Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling top. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan dengan destinasi bersejarah serta keunikan struktur binaan bangunannya. Hari ini kita lihat semua destinasi percutian popular seperti penginapan, tempat shopping, hiburan keluarga, tempat makan, medan ikan bakar dan sebagainya yang boleh anda lawati kalau anda merancang bercuti di Melaka Negeri Bersejarah.


Bandaraya Melaka diiktiraf oleh UNESCO dan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya di samping mempunyai campuran budaya-budaya yang menarik untuk diterokai seperti Peranakan ataupun Baba & Nyonya.



1. Melaka Skytex

 skytrex melaka aktiviti best melaka

Destinasi yang ideal di Melaka untuk anda kunjungi bersama keluarga atau kawan-kawan yang sukakan cabaran yang memerlukan ketahanan fizikal & mental. Ada beberapa pilihan trek perjalanan yang berbeza cabarannya seperti Pahlawan Thrill, Extreme Warrior & Little Dino yang boleh anda pilih dan apa yang pasti kebanyakan aktiviti di sini memang sangat menggayatkan. Walaubagaimanapun kalau anda nak mencuba aktiviti menarik di Skytrex Melaka, ada syarat yang ditetapkan dari segi fizikal, iaitu berat badan tidak boleh melebihi 100kg & ketinggian mesti lebih 140cm. Dan sesudah membeli tiket anda perlu berada di sini sekurang-kurangnya 30 minit sebelum aktiviti dimulakan. Melaka Skytrex sangat sesuai sebagai destinasi untuk mereka yang ingin menganjurkan team building atau hari keluarga dengan aktiviti menarik bersama rakan sepejabat.

Alamat: Taman Botani Ayer Keroh, 75450 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia

“Bila Hidu Rasa Cerah Balik Mata…Dah TAK Ngantuk Drive Jauh-Jauh

Picit Butang Oren Di bawah Utk Info Lanjut

Baca Lagi >

Waktu Operasi: 9.00 am (perlepasan terawal) – 3.00 pm(perlepasan terakhir)

Peta Lokasi Jarak 66018-9095679 Facebook Website


2. Menara Taming Sari Melaka

menara taming sari bandar hilir melaka

Kalau pertama kali bercuti di Melaka destinasi ini wajib anda terjah bersama anak-anak. Satu tempat menarik di Melaka yang terletak di Bandar Hilir Melaka & mudah dicari. Pengunjung berpeluang menaiki menara ini dengan dek berkaca tertutup yang akan naik ke atas dan berpusing berterusan secara perlahan 360 darjah. Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tarikan pelancongan yang ada di sekitar Bandar Hilir Melaka seperti Muzium Samudera,  Dataran Pahlawan, Bukit St John, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya. Waktu paling best untuk mencuba adalah waktu petang kerana berpeluang melihat keindahan panorama matahari terbenam atau pada waktu malam dengan keindahan neon warna-warni yang menghiasi Bandar Melaka.

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 11 am – 10 pm

Peta Lokasi Jarak 606-288 1100 Facebook Website


3. Muzium Kapal Selam (Submarine Museum)

muzium kapal selam melaka best

Salah satu muzium di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak tidak sabar untuk lawati. Kapal selam yang terletak di Pantai Klebang dan saiz yang besar ini dibina pada tahun 1979 namun setelah tamat beroperasi kini dijadikan muzium untuk lawatan orang ramai. Anda pasti terkejut bila melangkah masuk ke dalam kerana saiz laluan yang agak sendat. Waktu cuti memang ramai dan sesak di dalam tetapi mujurlah ada sistem penghawa dingin yang baik. Bunyi siren di dalam muzium ini pasti memberi anda satu pengalaman yang baru yang hanya ada di negeri Melaka.

Alamat: Klebang, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 9.00 am – 5.00 pm | Jumaat – Ahad: 9.00 am – 6.30 pm

Harga Tiket: RM 5 (dewasa) | RM 2 (kanak-kanak) | Percuma (kanak-kanak <6 tahun)

Peta Lokasi Jarak Baca Lagi


4. Melaka River Cruise

melaka river cruise sungai melaka

Satu lagi aktiviti wajib bagi pelancong yang datang bercuti ke Melaka adalah menyusuri Sungai Melaka untuk melihat keindahan kota Melaya dari sebuah bot. Waktu terbaik untuk menaiki bot ialah pada waktu malam kerana kurang panas dan pemandangan di sepanjang sungai juga lebih menarik kerana hiasan lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Satu alternatif yang unik untuk menikmati keindahan bandaraya Melaka bagi mereka yang mungkin malas nak berjalan kaki atau menaiki beca roda tiga.

Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 9.00 am – 11.00 pm (Setiap hari)

Harga Tiket:

Isnin-Khamis: RM 10.60 (dewasa >12 tahun) | RM 5.30 (kanak-kanak 2-12 tahun) | Percuma (<2 tahun)

Jumaat-Sabtu/Cuti am:  RM 15.90 (dewasa) | RM 5.30 (kanak-kanak 2-12 tahun) | Percuma (<2 tahun)

Peta Lokasi Jarak 06-2814325 Facebook Website


5. Masjid Selat Melaka

masjid selat melaka bandar hilir

Satu mercu tanda baru yang menjadi kebanggaan orang Melaka yang terletak di Pulau Melaka. Lokasi masjid yang betul-betul mengadap Selat Melaka pasti memberi pengalaman menunaikan solat di sini yang berlainan dengan bayu laut yang sentiasa bertiup menyejukkan suasana dalam masjid. Turut dikenali sebagai Masjid Terapung Melaka, senibina unik & pemandangan menarik pada waktu senja membuatkan destinasi ini sering menjadi kunjungan pelancong & kaki kamera untuk bergambar.

Alamat: Garden City 8-Storey Apartment, Jalan Merdeka, Taman Pulau Melaka, 75000 Melaka

Peta Lokasi Jarak Baca Lagi


6. Taman Rekreasi Air Panas Jasin

air panas jasin melaka

Satu tempat mandi mandi di Melaka yang sangat ideal untuk mereka yang suka berendam di dalam kolam air panas semulajadi untuk tujuan kesihatan kulit. Jasin Hot Spring ini terletak di Kampung Air Panas, Bemban, Jasin dan berjarak 20 km dari Bandar Melaka. Kemudahan di sini lengkap untuk pengunjung seperti bangsal, taman tema air mini kanak-kanak dan tempat parking kereta. Yang paling penting kolam air panas di sini terjaga dan bersih serta anda boleh datang bersuka ria ke sini sehingga waktu malam pada hujung minggu.

AlamatKg Air Panas, Bemban, Melaka

Waktu Operasi:

Isnin ( 3 pm-12 am) | Selasa/Rabu/Khamis/Ahad ( 9 am – 12 am) | Jumaat & Sabtu ( 9 am – 2 am)

Harga Tiket: RM 6.50 (dewasa) | RM 3.50 (kanak-kanak)

Peta Lokasi Jarak 019-7196709 Facebook Website


7. Taman Tema Air A’Famosa Resort

melaka a famosa resort menarik

Mempunyai banyak pilihan gelongsor air yang mencabar dan sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Salah satu tarikan yang paling teruja untuk golongan muda sudah tentu high speed water slide yang merupakan gelongsor air yang tinggi dan curam yang pasti memberi ledakan adrenalin yang maksimum. Tarikan selain taman tema air juga ada seperti Safari Wonderland & juga aktiviti-aktiviti outdoor yang sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada aktiviti team building. Memandangkan tarikan aktiviti berkeluarga di sini memang banyak untuk diterokai & mungkin memerlukan masa lebih sehari, maka sebaiknya anda menginap di resort ini dengan pelbagai pilihan bilik hotel yang menarik.

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, Melaka, 78000 Alor Gajah

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.00 pm

Peta Lokasi Jarak 606-552 0969 Facebook Website


8. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

melaka wonderland park resort

Destinasi percutian keluarga yang sangat ideal juga untuk mereka yang ingin bermalam di resort menarik di Melaka sambil melakukan aktiviti permainan air. Taman tema air di sini mempunyai banyak gelongsor air untuk semua peringkat umur seperti tornado chaser, kamikaze race, adventure island dan wave pool. Terletak di Hang Tuah Jaya, MITC Ayer Keroh, Melaka. Samaada anda bercuti di Melaka dengan anak-anak kecil atau remaja, Melaka Wonderland Theme Park adalah satu destinasi yang wajib anda buat pertimbangan untuk dilawati.

Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.00 pm

Peta Lokasi Jarak 606-231 3333 Facebook Website


9. Pantai Klebang Melaka

pantai klebang melaka menarik

Destinasi tarikan pelancongan pantai yang paling popular dan lokasinya juga tidak jauh dari Bandar Hilir Melaka. Pantai ini mempunyai pesisiran pantai berpasir yang lapang dan luas. Sering menjadi kunjungan orang ramai baik untuk riadah pagi/ petang atau sekadar lepak-lepak bersama kawan-kawan. Klebang juga terkenal dengan minuman santai coconut shake Klebang dan lokasi sebenar Klebang Original Coconut Shake yang sering menjadi bualan mulut orang terletak hanya 3-4 km dari kawasan Pantai Klebang. Beberapa kilometer dari sini juga terdapat beberapa destinasi tempat makan best yang menyajikan makanan popular Melaka seperti asam pedas & juga cendol bakar. Sesuai untuk anda terjah makan petang atau malam selepas penat beriadah di Pantai Klebang.

Alamat: Pantai Klebang Melaka

Peta Lokasi Jarak Baca Lagi


10. Galeri Rumah Terbalik di Melaka

rumah terbalik di melaka

Kalau anda ada anak-anak kecil, bolehlah bawa mereka ke sini untuk merangsang sel-sel otak mereka supaya lebih berhubung. Mana taknya kerana setiap susunan perkakasan di dalam galeri di sini semuanya dalam keadaan tunggang terbalik. Sesuai untuk lawatan bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menghabiskan masa berkualiti bersama. Rumah Terbalik Melaka ini terletak di Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka.

Alamat: G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka, Melaka

Waktu Operasi: 9 am-7 pm (Isnin-Khamis) | 9 am – 9 pm ( Jumaat-Ahad)

Harga Tiket: RM 15 (dewasa) | RM 10 (kanak-kanak)

Peta Lokasi Jarak 6011-1072 2260 Facebook


11. Melaka River Pirate Park

tempat menarik di melaka waktu malam

Satu tempat menarik di Melaka pada waktu malam yang sangat popular dan destinasi ini merupakan sebuah taman tema yang ada di tepi Sungai Melaka yang menempatkan beberapa permainan menarik seperti Ferris Wheel , Flying Fox, Pirate Ship, Rock Climbing, Bungee Trampoline, Mad Cow dan Haunted Castle. Sesudah menikmati makan malam mungkin di medan ikan bakar bolehlah pula singgah di sini untuk menghabiskan waktu malam anda di Melaka. Harga tiket di sini bukannya sekali masuk, tetapi dikenakan atas setiap permainan yang disediakan & harganya memang mampu milik di antara RM 5-RM10.

Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12 am ( setiap hari)

Harga Tiket Setiap Permainan:

RM 5.30-10.60 (dewasa) | RM 3.20-RM 5.30 (kanak-kanak)

Peta Lokasi Jarak 06-2814325 Facebook Website


12. Bayou Lagoon Park Resort

bayou lagoon park resort melaka

Resort yang menawarkan tarikan taman tema air yang mempunyai gelongsor air yang mungkin lebih sesuai untuk golongan kanak-kanak. Sekiranya anda menganjurkan aktiviti berkumpulan seperti team building bolehlah melakukan aktiviti sukaneka air di sini seperti acara giant slipper, ballon race ataupun chopsticck crazy.

Alamat:  Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka

Peta Lokasi Jarak 606-233 0888 Facebook Website


13. Kota A’Famosa

kota a famosa bandar hilir melaka

Destinasi yang paling ikonik untuk dilawati kalau bercuti ke Melaka terutamanya untuk mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk lebih mendekati tentang sejarah Melaka. Binaan kubu berbongkah batu ini yang berusia lebih 500 tahun telah dibina sejak zaman era penjajahan zaman Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan untuk melawan penentangan penduduk Melaka ketika itu. Terdapat beberapa laras meriam di sekitar kubu ini dan sesuai untuk aktiviti bergambar bersama keluarga.

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi: 24 jam

Harga Tiket: Percuma

Peta Lokasi Jarak Baca Lagi


14. Muzium Samudera (Flora de la Mar Maritime Museum)

muzium samudera bandar hilir melaka

Aktiviti yang paling teruja di sini sudah tentulah bergambar di dek utama kapal perang ini seperti ala-ala watak Jack Sparrow. Lokasinya terletak tidak jauh dari Jonker Street dan merupakan sebuah replika kapal perang Portugis. Destinasi ini pasti memberi anda satu pengalaman yang unik dengan konsep persembahan penceritaan sejarahnya yang lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak. Terdapat pameran-pameran dan replika lain di dalam muzium kapal ini berserta dengan paparan informasi yang lengkap.

Alamat: (Kapal Flor de La Mar) & Fasa 2 Jalan Quayside, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 9.00 am – 5.00 pm | Jumaat – Ahad: 9.00 am – 9.00 pm

Harga Tiket: RM 5 (dewasa) | RM 3 (kanak-kanak) | Percuma (kanak-kanak <6 tahun)

Peta Lokasi Jarak 606-2826526 Baca Lagi


15. Muzium Istana Kesultanan Melaka

muzium istana kesultanan melayu melaka

Kalau nak merasa bagaimana berada dalam Istana Melayu lama seperti dalam filem XX Ray II bolehlah ke muzium ini yang merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke-15. Terdapat pelbagai galeri/balai-balai/balairong yang mempamerkan ciri-ciri & adat-adat Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Istana kayu ini dibina pada tahun 1984 dan yang menariknya ianya dibina dengan bersendikan pasak kayu yang merupakan satu teknik yang mashur dalam seni pertukangan rumah tradisional Melayu di negeri Melaka. Walaupun nampak seperti istana lama, tetapi dalamnya ada aircond, sesuai untuk anda datang lawati walaupun pada waktu tengahari.

Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi:  Isnin-Ahad: 9.00 pagi – 5.00 petang ( Jumaat 11.45 pagi – 2.45 petang ditutup sementara)

Harga Tiket: RM 5 (dewasa) | RM 2 (kanak-kanak) | Percuma (kanak-kanak <6 tahun)

Peta Lokasi Jarak 06-2827464 Baca Lagi


16. Zoo Melaka & Night Safari

zoo melaka night safari

Destinasi yang paling popular kalau pelancong ingin beramah mesra dengan pelbagai spesis binatang yang dibawa khas baik dari dalam mahupun luar negara. Di sini juga ada persembahan yang mencuit hati terutamanya ketika melihat gelagat burung-burung yang jinak bergurau senda bersama pelatihnya yang diadakan pada setiap hari. Satu lagi aktiviti menarik di sini ialah Safari Tour yang beroperasi setiap malam hujung minggu di mana pengunjung berpeluang melihat binatang-binatang liar pada waktu malam.

AlamatZoo Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka

Waktu Operasi Zoo : 9.00 am – 6.00 pm

Waktu Operasi Night Safari: 8.00pm – 11.30 pm ( Sabtu/Ahad/Cuti am/cuti sekolah)

Peta Lokasi Jarak 06-2324054 Facebook Website


17. Taman Burung Melaka

taman burung melaka

Destinasi yang pasti akan menghilangkan segala kusut di minda. Taman burung secara terbuka ini terletak di Taman Botani di Ayer Keroh, Melaka. Konsepnya lebih kurang sama dengan Taman Burung KL di mana pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung-burung yang jinak serta memerhati burung melalui skywalk setinggi 12 meter. Walaupun pilihan burung belaan di sini tidak sebanyak di Taman Burung KL, namun spesis-spesis burung di sini tetap eksotik yang susah untuk dilihat di tempat lain.

AlamatMelaka Bird Park, Taman Botanikal, Lebuh Ayer Keroh 75450, Melaka

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket: RM 17.80 (dewasa) | RM 11.85 (kanak-kanak/warga emas/oku)

Peta Lokasi Jarak 06-232 4054 Facebook Website


18. Taman Rama-Rama & Reptilia

 taman rama rama melaka menarik

Satu destinasi yang sangat sesuai untuk dilawati oleh pasangan yang sedang berbulan madu di Melaka. Suasananya yang romantis dengan kecantikan rama-rama eksotik di sini di samping bunga-bunga yang berwarna-warni pasti memberi anda satu kenangan bulan madu yang indah. Selain rama-rama, terdapat juga spesis-spesis reptilia seperti ular, buaya, iguana, labah-labah, kura-kura, pelbagai spesis ikan, serangga dan sebagainya. Tarikan yang paling menggerunkan di sini ialah terdapat sebuah bilik yang menempatkan ular-ular pada pokok yang hanya di atas kepala anda.

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: 8.30 am – 9.30 pm

Harga Tiket: RM 22 (dewasa) | RM 16 (kanak-kanak 3-12 tahun)

Peta Lokasi Jarak 606-2320033 Facebook Website


19. Taman Buaya Melaka

taman buaya melaka

Satu lagi destinasi yang menyeronokkan untuk kanak-kanak melihat dengan lebih dekat tarikan utama di sini iaitu taman buaya dan yang paling mendebarkan sudah tentu menyaksikan pertunjukkan aksi berani pelatih bersama buaya-buaya di sini. Selain itu, di sini juga menempatkan beberapa tarikan lain seperti mini zoo & taman rekreasi air. Kalau anda bercuti di sekitar Ayer Keroh, Melaka bolehlah singgah di sini.

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket:

Weekday: RM 15 (dewasa) | RM 10 (kanak-kanak 5- 12 tahun ) | RM 8 (warga emas > 55 tahun)

Weekend/Public Holiday: RM 18 (dewasa) | RM 18 (kanak-kanak 5- 12 tahun ) | RM 10 (warga emas > 55 tahun)

Peta Lokasi Jarak 606-232 2350 Facebook Website


20. Hutan Rekreasi Sungai Udang

taman rekreasi sungai udang melaka

Merupakan sebuah taman rekreasi yang popular di kalangan orang setempat untuk beriadah seperti jogging. Selain itu hutan rekreasi ini juga mempunyai trail untul junggle trekking. Trailnya tidak terlalu mencabar seperti mendaki bukit dan sesuai sekiranya anda sekeluarga ingin merasai suasana masuk hutan berlagukan kicauan unggas dan burung hutan. Kalau anda menganjurkan aktiviti di Melaka secara berkumpulan, bolehlah singgah di sini untuk penuhkan aktiviti waktu pagi / petang untuk lawatan berkumpulan anda.

Alamat: 76300 Sungai Udang, Melaka

Peta Lokasi Jarak Website


21. Dataran Pahlawan Megamall Melaka

tempat beli belah di melaka

Sebuah pasaraya yang menempatkan lot kedai yang menawarkan produk kelas pertengahan sehingga yang high end baik pakaian, gajet telefon, aksesori wanita, barangan bayi dan sebagainya. Di sini juga mempunyai banyak restoran serta foodcourt yang sesuai untuk lepak santai bersama keluarga sesudah penat shopping. Terletak hanya bersebelahan dengan Melaka Raya Mall dan Hotel Hatten.

Alamat:  Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka

Waktu Operasi: 10 am – 10 pm

Peta Lokasi Jarak 06-2812898 Facebook Website


22. Melaka Alive

melaka alive bandar hilir

Konsep persembahan kebudayaan dan sejarah Melaka yang menggabungkan elemen teater dan teknologi terkini untuk menceritakan kepada penonton tentang sejarah kegemilangan negeri Melaka. Satu lagi tarikan terbaru yang diperkenalkan pada tahun 2015 yang juga boleh di dapati di sini ialah Pirate Adventure. Satu destinasi indoor yang sesuai untuk anda datang bersama dengan anak-anak pada musim cuti sekolah di Melaka. Lokasinya sangat strategik berhadapan dengan Kota A Famosa & anda boleh beli tiket secara walk-in atau online. Melalui pembelian tiket secara online, pengunjung juga akan dapat 20% diskaun daripada harga biasa.

Alamat: Melaka Alive, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka

Waktu Operasi: 10.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket: RM 23 (dewasa) | RM 17 (kanak-kanak 4- 12 tahun) | RM 15 (warga emas >60 tahun)

Peta Lokasi Jarak 03-78777333 Facebook Website


23. Jonker Walk Street

jonker street night market melaka

Kalau di KL ada Petaling Street, di Melaka pula ada Jonker Street. Destinasi ini merupakan tempat menarik di Melaka yang unik untuk mencari barangan antik, kraftangan ataupun cenderahati di mana Jonker Walk ini menempatkan deretan gerai ala bazar. Waktu operasi untuk pasar malam di sini hanya pada hujung minggu & kebiasaannya mula meriah dari petang sehingga lewat malam. Bagi muslim mencari makanan halal di sekitar sini memang agak sukar kerana majoriti masyarakat di sini adalah berbangsa Cina.

Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 6pm – 12 am (malam minggu)

Peta Lokasi Jarak


24. Freeport A’Famosa Outlet

tempat shopping best di melaka

Bagi yang ingin mencari barangan berjenama samaada ada fesyen atau gadget peribadi bolehlah ke sini yang merupakan satu shopping mall yang baru dibuka pada tahun 2015. Mall ini menempatkan lebih 70 lot kedai yang menawarkan pilihan barangan dan lebih kepada produk berjenama seperti Playboy, Nike, G2000 dan sebagainya. Ada juga sesetengah pelancong dan masyarakat setempat membandingkan destinasi ini seperti Johor Premium Outlet (JPO) yang menawarkan harga barangan berjenama pada harga yang agak berpatutan.

Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi: 10 am – 10 pm

Peta Lokasi Jarak 606-5528961 Facebook Website


25. Mahkota Parade

mahkota parade shopping mall

Boleh dikatakan merupakan pasaraya di Melaka yang paling popular di kalangan penduduk setempat dan pelancong. Di sini menempatkan ratusan lot kedai baik untuk shopping mahupun mencari makan-makan di restoran dan food court di dalamnya. Hiburan untuk keluarga seperti panggung wayang turut ada di sini. Lokasinya juga sangat dekat hanya berjalan kaki dengan beberapa tempat menarik di Melaka yang popular seperti Kota A Famosa, Menara Taming Sari atau Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.

Alamat: Mahkota Parade, G8, Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 10 am – 10 pm

Peta Lokasi Jarak 606-2826151 Facebook Website


26. Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang

malacca tropical fruit farm

Terletak hanya 20 km dari bandaraya Melaka, merupakan sebuah produk agro pelancongan yang popular di Melaka. Kemudahan penginapan juga tersedia dan yang paling best di sini adalah pengalaman untuk ke kebun buah dan merasai kemanisan buah-buahan segar dari ladang. Kalau anda tiada kampung atau dusun buah-buahan, bolehlah ambil peluang untuk membawa anak-anak ke sini bagi mengenali suasana sebuah dusun buah-buahan sambil-sambil memantapkan ilmu alam semulajadi dek sebalik kemodenan teknoogi hari ini. Di sini juga terdapat banyak aktiviti outdoor yang menarik yang boleh dilakukan secara berkumpulan sesuai untuk aktiviti hari keluarga.

Alamat: D/A Pusat Latihan Pertanian, Sungai Udang, 76300 Melaka

Peta Lokasi Jarak 606-3516916 Facebook Website


27. Pantai Tanjung Bidara

pantai teluk bidara melaka

Pantai perkelahan yang terletak hanya beberapa minit dari Bandar Masjid Tanah. Mempunyai permukaan pantai yang landai dan kemudahan awam yang lengkap. Dikelilingi dengan perkampungan nelayan yang kaya dengan sumber laut yang segar dan sering menjadi tumpuan penduduk untuk mendapatkan hasil laut segar. Tidak hairanlah medan-medan ikan bakar di Melaka sangat popular dengan kesedapannya dan juga kesegaran makanan lautnya. Di sini juga ada resort & penginapan menarik untuk anda yang nak bermalam di tepi pantai di Melaka.

Alamat: Tanjung Bidara, Masjid Tanah, 78300 Melaka.

Peta Lokasi Jarak


28. Muzium Kastam Melaka

muzium kastam bandar hilir melaka

Muzium yang bertempat di bangunan yang pernah menjadi gudang simpanan dagangan British ini menempatkan pelbagai informasi menarik tentang sejarah & dunia Kastam Malaysia. Tarikan yang paling menarik di sini ialah melihat koleksi harta rampasan sejak tahun 50 an lagi seperti kulit binatang, senjata antik, keris ukiran ayat Al-Quran, patung ukiran lucah & sebagainya. Dan yang paling best, harga tiket adalah percuma.

Alamat:  Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 9.30 am – 5.30 pm | Sabtu-Ahad & Cuti Am: 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket: Percuma

Peta Lokasi Jarak 606-2833924 Website Baca Lagi


29. Gereja St John

bercuti di melaka 2017

Gereja lama ini dibina pada tahun 1521 oleh tentera Portugis sebagai tempat ibadah. Lokasinya terletak di atas Bukit St John bersebelahan dengan Kota A Famosa. Binaan bangunan yang hampir 500 tahun usianya ini masih kekal sehingga kini walaupun melalui beberapa fasa peperangan. Pelancong juga boleh melihat pemandangan menarik Bandar Hilir Melaka dari puncak bukit di sini. Sebelum penjajahan Portugis, bukit ini dikenali dengan nama Bukit Melaka dan menjadi tempat Sultan Melaka memerhati keadaan pelabuhan di muara Sungai Melaka.

Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Harga Tiket: Percuma

Peta Lokasi Jarak Baca Lagi


30. Muzium Senibina Malaysia

muzium menarik di melaka

Merupakan salah satu daripada puluhan muzium di Melaka yang berlainan fungsinya di mana destinasi ini menempatkan pelbagai replika rumah lama Melayu yang ada khususnya di Melaka. Destinasi ini lebih tertumpu kepada sejarah seni bina rumah dan perkakasan untuk membina rumah tradisional orang dulu-dulu. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan Belanda yang lama dan mempunyai 2 tingkat.

 Alamat: Muzium Senibina Malaysia Melaka terletak di Jalan Kota di antara dataran Studthuys ke Kota A’ Famosa

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.30 pm setiap hari

Harga Tiket: Percuma

Peta Lokasi Jarak Baca Lagi


31. Lebih 30+ Tempat Menarik di Melaka untuk Aktiviti Jalan Jalan Cari Makan Anda

tempat makan best di negeri melaka 2017

Melaka mempunyai banyak destinasi makan yang best-best untuk anda terjah & yang paling menarik, lokasi antara destinasi-destinasi ini tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancongan di Melaka. Jom lihat lebih 30 destinasi makan menarik di Melaka yang popular untuk anda bersantapan makanan popular Melaka seperti asam pedas , masakan nyonya & pelbagai jenis menu makanan lain.

  1. Warung Nenek Munah – Kalau anda berada di Melaka dan inginkan destinasi sarapan pagi yang menarik dan sedap, jemput singgah di Warung Nenek Munah yang terletak di Sungai Petai, Melaka. Pelbagai pilihan sarapan pagi yang ada seperti roti canai Melayu, mee kari, lontong, soto, mee sup dan sebagainya. Kena datang awal kerana selalunya dalam pukul 9 pagi kebanyakan menu sudah habis.
  2. Roti Canai Kayu Arang – Seperti nama kedainya, menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung yang bersarapan pagi di sini ialah roti canainya yang dimasak khas menggunakan kayu arang dan bukannya dapur gas. Rasa asap arang yang membangkitkan aroma unik untuk roti canai di sini ditambah pula dengan kari Melayu yang pasti membuatkan anda nak datang breakfast di sini lagi. Datang sini kena awal pagi dan kena sabar sikit sebab memang selalu ramai orang.
  3. Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana – Asam pedas merupakan satu menu popular di Melaka dan kalau anda mencari asam pedas yangs sedap di Melaka, bolehlah mencuba di restoran ini yang menyajikan pelbagai jenis pilihan asam pedas yang dihidangkan di dalam claypot.
  4. Original Coconut Shake Klebang – Minuman santai yang sangat popular di Melaka yang terletak di Pantai Klebang. Kalau dah terlajak lepak di Pantai Klebang jangan lepaskan peluang untuk mencuba coconut shake yang mashur seantero dunia Malaya ini. Di sekitar Klebang ini ada beberapa kedai yang menjual coconut shake jadi pilihlah yang betul yang menjadi kegilaan pelancong.
  5. Barkat Roti John Asli & Ayam Golek – Roti John di sini memang tidak sama di pasar malam atau bazar-bazar kerana resepinya memang lain dari yang lain dan rotinya segar dan dibuat sendiri. Itu kata rata-rata pengunjung yang pernah ke sini. Nak tahu rasa apa kita kenalah cuba sendiri roti john & ayam golek yang terletak di Taman Bachang Utama, Melaka.

Lihat Semua Tempat Makan Menarik di Melaka >


32. 4 Destinasi Medan Ikan Bakar di Melaka yang Popular

medan-ikan-bakar-parameswara

 

Untuk makan malam, negeri Melaka terkenal dengan medan-medan ikar bakar yang menawarkan pelbagai pilihan makanan laut yang menarik. Banyak destinasi ikan bakar yang popular di sekitar Melaka yang boleh anda lawati untuk acara makan malam. Satu perkara yang mencuri tumpuan saya tentang medan ikan Melaka adalah, nasi lemak merupakan sajian yang kebiasaannya dimakan bersama lauk pauk di sini. Memandangkan medan ikan bakar di Melaka memang  popular maka pada hujung minggu terutamanya selepas maghrib memang kebanyakannya akan penuh sesak. Tak nak tunggu lama datanglah sebelum Maghrib atau hari weekday. Berikut merupakan 4 destinasi popular ikan bakar Melaka berdasar pendapat orang ramai.

  1. Ikan Bakar Melaka Sungai Duyung – Lokasinya di terletak tepat di muara Sungai Duyong. Di muara ini terdapat beberapa pilihan medan ikan bakar yang menjadi pilihan orang ramai. Namun yang paling popular di sini ialah Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Lokasinya di muara memang sangat ideal untuk menikmati juadah makanan laut sambil melihat pemandangan laut yang indah.
  2. Ikan Bakar Parameswara Umbai– Satu lagi destinasi medan ikan bakar yang popular yang mengadap Selat Melaka yang sememangnya memberi satu kombinasi yang terbaik untuk santapan malam. Pilihan makanan lauk yang ada di sini juga banyak serta tempat letak kereta dan kedainya yang terbuka lapang agak tidak menyesakkan terutamanya pada hujung minggu.
  3. Medan Ikan Bakar Melaka Serkam – Terletak di tepi pantai di Merlimau, Jasin dan landmark terdekat ialah Masjid Jamek Serkam. Medan nasi lemak ikan bakar ini memang popular sebagai destinasi persinggahan kalau anda dari Muar menuju ke Melaka. Medan ikan bakar ini mempunya beberapa lot kedai ikan bakar dan yang paling mendapat sambutan orang ramai ialah di kedai lot no 1.
  4. Medan Ikan Bakar Alai di Crystal Bay – Mempunyai beberapa pilihan kedai di sini untuk santapan makanan laut dan yang paling mendapat sambutan/ review yang bagus ialah lot kedai  Hj Nasir, Hj Musa & di Mukmin Ikan Bakar. Lokasinya juga terletak berhampiran muara di Alai, Melaka dan hanya 10-15 minit perjalanan dari bandar Melaka.

Baca lagi Medan Ikan Bakar Melaka


TAWARAN Penginapan di Melaka Hari Ini >

Mencari penginapan menarik di Melaka & kena dengan bajet masing-masing tidak menjadi halangan kerana Melaka mempunyai banyak pilihan penginapan yang sesuai untuk semua orang baik hotel bajet, hotel bintang, resort tepi pantai ataupun homestay. Lokasi tumpuan penginapan dengan tarikan pelancongan di Melaka juga tidak jauh & mudah diakses dengan kereta.

Banyak sungguh destinasi pelancongan yang unik di Melaka baik tempat bercuti, kawasan bersejarah, resort bertaman tema, pilihan makanan yang pelbagai dan sebagainya. Semoga panduan tempat menarik di Melaka yang ringkas ini memberi anda inspirasi untuk bercuti ke negeri bersejarah ini kelak. Wassalam.