Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kota A Famosa – Ikon Pelancongan Negeri Melaka

Percutian anda ke Bandaraya Melaka tidak lengkap kalau tidak melihat dengan mata kepala sendiri ikon utama pelancongan negeri Melaka iaitu Kota A Famosa. Kalau datang ke sini sebaiknya fahami dahulu kenapa dalam banyak-banyak tempat pelancongan bersejarah di Melaka, Kota A Famosa adalah yang paling popular & sering menjadi struktur ikonik di dalam poskad & setem negeri Melaka.

Kalau anda terus datang ke sini tanpa sedikit pengetahuan tentang latar belakang & sejarahnya, mungkin anda akan rasa biasa-biasa sahaja.


Lokasi Kota A Famosa di Melaka

kota a famosa harga tiket

  • Harga tiket: percuma
  • Waktu operasi: sepanjang hari
  • Lokasi: Bersebelahan dengan Gareja St Paul & Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
  • Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka
  • Parking kereta: paling dekat bersebelahan Taman Merdeka
  • Peta: Google Map

Sejarah Kubu A Famosa

sejarah kota a famosa melaka

Kesan-kesan daripada jajaran tembok kubu Portugis yang menjadi pertahanan penjajah Portugis selepas penaklukan Melaka pada 1511 boleh didapati di beberapa tempat sekitar Bandar Hilir, Melaka. Namun struktur kubu yang paling lengkap yang masih kekal ke hari ini ialah pintu gerbang Kota A Famosa atau juga dikenali dengan Pintu Gerbang Santiago.

Pintu Gerbang Santiago ini tidaklah besar sangat namun sering menjadi kunjungan pelancong terutamanya dari luar negara kerana ia merupakan struktur senibina Eropah yang paling tua yang masih kekal di Asia. Pembinaan Kota A Famosa atau nama Melayunya, Kota yang Termasyur ini pada masa itu banyak menggunakan buruh paksaan yang kebanyakannya tawanan perang.


Rahsia kukuhnya binaan Pintu Gerbang Santiago

fungsi kota a famosa melaka

Sangat menakjubkan untuk melihat struktur bangunan yang telah berusia lebih 500 tahun dan masih berdiri gah di Melaka. Kebanyakan bangunan binaan penjajah Portugis yang ada di Melaka menggunakan sejenis batuan yang dikenali sebagai Batu Letrik atau Batu Lada. Batuan ini memang sangat susah untuk didapati dan dipercayai diambil daripada beberapa pulau di sekitar Melaka seperti Pulau Upeh. Bahkan pada hari masih ada kesan potongan batu-batuan di Pulau Upeh.

Dari segi geologinya memang batuan ini sangat kukuh & yang menjadi persoalannya bagaimana mereka membuat analisa 500 tahun yang lepas dengan teknologi yang terhad bahawa Batu Letrik adalah satu jenis batu yang kukuh. Walhal masih banyak jenis-jenis batuan lagi di sekitar negeri Melaka.


Kehancuran Kubu A Famosa

kejatuhan portugis di melaka

Menurut sumber sejarah, kubu tertutup ini dahulunya berbentuk bersegi-segi yang berlingkaran & bentuknya dari udara seakan-akan 4 segi. Peranan Kota A Famosa sangat penting untuk Portugis bagi menangkis serangan bertali arus daripada musuh mereka seperti Johor, Acheh & juga Belanda. Kejatuhan Portugis di Melaka adalah akibat daripada kepungan berterusan tentera gabungan Belanda, Johor & Acheh yang mengambil masa sehingga 7 bulan.

Kepungan ini bertujuan memutuskan hubungan & bekalan makanan daripada masuk ke dalam Kubu Portugis yang secara tak langsung melemahkan tentera Portugis di dalam. Selepas Belanda mengambil alih Kota Melaka, kubu ini pula menjadi benteng pertahanan untuk mereka. Pada 1795 & atas persetujuan dua pihak Belanda & British, Belanda terpaksa menyerahkan Kota Melaka secara sementara kepada British. Pada era British barulah kubu ini diletupkan supaya pada masa akan datang tidak lagi menjadi pentahanan ampuh tentera Belanda.


Apa yang menarik di Kota A’Famosa

tujuan pembinaan kota a famosa

Tarikan di sini yang paling utama tidak lain & tidak bukan adalah pintu gerbangnya yang berusia lebih 500 tahun serta beberapa laras meriam di sekelilingnya untuk menambahkan suasana destinasi pelancongan ini. Bagi yang tidak tahu peranan struktur bersejarah ini & tidak menghayati detik-detik naik jatuhnya Melaka, mungkin tiada nilai untuk anda.

Namun inilah peninggalan yang mempunyai seribu satu cerita lampau yang harus kita ambil sebagai pedoman supaya Kota A Famosa kedua tidak dibina di tanah yang kita pijak buat sekian kalinya pada masa akan datang. Kalau membawa anak-anak atau pelajar ke sini perlulah serba sedikit ceritakan kepada mereka tentang fungsinya pada masa kini yang bukan hanya sebagai tempat pelancongan semata-mata tetapi juga sebagai peringatan.


Saiz asal kubu pertahanan Portugis di Melaka

struktur bangunan a famosa
jajaran kubu portugis di dataran stadthuys

Kalau anda tidak pernah melawat Kota A Famosa di Bandar Hilir Melaka, memang agak sukar untuk membayangkan saiz sebenarnya. Pintu Gerbang Santiago ini hanyalah sebahagian sahaja daripada struktur kubu asalnya yang mengelilingi kawasan bukit yang menempatkan Gerej St Paul. Kalau anda bercuti ke Bandar Hilir Melaka &  berada di sekitar Dataran Shadthuys, anda boleh lagi melihat sisa sisa jajaran Kubu Portugis yang dahulunya bersambung dengan Pintu Gerbang Santiago yang berjarak lebih kurang 500 meter.


Mujurlah untuk melawat Kota A Famosa tiada harga tiket yang perlu dibayar & percuma untuk semua pelancong. Lokasinya pula sangat strategik & walaupun anda mungkin tidak merancang ke sini namun anda tetap akan melaluinya kerana Pintu Gerbang Santiago ini berada di tengah-tengah pusat tumpuan pelancong yang sekelilingnya dipenuhi dengan pelbagai tempat menarik di Melaka yang bersejarah seperti Istana Kesultanan Melaka, Gereja St Paul, Muzium Senibina Malaysia, Muzium Setem & beberapa muzium lain. Sekian wassalam.

4.7/5 - (55 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Setem Melaka – Harga Tiket & Waktu Operasi Terkini

Muzium Setem Melaka yang terletak hanya beberapa meter dari Kota A Famosa ini merupakan sebuah bangunan lama yang telah dibina sejak era penjajahan Belanda....

Homestay Kontena Melaka: Homestay Menarik Yang Wajib Dikunjungi

Pada musim cuti sekolah ini, pasti ramai yang merancang ingin bersiar-siar mencipta kenangan istimewa bersama keluarga, betul tak? Sekiranya anda ingin ke Melaka, apa...

Muzium Kapal Selam Melaka – Harga Tiket & Apa Menarik di sini

Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya & keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam...

Top 10 Kereta Sewa di Melaka Yang Best & Murah

Melaka pernah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia dan juga Melaka Maju pada tahun 2010. Walaupun negeri Melaka adalah kecil, namun banyak tempat menarik dan...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

Pantai Klebang Melaka – Ini Aktiviti WAJIB Pelancong Buat

Bercuti & melawat ke tempat bersejarah di Melaka itu pasti & memang tak dinafikan sangat best. Tetapi kalau jadual melancong di Melaka anda asyik dengan...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Idris Haziq
1 year ago

Apa fungsi bangunan Kota A Famosa ini?

Hamba Allah
Hamba Allah
5 years ago

Peninggalan tempat prasejarah akan dapat dikenali sehingga kini

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x