Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Legoland Malaysia – apa yang menarik?

Legoland Malaysia Johor

Taman tema Legoland Malaysia Johor merupakan sebahagian dari Iskandar Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan pembangunan ekonomi di selatan negeri Johor yang menyaksikan kewujudan bandar Iskandar Puteri (terdahulunya dikenali sebagai Nusajaya).

Legoland Malaysia Johor menyediakan pelbagai permainan yang menarik, persembahan dan aktiviti-aktiviti lain dan dikenali sebagai destinasi percutian untuk keluarga yang paling popular ini.

Legoland Malaysia Johor merupakan tarikan terbesar yang terletak di dalam Taman Industri Nusa Cemerlang dan cukup terkenal di mata dunia. Taman tema ini juga popular bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pelancong antarabangsa. Taman hiburan ini juga merupakan destinasi wajib dilawati untuk mereka yang datang bercuti di Malaysia.


Theme Park

Legoland merupakan taman tema antarabangsa yang pertama di Malaysia dan Asia, dan juga yang ke-6 di seluruh dunia. Taman tema yang terbesar di negara ini terletak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

Legoland Malaysia Johor ini juga merupakan taman tema yang terhebat di rantau Asia dan tempat yang popular untuk dilawati di Malaysia.

Mula beroperasi pada awal tahun 2012, kini taman tema ini mempunyai lebih dari 40 permainan, permainan interaktif, dan tarikan lain merangkumi kawasan berukuran 76 ekar.

Keindahan taman ini dapat dilihat dari tujuan asalnya yang dibina untuk kanak-kanak berseronok bersama seisi keluarga tanpa mengira usia.

Ini bermakna semua permainan yang disediakan memerlukan pemain untuk bergerak aktif seperti menolak, menarik, membina dan lain-lain.


Peta Taman Tema Legoland Malaysia

Peta Taman Tema Legoland Malaysia


8 Tarikan Di Taman Tema Legoland Malaysia

Mari lihat kepada beberapa bahagian yang terdapat di dalam taman tema Legoland Malaysia Johor, dan aktiviti yang menanti anda di sini. Di bawah juga terdapat beberapa peraturan dan larangan yang perlu dipatuhi supaya anda boleh merancang masa anda di Legoland Malaysia dengan lebih efisien.

Dengan perancangan yang teliti anda dapat meluangkan lebih banyak masa meneroka dengan yang tersayang. Terdapat 8 tema yang berbeza dan setiap satu menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan. Berikut merupakan senarai taman tema yang ada di Legoland Malaysia Johor:

  1. The Beginning
  2. Lego City
  3. Miniland
  4. Lego Ninjago World
  5. Imagination
  6. Lego Kingdoms
  7. Lego Technic
  8. Land of Adventure

1. The Beginning

Legoland Malaysia Johor - The Beginning

Sama seperti namanya, di sinilah permulaan kepada pengembaraan anda ke dalam taman tema ini.

The Beginning atau perjalanan masuk ke dalam taman tema ini lain dari yang lain. Ini kerana tempat ini dibina menggunakan blok Lego gergasi. Di sini, pengunjung boleh membeli atau mengambil tiket kemasukan ke taman tema.

Selain itu, di ruang pintu masuk yang luas anda juga akan mendapati kedai-kedai yang menjual permainan Lego, cenderamata, dan juga kafe untuk pengunjung mengisi perut sebelum masuk ke dalam taman tema.

Pekerja-pekerja di Legoland Malaysia juga sedia membantu sekiranya anda terlalu gembira sehingga tidak tahu dari mana harus anda mulakan pengembaraan.


2. Lego City

Legoland Malaysia Johor - Lego City

Di Lego City, permainan dan aktiviti yang interaktif menjadikannya dunia kepada kanak-kanak dan juga mereka yang ingin kembali kepada zaman muda. Terdapat 8 tarikan dan 2 tempat makan di sini.

Tarikan dan permainan di Lego City mendapat sambutan yang hangat kerana kanak-kanak boleh memandu, memberi arahan, memandu pelbagai kenderaan, kapal, kapal terbang dan juga trak bomba. Dan pastinya semua permainan ini diperbuat daripada Lego. Satu daripada lapan tarikan yang ada disini merupakan persembahan secara langsung di atas pentas dan peminat Ninjago pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya.

Kanak-kanak boleh memandu dan juga berlumba dengan kereta Lego di Driving School dan Junior Driving School. Di Driving School juga kanak-kanak boleh belajar tentang keselamatan jalan raya dan papan tanda yang terdapat di jalan raya. Di sini, kanak-kanak boleh belajar sambil berseronok dan sekolah memandu ini juga akan menganugerahkan Lego Driver’s License yang istimewa untuk mereka yang ke sini.

Manakala di Boating School pula menawarkan pengalaman memandu bot yang lebih santai. Pengunjung boleh merasai pengalaman memandu bot menyelusuri jalan air sambil mengawal sendiri kelajuan bot mereka. Berlainan dengan di sekolah memandu tadi, di sini kelajuan bot tidak terlalu laju jadi pengunjung tidak boleh menggunakannya untuk berlumba dengan satu sama lain.

Satu lagi tarikan di mana pengunjung boleh mencuba untuk memandu adalah di Lego City Airport. Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah pastinya akan menyukai permainan ini kerana mereka boleh mencuba memandu kapal terbang Lego dan merasai sendiri pengalaman menjadi pemandu kapal terbang.

Selain itu, Lego Express dan Lego Rescue Academy juga adalah salah satu tarikan yang anda wajib cuba ketika berada di sini. Pengunjung boleh menaiki kereta api Lego di Lego Express di mana pengunjung akan di bawa mengelilingi tarikan-tarikan utama yang terdapat di taman tema ini. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas boleh menaiki kereta api ini sendiri tanpa ditemani orang dewasa. Kereta api ini juga bergerak pada kelajuan yang tidak terlalu laju membolehkan pengunjung melihat tarikan di taman ini tanpa berjalan kaki.

Di Lego Rescue Academy, pengunjung boleh memainkan peranan sebagai bomba dan berusaha memadamkan kebakaran menggunakan hos kebakaran. Jangan risau kerana di sini mereka tidak menggunakan api yang sebenar. Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas.

Di Lego City Stage, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Ninjago Kai dan rakan-rakannya melawan penjahat ‘Clouse’ secara langsung. Pengunjung pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan ini kerana mereka menggunakan teknologi yang moden berserta animasi dan efek kesan khas yang menjadikan persembahan itu unik.

Peraturan Di Boating School:

  • Pengunjung perlu bersedia untuk berjalan dalam jarak yang tertentu dan berumur sekurang-kurangnya 1 tahun untuk bermain di sini.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain permainan tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah ketinggian 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun)

Peraturan Di Driving School:

  • Berumur 6 hingga 13 tahun dan ke atas.
  • Pengunjung perlu memastikan mereka boleh mencapai stereng dan memijak pedal.

Peraturan Di Junior Driving School:

  • Berumur 3 hingga 5 tahun dan ke atas.
  • Pengunjung perlu memastikan mereka boleh mencapai stereng dan memijak pedal.

Peraturan Di Lego City Airport:

  • Pengunjung mesti mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 80cm dan ke atas serta berumur 3 tahun untuk bermain permainan.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain permainan tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah ketinggian 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun)

Peraturan Di Lego Express:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain permainan tanpa ditemani orang dewasa.

Peraturan di Rescue Academy:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 90 cm ke atas dan berumur 4 tahun untuk bermain permainan.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 110cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain permainan tanpa ditemani orang dewasa
  • Pengunjung di bawah ketinggian 110cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun)

3. Miniland

Legoland Malaysia Johor - Miniland

Bahagian taman tema ini adalah bahagian yang boleh didapati di mana-mana Legoland seluruh dunia. Miniland mempamerkan miniatur untuk mercu-mercu tanda yang terkenal di seluruh daerah dan dunia. Kini anda boleh Legoland Johor untuk menyaksikannya dengan lebih dekat lagi.

Taman tema ini kebanyakannya mendapat banyak maklum balas yang memuji kecantikan, keunikan dan inovasi permainan dan keseluruhan reka bentuknya. Miniland juga boleh diumpamakan seperti ‘jantung’ kepada Legoland di mana pelbagai mercu tanda yang terkenal di seluruh Asia dan dunia direplikakan dengan sempurna pada skala 1:20.

Anda akan dapat melihat hasil kerja blok lego yang menarik di sini yang digunakan untuk mereplikakan mercu tanda terkenal yang ada di setiap bandar seperti Merlion Singapura, Menara Berkembar Petronas Malaysia, Angkor Wat Cambodia, Piramid Mesir dan Taj Mahal India. Bangunan-bangunan miniatur ini semuanya diperbuat daripada blok-blok LEGO menjadikannya seolah-olah dunia yang penuh dengan keajaiban. Lebih 70 juta blok LEGO yang digunakan untuk membina bangunan-bangunan disini menjadikannya sesuatu yang sangat menarik untuk dilihat. Pameran mercu-mercu tanda di sini sesuai untuk tatapan kanak-kanak dari semua peringkat umur kerana mereka boleh menekan butang yang ada di mercu tanda untuk menyalakan lampu atau bunyi di mercu tanda tersebut.

Untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang setiap mercu tanda ikonik yang dipamerkan, pengunjung boleh mengikuti lawatan bersama dengan ‘Guest Experience Officer’. Mereka akan membawa anda ke setiap mercu tanda sambil berkongsi fakta-fakta menarik dan sejarah di sebalik setiap bangunan yang dipamerkan.

Keluarga yang bertuah semasa menyertai lawatan ini akan berpeluang untuk mendapat blok ‘Guided Tour’ edisi khas, sementara stok masih ada, dan hanya diberikan satu untuk setiap keluarga.

Lawatan ini diadakan pada hari Jumaat-Ahad dari jam 16:00 sehingga 17:00 dan mengambil masa 20-30 minit. Sekiranya anda berminat untuk menyertai lawatan ini sila berjumpa dengan pegawai yang bertugas di bahagian Singapura Miniland sebelum jam 16:00.


4. LEGO Ninjago World

Legoland Malaysia Johor - LEGO Ninjago World

Untuk peminat ninja yang sejati, dunia disini semuanya berkisar tentang Ninja Kai, kawan-kawan dan ‘sensei’nya. Langkah masuk ke dalam dunia Kai dan cabar diri anda dengan pelbagai aktiviti, untuk membuktikan anda adalah ninja yang sebenar!

Pengunjung boleh mencuba kemahiran ninja mereka dengan membina replika Monastery of Spinjitsu, menguji kemahiran imbangan ninja dengan berpusing di atas platform berpusing, mengambil bahagian dalam permainan atas air interaktif 3D, dan berpeluang melihat Kai dan kawan-kawannya di pameran karakter-karakter dari Ninjago yang menarik.

Tarikan utama di LEGO Ninjago The Ride adalah permainan 4D Ninjago. Permainan 4D yang dikawal menggunakan deria pertama di Asia, anda kini boleh mencubanya di Legoland Malaysia. Merupakan permainan yang mempesonakan, memikat hati dan interaktif, permainan ini digabungkan dengan teknologi projeksi.

Tonton dan bermain dalam dunia Ninjago sambil tangan anda mengawal kuasa istimewa untuk menghapuskan ‘the Great Devourer’ dan selamatkan tempat ini! Isyarat tangan dari anda boleh mengeluarkan kuasa api, bumi, ais dan juga kilat dan hanya cuma perlu duduk sepanjang permainan sambil dibawa mengembara ke tempat-tempat berbeza di Ninjago.

Permainan ini memerlukan pahlawan untuk mempunyai ketinggian minimum 115cm dan berumur sekurang-kurangnya 6 tahun, tetapi mereka yang tidak memenuhi kriteria tersebut perlu ditemani oleh orang dewasa untuk duduk bersama mereka di dalam permainan. Permainan ini tidak digalakkan untuk pahlawan yang lebih muda kerana bunyi, lampu dan animasi boleh menyebabkan rangsangan deria yang berlebihan.

Uji kemampuan diri anda dengan membina semula Ninjago Monastery yang ikonik. Pengunjung juga boleh mengambil bahagian membantu membina kuil terkenal di Zane’s Temple Build seperti ninja yang sebenar. Setelah meminjamkan kemahiran anda untuk membina kuil, apa kata anda pergi ke Sensei’s Shop di mana anda boleh mencari segala kelengkapan ninja, model-model dunia Ninja Kai dan lain-lain.

Peraturan Di Lego Ninjago World:

  • Pemain mestilah mempunyai ketinggian 115cm ke atas dan berumur 4 tahun.
  • Pemain di bawah ketinggian 115cm dan bawah dari umur 4 tahun perlu ditemani oleh orang dewasa.

5. Imagination

Imagination

Kawasan permainan yang luas dan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti interaktif, pelbagai permainan dan tunggangan. Disini juga terdapat sebuah restoran iaitu, Pizza Mania. Bahagian ini mempunyai 6 tarikan yang direka untuk kanak-kanak berkreatif dan membina dengan blok-blok Lego atau Duplo yang lebih besar untuk pengembara-pengembara yang lebih muda.

Dari semua tarikan yang ada, tiga daripadanya sesuai untuk kanak-kanak kecil tetapi setiap permainan masih mempunyai had minimum umur dan tinggi yang perlu dipatuhi. Sekiranya pengunjung berada di bawah had minimum tersebut, mereka perlu ditemani oleh seorang penjaga dewasa untuk bermain permainan.

Bagi pengunjung yang ingin menikmati masa bersama seluruh ahli keluarga, anda boleh ke Observation Deck dan menikmati pemandangan menakjubkan seluruh Legoland dari ketinggian yang telah ditetapkan. Pod berbentuk bulat dan diperbuat daripada kaca ini berpusing ke atas secara perlahan-lahan sampai ke puncak menara. Untuk melihat pemandangan 360 darjah dari atas menara, pengunjung perlu berumur minimum 6 tahun dan ketinggian perlu mencecah 120cm.

Jika pengunjung ingin mencuba permainan bukan mekanikal, anda boleh pergi ke Kids Power Tower. Pengunjung boleh belajar tentang sistem takal di mana pengunjung boleh menarik sendiri permainan tersebut. Pengunjung boleh belajar sambil berseronok di sini termasuk pengunjung dewasa. Had umur untuk masuk ke sini adalah 4 tahun dan had ketinggian minimum adalah 100cm.

Pengunjung yang lebih muda boleh juga berseronok bermain dengan kereta api Duplo di Duplo Express yang akan membawa pengunjung mengelilingi Duplo Playtown. Permainan ini sebenarnya merupakan replika kepada Lego Express yang lebih besar di Lego City. Kereta api ini boleh dinaiki oleh pengunjung berumur 1 tahun ke atas dengan ketinggian minimum 80cm.

Tarikan seterusnya iaitu Build & Test sesuai untuk mereka yang inginkan lebih keseronokan dalam aktiviti pembinaan. Permainan ‘indoor’ ini dilengkapi dengan penghawa dingin jadi mereka boleh berehat sebentar dari kepanasan di luar. Pengunjung boleh berkreatif dengan membina menara dari blok-blok dan menguji kekukuhannya di atas platform gempa bumi. Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan untuk melihat menara mana yang boleh bertahan dalam ujian gempa bumi.

Inspirasi daripada The Lego Movie 4D dan siri-siri popular, LEGO studio menayangkan tayangan istimewa filem tersebut dalam 4D. Pengunjung boleh menonton filem dilengkapi dengan kesan angin, air dan kabus supaya jalan cerita dan karakter terasa lebih hidup.

Tayangan pertama filem ini ditayangkan di pawagam pada tahun 2014 dan anda dapat menyaksikan versi 4D di Legoland dengan karakter yang sama. Kelainan yang ada adalah watak penjahat yang hanya boleh ditonton di Legoland. Jadi jika anda ingin mengetahui kelainan dalam cerita ini, anda perlulah pergi ke Legoland Malaysia.

Waktu tayangan bermula dari pukul 11:00 setiap hari dan terdapat juga versi Mandarin untuk filem The Lego Movie ini. Tayangan filem Lego yang lain juga ada ditayangkan, anda boleh mencari tahu dengan lebih lanjut dengan tentang waktu tayangannya di situ.

Peraturan Di Duplo Express:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 80cm ke atas dan berumur 1 tahun.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 100cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 100cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun)

Ride Restrictions For Kids Tower Power:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 100cm ke atas dan berumur 4.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 8 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

Ride Restrictions For Observation Tower:

  • Pengunjung berumur bawah 1 tahun tidak dibenarkan.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

6. Lego Kingdoms

Lego Kingdoms

Bahagian taman tema yang seterusnya ini pula dibina dengan ilham daripada kerajaan dan istana lama, dan anda bebas berimaginasi di sini dengan pelbagai pilihan permainan, tempat bermain dan aktiviti-aktiviti yang tersedia. Anda boleh menjadi raja, pahlawan atau puteri sehari kerana di Lego Kingdoms segalanya boleh.

Dunia disini berkisarkan tentang zaman dahulu kala, anda boleh bertemu dengan banyak  naga, istana, raja, pahlawan dan puteri. Suasana di sini juga dipenuhi dengan muzik tradisional sesuai dengan era itu untuk memberi kesan lebih ‘real’.

Terdapat banyak tempat untuk bermain di sini, termasuklah The Forestmen’s Hideout di mana pengunjung boleh bermain, berlari dan memanjat istana, yang pastinya tidak boleh dilakukan di istana lain. Terdapat juga permainan untuk pahlawan dan puteri cilik di sini dan The Royal Just pula hanya untuk pengunjung-pengunjung cilik.

Dragon’s Apprentice pula adalah permainan roller coaster untuk mereka yang berani dan memiliki ketinggian minimum 100cm dan berumur 4 tahun ke atas. Pengunjung yang tidak memenuhi kriteria tersebut masih boleh menaiki roller coaster ini dengan ditemani penjaga dewasa berumur sekurang-kurangnya 12 tahun. Untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa mereka boleh mencuba roller coaster yang lebih besar iaitu The Dragon.

The Dragon merupakan salah satu permainan paling popular yang akan membawa anda terus ke dalam LEGO Kingdom Castles. Bergerak pada kelajuan 60km/h, sepanjang permainan anda akan dapat melihat tempat makan ‘Royal Family’, bilik penyeksaan istana dan harta karun yang dikawal oleh naga.

Selepas roller coaster, pengunjung yang mencari permainan dengan tahap keterujaan sederhana boleh mencuba Royal Joust dimana anda akan dibawa menunggang kuda mainan yang seakan-akan kuda sebenar dan bersedia untuk bertempur dengan musuh untuk menrenut gelaran juara. Penunggang cilik berumur 4-11 tahun dan mempunyai ketinggian 92cm ke atas boleh menikmati permainan ini.

Di Merlin’s Challenge juga permainan yang disediakan sesuai untuk pahlawan dan puteri cilik di mana mereka akan dibawa berpusing-pusing sekeliling bulatan oleh asli sihir terkenal, Merlin. Pengunjung yang berumur 4 tahun dan ke atas dengan ketinggian 100cm boleh bermain di sini.

Bahagian ini mempunyai dua restoran dan juga King’s Market yang sesuai untuk anda dan kerabat diraja menyempurnakan pengembaraan. Kemudian, anda boleh pergi ke Castle Stage untuk menyaksikan persembahan pendek yang diadakan dua kali sehari dan persembahan yang terakhir bermula pada pukul 4 petang setiap hari.


Peraturan Di Dragon’s Apprentice:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 80cm ke atas dan berumur 1 tahun.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

Peraturan Di Merlin’s Challenge:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 100cm ke atas dan berumur 4 tahun.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 8 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

Peraturan Di Royal Joust:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 92cm ke atas dan berumur 4-11 tahun untuk bermain permainan ini. (berseorangan)

Peraturan Di The Dragon:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 100cm ke atas dan berumur 6 tahun.
  • Pengunjung di bawah 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

7. Lego Technic

Lego Technic

Peminat-peminat Lego pastinya tahu tentang Technic, merupakan salah satu produk Lego sesuai untuk kanak-kanak yang lebih tua dan remaja. Direka dengan gabungan kejuruteraan asas seperti sistem pulley dan roda menjadi satu struktur bergerak seperti robot dan kenderaan.

Disini kanak-kanak dapat meneroka pelbagai tempat bermain yang menggalakkan mereka untuk membina dan mengasah kreativiti mereka dengan bengkel-bengkel yang ada. Di Lego Technic juga terdapat Lego Star Wars Miniland, Lego Star Wars Outlet, dua tempat makan dan pelbagai permainan dan tarikan yang semuanya berasaskan dari Lego Technic. Jangan lupa juga untuk pergi ke Lego Academy dan Lego Mindstorms di mana kanak-kanak boleh mengasah kreativiti dengan membina robot, kereta, kapal angkasa atau bangunan dan belajar tentang cara robot di program dan robot anda juga boleh berlawan antara satu sama lain.

Anda juga boleh mencuba menaiki Technic Twister dan berpusing-pusing di pod Lego yang besar bersama keluarga. Anda boleh mengawal sendiri kelajuan pod dengan memutarkan roda yang berada ditengah-tengah pod.

Untuk permainan di atas air pula, anda boleh ke Aquazone Wave Racers dimana pod yang boleh memuatkan dua orang dalam satu masa bergerak mengikuti arah yang diinginkan oleh pemain di atas air.

Tapi pastikan anda berhati-hati dengan bom air! Pemain perlu berumur sekurang-kurangnya 6 tahun dan mempunyai ketinggian 100cm.

Tidak dilupakan juga permainan istimewa Project X, sebuah roller coaster yang sesuai untuk kanak-kanak dengan ketinggian 120cm ke atas dan untuk kanak-kanak di bawah 120cm mereka perlu ditemani oleh seorang dewasa.

Permainan ini akan membuatkan jeritan anda kedengaran apabila ianya membawa anda berpusing dengan kelajuan penuh di atas trek setinggi 18 meter. Mereka yang inginkan keterujaan sekali pastinya tidak cukup untuk anda!

Peraturan Di Aquazone Wave Racers:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 100cm ke atas dan berumur 6 tahun.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 8 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

Peraturan Di For Project X & Technic Twister:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 110cm ke atas dan berumur 4 tahun.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

8. Land of Adventure

Land of Adventure

Putar kembali masa dan rasai pengalaman hidup dari zaman dinosaur hingga ke zaman Mesir di Land of Adventure. Di sini terdapat 4 jenis permainan dan tarikan berserta dengan satu tempat makan yang disediakan.

Bersebelahan dengan Egypt Land adalah Dino Island, yang menempatkan permainan yang menarik dan dipenuhi dengan dinosaur. Permainan disini juga akan membuatkan anda basah kuyup jadi pastikan anda bersiap sedia sebelum mula bermain.

Sementara di Egypt Land pula, terdapat banyak aktiviti dan permainan yang memerlukan kanak-kanak menyelesaikan masalah dan mencari harta karun dengan aktif.

Jika anda bersedia untuk pengalaman berburu yang sebenar, anda boleh pergi ke Lost Kindgom Adventure dan bersiap sedia untuk pengembaraan memburu harta karun menggunakan laser. Anda perlu mengumpulkan mata dan berusaha untuk menjadi juara dengan menaiki kereta bergerak.

Semua permainan di sini mempunyai had berat dan ketinggian yang perlu dipenuhi, jadi pastikan anda periksa papan peraturan sebelum beratur untuk bermain. Kecuali di Pharoah’s Revenge kerana ianya sesuai untuk semua kanak-kanak dimana aktiviti yang terlibat hanyalah melompat melepasi halangan dengan bola lembut.

Satu lagi permainan yang popular disini adalah Beetle Bounce. Seperti namanya, permainan ini akan membawa anda setinggi 15 kaki di udara dan membawa anda turun dengan gerakan yang laju. Kaki anda akan tergantung di udara dan merasakan yang permainan ini akan jatuh pada bila-bila masa sahaja pasti akan membuatkan anda teruja.

Peraturan Di Beetle Bounce:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 90cm ke atas dan berumur 2 tahun.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 105cm ke atas dan berumur 4 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 105cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

Peraturan Di Dino Island:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 110cm ke atas dan berumur 6 tahun.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 130cm ke atas dan berumur 8 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 130cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).

Peraturan Di Lost Kingdom Adventure:

  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian 80cm ke atas dan berumur 2 tahun.
  • Pengunjung perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 120cm ke atas dan berumur 6 tahun untuk bermain tanpa ditemani orang dewasa.
  • Pengunjung di bawah 120cm perlu ditemani oleh orang dewasa (berumur sekurang-kurangnya 12 tahun).
Ulasan Tentang Legoland Hotel Malaysia

Hotel ini mempunyai 249 bilik dan Hotel Legoland Malaysia juga dikenali sebagai penginapan 4 bintang.

Dari bilik besar dengan pelbagai tema ke kawasan permainan dan lokasinya yang terletak dalam kawasan Legoland sendiri menjadikannya pilihan utama untuk mereka yang datang ke Legoland Malaysia. Berikut merupakan senarai mengapa hotel ini menjadi pilihan utama.

Bilik Bertema Hotel Legoland Malaysia

Apa yang menarik minat pengunjung dan tetamu disini adalah bilik-bilik yang ada di hotel ini. Setiap bilik mempunyai tema yang berbeza dan di dekorasi sesuai mengikut tema.

Terdapat 3 tema secara keseluruhannya iaitu Pirate, Kingdom dan Adventure dan boleh memuatkan 5 sehingga 8 orang dalam dua bilik.

Bilik-bilik ini juga dilengkapi dengan kelengkapan yang moden. Lebih menarik lagi, mana-mana bilik yang anda pilih untuk menginap akan ada aktiviti mencari harta karun dan Lego yang boleh di main sepanjang masa untuk lebih keseronokan dan pengembaraan.

Tempah bilik bertemakan Kingdom untuk menyaksikan pemandangan taman tema yang memukau kerana bilik ini terletak di tingkat yang paling tinggi.


Tarikan Di Hotel Legoland Malaysia Johor

Aktiviti di hotel ini bermula dari lobi hotel dimana tetamu akan disambut dengan istana Lego gergasi dan kawasan permainan untuk kanak-kanak bermain sementara menunggu ibu bapa mendaftar masuk. Di sebelah istana pula terdapat kawasan permainan kapal lanun yang tidak kurang hebatnya dengan lebih banyak blok Lego untuk kanak-kanak main.

Bertentang dengan istana di lobi pula terdapat satu lagi tempat bermain sesuai untuk kana-kanak yang lebih kecil dengan disediakan meja dan kerusi untuk mereka bermain dan membina dengan blok Lego. Perhatian kepada ibu bapa, anak-anak anda akan melekat di sini untuk seketika kerana asyik dengan Lego.

Selain itu, terdapat satu lagi tempat bermain berdekatan lobi yang terletak di sebelah kedai. Tempat ini juga sangat luas dan membolehkan kanak-kanak untuk bermain dengan bebas dilengkapi blok gergasi dan lantai karpet berilustrasi.

Di hotel ini juga terdapat sebuah kolam renang yang terletak di tingkat lima. Kolam renang tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu, kolam air panas bersaiz sederhana dan kolam renang. Tempat ini juga mempunyai kanopi putih besar yang menutupi hampir keseluruhan kawasan kolam dan jika dilihat dari jauh ianya kelihatan seperti layar sebuah kapal.

Tuala ada disediakan untuk tetamu dan tentunya ada juga disediakan blok Lego yang besar untuk dimain tetapi legonya sedikit berbeza kerana lebih lembut dan boleh terapung.

Untuk mencari lebih hotel lain berhampiran Legoland Malaysia, klik sini: 15 Hotel Terbaik Berdekatan Legoland Malaysia


Pilihan Tempat Makan Di Hotel Legoland Malaysia

Selain perkhidmatan ‘in-room dining’, terdapat tiga lagi tempat makan di dalam hotel jadi anda tidak perlu keluar untuk mencari makanan dan minuman di luar.

Terdapat tiga tempat makan di hotel ini yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Anda boleh pilih dari senarai restoran yang ada di bawah:

  • Restoran Bricks Family

Restoran Bricks Family

Popular sebagai tempat makan untuk seisi keluarga dari sarapan pada pukul 7:00 dan tutup pada pukul 22:00 setiap hari. Restoran ini juga menerima jumlah pelanggan yang agak tinggi dan boleh memuatkan 420 pelanggan dalam satu masa.

Restoran ini juga mempunyai pilihan makanan Asia dan Barat yang pelbagai di dalam bufet yang disediakan dan anda boleh memesan makanan ala carte jika anda mempunyai selera yang kecil.

  • Di Mattoni

Di Mattoni

Tempat makan yang paling kurang kasual adalah restoran Itali, Di Mattoni. Pelbagai jenis makanan Itali seperti pasta, piza dan lain ada disini.

Makanan yang bukan dari Itali seperti burger, pelbagai pilihan pencuci mulut dan sup juga ada untuk mengisi perut anda. Anda disarankan untuk membuat tempahan awal jika anda datang ketika musim puncak dengan menelefon mereka di talian +607 560 3888. Restoran ini beroperasi setiap hari dari 17:00-22:30.

  • Kai’s Sushi Bar

Kai’s Sushi Bar

Selain itu, di hotel ini juga mempunyai restoran Jepun yang menyediakan makanan kegemaran anda seperti sushi, sashimi, mi dan lain-lain lagi disediakan oleh pasukan chef-chef Kai yang berbakat.

Anda boleh mengisi perut di restoran yang menghidangkan makanan asli dari Jepun dengan dilayan sendiri oleh hero Ninjago, Kai. Dan sekiranya anda bertuah, Kai mungkin akan membuat kemunculan istimewa dan melayan anda sekeluarga.

Tip Melawat Taman Tema Legoland Malaysia Johor

Disini kami akan berkongsi beberapa tip yang berguna untuk anda semasa anda ingin membuat tempahan di Hotel Legoland Malaysia. Pastikan anda memanfaatkan tip-tip yang berguna di bawah ini.

  • Diskaun untuk semua bilik dengan pembelian pas tahunan
  • Tempah Bilik Premium yang terletak di tingkat teratas untuk pemandangan taman yang menarik
  • Cari tawaran-tawaran menarik bilik dan taman tema untuk lebih jimat
  • Bilik di hujung tepi akan mendapat lebih cahaya matahari
  • Blok Lego ada disediakan untuk dimain hampir di semua tempat
  • Permainan di dalam bilik ada disediakan
  • Anda boleh terus menelefon jika anda ingin membuat pilihan daftar masuk/keluar dengan segera
  • Anda boleh membuat permintaan untuk bilik dengan pemandangan taman atau bertanya lebih lanjut tentang pilihan pemandangan yang ada
  • Semasa membuat tempahan bilik bertema Pirates, anda perlu bertanya tentang pilihan bilik dengan penghawa dingin kerana bilik tanpa berhawa dingin akan ada masalah dengan nyamuk
  • Anda boleh membuat tempahan bilik Premier untuk lebih pengalaman dengan Lego dan hampir kesemuanya menghadap ke arah taman
  • Anda juga boleh membuat permintaan untuk bilik yang sedikit jauh dari kawasan lif untuk mengelakkan bunyi bising dan sesak
  • Untuk perjalanan yang lancar ke Taman Tema Legoland Malaysia, anda perlu mempertimbangkan 3 perkara penting seperti di bawah:
  1. Pengangkutan ke Legoland Malaysia – masa yang diambil untuk sampai ke Legoland Malaysia? dengan kereta peribadi, bas awam, teksi, memandu kereta sendiri, ‘shuttle bus’ dan lain-lain.
  2. Penginapan di Legoland Malaysia – adakah anda patut tidur sehari disana atau perjalanan satu hari mencukupi?
  3. Masa yang dihabiskan di Legoland Malaysia Johor – berapa lama masa yang anda perlu di Legoland Malaysia?

Selepas mempertimbangkan 3 aspek di atas, anda boleh menikmati pengembaraan anda ke Taman Tema Legoland tanpa sebarang masalah.

Sila baca: Singapore Changi Airport To Legoland Malaysia


Pakej Tiket Kemasukan ke Taman Tema Legoland Malaysia Johor

Anda disarankan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan anda beratur panjang untuk membeli tiket semasa anda datang ke sini.

  • Tiket 1-Hari Taman Tema
  • 1-Hari Taman Tema Legoland
  • RM 231/Dewasa (Umur 12-59 tahun)
  • RM 185/Kanak-kanak (Umur 3-11 tahun) or Warga Emas (Umur 60 tahun & ke atas)

 

  • Tiket Kombo 1-Hari (Taman Tema + Taman Tema Air + Hidupan Laut)
  • Akses tanpa had ke Taman Tema Legoland + Taman Tema Air + Sea Life untuk satu hari
  • RM 313/Dewasa (Umur 12-59 tahun)
  • RM 250/Kanak-kanak (Umur 3-11 tahun) or Warga Emas (Umur 60 tahun & ke atas)

 

  • Tiket Kombo 1-Hari (Taman Tema + Hidupan Laut)
  • Akses tanpa had ke Taman Tema Legoland + Sea Life untuk satu hari
  • RM 278/Dewasa (Umur 12-59 tahun)
  • RM 221/Kanak-kanak (Umur 3-11 tahun) or Warga Emas (Umur 60 tahun & ke atas)

Restoran Di Legoland Malaysia Johor

Di dalam taman tema ini sendiri terdapat pelbagai variasi kafe dan restoran, jadi anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari makanan dan minuman semasa berada di dalam taman.

Legoland mempunyai keseluruhan 11 tempat makan. Anda tidak akan kelaparan semasa berada di sini kerana anda boleh mengisi perut di kafe dan restoran yang ada di sini. Di bawah kami senaraikan senarai tempat makanan untuk kemudahan anda:

1. Asian Deli

Legoland Malaysia Johor - Asian Deli

Lokasi: Lego Technic
Makanan: Makanan tradisional orang Asia dan makanan tempatan orang Malaysia seperti Nasi Lemak, Kari Ayam, Asam Laksa dan Kepak ayam bakar.
Anggaran Harga: Dari RM 18 ke atas
Waktu Operasi: 10:00-18:00 Setiap hari, dan sehingga 19:00 pada hujung minggu


2. Beach Grill

Legoland Malaysia Johor - Beach Grill

Lokasi: Legoland Water Park
Makanan: Snek ringan seperti nuget, sosej, burger, jejari ikan, pencuci mulut dan minuman.
Anggaran Harga: Lebih kurang RM20 untuk set kombo termasuk minuman.
Waktu Operasi: 10:00-18:00 Setiap hari


3. Brick Café

Legoland Malaysia Johor -

Lokasi: Legoland Water Park
Makanan: Makanan ringan seperti Sandwich, smoothie dan snek.
Anggaran Harga: Lebih kurang RM20 untuk set kombo termasuk minuman.
Waktu Operasi: 10:00-18:00 Setiap hari


4. Burger Junction

Legoland Malaysia Johor - Burger Junction

Lokasi: Land of Adventure
Makanan: Makanan ringan seperti burger, hot dog dan minuman ringan.
Anggaran Harga: Kombo kanak-kanak RM18, Kombo Dewasa RM25
Waktu Operasi: 10:00-18:00 Setiap hari, dan sehingga 19:00 pada hujung minggu


5. Castle Fried Chicken

Castle Fried Chicken

Lokasi: Lego Kingdoms
Makanan: Ayam goreng, snek ayam dan ayam ‘popcorn’
Waktu Operasi: 11:00-17:30 Setiap hari, dan sehingga 18:00 pada hujung minggu


6. Cool Hut

Cool Hut

Lokasi: Lego Technic
Menu: Pelbagai jenis jus, minuman ringan, ‘milkshake’, Ais Kacang dan minuman ‘frozen’.

Waktu Operasi : 11:00-17:30 Setiap hari, dan sehingga 18:00 pada hujung minggu


7. Kings Grill

Kings Grill

Lokasi: Lego Kingdoms
Menu: Ayam panggang, sosej, wafel panas dan aiskrim
Anggaran Harga: RM 25 ke atas untuk set kombo

Waktu Operasi: 10:00-18:00 Setiap hari, dan sehingga 19:00 pada hujung minggu


8. Market Restaurant

Market Restaurant

Lokasi: Lego City
Menu: Menu makanan Asia dan Barat yang banyak seperti ayam panggang, pasta, piza, pencuci mulut, buah dalam cawan, nasi ayam, salad dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 11:00-17:30 Setiap hari, dan sehingga 18:00 pada hujung minggu.


9. Pizza Mania

Pizza Mania

Lokasi: Imagination
Menu: Makanan Itali, pasta, piza, salad organik dan menu vegetarian juga ada disediakan atas permintaan.
Waktu Operasi: 11:00-17:30 Setiap hari, dan sehingga 18:00 pada hujung minggu


10. Snack Corner

Snack Corner

Lokasi: Lego City
Menu: ‘Popcorn’ ayam, milkshake, aiskrim

Waktu Operasi: 11:00-17:30 Setiap hari, dan sehingga 18:00 pada hujung minggu


11. The Café

The Café

Lokasi: The Beginning
Menu: Makanan yang mengenyangkan seperti pai, lasagna, Sandwich, roti, biskut dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 11:00-17:30 Setiap hari, dan sehingga 18:00 pada hujung minggu.


Membeli-belah Di Legoland Malaysia Johor

Peminat-peminat Lego dan juga mereka yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia Lego juga pastinya teruja kerana di taman tema ini terdapat 9 kedai untuk anda lawati dan membeli belah semasa berada disini. Berikut adalah apa yang anda boleh dapati di kedai-kedai unik dalam kawasan taman tema ini:

1. Big Shop

Legoland Malaysia Johor - Big Shop

Lokasi: The Beginning
Barang yang boleh didapati di sini: Set Lego, cenderamata, alat-alat tulis dan lain-lain lagi.


2. King’s Market

Legoland Malaysia Johor - King’s Market

Lokasi: Lego Kingdoms
Barang yang boleh didapati di sini: Aksesori, kostum dan barang-barang istimewa untuk melengkapkan kisah dongeng anda


3. Lego Star Wars Outlet

Lego Star Wars Outlet

Lokasi: Lego Technic
Barang yang boleh didapati di sini: Semua set Lego Star Wars termasuk set yang sukar didapati di luar dan barang-barang rasmi Lego Star Wars


4. Mini Market

Mini Market

Lokasi: The Beginning
Barang yang boleh didapati di sini: Kedai serbaneka yang menjual semua keperluan pengembaraan anda seperti topi, cermin mata hitam dan pakaian


5. Sensei’s Shop

Sensei’s Shop

Lokasi: LEGO Ninjago World
Barang yang boleh didapati di sini: Barang rasmi Ninjago, set lego Ninjago


6. The Brick Shop

The Brick Shop

Lokasi: The Beginning
Barang yang boleh didapati di sini: Cenderamata Lego, aksesori dan banyak lagi set Lego


7. Stage Shop

Stage Shop

Lokasi: Lego City
Barang yang boleh didapati di sini: Kostum dan pakaian Ninjago, cenderamata rasmi


8. Surf Shop

Surf Shopv

Lokasi: Legoland Water Park
Barang yang boleh didapati di sini: pakaian renang, cermin mata hitam dan losen pelindung matahari


9. Adventurer’s Depot

Adventurer’s Depot

Lokasi: Land of Adventure
Barang yang boleh didapati di sini: Mainan lembut, pakaian bertemakan pengembaraan dan permainan LEGO


Water Park

Sekali imbas, taman ini kelihatan agak kecil dari apa yang anda bayangkan – tetapi jangan salah sangka kerana, taman ini cukup besar untuk anda menghabiskan masa sepanjang hari disini dengan pelbagai permainan dan berseronok dengan keterujaan yang disediakan disini.

Dilengkapi dengan gelongsor air, pelbagai jenis tunggangan dan permainan, Taman tema air Legoland Malaysia Johor pastinya menjadi pilihan utama untuk anda yang merancang kembali ke Johor untuk percutian seisi keluarga dan lari sebentar dari kehangatan kota.

Peta Taman Tema Air Legoland Malaysia Johor

Peta Taman Tema Air Legoland Malaysia
15 Tarikan Di Taman Tema Air Legoland Malaysia

Taman Tema Legoland dan Taman Tema Air Legoland Malaysia Johor dipisahkan dengan Hotel Legoland dan menjadikannya tidak boleh di akses melalui satu taman ke taman yang lain.

Tiket ke Legoland Malaysia Johor juga mempunyai banyak variasi, klik disini untuk lebih informasi -> Kemaskini Tiket dan Pakej Legoland Malaysia, tapi anda pasti akan merasakan ianya berbaloi. Selain itu, anda juga boleh menyemak jadual diskaun bagi tiket-tiket keluarga atau lain-lain yang akan membantu anda berjimat secara atas talian.

Kemasukan untuk kanak-kanak berumur 2-3 tahun adalah percuma. Kanak-kanak di bawah 2 tahun pula perlu membeli tiket berharga RM11 dan anda akan mendapat dua lampin renang. Semua kanak-kanak berumur bawah 2 tahun perlu menggunakan lampin renang disini. Terdapat juga diskaun untuk harga tiket jika anda membuat tempahan 7 hari lebih awal.

Seluruh taman ini direka untuk keseronokan kanak-kanak terutamanya yang berumur dalam lingkungan 5-12 tahun. Tetapi disini juga ada disediakan permainan yang boleh dinikmati oleh seluruh isi keluarga dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Paras air juga tidak terlalu dalam dan tidak berbahaya.

Sila baca: 15 Hotel Berdekatan Legoland Malaysia Dari SGD$16/Seorang


1. Brick Blaster

Legoland Malaysia Johor - Brick Blaster

Permainan ini merupakan permainan gelongsor air yang boleh memuatkan 3 orang satu pelampung dalam satu masa. Anda boleh duduk di dalam pelampung berbentuk bulat ini dan turun melalui gelongsor. Masa yang diambil untuk turun melalui gelongsor adalah singkat tetapi tetap menyeronokkan.

Peraturan Di Brick Blaster:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 107cm dan ke atas.
  • Pemain perlu mempunyai berat di bawah 136kg bagi setiap individu.
  • Berat keseluruhan kumpulan haruslah tidak melebihi 408kg.

2. Build-A-Boat

Legoland Malaysia Johor - Build-A-Boat

Adakan anda pernah membuat bot kertas dan berlumba dengannya di dalam air semasa kecil? Di Build-A-Boat anda pasti akan terkenangkan zaman kanak-kanak anda. Kelainnya disini anda membina bot dengan Lego! Gunakan kreativiti anda untuk membina bot yang paling hebat untuk memenangi perlumbaan yang diadakan di sungai.

Sungai disini berukuran 11-meter Panjang dan sungai ini juga mempunyai brek empangan yang membolehkan pelumba mengawal arus air untuk membantu bot mereka menang.

Blok Lego dan rangka kapal semuanya ada disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa untuk mencipta pelbagai jenis kapal dari kapal layar ke kapal pelayaran menggunakan 30,000 blok lego yang tersedia. Di sini juga terdapat platform pelancaran yang interaktif membolehkan anda dan kawan-kawan atau ahli keluarga berlumba bot antara satu sama lain.


3. Build-A-Raft

Legoland Malaysia Johor - Build-A-Raft

Blok Lego bersaiz gergasi membolehkan anda mengubah suai rakit anda dan menikmati waktu yang menenangkan dengan terapung di sepanjang sungai. Setelah siap membina rakit anda, anda boleh membawanya turun ke dalam sungai dan berehat di atasnya sambil digerakkan oleh arus air di sungai itu.

Disini juga terdapat rakit berkembar atau rakit untuk seorang yang boleh diubah suai sendiri. Rakit ini juga selamat untuk dinaiki kerana blok lego dan rakit yang digunakan mempunyai tahap keapungan yang tinggi tetapi anda masih boleh memilih untuk memakai jaket keselamatan sebelum mula bermain di sini.

Peraturan Di Build-A-Raft:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 107cm dan ke atas.

4. DUPLO Splash Safari

Legoland Malaysia Johor - DUPLO Splash Safari

Kolam renang ini untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak, dan sesuai untuk pengunjung-pengunjung cilik. Di dalam kolam dan juga kawasan sekelilingnya anda akan dapat melihat dan bermain dengan haiwan-haiwan Duplo yang menyemburkan air. Selain itu terdapat juga gelongsor air dan blok gergasi untuk kanak-kanak bermain.

Peraturan Di DUPLO Splash Safari:

  • Pemain perlu berumur 6 tahun ke bawah dan mempunyai ketinggian di bawah 107cm.

5. Imagination Station

Legoland Malaysia Johor - Imagination Station

Satu lagi tempat bermain yang terdapat di taman tema air ini adalah Imagination Station. Kawasan ini tidak terletak betul-betul di dalam air dan membolehkan kanak-kanak bermain di stesen ini dengan pelbagai aktiviti pembelajaran. Penuh dengan kreativiti dan interaktif, stesen ini mempunyai jambatan, empangan dan juga bandar yang dibina daripada blok Duplo, ditemani dengan muzik dan juga ciri-ciri air untuk mencipta elemen muzik dan bunyi.

Kanak-kanak juga boleh mencipta simfoni muzikal mereka tersendiri dengan bermain pelbagai jenis tub dan roda yang ada di stesen ini. Tiada peraturan untuk bermain disini, tetapi orang dewasa masih digalakkan untuk memantau anak-anak mereka dan sekali gus bermain sekali dengan mereka.


6. Joker Soaker

Legoland Malaysia Johor - Joker Soaker

Taman permainan basah gergasi dilengkapi dengan pelbagai rekaan gelongsor dan ketinggian yang berbeza. Terdapat juga sebuah baldi air gergasi yang melimpahkan air sebanyak 300 gelen dalam satu masa ke dalam taman permainan.

Taman permainan ini juga mempunyai tempat permainan interaktif yang berbeza dan tempat untuk memanjat sambil berseronok dalam air. Tiada seinci pun kawasan yang akan terselamat dari kebasahan apabila air melimpah dan air pancut yang sentiasa mengeluarkan air.

Peraturan di taman ini adalah pengunjung mesti mempunyai ketinggian tidak melebihi 102cm dan berat melebihi 136kg untuk setiap individu. Kanak-kanak di bawah 6 tahun juga perlu ditemani oleh seorang dewasa dan ketinggian kurang dari 91cm untuk bermain di gelongsor yang rendah. Untuk gelongsor yang tinggi, pengunjung perlu mempunyai ketinggian melebihi 102cm.

Peraturan Di Joker Soaker:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian 107cm dan ke atas.
  • Pemain perlu mempunyai berat di bawah 136kg bagi setiap individu.

7. LEGO Slide Racers

Legoland Malaysia Johor - LEGO Slide Racers

Permainan ini membariskan enam gelongsor besar dalam satu barisan dan pengunjung boleh mengambil tikar yang disediakan dan menggelongsor turun. Anda boleh berlumba turun dengan ahli keluarga atau kawan-kawan untuk menentukan pemenang. Permainan ini hanya mengambil masa yang singkat jadi pengunjung boleh mencuba nasib beberapa kali di sini!

Ada beberapa peraturan mengenai pakaian yang perlu dipatuhi disini seperti pakaian yang longgar terutamanya topi, kasut basah, ataupun cermin mata hitam tidak dibenarkan sama sekali. Selain itu, t-shirt ‘cotton’, ‘wetsuits’ atau pakaian dengan zip yang terdedah juga dilarang atas sebab keselamatan.

Peraturan Di LEGO Slide Racers:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian 107cm dan ke atas.
  • Pemain perlu mempunyai berat di bawah 136kg bagi setiap individu.


8. LEGO Wave Pool

LEGO Wave Pool

Kolam besar ini dilengkapi dengan ombak yang dijana secara automatik untuk meniru kesan berombak seolah-olah di laut. Paras air disini juga berbeza, semakin jauh anda pergi semakin dalam paras air di dalam kolam.

Di kawasan tepi kolam paras airnya agak cetek jadi ianya sesuai untuk kanak-kanak kecil bermain disini.

Untuk mereka yang ingin bersantai-santai, terdapat juga kerusi-kerusi rehat untuk anda duduk dan berehat. Jika anda ingin berlindung dari cahaya matahari yang terik dan suasana yang sedikit ‘privacy’ anda boleh menyewa cabana.

Cabana boleh disewa untuk sehari atau setengah hari dan anda akan mendapat dua kerusi rehat, dua kerusi untuk duduk, dua tuala , satu meja dan juga peti keselamatan. Pengunjung yang berada di dalam cabana yang disewa akan mendapat minuman dan juga perkhidmatan Wi-Fi percuma.

Peraturan Di LEGO Wave Pool:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian 107cm dan ke atas.

9. Red Rush

Red Rush

Permainan ini boleh memuatkan kesemua ahli keluarga anda (sehingga 6 orang) dalam satu pelampung yang besar. Permainan ini akan membawa anda menyelusuri trek yang berliku sepanjang 100 meter di dalam tub yang separuh terbuka dan separuh tertutup.

Peraturan Di Red Rush:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian 102cm dan ke atas.
  • Pemain perlu mempunyai berat di bawah 136kg bagi setiap individu.
  • Berat keseluruhan pula tidak boleh melebihi 454.50kg.

10. Splash ‘N’ Swirl

Splash ‘N’ Swirl

Satu lagi gelongsor yang ada disini adalah Splash ‘N’ Swirl, dan merupakan gelongsor yang terbesar di dalam taman tema air Legoland Malaysia. Anda boleh bermain gelongsor ini sendiri atau bersama keluarga dan kawan-kawan anda. Senang sahaja untuk bermain disini, anda hanya perlu naik ke atas, dapatkan pelampung anda dan gelongsor turun dari atas tub.

Seperti namanya, gelongsor ini akan membuatkan pelampung anda berpusing di

bulatan yang ada di tengah-tengahnya sebelum anda pergi ke bahagian kedua dan menghabiskan pengembaraan anda disini.

Sila ambil perhatian tentang pakaian-pakaian yang tidak dibenarkan disini seperti t-shirt ‘cotton’, ‘wetsuits’, pakaian dengan zip yang terdedah dah atas sebab-sebab keselamatan.

Peraturan Di Splash ‘N’ Swirl:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian 107cm dan ke atas.
  • Pemain perlu mempunyai berat di bawah 136kg bagi setiap individu.
  • Berat keseluruhan pula tidak boleh melebihi 182kg.

11. Tidal Tube

Tidal Tube

Dengan ukuran 240 kaki, permainan ini merupakan gelongsor yang tertutup dan menjanjikan anda keterujaan yang tidak terhingga. Tiada peralatan tambahan yang diperlukan disini untuk mereka yang ingin bermain gelongsor ini. Anda hanya perlu naik ke atas gelongsor dan meluncur turun dengan penuh keseronokan.

Pakaian yang tidak dibenarkan disini adalah sama dengan permainan yang lain, anda boleh lihat di bawah.

 

Peraturan Di Tidal Tube:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian 107cm dan ke atas.
  • Pemain perlu mempunyai berat di bawah 136kg bagi setiap individu.

12. Twin Chasers

Twin Chasers

Permainan seterusnya dikenali sebagai Twin Chasers kerana ianya merupakan dua gelongsor tertutup yang terletak bersebelahan satu sama lain, gelongsor berkembar! Pengunjung boleh menggelongsor turun melalui tub sepanjang 130 kaki dan terus ke dalam kolam!

Untuk pengunjung cilik, hanya mereka yang mempunyai ketinggian 102cm ke atas dan berat tidak melebihi 136kg dan perlu mengenakan pakaian yang dibenarkan sahaja.

 Peraturan Di Twin Chasers:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian 102cm dan ke atas.
  • Pemain perlu mempunyai berat di bawah 136kg bagi setiap individu.

13. Wave Rider

Wave Rider

Salah satu gelongsor yang tertinggi di taman tema air ini, permainan ini akan membuatkan anda teruja di sepanjang tub terbuka setinggi 240 kaki. Cabar diri anda untuk bermain disini lagi dan lagi.

Peraturan Di Twin Chasers:

  • Pemain perlu mempunyai ketinggian 107cm dan ke atas.
  • Pemain perlu mempunyai berat di bawah 136kg bagi setiap individu.
  • Pemain tidak dibenarkan memakai ‘wetsuits’, tshirt ‘cotton’, kasut renang, pakaian dengan zip yang terdedah, cermin mata hitam, topi atau lain-lain yang boleh rosak semasa bermain disini.

14. Surf Shop

Surf Shop

Seperti namanya, ianya terletak di dalam taman tema air tetapi bukanlah permainan tapi sebuah kedai. Anda boleh mendapatkan pelbagai peralatan renang dan juga permainan. Dapatkan juga barangan edisi istimewa Legoland dan juga cenderamata.


15. Brick Cafe

Brick Cafe

Kafe bertemakan Lego yang anda boleh lawati untuk mengembalikan tenaga dengan pelbagai snek, Sandwich, minuman dan smoothies. Untuk kanak-kanak pula ada disediakan ‘kids meal’ dan juga aiskrim. Kafe beroperasi dari pukul 9:00am – 6:00pm.


Tip Berkunjung ke Taman Tema Air Legoland Malaysia Johor

Setelah berkongsi tentang permainan dan kemudahan yang disediakan di taman ini, berikut merupakan tip supaya lawatan anda ke sini menjadi lebih selesa dan menyeronokkan.

Ini merupakan waktu yang terbaik untuk bersama keluarga anda dan permainan yang ada pastinya akan membuat anda sibuk sepanjang hari. Tip-tip di bawah akan memastikan anda dapat menikmati keseronokan semaksimum yang mungkin:

  • Cuaca selalunya panas di dalam taman ini, pastikan anda membawa bekalan losen penghalang matahari yang mencukupi. Anda juga digalakkan untuk membawa losen yang kalis air.

Cuaca boleh menjadi sangat panas dan tiada tempat untuk berlindung dari cahaya matahari di sini. Oleh itu, pastikan anda membawa losen penghalang matahari yang mencukupi. Cabana yang merupakan khemah yang dilengkapi dengan kerusi, rak yang boleh dilipat, peti sejuk dan kipas ada disediakan untuk disewa oleh pengunjung. Cabana boleh disewa dengan harga RM150 untuk setengah hari.

  • Harga makanan yang agak tinggi di dalam taman tema Legoland Malaysia Johor

Seperti yang boleh di agak, harga makanan di dalam taman ini sedikit mahal berbanding dengan harga di luar. Tetapi, pengunjung boleh memilih berbagai pilihan makanan seperti Burger King, KFC dan Old Town Coffee di kawasan luar taman tema.

  • Bawa tuala lebih

Lokar ada disediakan di Taman Tema Air Legoland Malaysia Johor dan harganya juga berpatutan iaitu – RM20 untuk setengah hari dan RM40 untuk satu hari. Bilik mandi juga ada disediakan untuk kegunaan seorang atau bilik mandi yang besar dan boleh memuatkan 3-4 kanak-kanak dalam satu-satu masa. Tetapi tiada tuala di sediakan. Pengunjung boleh menyewa tuala di sana sekiranya mereka terlupa untuk membawa dari rumah. Tapi adalah lebih baik untuk menyediakan tuala anda sendiri.

  • Jika anda membawa barang berharga dan barang elektronik, anda disarankan untuk menyimpannya dalam beg kering.
  • Minum banyak air sepanjang berada di sana
  • Bawa bersama topi dan kaca mata hitam
  • Pakai pakaian renang yang dibenarkan untuk semua permainan
  • Hampir semua permainan mempunyai had ketinggian dan berat yang perlu dipatuhi
  • Elakkan memakai barang kemas dan jam untuk keselamatan anda dan barang ini tidak dibenarkan di atas gelongsor
  • Anda disarankan untuk datang awal bagi mengelakkan anda beratur dengan lama di setiap permainan
  • Untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak tahu berenang sila pakai jaket keselamatan semasa berada di dalam kolam yang besar.
  • Kemudahan lain yang boleh didapati di sini adalah bilik bayi dan juga disediakan surau untuk pengunjung Muslim termasuk di taman tema air.

Pakej Tiket Taman Tema Air Legoland Malaysia Johor dan Tiket Masuk

Anda disarankan untuk membeli tiket dengan lebih awal sekiranya anda ingin datang semasa musim cuti sekolah atau musim perayaan bagi mengelakkan anda beratur lama di kaunter tiket.

Berikut merupakan senarai harga untuk Taman Tema Air Legoland Malaysia Johor:

Tiket 1-Hari ke Taman Tema Air 

  • 1-Hari Taman Tema Air Legoland
  • RM 157/ Dewasa (12-59 tahun)
  • RM 128/ Kanak-kanak (3-11 tahun) atau Warga Emas (berumur 60 tahun & ke atas)
  • Tiket 1-Hari ke Taman Tema
  • 1-Hari Taman Tema Legoland
  • RM 231/Dewasa (12-59 tahun)
  • RM 185/Kanak-kanak (3-11 tahun) atau Warga Emas (berumur 60 tahun & ke atas)
  • Tiket Combo 1-Hari (Taman Tema + ‘Sea Life’)
  • Akses tanpa had ke Taman Tema Legoland Malaysia & Sea Life untuk 1 hari
  • RM 278/Dewasa (12-59 tahun)
  • RM 221/Kanak-kanak (3-11 tahun) atau Warga Emas (berumur 60 tahun & ke atas)

 

4.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

13 Homestay Di Johor Bahru – Macam Resort!

Johor merupakan sebuah negeri yang harus dikunjungi pelancong. Pelbagai tempat persinggahan yang menarik minat pelancong untuk datang ke sini. Terletak bersebelahan dengan Singapura, Johor...

10 Pasar Malam Johor Bahru yg BEST

Pasar malam tidak hanya menjadi tempat berbelanjaan tetapi juga menjadi pusat makanan tempatan yang menawarkan pelbagai juadah yang lazat, sekaligus memberikan pengalaman budaya yang...

40+ Tempat Makan Best di Johor Bahru Untuk Pelancong Terokai

Lengkapkan percutian anda di Johor Bahru dengan melawati destinasi makan menarik di JB untuk santapan anda sekeluarga. Sekiranya ini adalah kali pertama anda bercuti...

TOP 10 Tempat Massage di Johor Bahru TERBAIK

Jika anda sedang mencari senarai tempat urut yang terbaik di Johor Bahru, anda telah sampai ke tempat yang tepat. Dalam senarai ini, kami akan...

10 Kedai Steamboat Johor Bahru Paling SEDAP

Sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai tempat menarik, Johor Bahru turut menawarkan sejumlah pilihan tempat makan terutamanya kedai steamboat yang menarik untuk dinikmati....

Top 10 Kereta Sewa Johor Bharu & Kluang yg Terbaik

Adakah anda sedang bercuti di negeri Johor? Perlukan kenderaan dengan segera untuk mengunjungi tempat menarik di Johor atau anda ingin menuju ke tempat makan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x