Tempat Bersejarah di Malaysia – Yang Paling Kagum

9
20841
tempat bersejarah di malaysia

Tempat-tempat bersejarah di Malaysia memang banyak dan unik. Di sebalik setiap kewujudannya mempunyai seribu satu ceritanya tersendiri. Ada yang terbina kerana cinta dan ada yang terbina kerana kuasa.

Jom kita lihat beberapa tempat menarik di Malaysia dalam kategori sejarah yang sering menjadi subjek para arkeologi dan pengkaji sejarah.


Kellie’s Castle – Kerana cinta maka terbinanya Taj Mahal

tempat bersejarah di malaysia

Pernah dengar pasal Taj Mahal? Sebuah tempat bersejarah di dunia yang sangat terkenal malah dianggap sebagai satu tempat ajaib di dunia. Jadi, apa kena mengena Taj Mahal dengan Kellie’s Castle ni?

Persamaan Taj Mahal dan Kellie’s Castle di Perak ini ialah pada ceritanya. Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan untuk membuktikan cinta sejatinya kepada insan tersayangnya yang telah ‘pergi’ iaitu Mumtaz.

Berbalik kepada Kellie’s Castle, ianya mula dibina pada 1915 oleh seorang warga Scotland iaitu William Kellie Smith sebagai lambang cinta dan kasih sayang kepada isterinya namun istana atau rumah agam ini tidak siap dibina sepenuhnya kerana Kellie mati mengejut pada tahun 1926 kerana sakit pneumonia.

Kellie’s Castle kini menjadi tempat bersejarah untuk dilawati di Perak dengan senibina bangunannya yang bercirikan Scottish, Moorish dan Indian.

Ada juga yang mengatakan tempat ini agak ‘keras’. Sejauh mana benar ceritanya, kenalah datang sendiri melawat. Yang peliknya walaupun tempatnya dikatakan ‘keras’, saban hari ada sahaja yang datang singgah di sini untuk melihat kesan sejarah yang terdapat di Kellie’s Castle.

Kisah menarik tentang Kellie’s Castle di dalam video di bawah.

Sumber video: Ariff Ishak


Lembah Bujang – Binaan manusia tertua di Asia Tenggara

lembah bujang sejarah malaysia

Sekali imbas, binaan Chandi Lembah Bujang mungkin kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun siapa sangka, binaannya direkodkan sebagai bahan binaan manusia tertua di Asia Tenggara.

Dipercayai Chandi Lembah Bujang ini wujud sejak awal abad Masihi lagi dan terbinanya Chandi ini menunjukkan Lembah Bujang telah mempunyai hubungan perdagangan maritim dengan negara luar seperti China sejak berkurun lamanya dahulu.


Istana Lama Seri Menanti – Dibina tanpa sebatang paku

istana seri menanti malaysia

Memang kagum dengan kemahiran pertukangan kayu dan senibina bangunan orang dulu-dulu. Bayangkan sebuah Istana Lama Seri Menanti ini begitu besar dan cantik senibinanya ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku.

Alternatif kepada paku bagi menghubungkan kayu-kayu dan tiang seri istana ini ialah dengan menggunakan pasak kayu. Istana ini mempunyai 4 batang tiang seri utama dan 99 batang tiang kayu.

Senibina Istana Lama Seri menanti dipengaruhi oleh ciri-ciri budaya seni Minangkabau dari Indonesia. Istana yang dibina pada tahun 1902 dan terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini telah menjadi tempat kediaman rasmi Yang Dipertuan Besar sejak awal 1900 an lagi.

Sejak tahun 1992, istana ini telah dijadikan muzium diraja yang menempatkan pelbagai artifak sejarah masyarakat Negeri Sembilan.


Kota A Famosa – Binaan Eropah tertua di Asia

kawasan bersejarah di malaysia melaka

Binaan kubu oleh Portugis yang berusia lebih 500 tahun. Kubu ini dibina pada tahun 1511 selepas berjaya menjajah kota Melaka.

Kota A Famosa boleh dikatakan tempat bersejarah di Malaysia yang paling popular dan merupakan mercu tanda utama bagi negeri Melaka. Tinggalan kota ini menjadikannya sebagai seni bina dari Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia.


Fort Conwallis – Kubu tempat bersejarah di Malaysia yang terbesar

tempat bersejarah penang malaysia

Fort Cornwallis merupakan kubu lama yang terbesar yang masih ada di Malaysia yang terletak berdekatan dengan Esplanade dan Penang Cloctower di Pulau Pinang.

Kubu ini dibina pada tahun 1786 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris selepas memiliki Pulau Pinang daripada Kedah. Kubu ini juga untuk menangkis serangan musuh seperti lanun dan juga Kedah.


Itulah dia antara contoh tempat bersejarah di Malaysia yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia kita harus sentiasa beringat akan kuasa asing yang sentiasa akan mencari peluang untuk kembali menjajah bumi tercinta Malaysia.

4.4/5 - (18 votes)
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
deeviya 12years old
deeviya 12years old
3 years ago

tq kerana saya dapat buat projek saya

DAK II LIT
DAK II LIT
5 years ago

TERBOEEKKK……….KITA BOLE CARI TALIAN DENGAN SEMUA MAKLUMAT INI……THXX

Anusha Bharathi
Anusha Bharathi
5 years ago

It’s so precious and historical places
Marvelous

yasuo
yasuo
5 years ago

bagus!!!

krishori
krishori
6 years ago

thank you
dengan ini saya boleh siapkan kerja rumah saya

siti aishah
siti aishah
6 years ago

best.aq suk sangat.nanti boleh ajak family gi situ.Insyaallah kalau panjang umur dan rezeki.

emylya
emylya
6 years ago

best