Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 15 Homestay Bak ‘Hotel’ di Muar

Muar, sebuah daerah di Johor yang penuh dengan tempat menarik sudah semestinya sering dikaitkan dengan pelbagai jenis masakan, tempat-tempat popular dan juga penduduknya yang ramah. Ramai yang berkunjung ke Muar semata-mata mahu merasa Mee Bandung Muar yang asli, ataupun asam pedas yang pekat-likat. Disebabkan urusan lain seperti perlu menghantar anak ke sekolah-sekolah di sekeliling daerah ini seperti SM Sains Muar, sebuah tempat penginapan yang selesa perlu ditempah oleh mereka yang datang jauh dari negeri lain. Kebanyakkan tempat penginapan, terutamanya homestay yang berada di Muar memastikan lokasi mereka berada berhampiran dengan tempat-tempat yang sering kali dituju oleh warga lokal dan juga pelancong.

Untuk anda yang mencari homestay ideal sekitar Muar, kami telahpun menyediakan senarai 15 homestay yang bukan sahaja best, malah sangat berbaloi untuk digunakan sebagai tempat menginap sementara. Cepat-cepat baca senarai kami dan buatlah pilihan yang paling digemari anda sekeluarga.

15 Penginapan Berbaloi Menginap di Muar


1. Homestay Warni Villa 13

Terletak di Sungai Abong, Homestay Warni Villa 13 ialah sebuah rumah jenis banglo dengan 6 buah bilik tidur. Terdapat dua bilik air di dalam homestay, dan dalam satu masa, banglo ini dapat memuatkan tetamu seramai 18 orang. Sekiranya tetamu inginkan tilam lebih kerana jumlah penginap yang ramai, host bukan sahaja menyediakan tilam lebih, malah ada juga katil ekstra untuk digunakan. Tidak perlu risau untuk mencari homestay yang boleh digunakan sewaktu sambutan, kerana disini juga disediakan servis menghias dengan meja dan kerusi, dan juga khemah yang lengkap.

Sepanjang anda menginap di Homestay Warni Villa 13, anda boleh menggunakan kelengkapan karaoke dan juga barbeku yang disediakan khas. Host juga akan membersihkan homestay pada tiap hari untuk keselesaan tetamu. Wi-fi yang dapat diakses dikatakan memberikan capaian yang terpantas di kawasan ini.

Alamat: 13, Jalan Jelawat 5, Taman Sungai Abong, 84000 Muar

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-365 4433


2. Homestay 1060th Guest House Muar

Ingin membawa anak-anak anda bersama ketika bercuti atau atas urusan kerja di Muar? Anak-anak anda pasti akan berasa seronok sepanjang berada di Homestay 1060th kerana adanya permainan papan dan ‘puzzle’ yang disediakan oleh pihak host untuk tetamunya. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga kawasan bermain di dalam rumah yang pasti mengukir senyuman di muka anak-anak kecil. Homestay ini amatlah mengambil berat tentang semua orang, termasuklah golongan kurang upaya (OKU) atau warga emas di mana terdapatnya kelengkapan yang memudahkan urusan mereka di dalam rumah. Tempat meletakkan kereta yang khas juga disediakan secara percuma untuk semua tetamu.

Dengan 6 buah bilik tidur serta katil bersaiz king dalam semuanya dan 3 buah bilik air, semestinya pengalaman tetamu akan penuh dengan keselesaan. Menariknya, 9 minit daripada homestay, anda boleh ke Taman Dinosaur dan hanya 1.8 kilometer, terdapatnya 7Eleven.

Alamat: 305, Jalan Utama 21, Taman Temiang Utama, 84000 Muar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-922 1060

Whatsapp Homestay 1060th Guest House Muar


3. Tanjung Villa

Tanjung Villa sudah pastinya perlu menjadi pilihan mereka yang ingin menetap sebentar di Muar untuk sambutan ataupun majlis keramaian. Ini kerana pihak host sendiri mengalu-alukan tetamunya untuk menggunakan kawasan homestay sebagai tempat penganjuran sambutan hari kelahiran ataupun majlis pernikahan. Selain itu, buat mereka yang perlu mengadakan urusan kerja tetapi bergaya santai, bolehlah anda dan rakan sekerja menggunakan bilik mesyuarat di dalam villa ini. Jangan risau jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengenakan baju yang bersih dan kemas, kerana host menyediakan khidmat mencuci dan menggosok pakaian.

Kolam renang yang disediakan adalah luas dan puas untuk digunakan seiisi keluarga. Untuk bilik tidur pula, di sini terdapat sebanyak 7 bilik yang boleh digunakan. Selain itu, villa ini hanya berjarak 1 kilometer untuk ke Muar Cultural Walk. Boleh anda berjalan-jalan di sini nanti.

Alamat: 222, Jalan Meriam, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-679 4789

Whatsapp Tanjung Villa


4. MUO Villa

MUO Villa merupakan homestay yang dilengkapi 9 bilik yang amat luas dan 1 bilik air dalam setiap satu, dikatakan boleh memuatkan 30 orang tetamu dalam rumah. Tetamu yang menginap di homestay ini akan mendapat layanan seperti di hotel, sebagai contoh diberikan akses ke kaunter hadapan untuk pertanyaan, dan juga mendapat air botol secara percuma. Servis mencuci rumah secara harian juga ditawarkan, di mana tetamu akan sentiasa berada dalam rumah yang bersih dan selesa. Tempat membeli-belah yang boleh dijumpai berdekatan ialah Uptown Maharani.

Dengan adanya bilik karaoke peribadi dan juga kolam renang, semestinya anda akan berasa seronok berada di MUO Villa. Termasuk juga kawasan barbeku yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Tetamu yang menyukai alam semulajadi boleh melawat Taman Rekreasi Tanjung Emas yang hanya 9 minit jauhnya.

Alamat: 233, 2, Jalan Meriam, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-952 0000


5. Dameer Homestay Muar

Tetamu muslim merupakan sasaran host Dameer Homestay Muar oleh kerana penyediaan di dalam rumah yang serba lengkap dengan peralatan beribadah. Dalam 3 bilik di homestay ini, terdapat kelengkapan sembahyang untuk orang Islam, maka tidak perlu anda risau untuk mengerjakan solat setiap waktu. Bagi memberikan gambaran betapa luasnya kawasan parkir kereta di Dameer Homestay, ia dapat memuatkan 4 biji kereta dalam satu laman. 2 buah bilik air di dalam rumah mempunyai tab mandinya yang tersendiri dan juga pancuran mandian. Buat keselesaan tetamu yang maksima, tiap-tiap biliknya dilengkapi tirai gelap di mana cahaya matahari tidak akan menyilaukan mata.

Dalam satu masa, homestay ini boleh memuatkan tetamu seramai 25 orang, jadi bolehlah anda mengajak ahli keluarga besar atau rakan-rakan untuk menginap bersama. Perjalanan akan mengambil masa 10 minit ke pusat bandar Muar, dan 3 minit untuk ke stesen minyak BHP sebagai kemudahan terdekat untuk persediaan anda pulang.

Alamat: 25, Jalan Kesang Idaman, Taman Kesang Idaman, 84000 Muar

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-774 1713

Whatsapp Dameer Homestay Muar


6. Homestay Sri Zahrani

Homestay Sri Zahrani membenarkan tetamu dalam semua peringkat umur, termasuklah kanak-kanak. Dalam keenam-kenam bilik dengan bilik air yang ditawarkan untuk tetamu pilih, anda boleh memilih sama ada mahukan bilik jenis ‘quadruple’, ‘double’, ataupun bilik untuk keluarga. Selain sebagai tempat penginapan, host di homestay ini turut membuat servis menyewakan basikal dan kereta sebagai mod kenderaan yang boleh dibawa tetamu untuk bersiar-siar sekitar di kawasan berhampiran Homestay Sri Zahrani. Lebih menarik lagi, di sini terdapat kerusi urut yang boleh digunakan dan juga air botol yang diberikan secara percuma.

Sejauh 5 kilometer daripada homestay, anda boleh pergi melihat mural-mural yang terkenal di Muar dan juga menikmati masakan di Ikhwan Delights dengan hidangan pelbagai, seperti Mee Bandung dan Nasi Arab.

Alamat: 443 Parit perupuk, Jalan Abdul Rahman, Kampung Baharu, 84000 Muar

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-640 3127


7. Che Abe Homestay

Sungai Muar merupakan sungai yang berada berdekatan dengan Che Abe Homestay, di mana tetamu digalakkan untuk pergi cuba memancing di sungai tersebut. Untuk mereka yang perlu menginap di Muar bersama jumlah keluarga atau kenalan yang ramai, tidak perlulah risau kerana tempat meletakkan kereta di homestay ini sangat luas. Perabot yang diletakkan di luar rumah boleh dijadikan tempat bersembang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sambil bersosial, tetamu dialu-alukan untuk menggunakan peralatan barbeku untuk menikmati masakan secara panas-panas. Tidak sempat untuk pergi bersarapan? Host di Che Abe Homestay turut menyediakan sarapan pagi untuk tetamunya.

Di dalam homestay, terdapat 3 bilik tidur dengan 4 buah katil kesemuanya, dan juga 2 buah bilik air. Toto yang lebih akan diberikan atas permintaan sekiranya katil tidak mencukupi. Dengan adanya kedai runcit 2 minit daripada homestay dan restoran King of Grill sejauh 5 minit, semestinya lokasinya serba memudahkan.

Alamat: 16, Jln Raja 11, Kampung Bukit Treh, 84000 Muar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-6002178

Whatsapp Che Abe Homestay


8. Homestay Dafirah

Homestay Dafirah mempunyai 3 buah bilik tidur yang berpendingin hawa beserta 3 bilik air. Menurut penilaian daripada tetamu mereka yang terdahulu, homestay ini sangat bersih, berdekatan dengan pekan di Muar dan juga proses daftar masuk dilakukan dengan mudah sekali. Bukan itu sahaja, kelengkapan yang serba ada di dalam homestay sebagai contoh ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan makanan, Wi-fi percuma dan pengering rambut akan membuatkan tetamu berasa seperti tinggal di rumah sendiri. Untuk ke pusat bandar Muar, jaraknya hanyalah 1.8 kilometer. Dalam 1 minit, anda boleh menjumpai Warung Buluh Inn untuk menikmati sate dan juga Restoran Murtabak Salman. Klinik juga ada sekiranya berlaku kecemasan.

Jika anda membawa bayi bersama, di sini tersedia kerusi tinggi untuk bayi gunakan ketika makan. Sebagai kemudahan lagi, Homestay Dafirah menyediakan kelengkapan untuk tetamu berbabeku.

Alamat: No. 18, Jalan Perupok 2, Parit, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-330 3332


9. Trata’ Leka

Terdapat berbagai pilihan rumah dengan reka bentuk menarik yang boleh ditempah oleh tetamu di Trata’ Leka ini. Tratak Along mempunyai 3 buah katil dimana 1 katilnya bersaiz queen dan dua lagi bersaiz single. Tratak Angah pula memuatkan 4 ke 9 orang dalam satu masa dengan 3 buah katil juga. Teratak ketiga, Tratak Acik mempunyai 4 buah katil dan boleh menempatkan 5 ke 7 orang tetamu. Buat tetamu yang ingin merasi pengalaman bermalam di dalam rumah pokok, bolehlah menempah Tratak Anjang untuk dua orang dengan tilam tanpa katil. Walaupun dengan konsep rumah kayu, namun homestay ini mempunyai kolam renang yang luas. Semua rumah di Trata’ Leka mempunyai 1 bilik air.

Host akan menyediakan sarapan yang lazat untuk anda, dan capaian internet pantas akan diberikan kepada anda secara percuma. Sebagai juadah tengah hari atau makan malam, anda boleh berjalan 1 minit ke restoran Asam Pedas Pakcik Daud atau Pak Yahya Asam Pedas.

Alamat: Lot 3554, Kampung Nelayan, Benteng Pantai Leka, 84150 Parit Jawa, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-369 9545


10. Popchuco Art Gallery Homestay

Popchuco Art Gallery Homestay merupakan tempat penginapan yang berkonsepkan rumah tradisional 50-an dan mempunyai mural yang indah dipandang. 4 bilik tidur yang boleh dipilih oleh tetamu dinamakan sempena nama-nama permainan tradisional popular di Malaysia, contohnya Congkak. Daripada reka bentuk dan rupanya secara luaran, homestay ini kelihatan sangat mirip dengan rumah di perkampungan yang memberikan perasaan nostalgik. Semua tetamu akan mendapat akses untuk memangil servis bilik untuk pertolongan daripada host. Terdapat juga restoran yang berada di kawasan homestay, maka tidak perlu tetamu berjalan jauh semata-mata mencari makanan.

Homestay ini membenarkan tetamu membawa haiwan peliharaan, sekiranya anda berasa risau untuk meninggalkan mereka di rumah sendirian. Jika anda masih mahu mencari kedai makan yang berhampiran, 1 minit daripada homestay terdapat restoran Marrybrown, kedai nasi beriyani dan juga gerai menjual pau.

Alamat: 14, Jalan Othman, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-613 5359


11. Bakri Inn Homestay

Bakri Inn Homestay menyediakan dua buah bilik dengan dua bilik air untuk tetamu yang datang, dan kereta boleh diletakkan di kawasan parkir kereta yang berpagar. Dengan ini, tiada masalah jika anda berasa ragu-ragu dengan keselamatan sesebuah homestay itu. Kelengkapan mandian juga disediakan untuk tetamu secara percuma, memudahkan urusan sekiranya anda terlupa membawanya bersama. Untuk mereka yang perlu menyiapkan tugasan sepanjang menginap, anda boleh menggunakan meja yang disediakan khas untuk tujuan itu. Terdapat kawasan permainan untuk kanak-kanak di kawasan luar rumah dan juga perabot untuk tetamu bersosial. Sambil tetamu berada di luar rumah, bolehlah menggunakan gril barbeku yang ada dan melihat kebun sayur mini milik host.

Walaupun berada di kawasan luar homestay, tetamu masih mempunyai akses kepada Wi-fi yang percuma, jadi mudahlah untuk anda menggunakan media sosial dimana-mana. Kalau nak makan, Zin Satay House dan Secret Recipe berada hanya 1 kilometer jauh untuk tetamu pergi.

Alamat: Bakri Inn Homestay Lot 2047, 84000 Muar

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-759 5712


12. Aufa Homestay Muar

Di homestay ini, tetamu akan disapa dengan ruang tamu dan juga ruang dapur yang luas untuk keluarga yang ramai. Tambahan lagi, di hadapan rumah terdapat sebuah kolam renang peribadi yang sudah semestinya akan membuatkan anak-anak gembira. Sambil anak kecil bermandi-manda di kolam, ibu bapa boleh memantau daripada perabot yang disediakan di tepinya. Aufa Homestay mempunyai 4 buah bilik tidur dan 2 buah bilik mandi di mana seluruh ruangan rumah boleh memuatkan 10 orang tetamu satu-satu masa. Dalam setiap bilik, host sudah menyediakan sejadah beserta telekung untuk digunakan ketika sembahyang. Anda akan mengambil hanya 5 minit untuk ke pasaraya-pasaraya dan kedai runcit berdekatan.

Kelengkapan di dalam homestay termasuklah 5 buah katil bersaiz queen dan juga 2 buah TV, maka tidaklah tetamu berebut untuk melihat siaran TV berlainan. Tilam dan bantal ekstra turut disediakan jikalau yang sedia ada tidak mencukupi.

Alamat: Jalan Indah, Taman Parit Yusuf 2, 83600 Muar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-570 4423

Whatsapp Aufa Homestay Muar


13. Tropika Homestay Muar

Tropika Homestay mempunyai halaman depan rumah yang cukup luas untuk membenarkan kanak-kanak bermain di sekitarnya. Sama seperti berada di hotel, anda akan mendapat air mineral dan juga kelengkapan mandian yang percuma. Bukan itu sahaja, lantai di keliling homestay ini diperbuat daripada kayu keras atau parket yang semestinya berkualiti tinggi. 2 buah bilik tidur beserta 2 buah bilik air disediakan buat tetamu dan ruangan makan di luar rumah juga disediakan. Seni bina kayu yang bertemakan kampung di Tropika Homestay ini akan membuatkan anda rasa kesal untuk pulang ke bandar. Malah, homestay ini mempunyai balkoni dengan pemandangan taman yang indah.

Restoran-restoran makanan segara yang boleh dijumpai dengan jarak 5 kilometer ialah McDonald’s dan juga Texas Chicken. Jika anda perlu melakukan transaksi wang, pergi sahaja ke ATM Maybank atau CIMB yang juga berjarak 5 kilometer.

Alamat: Unnamed Road, Kampung Parit Keroma, 84000 Muar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-355 4223

Whatsapp Tropika Homestay Muar


14. Ziela Homestay Muar

Sekiranya anda perlu menginap di Muar atas urusan pekerjaan, persekolahan anak-anak ataupun urusan am yang lain, Ziela Homestay sangatlah ideal untuk tujuan tersebut. Sebabnya, homestay ini berhampiran dengan pusat bandar, Sekolah Menengah Sains Muar, Pejabat Tanah, dan juga Kolej Vokasional Muar. Walaupun tidak mempunyai kolam renang yang didirikan khas, mereka masih menyediakan kolam renang yang dipasang sendiri untuk anak-anak kecil. Setibanya di sini, anda akan terkejut melihat kawasan meletakkan kereta yang luas dan juga kawasan barbeku di homestay ini. Host menggalakkan tetamunya untuk berbasikal di kawasan berhampiran dan juga memancing di kawasan sungai.

Lokasi Ziela Homestay ialah berdekatan dengan kedai ABC dan cendol serta restoran Nasi Ganja yang menyelerakan. Homestay ini dilengkapi 2 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air yang mempunyai tab mandi.

Alamat: Jalan Parit Keroma Laut, Parit Keroma Laut, 84000 Muar

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-705 9726


15. NS Homestay Muar

Apa yang menarik di NS Homestay ini ialah kemudahan Unifi box, di mana tetamu boleh menonton pelbagai filem-filem menarik menerusi Netflix dan juga menggunakan mana-mana aplikasi tontonan seperti YouTube menerusi TV yang ada. Selain Unifi box, tetamu juga boleh menggunakan kolam renang peribadi yang sangat elegan rupa bentuknya. Terdapat pelindung matahari di atas kawasan kolam renang, maka bolehlah tetamu bermandi-manda dalam waktu panas terik tanpa perlu risau terkena sinaran matahari. Homestay ini mempunyai 3 buah bilik tidur dengan 5 buah katil queen dan juga 2 buah bilik air. Sebagai bekalan air yang sihat dan bersih, host menyediakan sistem penapisan air Cuckoo untuk dinikmati tetamu.

NS Homestay sesuai dijadikan tempat ahli keluarga atau kenalan berkumpul oleh kerana laman hadapannya yang luas dan perabot luar rumah yang disediakan. 5 minit perjalanan daripada homestay, tetamu akan menjumpai restoran Sarah Hanna Western Cafe, Satay Maharani, restoran Dhia Zahra dan banyak lagi.

Alamat: No 2, Jalan Sri Temenggong, Taman Sri Temenggong, 84000 Muar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-3256 0959

Whatsapp NS Homestay Muar


Untuk pengalaman yang bermakna, anda bolehlah datang ke Muar dan menginap di homestay-homestay yang menarik lagikan cantik di sini. Jika anda mahukan keseronokan juga, bolehlah pilih homestay yang mempunyai kolam renang. Sudah tentu kunjungan anda ke Muar akan melupakan kesibukan bekerja anda buat sementara.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Cafe Di Muar yg Best & Ramai Pengunjung

Muar ialah sebuah daerah dalam negeri Johor Darul Takzim. Mendapat gelaran sebagai sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja. Muar bukan sahaja terkenal dengan Mee Bandungnya...

Top 10 Tempat Menarik di Muar

Bandar Maharani Bandar Diraja merupakan Nama Rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor, Malaysia. Pengisytiharan rasmi Bandar Maharani Bandar Diraja disempurnakan oleh DYMM...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x