Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 16 Homestay Di Melaka- Klasik dan Moden

Seperti yang kita tahu, Melaka merupakan sebuah bandar yang bersejarah. Terdapat tempat-tempat tinggalan sejarah yang menarik yang boleh anda lawati apabila ke Melaka. Tidak cukup dengan tempat-tempat sejarah ini, anda juga boleh turut lawati pantai-pantai yang berada di Melaka. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan di Pantai Klebang ataupun untuk anda yang mahu mendapatkan pengalaman melihat matahari terbenam boleh ke Pantai Puteri, Melaka.

Tidak cukup dengan tempat-tempat yang menarik, anda boleh merasai pelbagai jenis makanan dan minuman yang viral yang terdapat di Melaka ini. Bila anda datang ke Melaka, pastinya satu hari tidak mencukupi. Menginap la di Melaka ini sekurang-kurangnya 2 malam untuk berjalan-jalan. Anda tidak perlu risau, terdapat banyak homestay di Melaka ini. Tinggal tepulang anda untuk memilih homestay yang sesuai dengan bajet percutian anda.

16 Homestay Di Melaka yg Best & Unik!


1. Limastiga Umbai Melaka

LIMASTIGA UMBAI MELAKA

Homestay yang terletak di Umbai, Melaka ini mempunyai 3 jenis rumah kesemuanya iaitu Limas Suite Villa untuk 14-18 orang, Limastiga Villa untuk 24 orang dan Limastiga Villa + untuk 30 orang. Masing-masing mempunyai 5 double room dan 1 family room, 6 family room dan 7 family room dengan 1 deluxe room. Memang sesuai untuk anda yang nak buat family day atau gathering bersama rakan-rakan. Jaraknya pula hanya 15 minit sahaja dari Bandar Hilir Melaka.

Limastiga Villa berkonsepkan seni bina moden dengan kampung style manakala Limas Suite Villa pula berkonsepkan raw and contemporary design, memang sangat menarik dan klasik dalam masa yang sama. Antara kemudahan yang disediakan disini ialah swimming pool, hot water bathrooms, tv dengan saluran Astro, wifi percuma, tempat parking, private balcony, coffee makers, gazebo untuk bersantai bersama keluarga dan dapur terbuka dengan set peralatan yang lengkap. Setiap bilik tidurnya pula dilengkapi dengan katil dan aircond. Jadi, memang sangat selesa untuk menginap disini.

Bukan hanya itu, homestay ini juga ada menyediakan bilik karaoke di mana anda boleh menyanyi bersama keluarga mahupun rakan-rakan dengan harga serendah RM 40 untuk satu jam. Selain itu, villa ini juga ada menyediakan ruangan BBQ di mana anda hanya perlu membayar RM 40 untuk menggunakannya. Tambahan pula, terdapat banyak kedai-kedai makan di kawasan sekitar. Jadi, ianya memudahkan anda untuk membeli makanan. Kepada anda yang mencari tempat penginapan yang mempunyai suasana yang tenang dan relax disini tempatnya.

Alamat: Jalan Paya Dalam / Umbai, Kampung Bukit Tembakau, 75460, Melaka

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Limastiga Homestay


2. Homestay D’Garden Melaka

HOMESTAY D'GARDEN MELAKA

Nama pun D’Garden jadi mestilah homestay ini dikelilingi dengan taman dan pokok-pokok yang menghijau. Rumah teres corner lot yang terletak di Bukit Katil, Melaka ini berkonsepkan taman kehijauan. Jadi, memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan untuk percutian yang tenang. Antara kemudahan yang ada di homestay ini ialah private swimming pool, BBQ pit, free wifi dan parking lot untuk 5 buah kereta.

Selain itu, homestay ini juga mempunyai 6 bilik tidur dan 4 bilik air dengan 3 katil king dan 4 katil queen. Jadi, ianya memang selesa untuk memuatkan 15 orang maksimum. Homestay ini juga mempunyai 2 tv yang bersaiz 55” dan 42”. Android tv di ruang tamu dilengkapi dengan Astro movie, Cartoon, Discovery, Animal Planet, HGTV dan Netflix. Ruang tamunya juga dilengkapi dengan aircond, sofa dan juga kipas. Anda juga tidak perlu risau untuk makan apa kerana anda dibenarkan untuk memasak di homestay ini. Dapurnya juga lengkap dengan semua peralatan memasak seperti dapur gas, tong gas, oven, microwave, fridge, periuk nasi, blender, periuk, kuali, cuckoo, dan banyak lagi.

Anda juga tidak perlu risau jika anda menginap lama disini kerana homestay ini mempunyai sebuah ruang dobi dengan sebuah mesin basuh, sabun pencuci baju, ampaian penyidai baju, dan penyangkut baju. Di halaman rumahnya pula mempunyai sebuah gazebo, buaian, bench dan ruangan BBQ.

Memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Ruangan BBQ pula dilengkapi tong BBQ, arang, fire starter, pemanggang, kipas tangan, penyepit, dan cooler box. Anda hanya perlu membayar RM 50 sahaja untuk menggunakan semua peralatan BBQ ini.

Alamat: No 2 Jalan Bayan 7, Taman Bukit Katil, Kampong Bukit Katil, 75450 Melaka

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp D’Garden Homestay


3. Hafiz Homestay 

hafiz homestay

Rumah Semi-D lot tepi ini dijadikan sebuah homestay yang cukup luas kawasannya sesuai untuk anda yang bercuti beramai-ramai. Homestay yang berada di Limbongan ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda nikmati. Dengan berpegang pada konsep simple, elegent, dan minimalis, sememangnya membuktikan homestay ini selesa melalui dekorasi yang simple tapi tampak mewah.

Kemudahan kolam renang yang bersaiz 20×10 amat sesuai untuk aktiviti renang bersama keluarga. Kolam renangnya juga diselenggara dengan baik dan dapat dilihat melalui birunya air kolam tersebut. Selain itu, di kawasan luar juga terdapat tempat BBQ yang memang dibina khas untuk keselamatan dan keselesaan anda semasa hendak BBQ. Pelbagai juga lagi kemudahan yang turut disediakan di homestay ini seperti gazebo..

Alamat: No 3, Jalan Pandan Indah 5E, Kampung Pulau, 75250 Melaka

Lokasi  | Facebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Hafiz Homestay


4. Mukmin Homestay

Mukmin Homestay

Mukmin Homestay ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan homestay, tetapi juga turut menawarkan penginapan di sebuah villa yang besar. Jika anda mahu bercuti bersama keluarga atau rakan dalam kumpulan yang besar, anda boleh menempah villa ini.

Villa ini memuatkan 6 bilik yang besar serta kolam tersendiri. Banyak kemudahan yang tersedia di villa ini seperti pendingin hawa, bilik air yang dilengkapi sabun mandi, tuala, televisyen dengan siaran Astro serta Wifi. Kemudahan dapur yang lengkap dengan peralatan masak juga membolehkan anda memasak bersama. Selain itu, anda juga boleh menyewa khemah, kerusi, meja, set karaoke dan set BBQ untuk aktiviti bersama keluarga dan kawan.

Untuk bahagian homestay pula, Mukmin Homestay menawarkan penginapan dengan harga serendah RM 150 untuk satu malam. Terdapat 4 unit homestay, di mana setiap satunya terdapat 2 buah bilik. Ruang tamu yang luas juga dilengkapi dengan perabot, set meja makan dan juga televisyen bersiaran Astro. Selain itu, kemudahan dapur juga disediakan dengan lengkap untuk penginapnya.

Alamat: 345, Kampung Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Malacca

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Mukmin Homestay


5. Nazirah Villa 

Nazirah villa private pool

Nazirah Villa juga turut menawarkan homestay yang besar dan luas kepada mereka yang berkunjung ke Melaka. Homestay yang besar ini juga sesuai sekiranya anda mahu mengadakan majlis seperti hari keluarga atau parti hari jadi kerana kemampuannya menampung dalam kumpulan yang besar.

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan juga menjadikan Nazirah Villa ini sebagai salah satu tumpuan mereka yang bercuti ke Melaka. Seperti homestay yang lain, Nazirah Villa yang menyediakan kolam renang yang bersaiz 20×10. Bukan itu sahaja, di homestay ini juga turut terdapat jacuzzi yang bersaiz 8×8.

Terdapat juga 5 buah bilik tidur dimana 4 daripadanya dilengkapi dengan pendingin hawa dan 3 bilik air. Bukan setakat di bilik tidur, ruang tamu yang luas juga turut dilengkapi dengan pendingin hawa. Selain dari itu, keluasan tempat meletakkan kereta boleh memuatkan sehingga 4 biji kereta pastinya akan menjamin keselamatan kereta anda kerana berasa di kawasan berpagar. Terdapat juga laman yang dihiasi dengan pokok menghijau serta rumput segar yang anda boleh jadikan sebagai spot untuk menangkap gambar.

Alamat: Jalan muhibbah 8, Klebang, 75200 Melaka

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


6. Homestay Kontena Melaka

kontena homestay

Salah satu tempat penginapan yang menjadi tarikan pengunjung di Melaka ini ialah Homestay Kontena Melaka. Uniknya homestay ini kerana ia dibangunkan dengan mengubahsuai kontena menjadi sebuah tempat penginapan yang cantik. Terdapat 4 unit kontena untuk ditempah dengan harga RM 150.

Pelbagai kemudahan yang ada di homestay ini termasuklah kolam renang yang dibuka hingga ke larut malam. Anda tidak perlu risau untuk mandi di kolam pada wakatu malam kerana lampu disediakan. Jadi anda tidak mandi dalam keadaan bergelap. Selain itu, terdapat juga basikal untuk kanak-kanak yang boleh digunakan oleh anak-anak anda. Dengan laman homestay yang luas, anda tidak perlu risau tentang keselamatan mereka.

Setiap kontena ini dilengkapi dengan televisyen LCD adan Astro, pendingin hawa, katil bersaiz queen, bilik air yang dilengkapi dengan pemanas air dan juga semestinya Wifi. Walaupun homestay ini bersaiz kontena tetapi ia memberikan jaminan keselesaan kepada anda untuk menginap di sini.

Alamat: Lot 2951, Jalan Imam Kadir, 75450 Bukit Katil, Melaka

LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Homestay Kontena Melaka


7. RooMa DeQue Homestay 

DeQue Homestay Private Pool Melaka

Rumah yang dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau ini akan menbangkitkan ketenangan dan kedamaian semasa anda menginap di sini. Rumah homestay yang besar ini sesuai untuk anda yang bercuti dalam kumpulan yang besar. Ianya merupakan rumah lot tepi yang pastinya mempunyai kawasan yang luas dan besar. Terdapat kolam renang yang besar dan sebuah gazebo di tepi lot tersebut.

DeQue Homestay mempunyai 4 buah bilik yang luas, kemudahan dapur dan kelengkapan untuk memasak dan ruang makan. Rasa tidak lengkap jika sebuah percutian di homestay besar tidak membuat BBQ bersama keluarga. Oleh itu, homestay ini juga turut menyediakan ruang dan kelengkapan BBQ untuk anda.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke Facebook rasmi DeQue Homestay ataupun telefon nombor dibawah. Pastikan anda berurusan dengan pihak yang betul kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk menipu dann mengaut keuntungan.

Alamat: No 4, Jalan Pandan Indah 5F, Kampung Pulau, 75250 Melaka

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


8. Muslimah Homestay Rumah Melaka 

Muslimah Homestay Rumah Melaka

Terdapat satu lagi homestay yang bekonsepkan kampung terletak Batu Berendam, Melaka. Muslimah Homestay Rumah Melaka ini berkonsepkan seni bina rumah Melaka lama. Rumah yang berdindingkan kayu ini akan menghidupkan suasana kampung. Untuk anda yang suka akan ketenangan di kampung, boleh segera menempah homestay ini.

Rumah kayu tradisonal ini mempunyai 3 blik tidur di mana 2 daripadanya dilengkapi dengan dengan katil bersaiz queen, manakala 1 bilik lagi dilengkapi dengan 2 katil bersaiz single. Setiap bilik ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa. Selain itu, Muslimah Homestay juga turut menyediakan kemudahan dapur untuk anda memasak.

Di kawasan luar rumah pula terdapat sebuah gazebo untuk anda bersantai. Laman homestay ini juga luas membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama semasa menginap di homestay ini.

Alamat: Jalan Sungai Putat, Batu Berendam 75350 Batu Berendam, Malacca, Malaysia

LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Muslimah Homestay


9. De LOFT Malacca Homestay

De LOFT Malacca

Homestay De Loft ini terletak di lokasi yang ideal, di mana lokasinya sudah berdekatan dengan kawasan bandar Melaka. Anda hanya perlu memandu selama 10-15 minit untuk ke tempat-tempat yang menarik di bandar Melaka seperti Menara Taming Sari, A’ Famosa, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.

De Loft merupakan sebuah rumah teres yang dijadikan homestay dengan dekorasi dalaman kelihatan moden dan kontempopari. Kombinasi warna yang dimainkan di dalam homestay ini betul-betul membangkitkan suasana seperti tempat penginapan yang mewah. Homestay ini terdapat 3 bilik yang dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen, 2 katil bersaiz single serta 2 tilam bersaiz single. Selain itu juga, ruang tempat letak kereta yang berpagar pastinya akan menjamin keselamatan kereta anda.

Alamat: 366C, Jalan Low Hee Kong, Taman Hilir, 75050 Melaka

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan


10. Femosa Homestay

Femosa Homestay

Femosa Homestay ini terletak di Pangsapuri Hilir Kota. Jarak antara homestay ini ke pusat bandar Melaka hanya sejauh 4 KM sahaja. Anda mengambil masa 5 minit sahaja pemanduan, anda pastinya sudah sampai ke pusat bandar Melaka yang terdapat pelbagai tempat-tempat menarik ini. Dekorasi rumah yang ringkas menyerlahkan lagi kawasan rumah yang luas untuk anda sekeluarga menginap. Ditambah lagi, kebersihan yang cukup dijaga oleh oleh tuan homestay pasti membuatkan anda selesa.

Hometstay ini mempunyai 3 bilik tidur dan masing-masing dilengkapi dengan penghawa dingin serta 2 bilik air. Homestay ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan dapur untuk anda masak. Selain itu, anda juga akan dapat menggunakan Wifi yang telah disediakan. Antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan ialah mandi-manda di kolam renang. Kolam renang yang tersedia cukup besar dan bersih untuk anda meluangkan masa bersama keluarga. Kolam renang ini diguna pakai oleh penduduk lain di pangsapuri juga.

Alamat: N G-7, Hilir Kota 1 Apartment, Jalan Melaka Raya 23, Melaka Raya, Melaka Raya, 75000 Melaka

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


11. Tanoshii Homestay

tanoshii homestay

Rumah bersaiz Semi-D ini mampu menampung percutian anda yang datang bersama satu kumpulan yang besar. Rumah besar ini mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa untuk anda meluangkan masa bersama-sama. Selain itu, Tanoshii mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air yang cukup dijaga kebersihannya. Untuk keselesaan anda sebagai penginap, homestay ini dilengkapi dengan pendingin hawa pada setiap bilik tidur dan juga di ruang tamu.

Kelengkapan dapur juga turut tersedia untuk anda. Jangan anda tidak tahu, homestay ini juga menyediakan tempat untuk anda melakukan aktiviti BBQ. Tambahan lagi, terdapat kolam renang yang kecil di tepi rumah. Kawasan perumahan homestay yang luas ini akan memudahkan anda untuk meletakkan kereta sekiranya anda dan keluarga datang membawa kereta masing-masing.

Terdapat kedai makan yang popular di sekitar homestay ini seperti Coconut Shake Batu Berendam dan Mango Float. Hanya mengambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk sampai ke tempat makan ini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati air buahan yang segar di sini. Selain itu, homestay ini juga turut berhampiran dengan Hospital Besar Melaka dan Balai Polis Batu Berendam. Jadi anda tidak perlu risau jika berlaku sebarang kecemasan.

Alamat: Batu Berendam, Jalan BBP 8, Taman Batu Berendam Putera, 75350 Melaka

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Tanoshii Homestay


12. Sharifah Homestay Melaka

Sharifah Homestay Melaka

Sharifah Homestay yang beralamat di Taman Bertam Setia ini mempunyai kawasan yang luas memandangkan ia rumah lot tepi. Homestay ini mempunyai 4 buah bilik tidur. Menariknya, pihak homestay turut memberi tilam tambahan sebayak 5 buah. Jadi anda tidak perlu risau kerana tempat tidur yang mencukupi dan tidak perlu berebut sesama sendiri!

Selain itu, bahagian lot tepi rumah turut dilengkapi dengan kolam mandi yang bersih dan luas untuk anda sekeluarga bercuti. Kemudahan dapur dan peralatan dapur juga turut disediakan. Tidak lupa juga dengan perkakas BBQ turut sama disediakan homestay ini. Sharifah Homestay Melaka adamenyediakan kemudahan mesin basuh dan seterika untuk memudahkan penginapnya semasa bercuti.

Dengan harga yang ditawarkan sebanyak lebih kurang RM 500 untuk satu malam dengan deposit RM 50 pastinya akan membawa pulangan yang berbaloi kepada anda. Mana tidaknya, kemudahan yang lengkap, lokasi yang mudah dicari, rumah yang luas dan bersih, sangat berbaloi dengan harganya.

Alamat: 26, Jalan BS 5, Taman Bertam Setia, 76450 Melaka

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Sharifah Homestay Melaka


13. Mutiara Alai Homestay 

11. Mutiara Alai Homestay melaka

Homestay yang berkonsepkan chalet ini terletak di Alai, Melaka. Daerah Alai sangat popular dengan port ikan bakar terbaik di Melaka. Jadi jika anda sudah menginap di sini, pastikan anda mencuba ikan bakar di Alai ini.

Mutiara Alai Homestay ini terdapat 8 unit di dalam kawasan berpagar. Setiap unit dilengkapi dengan katil yang bersaiz queen serta pendingin hawa dan boleh memuatkan sehingga 4 orang dalam satu masa. Kemudahan yang turut tersedia semestinya sebuah kolam renang yang besar serta bersih dengan kedalam 3 kaki. Selain itu, terdapat juga wakaf yang disediakan untuk anda memasak dan BBQ. Tambahan lagi, anda tidak perlu risau tentang tempat meletakkan kereta kerana kawasan laman yang luas ini dijamin  keselamatannya kerana berada di kawasan berpagar.

Mutiara Alai Homestay ini sangat sesuai jika anda mahu membuat Hari Keluarga dan Reunion kerana kemudahan yang tersedia sememangnya memudahkan anda sebagai penginap.

Alamat: 707-1, Jalan Sekolah Alai, Kampung Alai, 75460 Melaka

LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Mutiara Alai Homestay


14. Sisters Homestay Terbaik Melaka

sisters homestay

Homestay yang didirikan oleh dua orang adik beradik perempuan ini mempunyai 2 buah unit. Satu unit terletak di Bukit Rambai dan satu lagi terletak di Bukit Baru. Berlokasi strategik membuatkan homestay ini menjadi tarikan pengunjung kerana berhampiran Bandar Hilir dan Ayer Keroh yang sememangnya mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik.

Homestay ini dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur dan 2 bilik air. 2 bilik tidur di tingkat bawah turut membawa kelebihan dan memudahkan kepada pengunjungnya jika terdiri dari golongan warga emas yang tidak larat untuk naik ke bahagian atas. Homestay ini juga mempunyai dapur dan kelengkapan dapur lengkap tersedia. Ruang BBQ juga turut disediakan untuk anda.

Selain itu, kemudahan yang turut tersedia ialah telivesyen bersiaran Astro, tempat letak kereta di kawasan berpagar dan sudah tentunya kolam renang. Kolam renang yang luas dan bersih ini pastinya akan memberikan anda kepuasan semasa bercuti di sini.

Alamat: 24, Jalan Sentosa 17, Taman Sentosa, 75450 Melaka

LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Sisters Homestay


15. D’Laksamana Guesthouse

D'Laksamana Guesthouse

D’Laksamana ini merupakan sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan sebuah guesthouse dengan dekorasi dalamannya berkonsepkan rumah Peranakan terdahulu. Guesthouse ini mempunyai 5 buah bilik yang selesa serta dilengkapi dengan perbagai kemudahan seperti bilik air, Wifi dan pendingin hawa. Selain itu, turut disediakan tempat letak kereta juga bagi memudahkan anda untuk meletakkan kereta.

Guesthouse ini terletak di Taman Kota Laksamana yang juga merupakan lokasi di tengah bandaraya yang dekat dengan tempat-tempat menarik. Antara tempat-tempat yang menarik ialah Muzium Kapal, Muzium Baba dan Nyonya dan Melaka River Cruise. Pada waktu malam pula, anda boleh mengambil angin sambil mencuci mata di Jonker Street iaitu sebuah pasar malam yang menjual pelbagai barang dan makanan.

Alamat: No 6, Jalan TKL 14, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-2812203


16. D’Mango Cottage

D'MANGO COTTAGE

D’Mango Cottage menawarkan penginapan homestay budget rendah dengan harga RM 148 untuk satu malam. Tetapi jika anda anda menginap selama 2 malam, anda boleh mendapatkan harga diskaun yang lebih murah untuk 1 malam.

Homestay yang terletak di tingkat 1 sebuah apartment ini menyediakan 3 buah bilik dengan 3 buah katil bersaiz queen dan turut dilengkapi dengan pendingin hawa pada setiap bilik. Terdapat 2 buah bilik air di mana salah satunya dilengkapi dengan pemanas air. Kemudahan lain yang tersedia ialah dapur untuk memasak, periuk nasi, microwave, pembakar roti dan juga set pinggan mangkuk.

Homestay ini kelihatan sungguh cantik apabila bermain dengan cahaya yang datangnya dari lampu-lampu yang unik yang ada di rumah ini. Selain itu, lokasi D’Mango Cottage yang ideal ini terletak di tengah-tengah antara bandar raya dan juga pantai Klebang yang anda boleh kunjungi.

Alamat: 22-1a, Jalan Pokok Mangga, Taman Sri Pandan 1, 75250 Melaka

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


Melaka sememangnya sebuah negeri yang menjadi tumpuan pelancong tidak kira musim cuti ataupun tidak. Bukan setakat pelancong tempatan malah pelancong antarabangsa juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti di Melaka. Satu hari memang tidak cukup untuk anda jalan-jalan di Melaka ini. Rancang percutian anda dengan berhemah agar banyak tempat yang boleh anda lawati di Melaka ini.

4.9/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Bersejarah, Muzium & Mercu Tanda di Melaka

Bercuti ke kebanyakan tempat menarik di Melaka seolah-olah kembali pada zaman kegemilangan Negeri Melaka yang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan bersejarah yang diiktiraf dunia....

Top 10 Tempat Penginapan Tepi Pantai Best di Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah semestinya tempat percutian kegemaran rakyat Malaysia jika bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Disebabkan lokasinya yang terletak hanya beberapa jam sahaja dari...

Ikan bakar Melaka Terbaik – 12 Tempat makan Ikan Bakar yg Popular

Hari tu bercuti ke Melaka, baru tahu yang Melaka memang banyak tempat makan yang best dan sedap. Kalau nak makan malam, destinasi yang dicadangkan...

Muzium Kapal Selam Melaka – Harga Tiket & Apa Menarik di sini

Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya & keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam...

Medan Samudera Bandar Hilir – Destinasi Shopping Cenderahati di Melaka

Walaupun kawasan Bandar Hilir tidaklah besar sangat, tetapi kalau berjalan kaki melawat kesemua tempat menarik di sini pasti boleh patah kaki juga. Kalau anda...

57+ Tempat Menarik di MELAKA Yang Popular untuk Dilawati Pelancong

Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x