang cas tambahan!

Alamat: 336, 10, Jalan Tropika 10, Taman Tropika, 81000 Kulai, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp E-Home Kulai


4. House of My Eternal Love, Taman Sri Kulai Baru

House of My Eternal Love, Taman Sri Kulai Baru

Homestay Kulai pilihan kami seterusnya adalah sebuah yang mempunyai nama yang unik, House of My Eternal Love. Menurut owner homestay ini, nama yang diberikan adalah sebegitu kerana ia boleh disingkatkan kepada “H.O.M.E.❤”. Sweet dan kreatif, bukan?

Homestay ini merupakan pilihan terbaik jika anda merancang untuk melewati beberapa tempat yang menarik di sekitar kawasan Kulai. Ini kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran beberapa tempat menarik menjadikannya sering dipilih, terutama ketika musim cuti sekolah. 

Tambahan pula, tempat penginapan ini menawarkan konsep hiasan semula jadi. Jadi, homestay ini adalah pilihan yang tepat bagi anda yang mencari tempat penginapan yang tenang dan selesa!

Walaupun servis serta dan layanannya yang eksklusif tampak mahal dan mewah, namun jangan terkejut kerana harganya hanya bermula dari RM89.00 untuk satu malam. Berbaloi bukan? 

Ia dihiasi dengan hiasan yang pastinya menarik minat ramai pengunjung, khususnya kaum wanita. Buat mereka yang gemar untuk swafoto, homestay ini mempunyai banyak ‘spot’ menarik untuk anda bergambar. 

Istimewanya di sini, mereka menyediakan anda bilik yang selesa dan pastinya suasana sekeliling yang menenangkan. Jika anda merancang untuk bercuti di Kulai, kami sarankan anda untuk cuba menginap di sini dan rasailah pengalaman anda sendiri. Kami pasti anda akan berpuas hati!

Alamat: 16, Jalan Susur Kulai 1, Taman Sri Kulai Baru, 81000 Kulai, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-663 9188


5. Long Sheng Homestay Villa, Taman Kulai Indah

Long Sheng Homestay Villa, Taman Kulai Indah

Jika anda mencari tempat penginapan yang selesa dengan bajet yang rendah, anda boleh cuba untuk menginap di Long Sheng Homestay Villa. Terletak di Taman Kulai Indah, homestay ini berbentuk sebuah villa dan mempunyai beberapa bilik sesuai untuk anda yang bercuti bersama keluarga dan mempunyai anak-anak. 

Walaupun homestay ini kurang mendapat respons di laman Google, namun servis dan layanan yang diberikan cukup baik dan pastinya dapat memudahkan urusan anda. Ayuh, jangan berlengah lagi, klik saja nombor di bawah dan tempahlah sekarang!

Alamat: 37, Jalan Indah Utama, Taman Kulai Indah, 81000 Kulai, Johor

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Long Sheng Homestay


6. Kulai Indah Homestay, Bandar Indahpura 

Kulai Indah Homestay, Bandar Indahpura 

Kulai Indah Homestay menawarkan anda homestay yang sangat selesa untuk penginapan anda sekeluarga. Jika anda bercuti bersama keluarga yang tidak terlalu besar, pastinya homestay ini akan menjadi pilihan yang terbaik untuk anda! 

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa, pemanas air, televisyen serta kawasan yang cukup luas, kami pasti anda tidak akan berpaling lagi. Anda juga tidak perlu risau jika anda bercuti dengan kereta, kerana homestay ini menyediakan tempat parkir khas untuk kenderaan anda!

Selain itu, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Jadi, jika anda sedang dalam mod berjimat tetapi inginkan tempat penginapan yang selesa, maka Kulai Indah Homestay adalah pilihan yang tepat! 

Alamat: 7225, Jalan Sena 35/12, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Semak Harga | Lokasi | Blog | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kulai Indah Homestay


Buat anda yang bakal bercuti di sekitar kawasan Kulai, kami harap anda telah merancang percutian anda sebaiknya dan telah memilih tempat penginapan yang sesuai. Dengan adanya senarai homestay di Kulai ini, kami harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang tepat. Semoga bermanfaat!

Homestay tersenarai tidak menepati citarasa anda? Tidak mengapa, anda boleh mencari alternatif lain dengan membaca artikel kami tentang 13 Homestay Di Johor Bahru – Macam Resort.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x