Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

12 Penginapan Di Taman Negara Bertemakan Alam Yg Best & Menakjubkan

Taman Negara merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sering mendapat perhatian daripada pengunjung luar dan dalam negara. Ramai yang memilih tempat yang indah ini sebagai tempat percutian kerana di sini memiliki kekayaan sumber flora fauna yang sangat menakjubkan. Kalau anda nak tahu, usia bagi hutan hujan ini telah mencapai lebih daripada 150 juta tahun. Oleh kerana tempat ini seringkali menjadi pilihan para pelancong, tidak hairanlah mengapa terdapat banyak tempat penginapan yang terbaik untuk anda pilih. Jangan pening kepala, di sini kami telah menyenaraikan 12 tempat penginapan yang akan memberikan keselesaan kepada anda sehingga mampu membuatkan anda tidur lena.

Penginapan yang dikelilingi oleh alam sekitar ini sememangnya memberikan ketenangan yang baik untuk diri. Selain itu, kemudahan yang diberikan bukan sahaja lengkap malah memang akan membantu urusan anda sepanjang bermalam di sini. Harga bilik yang ditawarkan juga memang sangat berpatutan. Sekali sekala anda memang patut membawa satu keluarga anda untuk bercuti di tempat yang aman damai seperti di Taman Negara ini untuk melakukan aktiviti dalam hutan yang menarik.

12 Penginapan Yang Menyeronokkan Di Pahang


1. AsiaCamp Resort Taman Negara

AsiaCamp Resort Taman Negara

Kalau anda datang bercuti ke Taman Negara, AsiaCamp Resort Taman Negara merupakan penginapan terbaik yang patut anda cuba. Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan di sini sebagai contoh mendaki di Bukit Teresek yang terletak berdekatan sahaja dengan resort ini, berjalan-jalan di jambatan gantung, melihat pelbagai jenis burung yang terdapat di Taman Negara atau menaiki bot untuk berkeliling sungai. Yang istimewanya, sungai di sini bukan sahaja boleh digunakan untuk bermandi manda tetapi anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada ikan Kelah yang terdapat di dalam sungai ini. Memang berbaloi jika anda membayar sejumlah harga untuk penginapan dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Kepada anda yang menggemari aktiviti yang mencabar, anda boleh mengaturkan aktiviti menerokai gua dengan pihak resort ini. Aktiviti yang sememangnya mencabar dan memerlukan stamina yang cukup, tetapi apabila di penghujungnya anda akan menikmati keindahan alam sekitar yang luar biasa. Mereka juga ada menawarkan bilik bajet untuk tiga orang tetapi disebabkan bilik ini mempunyai keluasan yang cukup, ia boleh memuatkan seramai lima orang dalam satu masa. Anda bebas memilih pakej atau bilik mengikut kemahuan anda.

Alamat: Taman Negara Malaysia, Kompleks AsiaCamp, 27020 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-504 4456


2. Xcape Resort

Xcape Resort

Dapatkan pengalaman bermalam di penginapan terbaik yang terdapat di Taman Negara iaitu di Xcape Resort. Sebuah resort yang menawarkan pelbagai pakej bilik yang boleh anda tempah dengan kemudahan yang serba lengkap. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini antaranya ialah mengelilingi sungai dengan menggunakan bot, menerokai hutan hujan atau bermandi manda di sungai. Di sini anda bebas untuk berseronok dengan pelbagai aktiviti alam sekitar yang menakjubkan ini.

Selain itu, di sini juga terdapat satu dataran yang luas untuk dijadikan sebagai tempat berkumpul atau melakukan aktiviti permainan. Kebiasannya tempat ini akan digunakan untuk aktiviti sebarang kem. Tempat makan yang terdapat berdekatan membuatkan anda tidak perlu pening kepala untuk mencari makanan lagi. Mereka juga ada menawarkan tempat khas untuk anda yang ingin membuat bakar-bakar bbq. Tempat yang telah dihias dengan lampu LED berwarna menjadikan suasana di tempat bbq itu nampak lebih meriah. Sebelum datang ke tempat ini, rancang dahulu aktiviti apa yang ingin anda lakukan.

Alamat: Lot 816, Jalan Teresik, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-266 1111


3. Mutiara Taman Negara

Mutiara Taman Negara

Rasai keindahan alam semula jadi dengan menginap di Mutiara Taman Negara. Sebuah resort yang akan memberikan anda satu pengalaman baru yang menyeronokkan dan luar biasa. Di sini tidak perlu anda kunci jam untuk bangun pagi kerana cukup dengan kicauan spesies burung dan cengkrik yang lantang sehingga mampu membuatkan anda terjaga. Jika anda datang bermalam di resort ini pada musim buah-buahan, anda akan dapat menjumpai atau mengenali pelbagai jenis haiwan.

Selain menikmati keindahan alam semula jadi, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini sebagai contoh berjalan-jalan di dalam hutan, mengenali jenis-jenis flora atau fauna, melawat kebun buah-buahan dan macam-macam lagi. Mutiara Taman Negara ini menggunakan konsep rumah kayu moden yang menyerlahkan setiap bilik dan tampak lebih menarik. Di setiap bilik mempunyai balkoni pribadi yang memaparkan pemandangan hutan atau sungai, ia bergantung pada nombor bilik yang anda pilih.

Alamat: Mutiara Taman Negara, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-266 3500


4. Danz Eco Resort

Danz Eco Resort

Danz Eco Resort menawarkan bilik penginapan dengan pelbagai reka bentuk yang unik dan lain daripada yang lain. Walaupun begitu, bilik yang diberikan tetap selesa dan nyaman untuk didiami. Terdapat rumah hijau dan khemah yang boleh anda pilih untuk dijadikan sebagai tempat anda bermalam. Biarpun daripada luar kelihatan seperti sederhana atau kecil tetapi didalam bilik ini memang luas dan telah dilengkapi dengan segala kemudahan.

Tempat yang unik ini memang sesuai dijadikan sebagai tempat untuk anda yang ingin bergambar. Terdapat 10 bilik tetamu yang ditawarkan di resort ini, jadi anda perlu menempahnya segera sebelum terlepas peluang keemasan ini. Terdapat tempat makan yang menarik untuk anda singgah makan bagi mengisi perut anda yang lapar. Hidangan lazat yang dihidangkan pasti akan menambat selera anda. Selain itu, lebih mudah untuk anda berjalan-jalan ke bandar daripada resort ini. Anda bebas untuk mendaftar masuk di hotel ini walaupun pada waktu malam kerana kaunter pendaftaran yang dibuka 24 jam.

Alamat: Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, 27000, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-266 3036


5. Hana Guest House Taman Negara

Hana Guest House Taman Negara

Hana Guesthouse merupakan salah satu rumah tamu terbaik di Taman Negara yang patut anda cuba. Anda boleh mengakses sambungan WiFi secara percuma di kawasan penginapan ini. Bukan itu sahaja, di sini juga anda tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang parkir kereta kerana mereka telah menyediakan parkir percuma yang khas untuk anda yang ingin menginap di sini. Semua bilik tamu di sini dilengkapkan dengan kemudahan seperti barangan mandi, selipar, ruangan untuk bancuh kopi, singki dan terdapat bilik mandi pribadi.

Selain itu, di setiap bilik juga mempunyai balkoni yang memberikan anda pemandangan tumbuh-tumbuhan hijau yang sangat menakjubkan. Duduk lepak di balkoni dengan tiupan angin pada waktu petang atau malam memang sangat mendamaikan. Anda memang patut untuk datang cuba merasai keindahan alam sekitar di tempat penginapan yang sempurna ini. Kalau anda nak tahu, di sini anda boleh melakukan aktiviti seperti mendaki gunung dan memancing. Untuk yang berjiwa memancing, anda memang wajib untuk mencuba memancing di sini kerana kebiasaanya mereka yang memancing di sini akan pulang dengan hasil yang lumayan.

Alamat: Hana Guest House Taman Negara, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 019-954 6718


6. Mochi Resort

Mochi Resort

Mochi Resort menawarkan penginapan yang aman damai untuk didiami dan memberikan keselesaan yang berlipat ganda daripada tempat lain. Rekaan rumah kayu yang telah dimodenkan menambahkan lagi keanggunan resort ini. Mereka juga ada menawarkan pakej penginapan keluarga yang sesuai untuk anda yang ingin bercuti sekeluarga. Setiap bilik yang ditawarkan mempunyai penghawa dingin, alatan mandian, bilik air, balkoni, kolam renang dan macam-macam lagi.

Disebabkan kemudahan WiFi tidak disediakan, anda boleh meluangkan masa dengan keindahan alam sekitar yang menarik di sini. Harga bagi bilik mereka juga memang sangat berpatutan dan tidak boleh didapati di penginapan lain. Teroka dan rasai sendiri kedamaian alam semula jadi yang terdapat di Negeri Pahang ini kerana dijamin ia akan menjadikan percutian anda lebih santai. Kedai makan di sini juga memang mudah untuk dijumpai dan menawarkan menu hidangan istimewa yang mempunyai rasa yang sangat lazat. Anda dibenarkan untuk daftar masuk atau keluar awal tanpa mengikut waktu yang telah ditetapkan tetapi anda akan dikenakan sedikit cas.

Alamat: Mochi Resort, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am–5.00pm

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:011-5913 0187


7. Taman Negara River View Lodge

Taman Negara River View Lodge

Sebuah penginapan yang dikelilingi kehijauan tumbuh-tumbuhan yang subur dan mekar, semestinya di Taman Negara River View Longe. Selain itu, tempat yang dicat dengan pelbagai jenis warna ini akan lebih menceriakan hari anda yang bermalam di sini. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan yang boleh anda rancang untuk dilakukan di tempat ini sebagai contoh berakit, mendaki dan memancing. Yang menariknya, di sini terdapat sebuah kedai menjual cenderamata cantik-cantik yang boleh anda beli sebagai kenangan.

Terdapat sungai yang dikenali sebagai Sungai Kuala Tahan Tembeling yang boleh digunakan untuk anda yang ingin bermandi manda atau melakukan aktiviti sukan air. Memang best kalau dapat mandi air semula jadi ini, ia sememangnya menyegarkan dan tidak boleh didapati di bandar. Semua bilik telah dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, pemanas air, peralatan mandian, minuman segera dan banyak lagi. Mereka juga menyediakan pelbagai pakej bilik yang boleh anda tempah dengan tawaran harga yang sangat murah.

Alamat: Taman Negara River View Lodge, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-967 8174


8. Trv Motel

Trv Motel

Trv motel merupakan pilihan penginapan yang tepat untuk anda yang datang melancong ke Taman Negara. Terletak di lokasi yang strategik dan mudah untuk dijumpai menyebabkan ramai pelancong lebih memilih tempat ini. Menginap di motel ini akan membuatkan anda seperti berada di kampung halaman sendiri kerana reka bentuk motel ini berkonsepkan rumah kampung. Mereka menawarkan pengemasan harian bagi menjamin kebersihan tempat ini. Memberikan perkhidmatan yang baik dan sempurna agar dapat sentiasa menceriakan hari pengunjung yang datang menginap.

Kemudahan seperti sambungan WiFi yang boleh diakses sepanjang berada di sekitar kawasan motel, tempat letak kenderaan percuma, restoran yang terbaik, bilik berpenghawa dingin dan banyak lagi yang boleh anda gunakan sepanjang menginap di sini. Terdapat khidmat pengantara yang boleh anda gunakan untuk pergi ke mana-mana tempat dengan cas tambahan. Untuk anda yang rasa tidak bermaya atau letih, anda boleh bersenam di tempat rekreasi yang terdapat banyak peralatan yang membantu. Penginapan ini merupakan satu tempat yang ideal bagi anda yang ingin mencari ketenangan.

Alamat: Trv Motel, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-984 7043


9. Teresek View Hotel

Teresek View Hotel

Teresek View Hotel merupakan sebuah hotel yang ceria dengan pelbagai warna cat yang kelihatan sangat menarik. Untuk anda yang lebih memilih tempat penginapan yang meriah dengan suasana yang ceria, hotel ini merupakan tempat yang anda cari. Bersantai dan berehat lah di penginapan yang mempunyai suasana yang tenang ini. Mereka menawarkan 38 bilik yang selesa untuk para tetamu yang berkunjung. Mereka akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menyediakan banyak kemudahan yang boleh anda gunakan sepanjang menginap di sini. Bilik yang serba-serbi lengkap dengan segala kemudahan ini memang akan membuatkan tidur malam anda sangat lena.

Yang menariknya, di setiap bilik terdapat balkoni untuk anda menikmati pemandangan yang indah. Selain itu, terdapat juga satu taman rekreasi untuk anda melakukan aktiviti sihat bersama ahli keluarga anda pada waktu petang. Terdapat juga sebuah kedai mini yang terletak berdekatan sahaja dengan hotel untuk anda mendapatkan minuman sejuk atau makanan ringan.

Alamat: Teresek View Hotel, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-266 9744


10. Balai Serama Guesthouse

Balai Serama Guesthouse

Anda masih mencari penginapan di Taman Negara yang mampu menjamin keselesaan anda sekeluarga, Balai Serama Guesthouse merupakan tempat yang tepat untuk anda. Daripada jauh anda boleh nampak bumbung tempat ini yang mempunyai stuktur lengkung ala-ala Rumah Minangkabau ini. Tempat yang cantik ini terdapat kolam ikan dan kawasan ini dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau yang subur. Anda memang patut untuk mendapatkan udara segar di tempat yang indah dan aman ini.

Penginapan ini terletak kira-kira 4 km sahaja dari ibu pejabat Taman Negara dan tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Yang menariknya, mereka menawarkan sarapan pagi dan makan malam yang lazat secara percuma. Tidak perlu anda bersusah payah pergi mencari makanan lagi. Bukan itu sahaja tawaran menarik yang mereka sediakan, mereka juga ada menyediakan pengangkutan untuk anda pergi ke Taman Negara dan tempat-tempat menarik di sana.

Alamat: Kampung Padang, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-996 4676


11. Nusa Holiday Village

Nusa Holiday Village

Nusa Holiday Village merupakan sebuah resort yang terletak di Kawasan perhutanan. Meskipun begitu, penginapan yang diberikan memang sangat selesa dan jauh daripada kesibukkan bandar. Udara yang tidak tercemar dan keindahan alam semula jadi yang menarik akan membuatkan percutian anda lebih tenang. Bersantai di tempat yang dikelilingi alam semula jadi ini dapat memberikan anda udara yang segar dan sememangnya mendamaikan. Kalau anda ingin tahu, tempat ini berada di hutan hujan tropika yang tertua di Malaysia.

Anda akan mendapatkan satu pengalaman baru yang tidak akan boleh dilupakan. Selain itu, banyak kemudahan yang telah disediakan bagi setiap bilik. Rekaan dan suasana bilik juga memang akan membuatkan anda berasa seperti sedang berada di kampung halaman. Walaupun bilik ini dibina menggunakan kayu tetapi keadaan didalam bilik tidak panas walaupun pada waktu tengahari. Banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di tempat yang menakjubkan ini.

Alamat: Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-266 2369


12. Durian Chalet

Durian Chalet

Merupakan sebuah chalet popular yang sering menjadi pilihan bagi pelancong yang berkunjung. Durian Chalet memang tempat yang terbaik untuk anda bermalam sekiranya bercuti di Taman Negara. Mereka menawarkan penginapan dengan harga yang sangat berpatutan. Banyak aktiviti menyeronokkan yang boleh anda cuba lakukan di tempat penginapan ini. Tidak perlu membuang minyak kereta dan masa untuk mencari tempat menarik yang boleh dikunjungi kerana di sini terdapat banyak tempat yang boleh anda lawati antaranya ialah hutan hujan tropika, jambatan gantung atau lepak di sungai.

Rumah kayu yang menggunakan konsep rumah kampung dengan padan warna yang sangat sesuai menjadikan rumah ini kelihatan sangat cantik. Mereka juga ada menyediakan kelambu dan kipas untuk membuatkan tidur malam anda berasa lebih selesa. Selain itu, mereka juga ada menawarkan pengangkutan percuma untuk membawa anda bersiar-siar di dalam Taman Negara. Harga bagi setiap bilik adalah berbeza dan anda bebas untuk memilih bilik untuk bermalam mengikut bilangan ahli keluarga anda.

Alamat: Durian Chalet, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-934 5180


Dapatkan pengalaman baru yang menyeronokkan di penginapan Taman Negara. Percutian yang tidak akan dapat lupakan kerana tempat yang luar biasa menghasilkan pemandangan yang menakjubkan. Udara segar yang diperoleh daripada alam semula jadi memberikan ketenangan buat anda yang sedang merasai tekanan dan bebanan kerja di bandar. Anda juga boleh datang ke tempat ini menggunakan pelbagai cara sama ada memilih jalan darat atau jalan air.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Taman Negara Pahang – 10+ Aktiviti Menarik yg KENA Cuba

Taman Negara merupakan satu tempat percutian di Pahang yang popular dan merupakan hutan simpan terbesar di Semenanjung Malaysia. Bercuti ke sini pasti menjanjikan aktiviti...

5 Taman Negara di Malaysia BEST & Penginapan Popular

Malaysia mempunyai banyak taman negara dan lebih 30 kesemuanya samaada di darat mahupun di laut/marin. Kebanyakan Taman Negara Malaysia yang popular seperti di bawah turut mempunyai kemudahan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x