7 Homestay di Alor Gajah yang Pasti Anda Suka!

Alor Gajah merupakan daerah yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang suka bercuti ke Melaka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda add to list ialah Taman Tema Air A’Famosa, Kuala Linggi Fort, dan Bandar Melaka. Sekiranya anda ke sini, jangan lupa untuk bergambar bersama ahli keluarga untuk kenangan semasa berada di Alor Gajah. Selain tempat menarik, tempat penginapan juga penting semasa bercuti. Dalam artikel kali ini, kami sertakan tujuh homestay di Alor Gajah yang pasti anda suka! 

7 Homestay di Alor Gajah


1. Homestay Ar Raudhah Alor Gajah RM190, Taman Sutera

Homestay Ar Raudhah Alor Gajah RM190, Taman Sutera

Meskipun homestay ini nampak seperti homestay biasa-biasa tapi, tahap kebersihan dan keselesaan di sini sangat tiptop! Tidak hairanlah Homestay Ar Raudhah ini telah memperoleh 5.0 bintang di Google Review! Rata-rata pelanggan memberi ulasan positif tentang homestay ini yang kemas dan bersih.

Selain itu, owner homestay ini juga peramah dan senang untuk dibawa bincang. Lagilah pelanggan suka, bukan? Pelanggan yang pernah menginap di sini juga mengatakan mereka akan memilih homestay ini lagi sekiranya mereka bercuti di Melaka lagi. Hebat, bukan?

Alamat: 3280, Jalan Sutera 11, Taman Sutera, 78000 Alor Gajah, Melaka

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Ar Raudhah 


2. D’Tuah Homestay, Bandar Baru Simpang Empat

D'Tuah Homestay, Bandar Baru Simpang Empat

D’Tuah Homestay boleh dikatakan homestay yang menepati konsep santai kerana bahagian luar disediakan satu gazebo beratap, satu tempat duduk beramai-ramai tanpa atap dan terdapat kawasan kecil untuk aktiviti BBQ para pelanggan. Sangat menarik dan sesuai untuk anda yang bercuti bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan yang ramai.

Bukan itu sahaja, D’Tuah Homestay yang telah memperoleh 4.9 bintang di Google Review ini juga menyediakan pelbagai kemudahan fasiliti untuk keselesaan para pelanggan yang menginap di sini. Antaranya termasuklah mesin basuh, microwave, rice cooker, peti ais dan water heater. 

Buat pengetahuan anda. rata-rata ulasan pelanggan juga recommend homestay ini bagi sesiapa yang datang ke Alor Gajah bersama keluarga yang ramai. Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memilih D’Tuah Homestay sebagai tempat penginapan anda nanti.

Alamat: Jalan BBSE 8, Taman Bandar Baru Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Malacca

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’Tuah


3. Seri Hamie Homestay, Taman Sutera

Seri Hamie Homestay, Taman Sutera

Adakah anda seorang yang mementingkan colour theme di dalam sesebuah homestay? Jika ya, Seri Hamie Homestay pasti sesuai dengan cita rasa anda. Seri Hamie Homestay ini ialah chalet studio dengan dilengkapi dengan bilik tidur yang berkonsepkan moden. Bersih, kemas dan mempunya colour theme yang sedap mata memandang dan santai. 

Selain itu, kemudahan di homestay ini juga serba lengkap kerana anda boleh menikmati Njoi, penyaman udara, mini freezer dan bilik tidur yang sangat selesa. Bolehlah anda menyimpan lebihan makanan ataupun air di dalam bilik. Oleh itu, tidak hairanlah Seri Hamie Homestay ini memperoleh 4.5 bintang di Google Review.

Alamat: 3280, Jalan Sutera 11, Taman Sutera, 78000 Alor Gajah, Melaka

Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Seri Hamie


4. Rembia Perkasa Alor Gajah Homestay, Rembia

Rembia Perkasa Alor Gajah Homestay, Rembia

Sebuah rumah bungalow yang besar dan luas di bahagian luar dan dalam. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang ramai dan mempunyai banyak kereta, jangan risau kerana porch homestay ini luas dan besar. Anda tidak perlu risau akan keselamatan kenderaan anda kerana ia masih berada di dalam kawasan rumah dan berpagar. 

Bahagian dalam Rembia Perkasa Alor Gajah Homestay ini minimal. Sedap mata memandang kerana tidak penuh dek perabot, maka terlihat kemas dan bersih sahaja. Bilik tidur di homestay ini juga begitu, kemas dan bersih, tetapi tetap selesa untuk pelanggan yang datang menginap. 

Ruang makan dan dapur juga dilengkapi set meja makan dan kelengkapan asas dapur seperti mesin basuh, peti ais dan water dispenser. Maka, tidak hairanlah Rembia Perkasa Alor Gajah Homestay ini memperoleh 4.5 bintang di Google Review. Jangan lupa untuk singgah ke sini sekiranya anda berada di Alor Gajah, Melaka. 

Alamat: Jalan Rembia Perkasa 22, Rembia, 78000 Alor Gajah, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Rembia Perkasa


5. HH Bungalow Homestay Lot 322, A Famosa Resort

HH Bungalow Homestay Lot 322, A Famosa Resort

Homestay yang dilengkapi dengan kolam renang, pasti menjadi pilihan ramai termasuklah anda, bukan? Bukan sahaja dapat bermandi-manda secara santai, malah dapat menenangkan fikiran. Inilah HH Bungalow Homestay Lot 322 yang memberikan pengalaman ‘mahal’ untuk anda sepanjang anda berada di Alor Gajah.

Selain daripada kolam renang bersaiz dewasa, bilik tidur yang disediakan juga luas dan besar serta bersih, gazebo di bahagian luar untuk bersantai sambil menikmati angin, ruang tamu yang luas, dilengkapi dengan set sofa yang cukup untuk keluarga yang ramai serta tempat makan outdoor dan kitchen outdoor. 

Variasi kemudahan yang disediakan di sini sangat menarik, bukan? Servis tiptop ini anda boleh nikmati di HH Bungalow Homestay Lot322 yang telah memperoleh 4.4 bintang di Google Review. 

Alamat: A’Famosa Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp HH Bungalow


6. Homestay Baiturrahim, Taman Kasa Height

Homestay Baiturrahim, Taman Kasa Height

Homestay ini merupakan sebuah rumah dua tingkat yang berada di kawasan perumahan. Maka anda jangan risau akan tahap keselamatan anda dan keluarga kerana anda tidak berada di tempat yang sunyi. Homestay Baiturrahim ini juga berdekatan dengan bandar, mudahlah untuk anda sekiranya perlu ke bandar untuk bersiar-siar bersama keluarga.

Homestay Baiturrahim yang telah memperoleh 4.4 bintang di Google Review juga menyediakan kemudahan fasiliti yang lengkap kepada pelanggan mereka. Sebagai contoh, kelengkapan dapur seperti rice cooker, water heater, dan peti ais. Bilik tidur di homestay ini juga selesa untuk didiami.

Alamat: KM461, Jalan Kasa Height 40, Taman Kasa Height, 78000 Alor Gajah, Melaka

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Baiturrahim


7. Aryssa D’Villa Homestay Alor Gajah Melaka, Taman Kelemak Utama

Aryssa D'Villa Homestay Alor Gajah Melaka, Taman Kelemak Utama

Sekiranya anda sedang mencari sebuah homestay yang sesuai yang boleh memuatkan bilangan orang yang ramai, Aryssa D’Villa Homestay ialah homestay yang terbaik untuk anda. Dengan keluasan dan keselesaan yang dijamin, anda boleh ber-BBQ bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Bukan itu sahaja, Aryssa D’Villa Homestay ang telah memperoleh 4.2 bintang di Google Review ini juga menyediakan sebuah kolam renang untuk kanak-kanak. Menarik, bukan? Pastinya kanak-kanak akan gemar bermain air di dalam kolam renang berkenaan. Bilik tidur yang disediakan juga luas, selesa dan dilengkapi dengan penyaman udara

Alamat: 42, Jalan Kelemak Utama, Taman Kelemak Utama, 78000 Alor Gajah, Melaka

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Aryssa D’Villa


Percutian ke Alor Gajah, Melaka pastinya akan menjadi kenangan terindah untuk anda dan keluarga. Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk mendapatkan homestay yang sesuai dengan citarasa anda!

Sekiranya anda sedang merancang itinerari percutian anda di Melaka nanti, jom baca artikel yang kami sudah sediakan, 57+ Tempat Menarik di MELAKA Yang Popular untuk Dilawati Pelancong. Kami berharap artikel tersebut dapat memudahkan dan melancarkan percutian anda bersama yang tersayang!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

45+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA

Negeri Bersejarah Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara, bahkan turut mempunyai banyak destinasi...

Top 10 Kereta Sewa di Melaka Yang Best & Murah

Melaka pernah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia dan juga Melaka Maju pada tahun 2010. Walaupun negeri Melaka adalah kecil, namun banyak tempat menarik dan...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

Medan Samudera Bandar Hilir – Destinasi Shopping Cenderahati di Melaka

Walaupun kawasan Bandar Hilir tidaklah besar sangat, tetapi kalau berjalan kaki melawat kesemua tempat menarik di sini pasti boleh patah kaki juga. Kalau anda...

8 Chalet Menarik di Kuala Linggi yang Anda Perlu Kunjungi

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Melaka, bandaraya bersejarah yang sering menjadi tumpuan pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara. Untuk pengetahuan anda, Melaka...

Muzium Istana Kesultanan Melaka – Hub Ilmu Kesultanan Melayu Melaka

Destinasi ini antara tempat bersejarah di Bandar Melaka yang sangat ideal untuk pelancong mempelajari tentang Kesultanan Melayu Melaka & banyak sejarah-sejarah dalam pendekatan yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x