Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Pusat Karaoke Terbaik di Johor Bahru yang Anda Kena Cuba!

Tempat karaoke yang kami senaraikan ini merupakan antara yang menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk berhibur bersama rakan-rakan dan keluarga mereka yang tersayang di Johor Bahru.

Jadi, sama ada anda ingin menganjurkan parti karaoke atau mahu menyanyikan beberapa lagu kegemaran anda, kami di sini untuk bantu anda! Lihatlah 10 pusat karaoke terbaik di Johor Bahru yang anda kena cuba. Semoga membantu!

10 Pusat Karaoke Terbaik di Johor Bahru


1. Chun K Music Family Karaoke, Mount Austin

Chun K Music Family Karaoke

Pusat karaoke ini merupakan antara yang terbaik di area Johor Bahru. Rata-rata pengunjung yang hadir memberikan komen yang positif terhadap servis dan tempat ini. Anda boleh memilih bilik mengikut kesesuaian bilangan rakan-rakan atau keluarga yang datang.

Selain itu, bilik ini mempunyai konsep seperti disko. Barulah lebih menghayati bila dapat menyanyi bertemankan kelipan rancak mengikut irama lagu yang dinyanyikan. Anda juga boleh memesan makanan dan dapatkannya dengan harga yang berbaloi sekiranya ingin makan selepas penat menyanyi.

Alamat:  37, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (2.00 pm – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-288 6648

WhatsApp Chun K Music


2. Singcube Karaoke, Paradigm Mall

Singcube Karaoke, Paradigm Mall

Pusat karaoke Singcube di Johor Bahru ini dibina dengan konsep yang sangat unik dimana anda boleh menikmati karaoke di dalam bilik yang berkonsepkan kotak kecil. Haa, nampak unik kan? 

Jangan risau, walaupun biliknya nampak agak kecil, ia tidak menghalang untuk anda lontarkan suara dan menyanyikan lagu-lagu kegemaran anda. Ini kerana biliknya kalis bunyi! Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya suara anda didengari oleh pelanggan lain yang datang ke sini.

Anda juga boleh memilih pelbagai lagu kegemaran dalam banyak bahasa seperti lagu Inggeris, Bahasa Melayu, Korea Hindi dan Tamil. Terletak di Paradigm Mall JB, anda boleh datang ke sini selepas bersiar-siar dan membeli belah di dalam pusat membeli belah ini.

Alamat: Lot 2F 33&33A Second Floor Paradigm Mall, Skudai, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-333 8981

WhatsApp Singcube


3. The Zoo Karaoke, Taman Mount Austin

The Zoo Karaoke, Taman Mount Austin, Johor Bahru

Sesuai dengan nama “The Zoo”, pusat karaoke di Johor Bahru ini bertemakan zoo dengan pelbagai lukisan haiwan di dalam zoo dipamerkan di dalam ini. Terasa seperti menyanyi di dalam kawasan zoo pula, namun nampak unik, kan?

Terdapat pelbagai pakej yang anda boleh pilih sekiranya ingin menyanyi bersama rakan atau anda ingin menganjurkan majlis mahupun parti. Suasana bilik yang luas dan kemas menaikkan mood anda untuk menyanyi lagu-lagu kegemaran anda di sini.

Selain itu, sistem bunyi dan mikrofon di pusat karaoke ini juga sangat baik. Jadi bolehlah anda membawa rakan dan keluarga anda ke sini. 

Alamat: 81 & 83, Jalan Harmonium 33/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-751 2211

WhatsApp The Zoo Karaoke


4. Vbox Family KTV, Plaza Pelangi

Vbox Family KTV, Plaza Pelangi

Jika anda ingin mencari pusat karaoke di Johor Bahru yang murah tapi anda masih boleh menikmati banyak kelebihan untuk berkaraoke, tempat ini sesuai untuk anda. Rata-rata pelanggan yang datang berpuas hati dengan harga yang diberikan.

Bilik yang kemas dan wangi membuatkan pelanggan yang datang boleh berhibur dan menyanyi dengan tenang. Lagu-lagu yang ada di dalam pusat karaoke ini juga banyak dan anda boleh pilih lagu kesukaan anda untuk dinyanyikan.

Alamat: Lot No.5, 12, Level 5, Plaza Pelangi, No, 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (12.00 pm – 12.00 am), Jumaat – Ahad (12.00 pm – 2.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-311 1882

WhatsApp Vbox Family KTV


5. Diva Taman Suria, Johor Bahru

Pusat Karaoke Diva Taman Suria, Johor Bahru

Sekali pandang seperti ianya adalah tempat untuk menganjurkan program dan majlis keraian tapi ternyata silap. Tempat ini merupakan pusat karaoke yang besar dan terbaik di area Johor Bahru. Anda bukan sahaja boleh menyanyi, anda juga boleh mengadakan parti karaoke atau majlis keraian yang besar di sini.

Tempat yang sangat luas dan berkonsepkan mewah ini boleh memuatkan lebih dari 50 orang dalam satu masa. Best kan? Ia sangat sesuai untuk anda yang ingin menganjurkan parti karaoke bersama teman-teman atau rakan sepejabat anda. Sambil menyanyi, boleh menjamu selera dan berbual bersama rakan-rakan.  

Alamat: Jalan Suria 19, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07- 338 1826

WhatsApp Diva


6. Alibaba Karaoke, Tampoi

Alibaba Karaoke, Tampoi, Johor Bahru

Bertemakan Arabic, pusat karaoke ni dibina berkonsepkan mewah. Anda bukan sahaja boleh menyanyi bersama insan tersayang, anda juga boleh mengadakan parti karaoke atau menganjurkan majlis keraian di sini.

Dengan bilik yang sangat luas dan mewah anda boleh menyanyi bersama rakan-rakan yang lain tanpa perlu bersesak di dalam bilik. Lokasi yang terletak di dalam Giant Tampoi ini memudahkan anda untuk mencari pusat karaoke ini.

Sambil menyanyi, bolehlah anda bergambar bersama dekorasi yang terdapat di dalam pusat karaoke ini. Walaupun ianya berada di dalam pusat membeli belah, jangan risau kerana pusat karaoke ini dibuka sehingga pagi.

Alamat: B17 & 18, Lot 54, Skudai Lbh, Kawasan Perusahaan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-239 1888

WhatsApp Alibaba Karaoke


7. Song City KTV, Taman Sutera

Song City KTV, Taman Sutera

Song City KTV ini juga sering menjadi pilihan pelanggan berdekatan untuk datang ke sini. Pusat karaoke ini menyediakan minuman percuma kepada pelanggan yang datang dan harganya juga murah berbanding pusat karaoke yang lain di Johor Bahru.

Bilik yang luas dan bersih membolehkan anda berhibur bersama rakan anda dalam keadaan yang selesa. Kelengkapan teknikal dan bunyi juga agak baik jadi bolehlah anda lontarkan suara menyanyi bersama rakan-rakan atau keluarga anda hujung minggu nanti. 

Alamat: NO 91-G1,A1 & B1, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-557 5559

WhatsApp Song City


8. Loud Speaker Family Karaoke @ Taman Mount Austin, Johor Bahru

Loud Speaker Family Karaoke @ Taman Mount Austin, Johor Bahru

Pusat karaoke Loud Speaker KTV ini mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia, manakala di Johor Bahru pula ada 2 cawangan yang anda boleh kunjungi. Cawangan mereka di Taman Mount Austin ini pula mempunyai konsep yang cantik dan unik untuk pelanggan yang datang.

Pelanggan yang datang berpuas hati dan gembira apablia datang ke sini kerana layanan yang diberikan sangat baik. Selain itu, mereka berpuas hati dengan kualiti bunyi lagu juga mikrofon yang dinyanyikan adalah sangat memuaskan.

Harga yang ditawarkan juga sangat murah jika dibandingkan dengan pusat karaoke yang berhampiran. Kelengkapan yang lengkap membuatkan pengunjung akan datang semula ke sini untuk meluangkan masa menyanyi bersama insan yang tersayang.

Alamat: 17, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 pm – 3.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1535 7778

WhatsaApp Loud Speaker


9. Sing V Family KTV, Austin Heights

Sing V Family KTV, Austin Heights

Sekiranya anda tinggal di Johor Bahru dan mencari tempat karaoke yang menarik, anda boleh berkunjung ke pusat karaoke ini. Terletak di Taman Austin Heights, pusat karaoke ini merupakan antara yang terbesar di kawasan ini.

Mempunyai pelbagai jeni bilik karaoke yang anda boleh pilih mengikut pakej yang disediakan, anda boleh menyanyi di dalam bilik yang mempunyai skrin yang besar dan luas. Menarik kan? Anda juga boleh memesan pelbagai jenis makanan yang ada di sini.

Selain itu juga, anda boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain snooker sementara menunggu giliran anda untuk menyanyi. Bolehlah cuba untuk datang ke sini bersama rakan anda.

Alamat: 1, Jalan Austin Heights 8/5, Taman Austin Heights, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.30 am – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-795 0000

WhatsApp Sing V Austin


10. Super Star Family KTV, Sutera Utama

Super Star Family KTV Sutera Utama

Jika ingin menyanyi dan lontarkan suara seperti Super Star, anda boleh cuba untuk datang ke sini. Pusat karaoke yang besar dan luas ini boleh menampung ramai pelanggan yang datang untuk berhibur dan menyanyi bersama rakan-rakan mereka.

Layanan yang diberikan sangat baik dan makanan yang ada di pusat karaoke ini memuaskan. Ramai pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Anda juga boleh menyanyi dengan baik kerana kualiti sistem bunyi dan mikrofon di sini agak memuaskan. 

Alamat: 4, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 pm – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-554 6000

WhatsApp Super Star


Banyak kan pusat karaoke di Johor Bahru yang kami telah berikan? Anda bolehlah pilih yang mana satu yang sesuai dengan citarasa anda untuk menyanyi di hujung minggu nanti. Jangan lupa untuk ajak rakan-rakan dan keluarga anda sekali supaya suasana menjadi lebih meriah. Selamat berhibur!

Jika anda juga ingin mencari tempat makan best di area Johor Bahru, anda boleh cuba lihat artikel kami tentang Tempat Makan Menarik di Johor Bahru – JJCM TV3.

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Senarai Top 10 Penginapan di Johor Bahru Yg Eksklusif

Jika anda merancang untuk melancong ke Johor Bahru, anda pasti akan gembira mengetahui bahawa terdapat pelbagai pilihan penginapan yang menarik di sini. Terdapat beberapa...

10 Kedai Steamboat Johor Bahru Paling SEDAP

Sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai tempat menarik, Johor Bahru turut menawarkan sejumlah pilihan tempat makan terutamanya kedai steamboat yang menarik untuk dinikmati....

13 Homestay Di Johor Bahru – Macam Resort!

Johor merupakan sebuah negeri yang harus dikunjungi pelancong. Pelbagai tempat persinggahan yang menarik minat pelancong untuk datang ke sini. Terletak bersebelahan dengan Singapura, Johor...

Legoland Malaysia – apa yang menarik?

Legoland Malaysia Johor Taman tema Legoland Malaysia Johor merupakan sebahagian dari Iskandar Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan pembangunan ekonomi di selatan negeri Johor yang menyaksikan...

TOP 10 Cafe Johor Bahru Paling BEST

Bagi anda yang merupakan pencinta kopi dan makanan unik serta mencari pengalaman makan yang luar biasa, terdapat pelbagai pilihan cafe Johor Bahru yang menarik...

Top 10 Kereta Sewa Johor Bharu & Kluang yg Terbaik

Adakah anda sedang bercuti di negeri Johor? Perlukan kenderaan dengan segera untuk mengunjungi tempat menarik di Johor atau anda ingin menuju ke tempat makan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x