Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay yang Selesa di Sekitar Pengkalan Balak untuk Anda!

Melaka merupakan bandar bersejarah dan sering menjadi tumpuan pelancong kerana budaya dan keunikan yang ada di negeri ini. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai pusat peranginan yang cantik kerana lokasinya yang berada di sepanjang pantai dan selat.

Bagi anda yang datang ke Melaka, sudah pasti anda mencari penginapan yang selesa sepanjang percutian anda di sini, bukan? Jom kita baca artikel 10 homestay yang selesa di sekitar Pengkalan Balak untuk pilihan anda!

10 Homestay di Sekitar Pengkalan Balak


1. Rumah Tamu CoklatNbalon Homestay Pengkalan Balak, Taman Bidara Permai

Rumah Tamu CoklatNbalon Homestay Pengkalan Balak, Taman Bidara Permai

Rumah Tamu CoklatNbalon Homestay Pengkalan Balak ini merupakan rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Anda tidak perlu risau kerana walaupun rumah ini setingkat, ianya masih selesa.

Selain itu, ianya sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar atau bawa rakan-rakan yang ramai. Hal ini kerana homestay ini boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam satu masa!

Menariknya rumah ini, ia berhampiran dengan pantai. Lokasinya yang terletak kira-kira 2 km sahaja dari homestay menjimatkan masa anda kerana hanya boleh berjalan kaki sahaja untuk ke pantai. Jadi, bolehlah anda lepak santai ambil angin petang bersama yang tersayang di tepi pantai.

Alamat: ST 2179, Jalan Bidara Permai 18, Taman Bidara Permai, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Rumah Tamu CoklatNbalon


2. Arfa Permata Homestay, Taman Bidara Permai

Arfa Permata Homestay, Taman Bidara Permai

Arfa Permata Homestay ini juga mempunyai 3 bilik tidur untuk keselesaan anda yang datang menginap. Lokasi homestay ini berdekatan dengan tempat pelancongan menarik seperti Kota A’Famosa, Menara Taming Sari, Chinatown Melaka dan sebagainya. Mudah dan menjimatkan masa kan?

Di samping itu, homestay ini berdekatan dengan kedai makan yang sedap. Anda bolehlah cuba singgah makan di kedai makan yang berhampiran di homestay ini untuk rasai pengalaman sendiri apabila datang ke sini. Harganya juga berbaloi dan murah!

Alamat:  ST 2167, Jalan Bidara Permai 15, Taman Bidara Permai, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Arfa Permata Homestay


3. Lestari Chalet, Kampung Telok Gong

Lestari Chalet, Kampung Telok Gong

Homestay ini sesuai untuk anda yang ingin percutian dan melakukan aktiviti seperti team bonding, family gathering atau majlis keraian. Mana tidaknya, homestay ini betul-betul berhadapan dengan pantai!

Anda bukan sahaja boleh melakukan aktiviti-aktiviti santai di sini tapi anda juga boleh ber”BBQ” sambil menghirup udara pantai. Seronok kan? Homestay ini menyediakan perabot yang lengkap dan memberi keselesaan untuk anda apabila menginap di sini.

Rata-rata pelanggan yang menginap di sini memberikan respon yang sangat baik tentang servis dan layanan yang diberikan. Cepat tempah penginapan anda sekarang sebelum terlambat!

Alamat: 201, Jalan Telok Gong, Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Lestari Chalet


4. LaBayu Pengkalan Balak, Kampong Sungai Kertah

LaBayu Pengkalan Balak, Kampong Sungai Kertah

Homestay ini juga menjadi salah satu pilihan pengunjung apabila datang ke Pengkalan Balak, Melaka. Homestay ini menyediakan kemudahan seperti kolam renang untuk anda yang inginkan melakukan aktiviti santai bersama keluarga dan anak-anak.

Seterusnya, homestay ini juga menyediakan kelengkapan seperti katil, tv, wifi, peti ais dan sebagainya untuk kemudahan dan keselesaan anda sekeluarga. Anda boleh pilih samada mahu menginap di homestay yang mempunyai 6 bilik ataupun 2 bilik. Sesuai untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti team bonding juga family gathering. Bolehlah anda mandi manda sambil rehat bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Alamat:  Lot 3335, Kampong Sungai Kertah Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp LaBayu Pengkalan Balak


5. D’kebun Najibah Chalet & Homestay, Kampung Telok Gong

D'kebun Najibah Chalet & Homestay, Kampung Telok Gong

D’kebun Najibah ini mempunyai 17 chalet, 1 homestay dan 1 mini homestay untuk pilihan penginapan anda. Banyak kan? Anda boleh pilih mana satu penginapan atau homestay mengikut bajet dan kemampuan anda apabila datang ke Pengkalan Balak ini.

Jika anda inginkan percutian yang tenang tanpa gangguan, tempat ini sesuai untuk anda. Homestay ini menyediakan kolam renang yang cantik untuk pengunjung yang datang. Bolehlah anda meluangkan masa bersama anak-anak mandi manda di kolam yang cantik di homestay ini.

Lokasinya yang berdekatan dengan pantai juga menjadikan homestay ini salah satu pilihan pengunjung yang datang. 

Alamat: 412, Jalan Telok Gong, Pengkalan Balak, Kampung Telok Gong, 78200 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’kebun Najibah Homestay 


6. Homestay Ziyad@Pengkalan Balak, Taman Bidara Permai

Homestay Ziyad@Pengkalan Balak, Taman Bidara Permai

Homestay Ziyad ini juga sering menjadi pilihan pengunjung apabila bercuti di kawasan Pengkalan Balak. Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur yang luas dan 2 bilik air untuk kemudahan anda apabila datang ke sini.

Lokasi homestay ini terletak berhampiran dengan Pantai Pengkalan Balak, Pantai Tanjung Bidara, bandar A’famosa dan sebagainya. Keadaan rumah yang bersih dan senang untuk dicari membuatkan ramai pengunjung yang pernah menginap di sini berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Alamat: ST 1632, Jalan Bidara Permai 13, Taman Bidara Permai, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Ziyad


7. Medina Homestay Pengkalan Balak, Taman Bidara Permai

Medina Homestay Pengkalan Balak, Taman Bidara Permai

Jika anda ingin menginap di homestay ini, anda perlu tempah dengan lebih awal dari tarikh percutian anda kerana tempahan di homestay ini sentiasa penuh. Homestay ini menyediakan kelengkapan rumah seperti katil, meja makan, kelengkapan dapur dan sebagainya.

Anda tidak perlu risau tentang kebersihan dan keselamatan homestay ini kerana homestay ini sangat bersih. Anda juga boleh meletakkan kenderaan anda di dalam kawasan tempat letak kereta berpagar untuk keselamatan.

Lokasinya juga yang berdekatan dengan pantai dan bandar memudahkan anda untuk akses membeli makanan, keperluan atau berjalan di kawasan Melaka. 

Alamat: ST 1967, Jalan Bidara Permai 10, Taman Bidara Permai, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Medina Homestay


8. Munirah Home2Stay & Chalet, Jalan Pantai Padang Kemunting

Munirah Home2Stay & Chalet, Jalan Pantai Padang Kemunting

Homestay Munirah ini mempunyai 1 homestay induk berserta 18 chalet yang berpagar. Bagi anda yang ingin bercuti atau melakukan aktiviti seperti reunion, family day atau sebagainya, tempat ini sangat sesuai untuk anda menginap apabila datang ke sini.

Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan pantai membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti pantai bersama rakan atau keluarga tersayang. Tempat letak kereta dan ruang halaman yang luas memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang menginap.

Anak-anak juga masih boleh bermain di dalam kawasan lapang ini memandangkan ianya masih di dalam kawasan berpagar. Mari cuba tempah dan menginap di sini!

Alamat: 1704, Jalan Pantai Padang Kemunting, Taman Perindustrian Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Munirah Home2stay


9. Chalet Deruan Ombak, Pantai Padang Kemunting

Chalet Deruan Ombak, Pantai Padang Kemunting

Jika anda inginkan percutian yang bajet ke Pengkalan Balak, Melaka, anda boleh menginap di homestay ini. Homestay ini dilengkapi oleh perabot asas seperti katil, meja makan, kerusi, tv, peti ais dan sebagainya.

Anda boleh pilih homestay mana yang anda ingin menginap mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan anda. Kedudukan homestay ini berdekatan dengan pantai jadi anda boleh berehat sambil mendengar deruan ombak pantai sepanjang menginap di sini.

Jika berkelapangan, anda juga boleh berjalan-jalan di pantai berdekatan dengan homestay ini dengan tenang memandangkan kedudukannya berada di kawasan kampung. 

Alamat: Batu 22 1/2 Pantai Padang Kemunting, 78300 Pengkalan Balak, Melaka

Semak Harga | Lokasi | Laman Web| Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Chalet Deruan Ombak


10. Bonda Homestay Pengkalan Balak, Kampung Sungai Kertah

Bonda Homestay Pengkalan Balak, Kampung Sungai Kertah

Bonda Homestay Pengkalan Balak ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang bersih dan selesa. Homestay ini sangat besar dan luas. Laman yang luas memudahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan mereka sekiranya rumah ini menjadi tempat untuk majlis keraian.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan aktiviti santai seperti BBQ di homestay ini. Ramai pengunjung yang menginap di sini merasa gembira dan berpuas hati dengan layanan yang servis yang diberikan. Anda boleh tempah dan rasai sendiri pengalaman menginap di sini apabila datang melancong ke Melaka. 

Alamat: Kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak, 75250, Masjid Tanah, Melaka

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Bonda Homestay


Ini antara 10 homestay yang selesa di sekitar Pengkalan Balak untuk rujukan dan pilihan anda. Apabila bercuti jangan lupa untuk rancang perjalanan anda. Pastikan tempat penginapan selesa supaya anda boleh bercuti dan berehat dengan tenang. 

Jika anda ingin mencari tempat makan yang sedap dan menarik di Melaka, anda boleh layari artikel 45+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA.

4/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Samudera Melaka – Bayar Harga Tiket Sekali untuk 3 Muzium, JIMAT

Bercakap pasal muzium di Melaka, salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka ialah Muzium Samudera yang terletak betul-betul...

Pantai Klebang Melaka – Ini Aktiviti WAJIB Pelancong Buat

Bercuti & melawat ke tempat bersejarah di Melaka itu pasti & memang tak dinafikan sangat best. Tetapi kalau jadual melancong di Melaka anda asyik dengan...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

Top 10 Kereta Sewa di Melaka Yang Best & Murah

Melaka pernah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia dan juga Melaka Maju pada tahun 2010. Walaupun negeri Melaka adalah kecil, namun banyak tempat menarik dan...

Gereja St Paul Melaka – Sejarah & Tarikan Pelancongan Melaka

Satu tempat menarik di Melaka yang merupakan binaan lama Portugis yang masih ada yang sering mejadi tumpuan pelancong ialah Gereja St Paul di Melaka yang...

10 Kedai Steamboat di Melaka yang Anda Perlu Datang!

Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain dari mempunyai tarikan dan khazanah yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x