Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Tempat Menarik di Muar

Bandar Maharani Bandar Diraja merupakan Nama Rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor, Malaysia. Pengisytiharan rasmi Bandar Maharani Bandar Diraja disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 24 November 2012. Bandar Maharani ini dinamakan bersempena gelaran isteri kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultanah Fatimah Abdullah, iaitu Maharani. Bandar Maharani ini merupakan salah satu tarikan pelancong paling popular di Malaysia untuk dilawati dan diterokai daripada makanan, kopi hinggalah ke bangunan bersejarah sebelum perang. Muar juga merupakan kawasan bandar keempat terbesar selepas Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang di Johor.

Kalau anda sedang mencari tempat-tempat menarik di Muar, anda boleh lihat senarai di bawah. Pelbagai tempat menarik yang ada daripada tempat tarikan pelancong, tempat penginapan hinggalah kedai makan yang best-best pun ada.

Tempat melancong yg Best di Muar untuk seisi keluarga


1. Tanjung Emas Muar @ Taman Sri Tanjung

TANJUNG EMAS
Credit: Facebook Tourism Johor

Kalau dah sampai ke Muar, memang tak sah kalau tak singgah ke Tanjung Emas. Jika anda berkesempatan berada di Muar, anda patut singgah ke Tanjung Emas Muar kerana ianya adalah salah satu tempat rekreasi yang terkenal di Muar. Tanjung Emas Muar menjadi tempat tumpuan pelancong kerana ianya berada bersebelahan dengan Sungai Muar. Anda juga boleh menaiki cruise di Muar River Cruise berdekatan dengan Tanjung Emas ini dengan harga RM 20 sahaja . Selain itu, anda juga boleh melihat matahari terbenam di pantai berdekatan dengan Tanjung Emas.

Pastinya sangat cantik dan sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan. Taman rekreasi ini juga dilengkapi dengan lampu LED berwarna-warni yang sangat cantik terutamanya ketika waktu malam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah jogging, beriadah, bersiar-siar, berbasikal, bermain belon sabun, menyewa kereta kawalan, mengambil gambar dan banyak lagi. Sangat sesuai jika anda ingin meluangkan masa bersama keluarga disini. Tanjung Emas juga mempunyai kedai-kedai makan yang terkenal dengan menu-menu yang sedap seperti asam pedas, rojak petis dan mee bandung dan lain-lain. Selain itu, Tanjung Emas juga mempunyai tempat parking kereta yang luas dan boleh digunakan secara percuma untuk pengunjung yang datang.

Alamat: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


2. Muar Street Art @ Pekan Muar

MUAR STREET ART
Credit: Facebook Cik Sha; Facebook Dayana Nadirah

Selain di Tanjung Emas, Muar Street Art juga adalah satu tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Muar Street Art adalah lorong-lorong belakang yang dipenuhi dengan mural-mural yang dilukis oleh pelukis tempatan. Lorong-lorong belakang premis lebih bersih dan cantik dengan adanya mural-mural yang kreatif ini. Bukan hanya lukisan 2D malah lukisan 3D pun ada. Lorong-lorong belakang bukan sahaja dipenuhi dengan mural di dinding malah di jalan pun ada. Memang sangat kreatif.

Apa yang bestnya, anda juga boleh melihat mural-mural ini secara percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Muar Street Art memang sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar kerana memang banyak ‘OOTD’ spots disini. Anda juga digalakkan untuk membawa anak-anak disini kerana pelbagai jenis lukisan kartun pun ada seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Doraemon, Mickey Mouse dan lain-lain. Ada juga beberapa lukisan haiwan yang menarik seperti kuda, udang galah, ikan jerung, bangau, burung, kura-kura, kuda laut dan banyak lagi. Pastinya anak-anak akan suka melihat mural-mural disini. 

Alamat: 2, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


3. Tomisstan Cafe @ Parit Pechah

TOMISSTAN CAFE

Tomisstan Cafe, Muar, Johor ini memang sudah dikenali ramai kerana pernah viral di aplikasi Tiktok. Cafe ini menjadi tular kerana pemandangan yang unik dan makanan yang sedap. Apa yang uniknya tentang cafe ini adalah anda akan dapat melihat pemandangan matahari terbenam di tepi pantai yang sangat mempesonakan sambil menjamu selera makanan-makanan yang sedap. Pastinya pemandangan ini tidak akan dapat di tempat lain. Oleh sebab itulah, orang ramai berpusu-pusu untuk ke cafe ini walaupun jalan untuk ke sana agak sukar.  menjadi tular kerana keistimewaannya yang unik. Bukan pemandangan sahaja yang cantik malah cafe ini juga mempunyai dekorasi yang berkonsepkan estetik. Cafe ini memang sangat sesuai untuk mereka yang suka ‘hunting’ cafe-cafe yang estetik. Pelbagai jenis makanan yang disajikan disini daripada masakan melayu hinggalah masakan western pun ada.

Antara masakan melayu yang ada disini adalah nasi lemak, nasi ayam penyet, asam pedas dan banyak lagi. Antara masakan western yang ada disini termasuklah chicken chop, burger, pelbagai variasi pasta dan lain-lain. Ada juga pelbagai jenis side dishes seperti cheezy wedges, fries, chicken popcorn, mushroom soup dan lain-lain. Bukan sahaja makanan berat malah pelbagai jenis dessert seperti waffle, pelbagai jenis mille crepe, crunchy towel roll, fruit tart, muffin dan banyak lagi. Bagi anda yang tidak mahu lepaskan peluang untuk ke sini, Tomisstan Cafe dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Alamat: Lot 4933, Parit Pechah, Mukim, 84160 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


4. 1060th Guest House Muar @ Taman Temiang Utama

1060TH GUEST HOUSE

Anda sedang mencari tempat penginapan yang unik di Muar? 1060th Guest House adalah jawapannya. Nama tempatnya sahaja sudah unik apatah lagi tempat penginapan itu sendiri. 1060th Guest House adalah sebuah rumah homestay yang boleh memuatkan sehingga 24 orang dalam satu masa. Apa yang uniknya tentang guest house ini adalah mereka menyediakan bilik tambahan di dalam kawasan rumah dan ianya berbentuk silinder. Menarik, bukan? Di dalam setiap bilik silinder ini pula dilengkapi dengan katil dan aircond. Memang cukup selesa jika anda ingin tidur di sini.

Rumah homestaynya pula lengkap dengan 4 bilik tidur dan bilik air. Bilik tidur pertama, kedua dan ketiga mempunyai 1 katil queen manakala bilik tidur keempat mempunyai 2 katil queen. Guest House ini memang sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan family gathering. Anda juga boleh melakukan beberapa majlis lain seperti majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan lain-lain. Ruang tamunya pula lengkap dengan sofa, tv, air cond, wifi dan karaoke pun ada. Dapurnya pula dilengkapi dengan segala peralatan dapur dan perkakas memasak. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda ingin memasak disini. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah BBQ bersama keluarga, bermain board games dan lain-lain. 1060th Guest House juga mempunyai sebuah pondok di luar rumah. Jadi, bolehlah anda bersantai dan melepak bersama keluarga.

Alamat:  305, Jalan Utama 21, Taman Temiang Utama, 84000 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


5. rumacabuk @ Parit Sakai

RUMACABUK

Rumacabuk adalah salah sebuah cafe yang unik di Muar, Johor. Cafe ini telah diubah suai daripada rumah usang kepada cafe yang mempunyai dekorasi yang sangat cantik dan moden. Oleh sebab itulah, cafe ini dinamakan rumacabuk. Walaupun namanya rumacabuk, tetapi hiasan dalaman cafe ini sangat cantik, kemas dan estetik. Memang sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar. Selain daripada itu, cafe ini juga menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti nasi lemak, asam pedas, laksa, nasi beriani, chicken chop, pelbagai variasi pasta dan banyak lagi.

Kalau dah namanya cafe, tak lengkap kalau ada makanan berat saja. Rumacabuk juga menyajikan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut seperti kek. Antara jenis kek yang ada ialah Cloud 9 Choc Cake, Blueberry Cheesecake, Lotus Biscoff Cheesecake, Mango Cheesecake, Nutella Fudge Double Choc, Lime Solero Cake dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, cafe ini juga mempunyai barista yang akan menawarkan pelbagai jenis minuman kopi. Jadi, kepada anda yang suka minum kopi, anda boleh cuba singgah ke sini. Kepada mereka yang suka ‘cafe hunting’ juga patut masukkan cafe ini ke dalam list anda. Bagi anda yang berminat untuk datang ke sini, rumacabuk cafe dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan dibuka dari pukul 12 tengahari hingga 10 malam.

Alamat: 471, Jalan Abdul Rahman, Parit Sakai, 84000 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


6. Kedai Kopi 434 Muar (Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd) @ Taman Sri Emas

KEDAI KOPI 434

Kalau anda adalah salah seorang peminat kopi, anda patut datang ke Kedai Kopi 434 di Muar, Johor ini. Syarikat Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd telah diasaskan oleh Encik Kiar Han Sai pada tahun 1953. Kalau anda nak tahu, nama “Kopi 434” berasal dari tiga digit terakhir dalam nombor telefon rumah Encik Kiar pada tahun 60-an. Memang menarik dan nama kedai kopi ini masih kekal sehingga kini. Kedai Kopi 434 ini memang sudah dikenali oleh penduduk Muar kerana rasa kopinya yang authentic dan unik. Kopi yang digunakan ialah kopi Liberica atau Elephant Bean.

Yang menariknya, kopi-kopi ini ditanam dan dikilangkan sendiri oleh pengusaha kedai kopi ini. Kopi-kopi yang telah diproses pula akan dibungkus dalam pek 3in1 dan dijual kepada orang ramai. Jadi, bolehlah anda menikmati kopi yang sedap ini di rumah sahaja. Bukan itu sahaja, dekorasi dalaman kedai kopi ini juga sangat unik dan vintaj. Ianya dipenuhi dengan hiasan berkenaan dengan kopi seperti mesin pembuat kopi tradisional, cawan kopi dan lain-lain. Kalau dah minum kopi disini memang tidak lengkap jika tiada hidangan lain. Anda jangan risau kerana kedai kopi ini menyediakan pelbagai hidangan menu sarapan pagi seperti roti bakar, rotikaya, nasi lemak, mee kari, otak-otak dan banyak lagi. 

Alamat: 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


7. Muo Resort @ Kampung Parit Raja Darat

MUO RESORT

Kalau anda sedang mencari tempat penginapan yang menarik, anda patut cuba menginap di Muo Resort. Resort ini masih baru kerana ianya dibuka pada tahun 2019. Disebabkan kawasan dan bilik tidurnya yang bersih dan selesa, Muo Resort mendapat rating yang tinggi daripada pengunjung yang datang. Resort ini juga mempunyai landskap yang cantik dan mempunyai sebuah kolam mini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada di mini zoo mereka. Antara haiwan yang ada di mini zoo ini ialah kambing, angsa, arnab, rusa dan lain-lain. Selain itu, anda juga berbasikal di kawasan resort dengan menggunakan basikal yang disediakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Bercakap mengenai biliknya pula, Muo Resort mempunyai 7 jenis bilik yang berbeza. Antaranya ialah Superior Twin dengan 2 katil single, Deluxe Double dengan 1 katil queen, Deluxe Triple dengan 1 katil queen dan 1 katil single, Deluxe Family dengan 2 katil queen dan Business Suites dengan 1 katil queen, ruang tamu dan juga bathtub. Anda boleh mendapat harga bilik serendah RM 148 untuk Superior Twin Room. Anda juga tidak perlu risau tentang makanan kerana resort ini mempunyai sebuah cafe yang menyediakan pelbagai variasi makanan daripada Asian hinggalah ke Western pun ada.

Alamat: Lorong Haji Adnan, Kampung Parit Raja Darat, 84000 Muar, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


8. Muar Art Gallery @ Taman Junid Perdana

MUAR ART GALLERY

Jika anda suka tentang kesenian dan suka untuk berjalan-jalan di galeri seni, anda patut datang ke Muar Art Gallery. Muar Art Gallery adalah platform yang memperkenalkan warisan seni dan budaya Muar tanpa mengira kaum. Galeri seni ini juga ingin memperkasakan komuniti pelbagai rupa dan aset Muar seperti artis dan penghibur, makanan tempatan, seni bina sejarah dan budaya, industri perabot dan tapak semaian. Ianya bertujuan untuk menjadi rujukan orang awam dan mendapat penghargaan penuh di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.

Selain daripada melihat galeri seni, anda juga boleh melakukan seni kayu di bengkel kayu galeri seni ini. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah bermain board games. Bukan itu sahaja, banyak juga kedai makan yang menyajikan makanan yang sedap daripada masakan Asian hinggalah Western pun ada. Jika anda sudah penat berjalan, bolehlah anda singgah untuk makan-makan dan minum-minum disini terlebih dahulu. Waktu operasi untuk galeri seni ini pula ialah dari pukul 8 pagi hingga 10 malam dan tutup pada hari rabu.

Alamat: 66-1, Jalan Hang Tuah, Taman Junid Perdana, 84000 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


9. Warung Ketupat Air Tangan Ibu @ Parit Jawa

WARUNG KETUPAT AIR TANGAN IBU

Jika bukan pada hari raya, pasti susah untuk kita mencari kedai makan yang menjual menu-menu di pagi raya seperti ketupat, kuah kacang, rendang, lontong, kuah lodeh dan lain-lain. Sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh dapatkannya di Warung Ketupat Air Tangan Ibu. Kalau dah namanya air tangan ibu, pasti ianya sangat sedap dan dimasak dengan penuh kasih sayang. Anda juga tidak perlu tunggu Hari Raya untuk makan menu-menu ini. Selain daripada menu-menu di pagi raya, warung ini juga menyediakan hampir 50 jenis lauk-pauk yang boleh dimakan dengan nasi putih.

Yang pastinya anda akan rambang mata untuk memilih lauk apa yang ingin dimakan. Selain itu, ada juga menu-menu lain yang disajikan disini. Antaranya ialah satay, nasi ambeng dan lain-lain. Warung Ketupat ini tutup pada hari Rabu dan waktu operasi kedai makan ini pula ialah 6.30 pagi hingga 1. Jadi, anda disarankan untuk datang ke sini pada waktu sarapan pagi dan makan tengahari. Bukan menu lauk-pauk sahaja malah pelbagai jenis variasi kuih-muih Melayu pun ada. Antaranya ialah karipap, kuih lapis, seri muka, lepat pisang dan banyak lagi. Jangan lupa, jika teringin nak makan ketupat, datanglah ke Warung Ketupat Air Tangan Ibu.

Alamat: MRPJ G44 Parit Pinang Seribu, Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, 84150 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


10. Don Hu Jurassic Garden @ Pintasan Muar

DON HU JURASSIC GARDEN

Kalau anda sedang mencari tempat yang best untuk bawa anak-anak berjalan-jalan ketika cuti sekolah, disinilah tempat yang sesuai. Don hu Jurassic Garden adalah taman tema yang menyediakan pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak. Memang sesuai untuk bawa anak-anak ke sini kerana permainan yang disediakan tidak terlalu extreme dan sesuai untuk kanak-kanak bermain. Anak-anak anda boleh menaiki permainan ini dengan harga RM 10 sahaja.

Selain daripada permainan yang ada di taman tema, Don Hu Jurassic Garden juga mempunyai replika-replika dinosaur gergasi yang boleh bergerak dan mempunyai bunyi. Pasti ianya akan menambah keterujaan anak-anak anda. Apa yang menariknya, anda boleh melihat dinosaur-dinosaur ini secara percuma sahaja. Jika anda berminat untuk datang ke Don Hu Jurassic Garden, taman tema ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad dari pukul 10 hingga 7 malam. Sebelum pulang, anda patut singgah ke kedai serbaneka untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Bawalah anak anda ke Don Hu Jurassic Garden supaya mereka dapat merasai seperti berada di Jurassic World.

Alamat: 2700, Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Cafe Di Muar yg Best & Ramai Pengunjung

Muar ialah sebuah daerah dalam negeri Johor Darul Takzim. Mendapat gelaran sebagai sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja. Muar bukan sahaja terkenal dengan Mee Bandungnya...

Top 15 Homestay Bak ‘Hotel’ di Muar

Muar, sebuah daerah di Johor yang penuh dengan tempat menarik sudah semestinya sering dikaitkan dengan pelbagai jenis masakan, tempat-tempat popular dan juga penduduknya yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x