Kluang Container Hotel – Best untuk Family Day

Kluang Container Hotel

Table of Contents

Kluang Container Hotel adalah sebuah tempat penginapan kontena dengan pemandangan taman yang pertama di Kluang, Johor. Binaan bilik hotelnya adalah daripada 2 kontena yang ditindih atas bawah dan menjadikannya seperti hotel dua tingkat. Mesti susah untuk anda membayangkannya tetapi ianya bukanlah seperti yang anda bayangkan. Rekaan dalaman sudah diubah dan menjadikannya kelihatan seperti berada di bilik hotel mewah. Ianya cukup lengkap dengan segala kemudahan yang anda perlukan semasa bercuti di Kluang.

Jenis Bilik di Kluang Container Hotel

Kluang Container Hotel bilik

Kluang Container Hotel ini menawarkan 3 jenis bilik iaitu deluxe king room untuk 2 orang, standard family room untuk 4 orang dan superior family room  untuk 5 orang. Setiap bilik disini mempunyai saiz katil yang berbeza.  Jadi, anda boleh pilih mengikut keperluan dan ketersediaan bilik. Antara kemudahan yang disediakan untuk setiap bilik pula ialah katil yang selesa, tv, air-cond, ruang tamu, balkoni, bilik air persendirian dan wifi percuma. Apa yang menariknya, setiap bilik akan dapat melihat pemandangan swimming pool atau mini garden. Selain daripada bilik-bilik hotel, tempat penginapan ini ada menyediakan pakej-pakej lain seperti pakej family gathering, majlis pernikahan, dan pakej event company. Anda boleh berhubung dengan pihak Kluang Container Hotel sendiri untuk pertanyaan yang lebih lanjut. Info-info penting mengenai hotel ini anda boleh lihat di bawah.

Kemudahan di Kluang Container Hotel

Untuk anda yang ingin menggunakan kemudahan secara persendirian pun boleh iaitu dengan mengambil pakej-pakej yang ditawarkan. Contohnya seperti karaoke room, private swimming pool, ruangan BBQ dan peralatan lengkap untuk BBQ. Hotel ini juga ada menyediakan parking percuma untuk mereka yang menginap disini. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mencari parking. Disebabkan tempat penginapan ini mempunyai swimming pool yang luas dan besar, anda juga boleh datang kesini bersama anak-anak untuk bermandi-manda sahaja tanpa perlu menginap disini tetapi anda perlu menghubungi pihak hotel terlebih dahulu. Bukan sahaja swimming pool yang luas malah tempat penginapan ini juga mempunyai sebuah gelongsor air. Memang akan menambahkan keterujaan anak-anak anda untuk bermandi-manda di sini.

Harga Bilik di Kluang Container Hotel

Bercakap mengenai harganya pula, harga untuk standard room yang boleh memuatkan 2 orang ini hanyalah sekitar RM150 manakala harga untuk family room yang boleh memuatkan 4-5 orang pula ialah sekitar RM250 hingga RM300. Memang sangat berbaloi dan berpatutan untuk segala kemudahan yang disediakan. 

Alamat: Lot 10943, Jalan 2, Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


4.6/5 - (11 votes)
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
suhanto
suhanto
2 years ago

Kluang container hotel memang bes, anak suka sangat swimming pool dia, hanya malam bising sikit sebab semua bilik sebelah ade parti hari jadi, tapi overall ok, environment pun cantik.

Baca Lagi

  • 10 Aug, 2015
Tempat-tempat bersejarah di Malaysia memang banyak dan unik. Di sebalik setiap kewujudannya mempunyai seribu satu ceritanya tersendiri. Ada...
  • 16 Aug, 2015
Maldives, Bali dan Phuket merupakan antara destinasi pelancongan di pulau yang sangat popular di dunia. Bak kata orang,...
  • 24 Aug, 2015
Cuti sekolah dah nak sampai, dan yang pasti anak-anak mesti ‘sound’, “ Mak Ayah ! cuti sekolah nanti...
  • 25 Aug, 2015
Destinasi percutian di taman tema merupakan salah satu pilihan orang Malaysia kalau nak bercuti dengan keluarga terutamanya yang...
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination