Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Hotel Murah di Melaka untuk Percutian Bajet

Melaka merupakan bandar yang bersejarah dan mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong. Oleh itu, terdapat banyak hotel dan rumah penginapan yang murah dan selesa di Melaka. Di sini, kami senaraikan 10 hotel Melaka murah untuk anda pertimbangkan semasa membuat perancangan untuk pelancongan anda ke Melaka. Semoga bermanfaat!

10 Hotel Murah di Melaka 


1. Eco Tree Hotel, Taman Melaka Raya

Eco Tree Hotel, Taman Melaka Raya

Lokasi Eco Tree Hotel di tengah-tengah bandar Melaka sangat strategik. Anda hanya perlu berjalan beberapa minit sahaja ke tempat-tempat bersejarah, pusat membeli-belah dan pelbagai pusat hiburan. 

Eco Tree Hotel dilengkapi dengan tempat letak kereta, kolam renang, gimnasium, wi-fi dan perkhidmatan dobi untuk pelanggan. Tambahan pula, di bahagian atas hotel ini mempunyai Sky Deck dan Pool Bar di mana anda boleh berehat dan menikmati pemandangan bandar Melaka dan Selat Melaka. Harga bilik hotel ini bermula dari sekitar RM100 untuk satu malam.

Alamat: 1, Jalan Melaka Raya 9, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-653 9385


2. Vspace Guesthouse and Cafe, Jalan Kampung Pantai

Vspace Guesthouse and Cafe, Jalan Kampung Pantai

Vspace Guesthouse and Cafe adalah bangunan rumah lama dua tingkat yang terletak di tepi Sungai Melaka. Bahagian bawahnya direka bentuk sebagai kafe, manakala ruang tamunya terletak di bahagian atas. Jika anda menetap di sini, anda boleh berehat di tepi sungai sambil menikmati kopi dan makanan mereka yang lazat.

Terletak di Jonker Street, terdapat pelbagai tempat-tempat tarikan pelancong dan pengangkutan awam yang berdekatan dengan hotel ini. Harga bilik di sini bermula dari serendah RM50 untuk satu malam.

Alamat: 94, Jalan Kampung Pantai, 75200 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-289 1328


3. Mercury Boutique Hotel, Plaza Mahkota

Mercury Boutique Hotel, Plaza Mahkota

Mercury Boutique Hotel terletak di sekitar pusat bandar Melaka. Jika anda menginap di hotel ini, anda hanya perlu berjalan kaki saja untuk ke pusat membeli-belah Mahkota Parade dan Jonker Street.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu 24 jam, tempat letak kereta dan komputer di lobi untuk pelanggan melayari internet secara percuma. Selain itu, hotel ini turut menyediakan khidmat menyewa basikal untuk pelanggan bersiar-siar di bandar Melaka. Harga bilik hotel ini bermula dari RM65 untuk satu malam. 

Alamat: No 32, Jalan PM 6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-710 7106


4. Sunflower Hotel Malacca, Taman Pertam Jaya

Hotel murah, Sunflower Hotel Malacca, Taman Pertam Jaya

Hotel ini terletak berdekatan dengan Perkampungan Portugis Melaka dan Masjid Selat Melaka. Mereka menawarkan bilik yang bersih dan selesa serta sarapan percuma untuk para pelanggan. Selain itu, terdapat tempat letak kereta khas untuk pelanggan di belakang hotel. Jika anda ingin membawa rombongan yang ramai sehingga 10 orang, Sunflower Hotel juga menyediakan rumah khas untuk penginapan yang selesa. Harga bilik hotel ini bermula dari RM95 untuk satu malam.

Alamat: 57 Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-282 1500


5. Bayu View Hotel, Taman Melaka Raya

Hotel murah, Bayu View Hotel, Taman Melaka Raya

Hotel ini terletak berdekatan dengan pelbagai tempat tarikan pelancong seperti Menara Taming Sari, Kota A Famosa dan Masjid Selat Melaka. Mereka menawarkan semua kemudahan yang anda perlukan sepanjang pelancongan anda, termasuklah wi-fi percuma, perkhidmatan bilik 24 jam dan meja penyambut tetamu 24 jam.

Istimewanya hotel ini daripada hotel lain adalah kerana mereka turut menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya. Ini menunjukkan betapa inklusifnya hotel ini dalam menjalankan perkhidmatan mereka. Harga bilik hotel ini bermula dari serendah RM50 untuk satu malam.

Alamat: No 372 & 373, Jalan Melaka Raya 4, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-282 0877


6. Hotel Hong, Kampung Dua

Hotel Hong, Kampung Dua

Hotel Hong adalah hotel bajet yang menawarkan bilik bersih dan kemudahan yang mencukupi pada harga yang menarik. Terletak di tempat yang strategik, anda boleh berjalan kaki ke tempat tarikan pelancong dari sini, seperti Jonker Street, Menara Jam, The Stadthuys dan Christ Church. Hotel ini juga berdekatan dengan tebing Sungai Melaka yang mempunyai pelbagai bar dan restoran. Harga bilik hotel ini bermula dari RM60 untuk satu malam.

Alamat: No.7-B, Jalan Masjid, Kampung Dua, 75300 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-286 3322


7. Cozy Riverside Hotel, Taman Kota Laksamana

Cozy Riverside Hotel, Taman Kota Laksamana

Hotel Cozy Riverside terletak berhampiran dengan Sungai Melaka. Jadi, beberapa biliknya menawarkan pemandangan sungai tersebut yang sangat estetik. Antara lokasi menarik yang berdekatan dengan hotel ini adalah Muzium Warisan Baba & Nyonya, Jonker Street, Porta de Santiago, Menara Taming Sari dan Kubu St John. Harga bilik hotel ini bermula dari RM75 untuk satu malam. 

Alamat: 30, Jalan Kota Laksamana 1/1, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-288 9779


8. Old Town Guesthouse, Kampung Bukit China

Old Town Guesthouse, Kampung Bukit China

Old Town Guesthouse merupakan rumah tamu ringkas yang menawarkan perkhidmatan yang mesra dan suasana yang santai. Mereka juga menyediakan wi-fi percuma, ruang TV, perpustakaan, dapur dan peti sejuk untuk tetamu. Penginapan ini bukan saja mempunyai design homestay yang sangat bersih dan selesa, ia juga mempunyai kakitangan yang sangat ramah dan sedia membantu pelanggan. Harga bilik di sini bermula dari RM78 untuk satu malam.

Alamat: 119, Jalan Temenggong, Kampung Bukit China, 75100 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-286 0796


9. Voyage Home & Guesthouse, Chinatown, Melaka

Voyage Home & Guesthouse, Chinatown, Melaka

Voyage Home terletak di tengah-tengah Chinatown, pusat bersejarah yang sentiasa sibuk di Melaka. Rumah tamu ini dikelilingi dengan tempat bersejarah, tarikan bandar, pelbagai jenis kafe, bar dan restoran. Dengan tempat yang bersih dan tenang serta suasana yang mesra dan selesa, hotel ini menawarkan internet percuma kepada tetamu dan akses wi-fi di kawasan umum dan di dalam bilik.

Selain itu, mereka turut menyediakan dapur umum, komputer, pencetak, perpustakaan serta TV kabel dengan Netflix dan Youtube. Terdapat juga sarapan percuma untuk semua orang. Jika anda berminat dengan segala perks yang hotel ini sediakan, silalah hubungi mereka! Harga bilik di sini bermula dari serendah RM50 untuk satu malam.

Alamat: 4 Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-764 9931


10. Sunshine Inn Malacca, Taman Melaka Raya

Sunshine Inn Malacca, Taman Melaka Raya

Sunshine Inn merupakan bangunan berwarna-warni yang terletak di tengah-tengah Melaka. Jadi, anda dapat pergi ke tempat tarikan pelancong seperti Menara Taming Sari, Christ Church dan Jonker Street dengan mudah. Selain itu, hotel ini juga menyediakan wi-fi, sarapan, perkhidmatan dobi dan sewa kereta. Harga bilik hotel ini bermula dari RM100 untuk satu malam.

Alamat: Jalan Melaka Raya 21, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-2866 388


Kebiasaannya, harga hotel akan berubah mengikut musim. Jadi, jangan lupa untuk menyemak harga sebelum membuat pilihan dan seboleh-bolehnya membuat tempahan awal.

Kami berharap senarai hotel Melaka yang murah ini dapat membantu anda merancang percutian yang menyeronokkan di Melaka. Namun, jika hotel-hotel tersenarai tidak menepati citarasa anda, sila lihat artikel kami di mana kami senaraikan 14 homestay di Melaka yang klasik dan moden. Nikmati percutian anda!

5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay di Alor Gajah yang Pasti Anda Suka!

Alor Gajah merupakan daerah yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang suka bercuti ke Melaka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda add to list...

Pantai Klebang Melaka – Ini Aktiviti WAJIB Pelancong Buat

Bercuti & melawat ke tempat bersejarah di Melaka itu pasti & memang tak dinafikan sangat best. Tetapi kalau jadual melancong di Melaka anda asyik dengan...

10 Kedai Steamboat di Melaka yang Anda Perlu Datang!

Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain dari mempunyai tarikan dan khazanah yang...

Gereja St Paul Melaka – Sejarah & Tarikan Pelancongan Melaka

Satu tempat menarik di Melaka yang merupakan binaan lama Portugis yang masih ada yang sering mejadi tumpuan pelancong ialah Gereja St Paul di Melaka yang...

Kota A Famosa – Ikon Pelancongan Negeri Melaka

Percutian anda ke Bandaraya Melaka tidak lengkap kalau tidak melihat dengan mata kepala sendiri ikon utama pelancongan negeri Melaka iaitu Kota A Famosa. Kalau...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x