10 Kedai Steamboat di Melaka yang Anda Perlu Datang!

Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain dari mempunyai tarikan dan khazanah yang berharga, Melaka juga mempunyai tarikan lain yang perlu anda cuba apabila datang atau berjalan ke sini. Antaranya ialah makanannya!

Melaka terkenal dengan pelbagai hidangan tradisionalnya, namun, salah satu hidangan yang juga popular adalah steamboat. Ada banyak kedai steamboat yang menawarkan hidangan yang lazat dan mengenyangkan di Melaka. Dari daging, makanan laut, sayur-sayuran, hingga pelbagai jenis sup yang lazat, kedai-kedai steamboat di Melaka menawarkan banyak pilihan untuk semua orang. 

Dalam artikel ini, kami telah mengumpulkan 10 kedai steamboat terbaik di Melaka yang patut dicuba oleh penggemar makanan dan pelancong yang mencari pengalaman gastronomi yang unik dan menyeronokkan. Kalau anda masih mencari kedai makan yang menarik dan sedap untuk mengisi perut selepas berjalan-jalan di Kota Bersejarah ini, jom cuba makan steamboat pula!

10 Kedai Steamboat Sedap di Melaka


1. MAIgrill and Steamboat by Maicare Spa&Cafe, Ayer Keroh

MAIgrill and Steamboat by Maicare Spa&Cafe, Ayer Keroh

Kedai ini merupakan antara kedai steamboat yang menjadi pilihan utama penduduk di Melaka. Ia telah mendapat respon positif yang banyak dari para pelanggan yang pernah datang ke sini. 

Terletak di Ayer Keroh, Melaka, restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan steamboat mengikut selera anda. Kedai ini dibuka sehingga jam 11 malam, jadi, anda boleh meluangkan masa yang lebih lama untuk menikmati makanan anda bersama keluarga mahupun rakan rapat. 

Ramai pelanggan berpuas hati dan memuji perapan bahan makanan laut dan daging yang terdapat di kedai ini. Mereka juga menyatakan hasrat untuk singgah lagi ke kedai ini jika berkesempatan.

Kedai ini juga terletak satu bangunan dengan Maicare Spa & Café. Jadi, apa lagi, lepas kenyang menikmati makanan anda, bolehlah mencuba servis spa yang ditawarkan di sini pula. Best kan?

Alamat: Hang Tuah Jaya, G28, Jalan Kota Cemerlang 2, Kota Cemerlang, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu operasi: Jumaat – Rabu (5.00 pm – 11.00 pm), Khamis (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp MAIgrill 


2. Seoul Garden, Mahkota Parade

Seoul Garden, Mahkota Parade

Seoul Garden antara nama kedai steamboat yang tidak asing lagi di kalangan kita sekarang. Mana tidaknya, kedai steamboat yang popular ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia! 

Sekiranya anda berdekatan dengan Mahkota Parade, anda boleh singgah makan steamboat di Seoul Garden Taman Costa Mahkota. Kedai ini menawarkan pelbagai aneka makanan untuk anda sekeluarga nikmati bersama setelah penat berjalan. Anda juga boleh mengadakan majlis makan-makan bersama rakan anda di sini!

Harganya juga berpatutan dan dijamin berbaloi kerana anda boleh menikmati makanan dengan saiz hidangan yang agak besar. Jadi, cubalah datang ke sini jika anda tidak pernah lagi, dan rasailah keenakan dan keunikan makan mereka sendiri!

Alamat: 1, Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka

Waktu operasi: 

  • Isnin, Selasa & Jumaat (11.30 am – 9.00 pm)
  • Sabtu, Rabu & Khamis (11.30 am – 8.00 pm)
  • Ahad (11.30 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-281 8559


3. Bara Bara Api Steamboat & Grill, Taman Limbongan Indah

Bara Bara Api Steamboat & Grill, Taman Limbongan Indah

Terletak di Taman Limbongan Indah Melaka, kedai ini menjadi pilihan utama pelanggan yang ingin menikmati steamboat. Ruang kedai yang luas dan bersih memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang ke sini.

Kedai steamboat ini dibuka pada pukul 6 petang dan ke atas. Keunikan yang terdapat di dalam kedai ini ialah semua bahan-bahan steamboat ditempatkan di dalam freezer bagi mengekalkan kesegaran dan kesedapan untuk anda nikmati. 

Rata-rata pelanggan yang datang juga berpuas hati dengan harga dan servis yang diberikan. Jadi, apa tunggu lagi, cepat tempah tempat anda sekarang sebelum pelanggan lain mengambil tempat anda!

Alamat: Jalan Limbongan, 31, Jalan Kristal 1, Taman Limbongan Indah, 75200 Melaka

Waktu operasi: 

  • Isnin, Rabu, Khamis & Ahad (6.00 pm – 11.00 pm)
  • Jumaat & Sabtu (6.00 pm – 12.00 am) 
  • Selasa (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Bara Bara Api


4. Mr. Joo Teppanyaki & Steamboat Buffet Restaurant, Kota Laksamana

Mr. Joo Teppanyaki & Steamboat Buffet Restaurant, Kota Laksamana

Kedai steamboat ini juga menjadi salah satu pilihan bagi penduduk tempatan yang berada di area Melaka. Terletak di Taman Kota Laksamana, kebanyakan pelanggan yang datang makan di sini berpuas hati menikmati makanan steamboat yang terdapat di sini. 

Bukan sahaja terdapat pelbagai pilihan bahan steamboat, malah anda juga boleh memilih pelbagai aneka sup, sayur sayuran dan daging perapan mengikut citarasa anda. Menarik bukan? 

Alamat: No. 18 & 20, Jalan Kota Laksamana 2/15, Taman Kota Laksamana Seksyen 2, 75200, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-282 1725


5. Uncle Wok Steamboat & BBQ Melaka, Taman Kota Syahbandar

Uncle Wok Steamboat & BBQ Melaka, Taman Kota Syahbandar

Kedai steamboat yang bersih dan cozy ini menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk menikmati makan steamboat yang sedap dari kedai ini. Sekali pandang gambar kedai steamboat ini, pasti anda rasa tertarik untuk pergi, kan? Ruang kedai yang luas dan selesa ini menjadi tarikan utama pelanggan yang datang. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan yang tersayang di sini tanpa perlu bersesak dengan pelanggan lain yang datang. Pilihan makanan untuk kanak-kanak juga ada di sini. Jadi, anda boleh bawa anak-anak anda makan dan luangkan masa di untuk merasai steamboat di kedai ini. 

Alamat: No.7 & No, 9, Jalan KSB 14, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Ahad (5.30 pm – 12.00 am)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Uncle Wok


6. Melaka Steamboat, Alor Gajah

Melaka Steamboat, Alor Gajah

Jika anda ingin menikmati makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan, anda boleh mencuba makan steamboat di Melaka Steamboat ini. Kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai ini memberi komen yang baik terhadap servis dan layanan yang diberikan. 

Tambahan pula, anda boleh menikmati hidangan anda dengan harga yang berpatutan berbanding kedai lain. Malahan, anda tidak perlu risau jika tersesat kerana lokasi kedai ini berhampiran dengan jalan utama. 

Menariknya kedai ini, ia dibuka sehingga tengah malam. Jadi, anda boleh makan dengan santai dan menikmati hidangan anda bersama keluarga ataupun rakan anda dengan tenang. 

Banyak pilihan makanan laut yang segar anda boleh pilih dan makan di sini. Ada pelanggan yang memberi ulasan menyatakan tomyam steamboat di sini juga sedap. Apa tunggu lagi, bolehlah datang cuba dan menikmati sendiri!

Alamat: 41 Pusat Niaga, Jalan Gangsa, 76100 Alor Gajah, Melaka

Waktu operasi: Selasa – Ahad (5.00 pm – 12.00 am), Isnin (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Melaka Steamboat 


7. Lucky Thai Mookata BBQ & Steamboat, Taman Purnama

Lucky Thai Mookata BBQ & Steamboat, Taman Purnama

Kedai steamboat ini antara pilihan utama pelanggan yang tinggal berhampiran. Mana tidaknya, setiap malam pasti penuh dengan pelanggan yang datang menikmati BBQ dan steamboat di sini. Jadi, kami sarankan anda datang awal jika ingin mencuba makan di sini. 

Walau bagaimanapun, ruang makan dan tempat letak kereta yang luas tetap memudahkan pelanggan untuk datang ke sini sekiranya ingin menikmati makan malam mereka, terutamanya pada hujung minggu.

Anda bukan sahaja boleh menikmati steamboat, tapi anda juga boleh menikmati makanan panas dari kedai ini. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang ingin lepak makan menikmati angin luar bersama rakan-rakan atau keluarga. 

Alamat: No. 10, Jalan Lorong Pandan, Taman Purnama, 75250 Melaka

Waktu operasi: Selasa – Ahad (5.00 pm – 11.30 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Lucky Thai


8. OST D Pondok Pondok Steamboat & Grill, Kampung Pengkalan Ranggam

OST D Pondok Pondok Steamboat & Grill, Kampung Pengkalan Ranggam

Jika anda ingin menikmati steamboat dengan suasana kampung yang santai, anda boleh cuba datang ke kedai ini untuk merasainya sendiri. Di sini, bukan sahaja anda boleh menikmati steamboat, anda juga boleh menikmati hidangan lain seperti makanan grill dan BBQ.

Rata-rata pelanggan pun berpuas hati dan memberikan respon yang baik tentang servis dan layanan yang diberikan. Kawasan yang lapang juga memberi keselesaan kepada anak-anak untuk bebas berjalan ke sambal ibu bapa menikmati makanan mereka. 

Namun, pastikan anda datang ke sini dengan perut yang kosong ya. Ini supaya anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan mengenyangkan yang ada di sini!

Alamat: Lot 2024, BT 4 1/2, Jalan Wakaf, Kampung Pengkalan Ranggam, 75460 Melaka

Waktu operasi: Selasa – Ahad (6.00 pm – 11.30 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp OST D Pondok


9. Thai Delicious Bbq & Steamboat, Taman Merdeka Permai

Thai Delicious Bbq & Steamboat, Taman Merdeka Permai

Jika anda ingin menikmati steamboat di Melaka di kawasan terbuka, anda boleh cuba datang ke Thai Delicious BBQ & Steamboat ini. Bukan sahaja ruang makan dan kedai mereka luas, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut dan darat yang segar dan sedap. 

Selain itu, anda bukan sahaja boleh menikmatinya dengan harga yang murah, malah anda juga boleh dapatkan makanan tambahan dengan percuma sahaja. Best kan? Anda boleh menikmati sepuasnya hidangan anda tanpa had di sini.

Ramai yang memberi komen tentang makanan dari kedai telah berkata ianya sangat sedap dan portion yang banyak. Seterusnya, kedai ini juga dibuka sehingga tengah malam. Jadi, bolehlah anda set masa anda dan datang ke sini di hujung minggu nanti.

Alamat: 22, Jalan MP4, Taman Merdeka Permai, 75350 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Ahad (5.30 pm – 12.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Thai Delicious


10. Ummi Steamboat & Grill, Bukit Katil

Ummi Steamboat & Grill, Bukit Katil

Jika ingin menikmati steamboat dengan harga yang murah di Melaka, anda boleh datang ke Ummi Steamboat & Grill. Bukan sahaja harganya yang jauh lebih murah dari kedai lain, malah anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan di sini. Anda boleh makan seafood yang segar dan mempunyai pelbagai perapan di kedai ini.

Kebanyakan pelanggan yang datang teruja dan berpuas hati dengan makanan dan harga yang ditawarkan oleh kedai ini. Bukan itu sahaja, kedai ini juga dibuka sehingga tengah malam. Jadi, anda tidak perlu berebut dan rushing untuk datang ke sini.

Alamat: Jalan Bukit Katil, 75450 Bukit Katil, Melaka

Waktu operasi: Rabu – Isnin (6.00 pm – 12.00 am), Selasa (12.00 am – 12.00 pm, 6.00 pm – 12.00 am)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Ummi Steamboat


Berikut merupakan senarai 10 kedai steamboat yang anda perlu cuba jika anda berada di Melaka. Semoga ianya membantu anda untuk membuat pilihan dengan baik dan sesuai dengan cita rasa dan selera anda. 

Banyak kan kedai steamboat di Melaka yang anda boleh pilih dan cuba? Namun, pastikan sebelum anda datang ke kedai-kedai ini, anda tempah dulu tempat supaya tidak perlu berebut dengan pelanggan lain bila datang ke kedai ini.

Jika anda ingin mencari tempat makan lain yang best di area Melaka, anda juga boleh baca artikel kami, 45+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA.

4.4/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

57+ Tempat Menarik di MELAKA Yang Popular untuk Dilawati Pelancong

Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan...

Muzium Senibina Malaysia Melaka – Keindahan Bangunan Ikonik Malaysia bawah Satu Bumbung

Bandar Hilir Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah menarik untuk dilawati. Sekiranya anda berjalan kaki menerusi Jalan Kota dari Stadthuys Red Square menuju ke Kota...

Muzium Istana Kesultanan Melaka – Hub Ilmu Kesultanan Melayu Melaka

Destinasi ini antara tempat bersejarah di Bandar Melaka yang sangat ideal untuk pelancong mempelajari tentang Kesultanan Melayu Melaka & banyak sejarah-sejarah dalam pendekatan yang...

Homestay Kontena Melaka: Homestay Menarik Yang Wajib Dikunjungi

Pada musim cuti sekolah ini, pasti ramai yang merancang ingin bersiar-siar mencipta kenangan istimewa bersama keluarga, betul tak? Sekiranya anda ingin ke Melaka, apa...

10 Hotel Murah di Melaka untuk Percutian Bajet

Melaka merupakan bandar yang bersejarah dan mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong. Oleh itu, terdapat banyak hotel dan rumah penginapan yang murah dan selesa di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x