Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Chalet Menarik di Kuala Linggi yang Anda Perlu Kunjungi

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Melaka, bandaraya bersejarah yang sering menjadi tumpuan pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara. Untuk pengetahuan anda, Melaka telah dinobatkan sebagai bandar warisan oleh UNESCO kerana penuh dengan sejarah yang tinggi nilainya dan pelbagai budaya yang boleh dipelajari.

Jika anda merancang untuk berjalan dan melakukan aktiviti keluarga di Melaka dan menerokai bandaraya bersejarah ini, sudah tentu tidak cukup untuk berjalan selama sehari. Kebanyakan pelancong bukan setakat mahu berkunjung ke tempat bersejarah, malah banyak aktiviti menarik boleh dibuat di sini. Jadi, anda disarankan untuk menginap apabila bercuti ke Melaka.

Justeru, kami telah senaraikan 8 chalet menarik di Kuala Linggi untuk anda kunjungi apabila berkunjung ke Melaka. Selamat bercuti!

8 Chalet Menarik di Kuala Linggi


1. Warih Chalet Beach Front Malacca, Jalan Kuala Sungai Baru

Warih Chalet Beach Front Malacca, Jalan Kuala Sungai Baru

Chalet ini menjadi salah satu pilihan pengunjung yang datang kerana reka bentuknya seperti rumah di kampung. Terletak di Kuala Linggi, Warih Chalet Beach Front Malacca terletak berdekatan hanya 30m dari pantai.

Jika anda mempunyai keluarga yang besar dan ingin membuat aktiviti pantai dengan suasana perkampungan, anda boleh cuba menginap di Warih Chalet Beach Front Malacca. Kami pasti chalet ini dapat menjadikan percutian anda lebih menarik!

Malah, halaman yang luas bukan saja dapat memudahkan untuk anda yang parking di sini, anak-anak anda juga boleh bermain dengan selesa. Anda juga boleh ber”BBQ” bersama keluarga sambil menikmati angin dan pemandangan pantai. Best kan?

Alamat: Lot 484, Jalan Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi, Kampung Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Blog | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-5259 9620

WhatsApp Warih Chalet


2. D’Kolam Paradise Chalet, Kampung Bukit Darat

D'Kolam Paradise Chalet, Kampung Bukit Darat

D’Kolam Paradise ini mempunyai tarikannya tersendiri kerana chalet ini berada terapung di atas air! Seronok kan? Chalet ini mempunyai 5 unit dan boleh memuatkan sehingga 20 orang. Wahh, sesuai untuk anda yang ada planning untuk buat reunion, family gathering ataupun family day.

Menariknya chalet ini, anak-anak anda boleh bermandi-manda bersama-sama. Tambahan pula, bagi peminat pancing, anda juga boleh memancing di sini atau pasang joran.

Alamat: Kampung Bukit Darat, Kuala Linggi 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-367 7104

WhatsApp D’Kolam


3. Saza Beach Villa & Chalet, Jalan Dato’ Wan Saleh

Saza Beach Villa & Chalet, Jalan Dato' Wan Saleh

Chalet ini antara menjadi pilihan utama pada pengunjung yang datang kerana pemandangan dari chalet ini sangat cantik. Reka bentuk yang cozy, kemas dan cantik pastinya membuatkan pengunjung tertarik untuk menginap di sini. 

Saza Beach Villa & Chalet sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan team bonding, family gathering dan sebagainya. Anak-anak juga boleh mandi kolam di sini sambil menikmati pemandangan pantai. 

Kebanyakan pengunjung sangat berpuas hati bercuti di sini kerana kemudahan yang disediakan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat pengalaman untuk melihat pemandangan matahari terbenam hanya dari chalet ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menginap di sini!

Alamat: Saza Beach Villa, Lot 449, Jalan Dato’ Wan Saleh, Kampung Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-296 3315

WhatsApp Saza Chalet


4. Ombak Biru Chalet, Kampung Kuala Linggi

Ombak Biru Chalet, Kampung Kuala Linggi

Terletak di Kampung Kuala Linggi, chalet ini antara salah satu chalet yang anda perlu cuba apabila datang ke Melaka. Chalet ini juga berdekatan dengan pantai, maka, anda boleh bermain bersama anak-anak di pantai pada waktu petang selepas anda sekeluarga selesai menjelajah bandar Melaka.

Pantai yang berdekatan chalet ini juga sering dijadikan sebagai port memancing bagi kaki pancing. Jadi, bolehlah anda ajak rakan atau ahli keluarga anda untuk meluangkan masa di sini melayan hobi anda.

Alamat: Kampung Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-271 4644

WhatsApp Ombak Biru Chalet


5. Kembang Sejati Chalet, Kampung Balik Bukit

Kembang Sejati Chalet, Kampung Balik Bukit

Sekali pandang macam satu kelompok perkampungan, tetapi tempat ini juga salah sebuah chalet yang terdapat di Kuala Linggi. Dengan berkonsepkan rumah kampung, chalet ini menjadi salah satu pilihan pengunjung yang datang ke Kuala Linggi. Dengan 12 unit chalet, anda boleh memilih chalet mengikut kemampuan dan taste anda.

Kawasan ini juga sering dijadikan sebagai salah satu tempat untuk memancing. Jadi, kaki-kaki pancing bolehlah menginap di sini untuk pergi memancing sambil melihat panorama matahari terbenam. Chalet ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu tempat untuk team bonding, family gathering dan sebagainya. 

Alamat: Lot 485, Kampung Balik Bukit, Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, Kampung Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-616 1075

WhatsApp Kembang Sejati Chalet


6. Rizalan Chalet & Cafe, Kampung Balik Bukit

Rizalan Chalet & Cafe, Kampung Balik Bukit

Rizalan Chalet ini mempunyai 8 unit sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar dan ingin membuat aktiviti di sini bersama keluarga atau sanak saudara. Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan di chalet ini seperti permainan tarik tali,bowling menggunakan kelapa, permainan belon, giant terompah dan sebagainya. 

Selain itu, harga yang ditawarkan di chalet ini juga sangat murah dan bajet. Anda mampu untuk menginap di sini dengan harga bawah RM100 sahaja. Wah, menarik kan?

Selain itu, anda juga boleh ber”BBQ” pada waktu malam sambil melayan angin pantai. Paling best, anda juga boleh ber ‘karaoke’ di sini. Haa, sambil tunggu makanan anda siap dimasak anda sekeluarga boleh menyanyi. Seronok kan?

Alamat: Lot 460, Kampung Balik Bukit, Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-920 9891

WhatsApp Rizalan Chalet


7. Julia Homestay & Chalet, Batu 31

Julia Homestay & Chalet, Batu 31

Suasana yang bersih dan lapang menjadi salah satu pilihan pengunjung untuk menginap di chalet ini apabila berada di Melaka. Paling menariknya, lokasi Julia Homestay & Chalet yang terletak hanya 800 meter dari pantai membolehkan anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke pantai.

Julia Homestay & Chalet ini mempunyai 4 unit homestay dan 4 unit chalet mampu memuatkan sehingga 40-50 orang dewasa dalam satu masa. Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti keluarga atau bersama rakan sekerja, bolehlah cuba menginap di chalet ini. 

Alamat: Batu 31, Kampung Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-654 4639

WhatsApp Julia Homestay & Chalet


8. HL Village (Chalet & Homestay), Jalan Kuala Linggi

HL Village (Chalet & Homestay), Jalan Kuala Linggi

Untuk anda yang sukakan ketenangan dan kehijauan, chalet ini pasti akan menjadi pilihan anda untuk berehat dan bercuti. HL Village terletak dalam kawasan pedalaman, agak jauh dari kesibukan bandar. Jadi, mereka yang cintakan alam semula pasti suka dengan suasana chalet ini. 

Tambahan pula, HL Village Chalet & Homestay ini sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti keluarga dan rakan-rakan seperti mandi-manda di kolam, BBQ, mencari harta karun dan sebagainya. 

Walaupun dari luar kelihatan seperti rumah kampung, hiasan dalaman rumah ini berkonsepkan moden. Bolehlah anda merasa seperti bercuti di rumah kampung ataupun rumah sendiri sambil menikmati suasana yang menghijau.

Alamat: Lot 574, Jalan Kuala Linggi, Kuala Linggi 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1062 5472 

WhatsApp HL Village


Dah jumpa mana satu chalet pilihan anda? Jika ya, bolehlah merancang perjalanan dan percutian anda jika ingin melancong ke Melaka. Semoga percutian anda menjadi lebih menarik dan selesa dengan chalet pilihan anda.

Jangan lupa untuk bawa barang keperluan yang penting dan rancang percutian mengikut bajet dan kemampuan anda. Senaraikan dahulu barang keperluan yang ingin dibawa bersama dan aktiviti yang anda ingin lakukan ketika bercuti agar percutian anda lebih menyeronokkan.

Jika anda juga ingin bercuti dan menempah hotel di sekitar Melaka, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Hotel Murah di Melaka untuk Percutian Bajet.

4.3/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Homestay Kontena Melaka: Homestay Menarik Yang Wajib Dikunjungi

Pada musim cuti sekolah ini, pasti ramai yang merancang ingin bersiar-siar mencipta kenangan istimewa bersama keluarga, betul tak? Sekiranya anda ingin ke Melaka, apa...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

Kota A Famosa – Ikon Pelancongan Negeri Melaka

Percutian anda ke Bandaraya Melaka tidak lengkap kalau tidak melihat dengan mata kepala sendiri ikon utama pelancongan negeri Melaka iaitu Kota A Famosa. Kalau...

Medan Samudera Bandar Hilir – Destinasi Shopping Cenderahati di Melaka

Walaupun kawasan Bandar Hilir tidaklah besar sangat, tetapi kalau berjalan kaki melawat kesemua tempat menarik di sini pasti boleh patah kaki juga. Kalau anda...

Masjid Selat Melaka – Tempat Menarik di Bandar Melaka MESTI datang

Beberapa negeri di Malaysia seperti Terengganu, Kedah, Perlis & Sarawak mempunyai masjid terapung ikonik negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri masing-masing....

Pantai Klebang Melaka – Ini Aktiviti WAJIB Pelancong Buat

Bercuti & melawat ke tempat bersejarah di Melaka itu pasti & memang tak dinafikan sangat best. Tetapi kalau jadual melancong di Melaka anda asyik dengan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x