Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Taman Tema di Malaysia yang BEST di setiap Negeri

Destinasi percutian di taman tema merupakan salah satu pilihan orang Malaysia kalau nak bercuti dengan keluarga terutamanya yang mempunyai kanak-kanak yang masih bersekolah. Tengok sajalah betapa banyaknya taman tema di Malaysia sekarang.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai taman temanya yang tersendiri. Yang terbaru, Taman Tema Air di Hulu Terengganu yang dikenali sebagai Kenyir Water Park yang baru dibuka dengan rasminya pada Mei 2015.


Taman Tema di Selangor


Sunway Lagoon- taman tema air premier

taman tema di malaysia yang best

Merupakan taman tema air di Malaysia yang paling popular yang menempatkan pelbagai permainan air yang mencabar dan tidak kurang juga permainan darat yang pasti meledakkan hormon adrenalin pengunjung yang mencuba.

Antara tarikan yang ada di sini surfing pool, man-made beach, Amusement Park, water rides, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan banyak lagi. Yang paling mendebarkan di sini sudah tentulah mencuba Bungee Jumping dan G-Force X.

Taman Tema Sunway Lagoon juga terletak dalam satu kawasan dengan Sunway Pyramid SHopping Mall dan juga Sunway Resort Hotel.


iCity Shah Alam

taman tema air best di selangor

Di sini terletaknya satu gelongsor air yang sangat menarik yang dikenali dengan Tornado Ride yang pasti memberi kepuasan kepada anda yang sukakan cabaran. Waktu operasi untuk setiap permainan dan tarikan di iCity Shah Alam, sila rujuk di sini.


Wet World Shah Alam

wet world shah alam selangor

Merupakan antara taman tema yang paling awal di Selangor dan terletak di Seksyen 2, Shah Alam. Taman tema air di Shah Alam ini menempatkan pelbagai permainan air yang telah dinaiktarafkan sebagai inisiatif bersaing dengan tarikan taman tema air yang lain di Selangor. Antara yang permainan air menarik di sini untuk golongan muda ialah and Thunder River, Monsoon Buster Adventure,  Super Hurricane dan juga Caribbean Rider.

Taman tema air Wet World Shah Alam juga mempunyai kawasan yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. Dengan tarikan yang bervariasi, Wet World Shah Alam sering menjadi destinasi pilihan golongan yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah. Beroperasi setiap hari dari jam 10 am sehingga 6 petang kecuali hari Rabu (kecuali cuti sekolah/umum).


Asian Water Sports Village Puchong

puchong water sport village menarik

Satu taman tema air yang terletak di Puchong, Selangor dan semua aktiviti di sini melibatkan sukan air. Kebanyakan sukan air di sini sangat mencabar dan hanya sesuai untuk mereka yang berani sahaja.Yang uniknya, tarikan utama yang unik di sini kebanyakannya memerlukan anda ditarik dengan menggunakan bot.

Dan setiap cabaran adalah berbeza mengikut jenis ride yang anda pilih. Antara namanya ialah GX4, Graphic Deck, EvoPro 3, Banana Boat, Aqua Fly,  Fly Fish, Fifty Four dan Turbo Blast. Di sini juga menempatkan sukan yang lebih releks seperti berkayak, bermain pasir dan bermain layang-layang yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Satu taman tema di Malaysia yang sangat lain daripada yang lain untuk dicuba. Nak tahu apa yang menarik di destinasi ini sila lihat video di sini.


Morib Gold Coast Resort

morib goldcoast selangor

Satu lagi destinasi taman tema air di Banting, Selangor yang sangat ideal untuk mereka yang nakkan percutian di tepi pantai. Taman tema air ini terletak di dalam Resort Morib Gold Coast yang mempunyai gelongsor air, kolam dan permainan yang menarik untuk pengunjung yang berkeluarga.

Selain bermain air di water park, anda boleh bersiar-siar di tepi Pantai Morib dan yang paling best di sini ialah melihat matahari terbenam di seberang laut Selat Melaka. Klik di sini untuk Lebih banyak gambar menarik di Gold Coast Morib Resort.


Taman Tema di Kuala Lumpur


KidZania Kuala Lumpur

kidszania kuala lumpur

Merupakan salah satu taman tema di Malaysia yang dibina khas sebagai tempat bermain sambil belajar untuk kanak-kanak. Taman tema indoor  ini ibarat syurga bagi kanak-kanak di mana mereka boleh menjadi dan melakukan apa yang orang dewasa lakukan seperti menjadi ahli bomba, menjadi juruterbang, doktor dan sebagainya.

KidZania terletak di dalam bangunan besar Curver NX di Mutiara Damansara yang juga bersambung dengan beberapa tempat membeli belah seperti IKEA, The Curve dan Tesco. KidZania boleh dianggap sebagai satu taman tema terbaik di Malaysia khas untuk kanak-kanak. Rujukan: KidZania


Berjaya Times Square Theme Park

berjaya times square kuala lumpur

Merupakan sebuah taman tema indoor yang terletak di dalam Berjaya Time Square Shopping Mall di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Yang paling teruja apabila berada di sini, ialah mencuba permainan roller coaster yang dianggap antara yang paling membuatkan jantung anda berdegup kencang di Malaysia.

Terdapat banyak permainan di sini yang juga sesuai untuk kanak-kanak. Lokasinya berada di kawasan tumpuan pelancong iaitu dalam ‘the Golden Triange of Kuala Lumpur’ dan dikelilingi banyak hotel-hotel dan shopping mall. Sambil-sambil shopping bolehlah bawa anak-anak ke sini untuk bersuka ria. Waktu operasi: Isnin-Jumaat: 12 tengahari – 10 malam. Sabtu & Ahad: 11 pagi – 10 malam. Rujukan:  Berjaya Times Square Theme Park


 Taman Tema di Melaka


A’Famosa Theme Park

a famosa high speed water slide

Merupakan taman tema di Melaka yang sangat popular untuk pengunjung yang berkeluarga. Di sini menempatkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk percutian di musim cuti sekolah seperti pernginapan di resort hotel, taman tema air, safari park dan juga lapangan padang golf. Beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga ke 5 petang. Sila rujuk laman web A’Famosa Theme Park untuk maklumat lanjut.


Melaka Wonderland

taman teman air melaka best

Sebuah taman tema di Melaka yang terletak tidak jauh dari Zoo Melaka di Jalan Ayer Keroh. Melaka Wonderland menempatkan pelbagai permainan air menarik seperti wave pool, water slides, aqua bubble, tornado chaser dan juga boat rides. Satu taman tema air di Melaka yang sangat sesuai untuk datang bersama keluarga memandangkan lokasinya yang strategik dan tidak jauh dengan bandar utama Melaka serta tarikan utama lain. Waktu operasi dan harga tiket anda boleh rujuk di website Melaka Wonderland.


Taman Tema di Johor


Legoland Malaysia Resort

legoland resort theme park

Baru saja beroperasi pada 2012 namun dalam masa yang singkat, Legoland Malaysia Resort telah menjadi antara destinasi taman tema di Malaysia yang paling popular seiring dengan Sunway Lagoon mahupun Genting Highland Theme Park. Dan yang menariknya, taman tema air Legoland di Johor ini merupakan taman tema air Legoland yang terbesar di dunia mengalahkan taman tema air Legoland di California dan Florida, USA.

Memandangkan Legoland Malaysia Resort ini besar, mungkin sehari tidak mencukupi untuk anda melawat semua tempat. Salah satu cadangan bagi pengunjung yang jauh adalah untuk menginap di Legoland Resort atau hotel di Johor Bahru untuk kepuasan yang maksimum di sini.

Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang. Rujukan: Legoland Malaysia Resort


Hello Kitty Town

taman kanak kanak indoor johor

Merupakan taman tema indoor yang terletak tidak jauh dari Legoland Malaysia. Taman permainan indoor ini menjadi tarikan lebih kepada kanak-kanak perempuan memandangkan hiasan dan kebanyakan permainan yang ada di sini bertemakan animasi kartun Hello Kitty. Menempatkan pelbagai permainan, muzium kanak-kanak dan juga kafe.

Dengan kemudahan tempat yang tertutup dan berhawa dingin, Hello Kitty Town mungkin salah satu alternatif kepada anda untuk bercuti sekiranya cuaca hujan untuk ke Legoland Malaysia Resort. Taman tema yang terletak di dalam kompleks bangunan Puteri Harbor di Nusajaya ini berada dalam satu bangunan dengan satu lagi tarikan di Johor iaitu the Little Big Club.

Waktu operasi: Isnin-Ahad: 10 pagi – 6 petang. Rujukan: Hello Kitty Town Website


Little Big Club at Puteri Harbor

bob the builder theme johor

Satu lagi taman tema tertutup yang berada di kompleks bangunan Puteri Hargour dan di aras 3. Little Big Club menawarkan pelbagai tarikan untuk pengunjung kanak-kanak seperti rides, persembahan dan juga restoran. Terdapat juga mini show daripada maskot kartun animasi terkenal kanak-kanak seperti Barney, Bob the Builder, Thomas dan Friends dan Pingu. Satu theme park di Johor yang sangat sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah atau yang masih tadika untuk dilawati.

Waktu operasi: Isnin-Ahad: 10 pagi – 6 petang. Rujukan: Hello Kitty Town Website


Wet World Batu Pahat

wet world batu pahat johor

Merupakan taman tema air yang sangat popular di Johor sebelum kewujudan Legoland Malaysia Resort. Wet World Batu Pahat telah beroperasi sejak tahun 2000 dan boleh menempatkan sehingga 20,000 orang pada sesuatu masa. Banyak permainan air seperti water slides dan wave pool yang sesuai untuk golongan muda mahupun kanak-kanak. Rujukan: Wet World Water Park Website


Taman Tema di Pahang


Genting Highlands Theme Park

genting highland theme park

Merupakan taman tema di Malaysia yang paling popular yang menempatkan puluhan permainan outdoor ataupun indoor. Di sini mempunyai beberapa pilihan penginapan hotel dan resort yang boleh anda pilih untuk bermalam. Memang satu destinasi taman tema di Malaysia yang wajib anda kunjungi walaupun sekali seumur hidup.


Bukit Gambang Water Park

gambang water theme park

Salah satu taman tema air yang sangat menarik terletak di Bukit Gambar Resort City. Destinasi ini sangat sesuai kepada mereka samaada yang kecil ataupun dewasa kerana mempunyai permainan air yang lasak dan juga ada permainan yang lebih mesra kanak-kanak. Selain aktiviti air, anda juga berpeluang untuk mencuba permainan di atas darat seperti menunggang ATV di dalam laluan hutan yang pasti mencabar tahap stamina anda ataupun ke safari. Sering juga menjadi destinasi badan korporat dan badan kerajaan untuk mengadakan hari keluarga ataupun temabuilding.


Taman Tema di Perak


Lost World of Tambun

tambun theme park perak

Merupakan satu taman tema di Perak yang sangat popular selain Bukit Merah Laketown Resort. Lost World of Tambun yang diuruskan oleh Sunway Group ini menempatkan pelbagai tarikan termasuk dengan penginapan resort hotel yang sesuai untuk anda dari KL ataupun utara semenanjung. Antara tarikan yang ada di sini ialah petting zoo, taman harimau, taman permainan dan permainan air. Untuk maklumat lanjut sila ke sini.


Bukit Merah Laketown Theme Park

taman tema bukit merah perak

Merupakan taman tema air yang berkonsepkan mesra alam sekitar. Di sini menempatkan permainan air dan juga berdekatan dengan pulau Orang Utan yang merupakan satu-satunya santuari Orang Utan di Semenanjung Malaysia. Bagi yang inginkan percutian ke destinasi taman tema yang lebih ‘alam semulajadi’ bolehlah menginap di Bukit Merah Resort. Info lanjut.


Taman Tema di Negeri Sembilan


Wet World Water Park Air Panas

wet world air panas

Merupakan salah satu taman tema air ‘hot spring’ yang sangat unik yang menempatkan gelongsor air untuk permainan kanak-kanak mahupun dewasa. Di sini juga terdapat kolam ombak (tidal wave pool) yang pasti memberi lebih keseronokan untuk golongan yang lebih muda. Beroperasi daripada Isnin-Jumaat pukul 1 pm – 7 pm dan pada hari hujung minggu bermula seawal 10 pagi sehingga ke 7 malam.


Taman Tema di Pulau Pinang


Escape Theme Park Penang

escape theme park penang

Taman tema di Teluk Bahang ini baru beroperasi sejak 2012 dan terletak berdekatan dengan kawasan pelancongan di Batu Feringgi. Permainan di sini lebih kepada tarikan permainan darat di dalam hutan yang sesuai untuk aktiviti seperti teambuilding dan kem bina semangat. Info lanjut.


Taman Tema di Kedah


Carnival Land and Water Theme Park

taman tema di kedah

Taman tema air dan darat ini terletak di Sungai Petani, Kedah yang menempatkan tarikan permainan air yang tidak kurang hebatnya. Lebih dikenali dengan nama The Carnival, taman tema ini telah dibuka sejak tahun 2006 lagi, dan di sini menempatkan beberapa bahagian seperti discovery island, waterslide, tidal wave dan river of adventure. Ikuti perkembangan pihak pengurusan di fanpage mereka.


Taman Tema di Terengganu


Kenyir Water Park – taman tema di Malaysia terbaru

kenyir theme park terengganu

Merupakan satu taman tema di Malaysia yang agak unik kerana dibina di tengah-tengah tasik. Di sini terdapat permaianan air untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Yang uniknya, terdapat permainan di tengah tasik yang lebih mencabar untuk golongan muda. Baru dibuka pada 31 Mei 2015 untuk fasa pertama dan pembinaan fasa kedua Kenyir Water Lake yang sedang dalam pembinaan akan menjanjikan permainan air yang lebih banyak dan mencabar.


Semoga senarai taman tema di Malaysia di atas untuk setiap negeri membantu anda membuat keputusan untuk bercuti nanti. Selamat cuti cuti satu Malaysia. Wassalam.

4.6/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

12 Taman Tema dalam Resort di Malaysia – Anak MESTI SUKA

Setiap kali cuti sekolah, anak-anak semestinya akan mengajak ibu bapa untuk bercuti ke tempat menarik di Malaysia. Anda boleh lihat 12 destinasi percutian yang ada...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Aida hamzah
5 years ago

Cuti ni bole lah pergi… Jomm

Hani syahirah
Hani syahirah
6 years ago

Good…i appreciate to caridestinasi

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x