Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

13 Penginapan Selesa Di Kuantan Yang Patut Anda Cuba

Anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Negeri Pahang yang indah ini? Masih belum menjumpai tempat penginapan yang sesuai untuk anda sekeluarga? Jangan risau kerana di sini kami telah membantu anda dengan menyenaraikan 13 tempat penginapan terbaik yang terdapat di Kuantan. Tambahan pula, tempat penginapan yang sempurna ini akan menawarkan banyak kemudahan yang dapat membantu anda sepanjang menginap di sana.

Harga tidak akan menjadi satu masalah kerana mereka akan memberikan tawaran harga yang sangat berpatutan. Percutian anda akan menjadi lebih lengkap sekiranya anda menginap di tempat yang menakjubkan ini. Selain itu, suasana dan pemandangan yang aman di tempat ini juga dapat memberikan anda ketenangan yang luar biasa. Tempat ini juga sesuai untuk bersantai yang akan membuatkan percutian anda menjadi lebih menyeronokkan. Pelbagai aktiviti bermanfaat yang boleh anda rancang untuk dilakukan di tempat penginapan ini.

Kalau anda nak tahu, Kuantan ini merupakan ibu negeri bagi Negeri Pahang. Jadi, memang terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kuantan dan sememangnya telah menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan para pelancong untuk mencari makanan yang sedap-sedap. Bukan itu sahaja, Pahang juga dikenali sebagai negeri yang kaya dengan sumber alam semula jadi.

13 Penginapan Terbaik Kuantan, Pahang


1. Hyatt Regency Kuantan Resort

Hyatt Regency Kuantan Resort

Terletak di sebuah pantai popular Pahang iaitu Pantai Teluk Cempedak dan merupakan sebuah hotel 5 bintang yang sememangnya terbaik, semestinya di Hyatt Regency Kuantan Resort. Tempat yang elegant dan memberikan jaminan keselesaan yang sempurna untuk anda yang berkunjung. Hyatt Regency Kuantan Resort ini telah diubah suai dengan 300 bilik yang menyediakan percutian santai dan jauh daripada kesibukkan bandar dengan pemandangan laut yang menakjubkan.

Penginapan yang lengkap dengan kemudahan mesra keluarga, dua kolam yang besar, restoran yang menyajikan makanan lazat, khidmat dobi, parkir percuma, spa dan macam-macam lagi. Jika anda berdaftar sebagai ahli untuk hotel ini, anda berpeluang untuk mendapatkan sebanyak 15% diskaun untuk penginapan. Untuk itu, anda boleh daftar keahlian secara percuma sahaja di laman web rasmi hotel ini.

Untuk pengetahuan anda, hotel ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tempat penginapan malah anda juga boleh mengadakan apa-apa sahaja majlis di hotel juga. Kebiasaannya, ramai orang akan memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di hotel ini kerana pemandangan tepi laut yang mewujudkan suasana romantis yang bakal menjayakan majlis.

Alamat: Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


2. Imperium Residence Tanjung Lumpur

Imperium Residence Tanjung Lumpur

Bermalam di sebuah hotel yang hebat dan selesa sememangnya akan melengkapkan perjalanan percutian anda. Untuk itu, anda harus memilih Imperium Residence Tanjung Lumpur yang terletak di Pahang sebagai tempat penginapan anda. Menawarkan pelbagai kemudahan yang boleh digunakan seperti kelengkapan perabot yang cukup, alatan mandi, bilik yang berpenghawa dingin, sambungan Wifi percuma dan banyak lagi.

Menjamin keselamatan anda kerana mempunyai sistem keselamatan 24 jam dan CCTV di setiap tempat. Yang menariknya, di hotel ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk ke Bandar Kuantan. Anda boleh menginap di hotel ini selepas penat berjalan seharian di tempat menarik yang terdapat di Bandar Kuantan.

Tambahan lagi, di hotel ini menawarkan tempat makan yang menghidangkan menu istimewa masakan barat dan tempatan. Jangan risau tentang tempat letak kereta kerana di sini mereka ada menyediakan tempat untuk letak kereta yang percuma dan luas.

Alamat: Jalan Kampung Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Balok, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong


3. Royal Chulan

Royal Chulan

Royale Chulan Cherating Villas merupakan sebuah penginapan yang terletak berdekatan dengan pantai Cherating. Villa yang mempunyai reka bentuk mewah menyerlahkan gaya moden yang kelihatan sangat menarik. Untuk anda yang inginkan percutian yang santai, tempat ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda.

Bilik yang menghadap ke arah laut memaparkan pemandangan yang sangat indah dan luar biasa. Walaupun villa ini kelihatan sangat elegant tetapi harga bilik yang mereka tawarkan memang murah dan berbaloi untuk anda cuba. Villa ini juga memang dikenali sebagai sebuah villa yang unik dan eksklusif.

Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak villa dengan sangat lengkap untuk anda yang menginap di sini. Anda juga boleh membawa anak-anak anda mandi di kolam cetek yang terdapat di villa ini jika tidak dapat mandi di Pantai Cherating. Bukan itu sahaja, anda dibenarkan untuk duduk lepak sambil menenangkan diri dibangku yang terdapat di sekitar kawasan tepi kolam ini.

Alamat: Royale Chulan Cherating Villas Kuantan, 26100 Balok, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


4. White & Black Homestay

White And Black Homestay

Walaupun baru dibuka pada awal Oktober 2021 tetapi homestay ini telah berjaya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Sesuai dengan namanya iaitu ‘white and black’ homestay kerana mereka menggunakan konsep warna hitam putih di sini. Memang ada ala-ala gaya rumah Eropah. Daripada luar kemungkinan tempat ini akan kelihatan agak kecil tetapi di dalam homestay ini terdapat sebuah kolam renang tertutup dan bilik yang dilengkapi dengan 2 unit katil queen.

Untuk ke Pantai Balok daripada homestay ini hanya dalam 500 meter sahaja. Puas berehat anda boleh berjalan-jalan ke Pantai Balok. Bukan itu sahaja, terdapat banyak kedai makan viral yang menawarkan pelbagai menu istimewa di sekitar kawasan homestay ini. Selain itu, kepada anda yang masih mencari tempat yang sesuai untuk berbulan madu, di sini anda boleh membuatkan permintaan untuk hiasan bilik yang romantis.

Kalau anda nak tahu, di bilik homestay ini bukan sahaja dilengkapi dengan penghawa dingin malah terdapat juga kipas. Ia membuatkan suasana bilik menjadi lebih nyaman dan memberikan anda tidur malam yang lena. Banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak homestay ini yang akan membuatkan anda selesa dan mampu memudahkan urusan anda.

Alamat: 312, Lorong Balok Maju 7, Kampung Balok Baru, 26080 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Ulasan Pelancong


5. Villa Kuchinta

Villa Kuchinta

Anda menginginkan tempat penginapan yang akan memberikan anda sekeluarga ruangan  privasi, Villa Kuchinta merupakan tempat yang tepat untuk anda menginap. Di villa ini terdapat laman yang lapang untuk anda melakukan pelbagai aktivti yang menyeronokkan. Biasanya, mereka yang berkunjung akan memilih untuk mengadakan hari keluarga di villa ini kerana pelbagai permainan yang menarik boleh dirancang untuk dilakukan di laman yang luas ini.

Di sini mereka menawarkan bilik dengan pemandangan alam sekitar yang indah dan sangat menakjubkan. Yang menariknya, di villa ini mereka sering memberikan potongan harga hebat untuk bilik-bilik yang terbaik. Untuk tidak terlepas sebarang promosi, anda boleh mengikuti Facebook rasmi mereka.

Villa ini memang lain daripada yang lain kerana kawasan villa yang dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa ini menjadikan view tempat ini sangat cantik. Bilik yang bersih dan layanan daripada pekerja yang baik membuktikan yang sememangnya villa ini antara yang terbaik.

Alamat: Lot 84, Cherok Paloh, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong


6. Mutiara Seview Resort

Mutiara Seview Resort

Mutiara Seview Resort merupakan sebuah resort terbaik yang terletak berdekatan dengan sebuah pantai di Pahang. Di resort ini mereka menawarkan 3 jenis chalet menarik yang sesuai untuk menjadi sebagai penginapan anda. Antaranya ialah bilik dengan pemandangan kolam, laut atau pemandangan alam sekitar. Setiap bilik mempunyai keistimewaan dan kelainan yang tersendiri tetapi mereka tetap menyediakan kelengkapan seperti microwave, mini peti sejuk dan macam-macam lagi untuk setiap bilik.

Anda boleh duduk berehat pada waktu petang atau malam di kerusi santai yang disediakan di sekitar kawasan berdekatan pantai. Bukan itu sahaja, anda juga boleh duduk melepak di meja bulat yang ada disediakan di luar bilik yang anda tempah. Duduk melepak dengan angin petang yang mendamaikan sememangnya mewujudkan situasi yang harmoni.

Selain itu, anda boleh membawa anak-anak anda bermain di taman permainan yang terdapat di homestay ini. Tambahan pula, anda boleh merancang untuk menyambut hari keluarga dengan melakukan pelbagai permainan sukaneka yang menyeronokkan di kawasan lapang homestay ini.

Alamat: Kampung Berahi, 26080 Balok, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong


7. Silalima Guest House

Silalima Guest House

Percutian yang lebih menyeronokkan dengan memilih Silalima Guest House sebagai tempat untuk anda bermalam. Pelbagai jenis bilik menarik yang mereka tawarkan untuk anda yang ingin menginap. Bilik boleh ditempah mengikut bilangan ahli keluarga anda yang mengikuti percutian. Tawaran harga yang diberikan juga memang terbaik dan tidak boleh didapati di tempat penginapan yang lain.

Bukan itu sahaja, tempat ini juga ada menyediakan pengangkutan untuk mengambil anda daripada Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Jarak tempat ini untuk ke lapangan terbang hanyalah 14.8 Km. Anda juga bebas untuk datang ke tempat ini dengan menaiki kenderaan awam ataupun memandu kenderaan sendiri.

Antara kemudahan menarik yang disediakan di sini ialah Wifi percuma yang boleh diakses di sekitar kawasan Guest house, tempat letak kenderaan, bilik yang dilengkapi dengan penyaman udara, pengemasan harian dan terdapat taman untuk anda duduk bersantai. Hotel 2 bintang ini sememangnya satu tempat penginapan popular yang menjadi pilihan para pelancong tempatan dan antarabangsa.

Alamat: No 5, Jalan Alor Akar, Taman Kuantan, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong


8. Timurbay By Seascape

Timurbay By Seascape

Timurbay By Seascape merupakan sebuah penginapan yang agak terkenal di Kuantan dan anda memang patut untuk memilih hotel ini sebagai tempat penginapan anda. Pelbagai tempat menarik yang disediakan di sini untuk mengisi masa lapang anda antaranya ialah terdapat bilik permainan, sauna, gelanggang untuk anda bersukan, kolam renang, meja billiard dan macam-macam lagi. Memang tidak akan membosankan jika anda menginap disini.

Sememangnya sebuah hotel yang sempurna kerana pelbagai aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan di sini. Untuk bilik yang anda tempah pula telah dilengkapkan dengan segala kemudahan seperti seterika, microwave, kopi segera, pengering rambut dan banyak lagi. Jika anda tidak ingin membawa pulang baju basah anda boleh menggunakan dobi yang telah disediakan untuk membasuh atau mengeringkan pakaian anda.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat satu ruangan khas untuk anda bakar-bakar bbq pada waktu malam. Hotel yang terletak bersebelahan dengan pantai ini memberikan sebuah pemandangan yang sangat menakjubkan dan indah.

Alamat: Main Lobby Tower A, Jalan Kuantan, 26100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


9. The Sky Inn

The Sky Inn

The Sky Inn merupakan sebuah hotel yang mempunyai gaya yang moden dan mewah. Hotel terbaik yang terletak di Kuantan ini menawarkan pelbagai jenis bilik yang boleh anda tempah. Bilik kalis bunyi, kelengkapan yang cukup, televisyen, tuala dan macam lagi yang telah disediakan bagi setiap bilik. Tidur malam anda akan menjadi lebih selesa dengan kesempurnaan bilik hotel yang ditawarkan di sini.

Kawalan keselamatan yang ketat dan menyediakan ruangan parking percuma akan memudahkan anda yang ingin menginap di sini. Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak berdekatan dengan beberapa destinasi pelancongan menarik di Kuantan iaitu Pantai Teluk Cempedak, Taman Zoo Mini Teruntum dan Taman Gelora.

Untuk maklumat anda, jika anda ingin menginap di sini, anda perlu mendaftar masuk sekitar pukul 2 petang sehingga ke 12 malam. Selain itu, anda juga perlu membayar deposit sebanyak RM 50. Ia akan dipulangkan kembali ketika anda daftar keluar, jika tidak terdapat kerosakkan pada barang yang tersedia di dalam bilik anda.

Alamat: NO 2A&B, Jalan Sim Lim, Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


10. De Rhu Beach Resort

De Rhu Beach Resort

De Rhu Beach Resort terletak berdekatan dengan Pantai Cherating dan ia akan memberikan pemandangan keindahan alam sekitar yang luar biasa. Jauh daripada kesibukkan kota, resort ini memberikan kedamaian yang sempurna untuk percutian anda. Yang menariknya, di resort ini terdapat tiga kolam renang yang mempunyai taman tema air mini. Anak-anak anda boleh bermain atau mandi di kolam renang ini sepuas-puasnya. Anda juga boleh menjaga anak-anak anda mandi sambal bersantai di kerusi yang terdapat di tepi kolam sahaja. Melihat pemandangan petang dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi sememangnya satu aktiviti yang menenangkan.

Jangan risau soal makanan kerana di sini terdapat sebuah restoran yang dikenali sebagai De Rhu Oriental Restaurant untuk anda mengisi perut yang kosong. Mereka menyajikan menu masakan Cina yang halal untuk muslim dan beberapa snek ringan. Hidangan makanan istimewa yang sedap di sini tidak akan menghampakan anda.

Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar di tempat menarik yang terdapat berdekatan dengan resort ini. Di sini juga terdapat gelanggan yang membolehkan anda untuk bermain sukan seperti badminton, bola tampar atau futsal. Untuk mengisi masa lapang, anda juga boleh ke gymnasium atau tempat karaoke yang disediakan oleh pihak hotel ini.

Alamat: 152, Mukim Sungai Karang Balok, 26100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


11. Abah Homestay

Abah Homestay

Abah Homestay merupakan sebuah penginapan popular yang patut anda cuba sekiranya melancong di Pahang. Berhadapan dengan Pantai yang menjadikan suasana sangat tenang dan aman. Anda boleh memilih untuk menginap di homestay yang ala-ala rumah kampung atau homestay rumah batu yang selesa. Di setiap bilik ada disediakan sebuah katil queen, penghawa dingin, kipas dan juga dapur untuk anda yang ingin memasak.

Bukan itu sahaja, kemudahan seperti peti sejuk, televisyen, meja makan, sofa, perkakas dapur, water heater, sejadah dan seterika juga disediakan bagi setiap bilik. Homestay yang serba-serbi lengkap ini memang akan memudahkan segala urusan anda yang menginap di sini.

Setelah penat bekerja, anda memang patut untuk berehat dengan mendapatkan udara segar daripada alam sekitar. Di sini anda boleh bersantai di tepi pantai dengan duduk di kerusi yang telah disediakan. Terdapat juga meja bulat dan pondok untuk anda melepak mengambil angin petang atau malam. Memang mendamaikan jika dapat menginap di tempat yang menakjubkan ini.

Alamat: No 102, Kampung Sungai Karang Pantai 26100, Pahang, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


12. Adena Beach Resort

Adena Beach Resort

Seperti namanya, Adena Beach Resort, terletak di tepi pantai yang cukup tenang dan sangat indah. Menawarkan bilik dengan harga yang sangat murah dan berbaloi untuk anda mencubanya. Reka bentuk bilik yang menggunakan konsep gabungan rumah kampung dan rumah batu menghasilkan satu rekaan yang luar biasa. Banyak port menarik di sini untuk anda bergambar sebagai satu kenangan dan memuat naik di media sosial anda.

Semasa anda menginap di sini, anda bebas menggunakan sambungan Wi-Fi yang percuma di sekitar kawasan hotel. Pengemasan harian dan kaunter daftar masuk yang dibuka 24 jam merupakan antara tawaran menarik yang terdapat di resort ini. Resort yang telah diubah suai ini menawarkan 91 bilik yang sangat cantik dan sangat selesa untuk menjadi tempat penginapan anda.

Yang menariknya, di sini mereka ada menawarkan tempat rekreasi untuk anda mengisi masa lapang anda sebagai contoh meja billiard, meja ping pong dan terdapat juga kolam renang untuk anak-anak bermandi-manda. Mereka juga ada menyediakan sebuah restoran yang menghidangkan menu makanan istimewa yang tidak akan mengecewakan anda.

Alamat: Lot 1260 Mukim, 26100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


13. Laman Sentosa Boutique Residence

Laman Sentosa Boutique Residence

Laman Sentosa Boutique Residence merupakan sebuah rumah tamu yang menawarkan bilik-bilik selesa dan besar. Kalau anda merancang untuk melancong ke Kuantan, anda memang patut memilih rumah tamu ini sebagai tempat untuk anda sekeluarga bermalam. Tempat yang mempunyai gaya bentuk moden ini memberikan keselesaan yang sempurna untuk anda sekeluarga.

Kalau anda nak tahu, rumah tamu ini terletak berdekatan sahaja dengan tempat-tempat menarik di Kuantan yang boleh anda kunjungi sebagai contoh Muzium Pahlawan, Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuil Wan Fo Tien dan banyak lagi. Selain itu, terdapat banyak kedai makan yang terkenal di kawasan Kuantan yang wajib untuk anda cuba. Menawarkan menu istimewa yang tidak boleh didapati di kedai makan lain dan memberikan jaminan rasa hidangan yang sangat lazat memang menyenangkan hati.

Bukan itu sahaja, kemudahan bilik di sini juga memang disediakan dengan baik dan kebersihan di rumah tamu yang terjamin sangat bersih. Jika anda tidak ingin mandi di kolam yang disediakan di luar rumah tamu ini, anda boleh berendam di tab mandi yang ada disediakan bagi setiap bilik. Anda juga boleh melakukan aktiviti yang menyeronokkan di ruangan rekreasi yang lapang di rumah tamu ini.

Alamat: B809, 25050, 2, Jalan Air Putih, Taman Sentosa Baru, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


Salah memilih tempat penginapan akan merosakkan plan percutian anda. Jadi, anda perlulah membuat pilihan yang tepat dalam menempah tempat penginapan agar tidak berlaku sebarang masalah. Di sini anda boleh survey semua tempat penginapan dahulu sebelum datang berkunjung ke sana. Hotel yang lengkap dengan segala kemudahan dan dijaga dengan sangat rapi ini akan memberikan anda keselasaan yang berlipat ganda.

2.3/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Kafe Hipster Di Kuantan – Tempat CANTIK & SEDAP

Kafe yang moden memang menjadi pilihan dan tumpuan anak-anak muda. Lebih-lebih lagi, mereka mengikuti trend untuk berswafoto di kafe yang estetik. Kafe juga menjadi...

Top 5 Kereta Sewa di Kuantan Yang TERBEST & Murah

Pahang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang terpelihara. Untuk pengetahuan anda, hampir dua per tiga dari negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini diselebungi...

Top 10 Homestay Kuantan Utk BERCUTI Seisi Keluarga

Kuantan merupakan tempat pelancongan di Pahang yang digemari pengunjung. Manataknya, anda boleh pergi ke bandar serta ke pantai. Macam-macam makanan sedap juga boleh didapati...

27+ Tempat Menarik di Kuantan Paling POPULAR Untuk Pelancong Bercuti

Pertama kali bercuti ke ibu negeri Pahang? Pasti yang sering menjadi cadangan di telinga anda tentang tempat menarik di Kuantan adalah Teluk Cempedak, Tanjung...

30+ Tempat Makan Best di Kuantan, Pahang Yang POPULAR untuk Pelancong Terokai

Bandar Kuantan terkenal dengan pelbagai destinasi menarik terutamanya di bahagian pantai. Kalau anda bercadang bercuti di Kuantan, apa kata terokai destinasi makan menarik di...

6 Homestay di Teluk Cempedak Untuk Menikmati Keindahan Pantai

Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang, telah menjadi magnet pelancong dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan. Bagi penggemar pantai yang ingin menjelajahi destinasi pelancongan menarik...

Hubungi Kami