Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Taman Negara di Malaysia BEST & Penginapan Popular

Malaysia mempunyai banyak taman negara dan lebih 30 kesemuanya samaada di darat mahupun di laut/marin. Kebanyakan Taman Negara Malaysia yang popular seperti di bawah turut mempunyai kemudahan penginapan yang selesa serta pakej menarik untuk pengunjung melakukan aktiviti eko-pelancongan.

Untuk makluman, kesemua taman negara yang ada di Semenanjung Malaysia di bawah penjagaan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, kalau di Sabah di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah dan di Sarawak pula di bawah Jabatan Perhutanan Sarawak. Hari ini mari kita tengok 5 taman negara yang ada di Malaysia yang paling popular dan sering menjadi kunjungan pelancong, berserta beberapa cadangan penginapan menarik. Semoga memberi idea untuk satu percutian yang mencabar bersama kawan-kawan atau untuk family day.


#1 Taman Negara di Pahang

taman negara di malaysia resort

Taman Negara merupakan taman negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Di sini terdapat pelbagai tarikan aktiviti hutan dan sungai yang boleh dilakukan oleh pelancong.

Memandangkan Taman Negara ini sangat popular, maka banyak pertumbuhan industri penginapan di sini samaada chalet, homestay, hotel ataupun resort. Terpulang kepada bajet masing-masing, anda boleh menginap di hotel ataupun chalet untuk yang lebih murah. Antara penginapan yang popular di sini ialah Taman Negara Mutiara Hotel, Durian Chalet,  Liana Hostel dan Taman Negara Agoh Chalet.

Dan majoriti penginapan di sini menawarkan pakej-pakej menarik untuk aktiviti menikmati keindahan flora dan fauna di Taman Negara. Antara aktiviti yang paling best di sini ialah Canopy Walkway (terpanjang & tertinggi di dunia), rapid shooting, melawat satuari kelah, junggle trekking, melawat Kampung Orang Asli dan menerokai gua.


#2 Taman Kinabalu di Sabah

tempat menarik di sabah

Taman negara pertama di Malaysia yang telah dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000. Taman Kinabalu merangkumi kawasan hutan dan pergunungan berkeluasan 750 km persegi.

Salah satu tarikan yang utama di sini ialah sudah tentu Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara. Selain mendaki ke puncak gunung, pelancong juga berpeluang menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan borneo yang unik dan memerhati pelbagai spesis burung-burung liar di sini.

Penginapan di sini juga banyak menawarkan kemudahan yang selesa dan antara yang popular ialah di Celyn Resort Kinabalu Kinabalu National Park, Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa dan Kinabalu Pine Resort Taman Negara Kinabalu.


#3 Taman Negara Tunku Abdul Rahman di Sabah

resort di taman negara

Taman Negara Tunku Abdul Rahman merangkumi rumpunan lima buah pulau di Sabah iaitu Pulau Sapi, Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Kawasan Taman Negara Marin ini bermula hanya beberapa km dari Kota Kinabali dan merangkumi 1/3 kawasan di darat dan 2/3 daripadanya berada di dalam laut.

Salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang terletak di dalam Taman Negara Abdul Rahman ialah Pulau Sapi. Pelancong boleh ke Pulau Sapi dari jeti atau Terminal Jesselton Point di dalam bandar Kota Kinabalu. Terdapat beberapa resort yang menyediakan penginapan di dalam kawasan Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan antara penginapan atau resort yang popular ialah Bunga Raya Resort, Gaya Island Resort dan juga Gayana Eco Resort.


#4 Taman Negara Mulu di Sarawak

taman negara mulu menarik

Kalau di Sarawak inilah dia taman negara yang paling besar dengan keluasan kawasan sehingga 528 km persegi. Salah satu tarikan ikonik yang menjadi tumpuan pelancong di sini ialah gua-guanya seperti Fairy Cave, Deer & Lang Cave dan Fastlane.

Tarikan yang kedua yang agak mencabar untuk dilihat secara dekat ialah Pinnacles yang merupakan batuan batu kapur yang meninggi memuncak (lihat gambar atas) seperti dalam movie Avatar. Selain gua-guanya yang besar dan panjang di sini, pelancong juga boleh melakukan aktiviti lain seperti canopy walk, menyusuri sungai dengan bot, meredah hutan dan sebagainya.

Untuk mencuba aktiviti menarik di Taman Negara Mulu, pengunjung boleh berurusan dengan hotel dan penginapan di sini yang mempunyai pelbagai pakej pelancongan yang menarik.


#5 Taman Negara Bako di Sarawak

taman negara bako sarawak best

Taman Negara Bako merupakan taman negara di Sarawak yang paling tua dan meliputi kawasan seluas lebih 2000 hektar. Ianya terletak tidak jauh dari Kuching (35 km) dan boleh dikatakan taman negara yang paling kecil di negeri Sarawak. Walaupun kecil tetapi ianya tidak lekang menjadi kunjungan pengunjung setiap hari.

Di sini anda boleh menjumpai pelbagai flora dan fauna yang ada di hutan Borneo lain dan yang lebih menarik, ianya berada di kawasan berteluk tepi pantai. Walaupun tidak sebesar taman negara lain di Sarawak tetapi ianya lebih mempunyai lebih pilihan tarikan baik dari segi hutan hujan, hidupan liar, air terjun, pantai dan batu-batuan. Binatang yang paling eksotik yang ada di sini ialah Proboscis Monkey (monyet hidung besar) yang turut menjadi maskot Malaysia Year of Festival 2015 (MYFEST 2015).

Pelancong boleh menginap di mana-mana hotel di Kuching kerana lokasi Taman  Negara Bako ini tidak jauh dan mudah diakses. Antara hotel dan penginapan yang bagus berdekatan adalah Riverside Majestic Hotel, Hero Hostel , BB Bunkers  dan Ariva Gateway Kuching.


Semoga membantu anda mencari destinasi Taman Negara di Malaysia yang menjanjikan aktviti hutan menarik berserta dengan beberapa cadangan penginapan yang berdekatan. Selamat mencuba. Wassalam.

4.4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

9+ Pulau Di Malaysia Bertaraf Dunia & Menarik untuk Bercuti

Maldives, Bali dan Phuket merupakan antara destinasi pelancongan di pulau yang sangat popular di dunia. Bak kata orang, kenapa bayar lebih? Pulau di Malaysia...

5 Tempat Menarik Untuk Bercuti & Berbulan Madu

Sudah menjadi kebiasaan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, berbulan madu ke destinasi yang romantik dan best semestinya merupakan agenda yang wajib dilakukan selepas...

12 Penginapan Di Taman Negara Bertemakan Alam Yg Best & Menakjubkan

Taman Negara merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sering mendapat perhatian daripada pengunjung luar dan dalam negara. Ramai yang memilih tempat yang indah ini sebagai...

Taman Negara Pahang – 10+ Aktiviti Menarik yg KENA Cuba

Taman Negara merupakan satu tempat percutian di Pahang yang popular dan merupakan hutan simpan terbesar di Semenanjung Malaysia. Bercuti ke sini pasti menjanjikan aktiviti...

Tempat Bersejarah di Malaysia – Yang Paling Kagum

Tempat-tempat bersejarah di Malaysia memang banyak dan unik. Di sebalik setiap kewujudannya mempunyai seribu satu ceritanya tersendiri. Ada yang terbina kerana cinta dan ada...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Farid
Farid
1 year ago

Jambatan canopy terpanjang dan tertinggi di dunia terletak di danum LD manakala hutan tertua jg terletak di danum…dasar bangsa kuat klim

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x