Tahun 2015 menyaksikan kru Jalan Jalan Cari Makan TV3 telah menerjah ke beberapa tempat makan manarik di Johor Bahru. Ada kedai makan yang menyediakan masakan western dan ada juga kedai berkonsepkan makanan tempatan.
Konsep dekorasi dalaman di sesetengah kedai makan pilihan JJCM TV3 juga tampak lebih unik dan menawarkan suasana makan-makan yang pasti meninggalkan seribu kenangan.
Cafe Racer by Grillbar
Sebuah cafe yang telah menjadi terjahan JJCM TV3 pada bulan Jun 2015. Kafe ini menyediakan pelbagai makanan barat yang berat atau yang santai-santai yang diresepikan oleh pemiliknya iaitu Chef Gary yang juga chef dan pemilik Grillbar Steakhouse.
Walaupun kafe ini baru sahaja beroperasi namun telah popular kerana keenakan makanannya dan juga konsep dekorasinya yang mempunyai hiasan motor-motor klasik dan aksesori motor.
Walaupun pemiliknya bukan Muslim namun cafe ini menyediakan semua makanan yang halal. Bikers-bikers mesti sukakan cafe ini kerana konsepnya.
Alamat: Cafe Racer, 72, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor.
Tip Top Ikan Bakar
Tip Top Ikan bakar merupakan destinasi makan malam untuk makanan seafood dan ikan bakar yang popular di Johor Bahru dan terletak di lokasi yang hujung di Medan Selera Sungai Chat. Restoran Tip Top Ikan Bakar ini juga pernah menjadi destinasi pilihan JJCM TV pada Jun 2015. Seperti di kebanyakan medan ikan bakar popular yang lain, di sini juga menyediakan pelbagai jenis ikan segar untuk dibakar bersama sos ikan bakarnya yang tersendiri.
Antara menu makanan popular yang boleh dicuba ialah pari bakar, lala sambal, baby crab, ikan kerapu, sotong, udang, otak-otak dan sebagainya. Bagi minuman pula, antara yang popular di sini ialah ais jeli, ais kacang, bubur chacha dan ABC koko. Menu-menunya tiada yang pelik sangat dan cukup sinonim bagi mereka yang suka makan di medan-medan ikan bakar. Yang pasti, Tip Top Ikan bakar merupakan satu destinasi yang menyediakan makanan laut yang sedap di JB.
Alamat:Â Tip Top Ikan Bakar, No. 11, Tepian Terbrau, Jalan Tengku Puteri, 80200 Johor Bahru.
Restoran Makanan Laut Hasan Bin Mohd Ong
Bagi yang berada di Kota Tinggi atau mungkin penat pulang mandi manda di Air Terjun Kota Tinggi, apa kata singgah di Restoran Makanan Laut Hasan Bin Mohd Ong yang juga merupakan pilihan Jalan Jalan Cari Makan TV3 pada Ogor 2015.
Pemilik kedai merupakan Chinese Muslim dan semua menu makanan di sini dimasak sendiri olehnya dan juga ahli keluarganya. Selain menu makanan ikan bakar yang biasa kita makan di medan ikan bakar lain, di sini juga pengunjung boleh memilih menu masakan ala-ala orang Cina. Dan antara yang paling menarik di sini ialah menu daging rusa Hot Plate Black Paper, shark fin soup, sotong goreng nestum, ikan masak 3 rasa Chinese Style dan macam-macam lagi yang ada.
Alamat:Â Restoran Makanan Laut Hasan Bin Mohd Ong, 3L, Jalan Tun Habab( Â Â Jalan Lombong ) 81900, Kota Tinggi, Johor Bahru
Hungry Hub Café
Merupakan sebuah cafe dan bistro yang terletak di Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang menawarkan aneka makanan barat samaada yang berat atau yang santai-santai. Selain itu, di sini juga menawarkan aneka pilihan kek sebagai pencuci mulut seperti black forest cake, chocolate wasted cake, rainbow cake dan macam-macam lagi.
Destinasi ini juga sering menjadi tempat untuk menyambut majlis harijadi memandangkan suasana cafenya yang santai dan mempunyai aneka pilihan kek yang  menarik. Hungry Hub  Cafe pernah menjadi lokasi penggambaran JJCM pada bulan Ogos 2015.
Alamat: Hungry Hub Café, No32, Jalan Padi Emas, 1/2 Uda Business Center, Bandar Baru Uda 81200, Johor Bharu.
Restoran Tapah Corner
Kedai makan yang menarik untuk anda mencari makanan untuk sarapan pagi ataupun mencari nasi campur untuk lunch. Restoran yang terletak di Kampung Melayu ini menjadi destinasi pilihan JJCM TV3 pada bulan Ogos 2015.
Seperti di kebanyakan kedai makan nasi campur lain, di sini menawarkan pelbagai lauk pauk yang sedap masakan Melayu Johor dan ada juga masakan Melayu yang biasa kita makan.
Sekiranya anda inginkan destinasi makan yang banyak pilihan dan meriah, wajib mencuba bersantap di Restoran Tapah Corner di Johor Bahru ini.
Alamat:Â Restoran Tapah Corner, NO 171, Jalan Stulang Baru, 81100, Â Johor Bahru, Johor.
Senarai lain tempat makan menarik di Johor Bahru yang menyediakan makanan tradisi Johor
Sekiranya kedai makan pilihan JJCM TV3 di atas ini belum cukup dan anda mahu lebih banyak pilihan kedai makan yang menarik di Johor Bahru, sila rujuk artikel yang lalu berkenaan restoran-restoran yang menyajikan makanan popular orang Johor di JB. Selama mencuba.