Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Cafe Di Muar yg Best & Ramai Pengunjung

Muar ialah sebuah daerah dalam negeri Johor Darul Takzim. Mendapat gelaran sebagai sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja. Muar bukan sahaja terkenal dengan Mee Bandungnya tetapi juga terkenal dengan destinasi pelancongan dan tempat makan yang best dan menarik. Bagi anda yang suka menikmati makanan dalam suasana yang cantik dan menarik, makan di cafe pastinya menjadi pilihan. Sekiranya anda berkunjung ke Bandar Maharani Bandar Diraja ini jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan di 10 cafe di Muar ini. Jom scroll sampai habis untuk senarai cafe di Muar yang wajib anda kunjungi.

Senarai 10 Cafe di Muar yg Best


1. Muar Collectorspace – Vintage Cafe Terbaik di Muar

Muar Collectorspace

Cafe di Muar yang pertama ialah sebuah cafe berkonsepkan vintage dan hipster iaitu Muar Collectorspace. Cafe yang menarik ini beroperasi di sebuah kedai dua tingkat yang lama dan dipenuhi dengan pelbagai barangan antik. Anda akan merasai pengalaman yang mengujakan apabila berkunjung ke sini kerana terdapat pelbagai barangan antik yang mungkin tidak pernah anda lihat. Usianya pula mungkin lebih tua dari usia anda. Walaupun ianya merupakan sebuah kafe berkonsepkan hipster, inilah satu-satunya cafe yang masih mengekalkan reka bentuk seni bina rumah kedai Muar yang asal. Pintu belakangnya pula akan  membawa anda ke lorong belakang yang penuh dengan lukisan mural yang menarik. Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, jangan risau kerana cafe ini mesra kanak-kanak. Nikmati makanan anda tanpa perlu risau tentang anak-anak anda.

Alamat: 44, Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Khamis – Isnin (2 petang – 11 malam), Selasa & Rabu (Tutup)

Lokasi


2. Harb Sport Caf̩ Muar РSport Cafe Best di Muar

Harb Sport Cafe

Cafe di Muar yang seterusnya ialah Harb Sport Cafe. Dari namanya pun sudah dapat agak  bagaimana konsep hiasan dalaman cafe ini bukan? Pastilah berkonsepkan sport atau sukan. Jangan risau walaupun berkonsepkan sukan, menu utama di cafe ini ialah makanan barat yang sangat sedap dengan harga yang berpatutan. Ramai pelanggannya sangat berpuas hati dengan semua hidangan di sini kerana rasanya yang sangat sedap dan memuaskan. Dari burger, steak, pasta dan banyak lagi! Anda pasti tidak akan menyesal! Mengapa perlu bayar mahal untuk dapat makanan sedap seperti di makanan hotel kalau boleh dapat dengan harga murah! Oleh itu, jika anda ke Muar kami sangat mengesyorkan cafe ini!

Alamat: 16, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Setiap hari (12 tengahari – 11 malam)

Lokasi


3. Fluffy By Chedin Muar- Cafe Dessert Muar Wajib Pergi

Fluffy By Chedin

Di samping itu, jika anda seorang yang sukakan dessert dan pastri, anda wajib ke Fluffy By Chedin. Cafe ini menyediakan pelbagai jenis dessert dan pastri yang pasti membuatkan air liur anda melelah sebaik melihat hidangan di sini. Selain dari rasanya yang sedap, anda pasti akan sukakan cafe ini kerana ianya sangat selesa, staf yang mesra dan servis yang terbaik. Dari croffle, pavlova, donut, peach strudel, croissant dan lain-lain semuanya sangat menyelerakan. Dari namanya sahaja sudah dapat agak bagaimana fluffynya donut di sini bukan? Jika rezeki anda tidak mustahil anda akan dapat donut percuma tau! Jadi, ini adalah antara cafe di Muar yang wajib anda kunjungi.

Alamat: 26, Jln Perdana 15, Taman Junid Perdana, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (11 pagi – 7 malam), Jumaat (11 pagi – 1 tengahari, 2.30 petang – 7 malam), Isnin (tutup)

Lokasi


4. Rumacabuk Muar

Rumacabuk Muar

Cafe di Muar seterusnya ialah Rumacabuk Muar. Kunjungan anda ke sini pasti akan membuatkan anda kagum dengan konsep dan makanannya. Kafe ini terletak di dalam sebuah rumah lama yang telah diberi sentuhan baru dengan memasukkan sentuhan moden. Ruang dalaman kafe ini sangat selesa dan bergaya, manakala luarannya sangat memukau dengan warna biru turqoise dan basikal antik yang menarik perhatian. Kafe ini mempunyai kawasan makan yang luas, surau, dan tandas yang bersih. Staf-staf yang sangat mesra, dan servis penyediaan makanan yang sangat pantas. Makanan yang disajikan pula sangat lazat, manakala kopi pula sangat wangi dan sedap. Kafe ini juga menawarkan pelbagai hidangan seperti nasi lemak, pasta, burger, dan lain-lain. Anda pasti akan menyukai suasana dan aura yang terdapat di kafe ini.

Alamat: 471, Jalan Abdul Rahman, Parit Sakai, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Rabu – Isnin (12 tengahari – 10 malam)

Lokasi


5. Café Lorong Muar – Best Breakfast Café di Muar

Cafe Lorong Muar

Jika anda ingin bersarapan anda boleh mencuba makanan di Cafe Lorong Muar. Cafe Lorong Muar, terletak di sebuah lorong kecil di Muar, adalah destinasi makanan yang wajib dilawati bagi mereka yang inginkan sarapan luar biasa tanpa perlu membayar mahal. Setiap hidangan yang disajikan pasti kena dengan selera anda. Pengalaman makan di sini akan meninggalkan kesan pada anda dan anda pasti akan kembali semula ke sini untuk mencuba hidangan lain yang ada dalam menu mereka. Antara hidangan yang pasti memukau selera anda adalah lontong dengan paru-paru lembu yang rangup, mee rebus yang enak, tauhu sumbat, dan satay. Meskipun hidangan sarapan di sini kelihatan agak berat, namun bak kata orang makanan yang sedap boleh dinikmati sepanjang hari. Yang lebih menarik, harga makanan di sini sangat berpatutan, menjadikannya cafe di Muar yang sesuai dengan bajet anda

Alamat: 186, Lorong Serkam 2, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Sabtu – Jumaat (7 pagi – 12 tengahari)

Lokasi


6. Libta Coffee Muar

Libta Coffee Muar

Libta Coffee Muar adalah cafe yang menawarkan pengalaman yang unik dan mengasyikkan. Terletak di Muar, kedai ini memukau pelanggannya dengan dekorasi yang mengingatkan anda kepada suasana seolah berada di Belanda, lengkap dengan kincir angin yang menghiasi tempat ini. Apa yang membuat tempat ini benar-benar istimewa adalah tidak hanya suasana yang unik, tetapi juga layanan yang mesra dan pengurusan yang cemerlang. Yang menariknya, kedai ini dimiliki dan diuruskan oleh dua saudara, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang sentiasa menjadikan setiap pelanggan mereka berasa dialu-alukan. Oleh itu, Libta Coffee Muar adalah tempat yang sempurna sebagai port lepak bersama rakan juga small meeting dengan client anda.

Alamat: 11, Jalan Naib Piee, 1 Taman Perindustrian Ringan Naib Piee, Kampung Naib Piee, 84300 Muar, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu & Ahad (8.30 pagi – 6 petang)

Lokasi


7. Sai Kee 434 Coffe Muar – Port Kopi Terbaik di Muar

Sai Kee 434 Coffee Muar

Sai Kee 434 Cafe adalah destinasi yang sempurna untuk berkumpul bersama rakan-rakan anda. Tempat ini menawarkan suasana yang menyenangkan dengan reka bentuk dalaman yang cantik, dan membawa anda mengimbau kenangan pada zaman kopitiam klasik. Kafe ini tidak hanya cantik tetapi bersih. Ianya juga menawarkan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk seperti kopi, teh, dan minuman lain. Bagi pencinta kopi pastikan anda mencuba kopi mereka yang lemak berkrim. Makanan yang patut anda cuba apabila ke sini ialah nasi lemak yang cukup rasa lemaknya bersama sambal ikan bilis yang sedap dan ayam goreng berempah yang rangup . Selain itu, jangan lupa juga untuk mencuba mee siam bersama otak-otak, dan roti yang disapu dengan mentega juga kaya, rasanya seolah-olah ianya cair dalam mulut anda.

Alamat: 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5.30 petang)

Lokasi


8. Bee Rich Cafe Muar

Bee Rich Cafe

Selain itu, jika anda berkunjung ke bandar Muar jangan lupa untuk singgah ke Bee Rich, sebuah restoran yang menjadi kegemaran ramai. Dengan tukang masak yang mahir dan kepakaran yang luar biasa, makanan di sini benar-benar membuatkan anda teringat-ingat kesedapannya. Dari nasi goreng biasa hingga ke nasi mandi, pasti terasa kelazatannya. Terletak di tengah-tengah Bandar Muar membuatkan ianya mudah dijumpa dan diakses. Kakitangan yang mesra dan sangat membantu akan menjadikan pengalaman makan anda lebih menyeronokkan. Juga, tempat ini mesra kanak-kanak di mana mereka boleh bermain bebas tanpa perlu risau.

Alamat: Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (11 pagi – 10.30 malam), Isnin (Tutup)

Lokasi


9. Muar Art Café – Muar Art Gallery – The Best Art Café di Muar

Muar Art Cafe

Saat pertama kali anda melangkah masuk ke Muar Art Café, anda akan terpesona dan terpegun melihat kecantikan cafe ini. Cafe ini mempunyai dekorasi dalaman yang sangat indah, dihiasi dengan perabot kayu dan rotan yang dipadankan dengan seni kreatif hasil karya artis tempatan. Satu perkara yang wajib anda cuba di sini adalah menikmati kopi tempatan yang terkenal di sini, yang pastinya akan menepati selera anda. Anda pasti akan datang semula selepas kunjungan pertama anda.

Alamat: 66-1, Jalan Hang Tuah, Taman Junid Perdana, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Khamis – Selasa (7.30 pagi – 5.30 petang), Rabu (Tutup)

Lokasi


10. Projek Kaffeine Muar

Project Kaffeine Muar

Akhir sekali, cafe di Muar yang boleh menjadi pilihan ialah Project Kaffeine Muar. Cafe ini terletak di atas bumbung bangunan Yong Sheng. Mempunyai  tempat letak kereta dan lif untuk keselesaan anda. Dengan suasana tempat duduk yang selesa, baik dalam dan luar, tempat ini pastinya menjadi tempat makan yang sangat selesa untuk anda menikmati hidangan. Semua hidangan yang mereka tawarkan di sini pastinya akan menepati selera anda. Selain itu, tempat ini juga mesra kerusi roda, yang membolehkan anda membawa saudara yang kurang upaya untuk menikmati minuman bersama. Bagi pengguna kerusi roda, dengan adanya lif akan memudahkan pergerakan semasa berada di dalam cafe ini. Oleh itu, bagi mereka yang berkunjung ke Muar jangan lupa masukkan cafe ini ke dalam itinerari anda ya!

Alamat: Roof Top Level ,Urban Green Lot 256, Jalan Sulaiman, Kampung Dato Bentara Dalam, 84000 Muar, Johor

Waktu operasi: Rabu – Isnin (12 tengahari – 10 malam), Selasa (Tutup)

Lokasi


Rekomendasi cafe-cafe yang kami senaraikan di atas ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengunjung yang pernah berkunjung ke sini.  Kunjungan anda ke sini pastinya tidak akan mengecewakan. Oleh itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk merasakan sendiri kesedapan hidangan dan suasana yang menarik di sini. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Tempat Menarik di Muar

Bandar Maharani Bandar Diraja merupakan Nama Rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor, Malaysia. Pengisytiharan rasmi Bandar Maharani Bandar Diraja disempurnakan oleh DYMM...

Top 15 Homestay Bak ‘Hotel’ di Muar

Muar, sebuah daerah di Johor yang penuh dengan tempat menarik sudah semestinya sering dikaitkan dengan pelbagai jenis masakan, tempat-tempat popular dan juga penduduknya yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x