Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Homestay Kontena Melaka: Homestay Menarik Yang Wajib Dikunjungi

Pada musim cuti sekolah ini, pasti ramai yang merancang ingin bersiar-siar mencipta kenangan istimewa bersama keluarga, betul tak? Sekiranya anda ingin ke Melaka, apa kata anda menginap di Homestay Kontena Melaka yang menarik dan lain daripada lain ini. Nak tahu lebih lanjut tentang penginapan ini? Teruskan membaca!


Homestay Kontena Melaka: Homestay Best Untuk Semua

Homestay Kontena Melaka: Homestay Best Untuk Semua

Jika membincangkan perihal tempat penginapan di Melaka, terdapat banyak pilihan untuk anda seperti homestay, hotel, dan chalet. Namun, kenapa Homestay Kontena Melaka menjadi pilihan ramai pengunjung negeri bersejarah ini?

Pertama, Homestay Kontena Melaka ini terletak hanya 5 km dari Tol Ayer Keroh dan lebih kurang 10km dari pusat bandar. Lokasinya yang amat strategik adalah antara sebab utama homestay ini popular. Maklumlah, keadaan trafik yang sesak di Melaka bukanlah perkara baharu, maka memilih homestay ini memastikan anda tidak membazir masa di atas jalan.

Homestay Kontena Melaka

Alamat: Lot 2951, Jalan Imam Kadir, 75450 Bukit Katil, Melaka

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes

WhatsApp Homestay Kontena Melaka


Jenis Unit Yang Ada di Homestay Kontena Melaka

Jenis Unit Yang Ada di Homestay Kontena Melaka

Seperti namanya, bilik-bilik di sini diperbuat dari kontena. Pihak homestay ini telah mengambil langkah kreatif untuk mengubahsuai kontena menjadi bilik yang berwarna-warni. Menarik kan? Namun begitu, hanya terdapat empat unit kontena yang disediakan di sini. Oleh itu, anda perlu booking bilik secara awal kerana permintaan yang tinggi daripada pengunjung.

Mungkin ada yang berfikir tidur di kontena tidak selesa. Jangan risau, setiap unit kontena boleh memuatkan 3 hingga 4 orang dewasa atau 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Di dalam setiap unit pula ada katil saiz queen, sofa bed, bilik air bersama water heater, TV flat screen beserta Astro, dan penyaman udara. Senang kata, memang lengkap! 

Jika anda tidak berminat dengan unit kontena, homestay ini juga menawarkan unit studio. Buat unit ini, bilangan maksimum ialah 6 orang dewasa. Seperti unit kontena, unit studio juga mempunyai swimming pool yang terletak betul-betul di hadapan unit. Unit studio dilengkapi dengan 2 katil saiz queen, sofa bed, bilik air bersama water heater, dan penyaman udara.

Kelebihan unit studio ialah ia turut menyediakan peti sejuk, washing machine, dapur memasak, serta tempat barbecue. Hal ini membolehkan anda untuk menikmati percutian anda bersama tersayang tanpa khuatir kerana semua kemudahan asas yang diperlukan ada di sini. Justeru, anda berseronok dengan sepenuhnya!

Selain itu, terdapat juga unit rumah kayu. Rumah yang kaya dengan seni bina tradisional Melayu ini memang sangat aesthetic. Unit ini amat sesuai buat anda yang menginginkan suasana kampung yang nyaman, aman, dan selesa. Di unit rumah kayu, anda boleh tenangkan fikiran dan unwind dari riuh-rendah kehidupan bandar. 

Unit rumah kayu ini merupakan rumah dua tingkat dan mampu memuatkan 5 hingga 6 orang dewasa. Walaupun berkonsepkan rumah kampung, unit ini turut dilengkapi dengan penyaman udara bilik air bersama water heater, dan TV flat screen, di samping kemudahan-kemudahan yang lain. 

Harga Unit Homestay Kontena Melaka

Jenis Unit

Harga (untuk 2 hari 1 malam)

Kontena

RM160 (weekdays)

RM190 (weekend, cuti sekolah, cuti umum)

Studio

RM190 (weekdays)

RM230 (weekend, cuti sekolah, cuti umum)

Rumah Kayu

Bermula dari RM250

 


Fasiliti Yang Boleh Anda Terokai

Ramai yang ingin datang ke sini kerana keunikan homestay serta suasana kampung yang tenteram. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat variasi kemudahan yang boleh anda nikmati secara percuma jika anda menginap di sini? Fasiliti yang ada di sini termasuklah:

Swimming Pool

Swimming Pool

Antara perkara yang sentiasa dicari-cari saat bercuti ialah kolam renang untuk bermandi-manda. Kolam di homestay ini amatlah besar, setanding dengan kolam renang yang biasa ada di hotel. Paling best, anda boleh mandi di sini pada waktu malam juga kerana terdapat lampu malam di kawasan kolam.

Perpustakaan Mini

Buat anda yang ingin menikmati me time, anda boleh mengisi masa anda di perpustakaan mini yang ada di sini. Walaupun tidak terdapat banyak buku yang disediakan, anda masih boleh membaca atau berehat di sini dengan selesa.

Set BBQ

Seterusnya, turut terdapat set BBQ lengkap di homestay ini yang boleh anda gunakan untuk aktiviti barbecue beramai-ramai. Jadi, tidak perlu susah-payah mengangkut set BBQ anda daripada rumah. Hanya bawa makanan yang telah diperap dan masak terus! Homestay ini juga menyediakan arang tanpa bayaran.

Lukisan Mural Dinding 3D

Lukisan Mural Dinding 3D

Jika anda suka bergambar, anda boleh mengambil gambar di dinding-dinding yang telah dihiasi dengan lukisan mural yang menarik. Selepas bergambar, bolehlah anda terus upload gambar-gambar tersebut di Instagram untuk mengabadikan kenangan anda bersama yang tersayang di media sosial.

Basikal Kanak-Kanak

Basikal Kanak-Kanak

Tidak lupa juga, terdapat basikal kanak-kanak yang disediakan buat anda yang membawa anak kecil bercuti. Laman homestay yang luas memudahkan si kecil untuk bermain basikal dengan gembira. Dari segi keselamatan pula, anda tidak perlu bimbang kerana homestay ini terletak dalam kawasan berpagar.


Aktiviti Yang Boleh Dilakukan 

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah:

  1. Berenang di swimming pool
  2. Lakukan aktiviti BBQ
  3. Nikmati keindahan bintang waktu malam
  4. Sambut hari jadi bersama rakan-rakan atau keluarga
  5. Nikmati suasana kampung yang tenang
  6. Lakukan sukaneka bersama rakan-rakan atau keluarga di laman

Persekitaran Tenteram dan Mendamaikan

Persekitaran Tenteram dan Mendamaikan

Tenang dan aman, homestay yang terletak di Bukit Katil ini pasti memberikan anda pengalaman unik yang tidak boleh dilupakan. Dikelilingi dengan pokok-pokok hijau dan suasana kampung yang soothing, pasti perasaan stress anda hilang di sini. Dapatlah lari dari realiti, walaupun buat seketika. 


Kedai Makan Sedap Sekitar Homestay Kontena Melaka

Selepas penat bermain air dan meneroka kawasan homestay, mesti anda lapar dan inginkan makanan authentic Melaka. Terdapat banyak tempat makan menarik di sini yang boleh anda kunjungi, seperti:

  1. Restoran Seri Bukit Katil & Tomyam
  2. Restoran Asam Pedas Station Nooraidah Hj. Isenin
  3. Ummi Steamboat & Grill
  4. D’ House Restoran
  5. Warung Roti Canai 50 sen
  6. Kacang Phool Hajijie
  7. Selera Kite

Tidak puas dengan kedai makan yang telah disenaraikan di atas dan ingin tahu lebih banyak pilihan kedai makan di Melaka? Baca artikel 45+ Tempat Makan Best di Melaka Yang Wajib Anda Cuba untuk dapatkan senarai kedai makan di sekitar Melaka yang menawarkan makanan yang sedap-sedap dengan harga berpatutan. 


Nikmati Percutian Anda di Homestay Kontena Melaka

Konklusinya, anda perlu datang sendiri ke Homestay Kontena Melaka dan rasai sendiri keunikannya. Selepas booking, anda bolehlah terokai artikel 57+ Tempat Menarik di Melaka Yang Popular untuk Dilawati Pelancong untuk merancang percutian anda!

 

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Sejarah & Etnografi Melaka – Satu Tiket untuk 5 Muzium

Kalau anda mulakan perjalanan percutian anda di Bandar Hilir Melaka di sekitar dataran Stadthuys yang menempatkan mercu tanda I Love Melaka serta berdekatan dengan...

Medan Samudera Bandar Hilir – Destinasi Shopping Cenderahati di Melaka

Walaupun kawasan Bandar Hilir tidaklah besar sangat, tetapi kalau berjalan kaki melawat kesemua tempat menarik di sini pasti boleh patah kaki juga. Kalau anda...

Tempat Membeli Belah di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci...

Gereja St Paul Melaka – Sejarah & Tarikan Pelancongan Melaka

Satu tempat menarik di Melaka yang merupakan binaan lama Portugis yang masih ada yang sering mejadi tumpuan pelancong ialah Gereja St Paul di Melaka yang...

Ikan bakar Melaka Terbaik – 12 Tempat makan Ikan Bakar yg Popular

Hari tu bercuti ke Melaka, baru tahu yang Melaka memang banyak tempat makan yang best dan sedap. Kalau nak makan malam, destinasi yang dicadangkan...

Top 16 Homestay Di Melaka- Klasik dan Moden

Seperti yang kita tahu, Melaka merupakan sebuah bandar yang bersejarah. Terdapat tempat-tempat tinggalan sejarah yang menarik yang boleh anda lawati apabila ke Melaka. Tidak...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x