Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Kereta Sewa di Kuantan Yang TERBEST & Murah

Pahang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang terpelihara. Untuk pengetahuan anda, hampir dua per tiga dari negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini diselebungi dengan hutan hujan tropika. Kehijauan dan keindahan alam semula jadinya dipelihara dengan begitu baik. Banyak tempat menarik di Pahang yang boleh dikunjungi. Kalau sehari je berjalan di Pahang ini memang tidak cukup. Rancang dengan rapi percutian anda ke Pahang agar tidak terlepas untuk melawat Taman Negara, Bukit Fraser, Pantai Teluk Chempedak dan banyak lagi destinasi yang pastinya menarik untuk dilawati. Di Pahang memang sangat popular dengan pusat peranginan Cameron Highland. Namun, bukan itu sahaja tau tempat menarik di Pahang.

Di ibu negeri Pahang iaitu Kuantan, terdapat banyak lagi tempat menarik anda wajib pergi seperti Bukit Gambang dan Pantai Cherating. Seperti yang dikatakan, sehari sahaja tak cukup masa lah nak merasai keindahan di negeri Pahang. Luangkan masa percutian sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari, barulah banyak tempat yang anda boleh terokai. Bagi memudahkan lagi perjalanan anda di sana, anda boleh menaiki kenderaan sendiri atau menggunakan perkhidmatan kereta sewa Kuantan. Senarai di bawah membantu anda untuk mencari kereta sewa di Kuantan yang best.

Kereta Sewa di Kuantan


1.  AR Kuantan Car Rental

AR Kuantan Car Rental

Anda boleh dapatkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang menarik dari AR Kuantan Car Rental. Murah dan sangat berpatutan harga yang ditawarkan tu. Bukan itu sahaja, mereka sering mengadakan pakej harga promosi buat pelanggan mereka. Jadi anda boleh dapat harga sewa kereta yang lebih murah lah. Ada kereta transmisi manual dan juga auto. Kereta mereka dilengkapi dengan tingkap tinted. Tak banyak kereta sewa yang ada tingkap tinted ni kan. Tingkap tinted ni dapat menjamin keselamatan terutama bagi yang perempuan dan mengurangkan sinar matahari ke dalam kereta.

Segala harga promosi dan maklumat terkini boleh didapati di laman Facebook mereka. Tempahan dan pertanyaan boleh dilakukan di whatsapp nombor mereka.

Alamat: NO 104, JALAN 1, Taman Tas, 25150 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 11.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-9098881

Whatsapp AR Kuantan Car Rental


2.  Kereta Sewa Kuantan – AAZ Transportation

AAZ Transportation

Bagi yang memerlukan kenderaan untuk penumpang yang ramai, AAZ Transportation ada menyediakan kereta jenis MPV, 4×4 dan van untuk disewa. Sesuai untuk yang ingin bercuti di Kuantan bersama keluarga dan saudara-mara atau dalam kumpulan yang besar. Mereka mempunyai pakej sewa untuk harian, mingguan dan bulanan. Di samping itu, mereka juga mempunyai kereta sewa lain seperti Axia, Bezza, Myvi dan lain-lain. Servis AAZ

Pengangkutan ni memang terbaik. Pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Kereta mereka sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih supaya pengguna akan berasa selesa dan nyaman ketika dalam perjalanan. Boleh terus hubungi mereka untuk pertanyaan dan membuat tempahan.

Alamat: Lorong Sri Setali 11, Taman Setali, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6127427

Whatsapp AAZ Transportation


3.  Kereta Sewa Kuantan

Kereta Sewa Kuantan

Kereta sewa Kuantan ini merupakan antara cawangan Khaimal Car Rental yang beroperasi di Kuantan, Pahang. Mereka menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk individu, kumpulan keluarga, kawan-kawan, korporat ataupun pengunjung tempatan dan luar negara. Mereka mempunyai pakej harga sewa untuk harian, mingguan, dan bulanan. Harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan berpatutan. Banyak pilihan kereta yang disediakan seperti Exora, Myvi, Viva dan sebagainya. Rata-rata testimoni mengatakan mengenai servis mereka adalah terbaik dan boleh dipercayai.

Anda boleh lihat senarai harga penuh di laman web mereka dan mengetahui maklumat terkini di laman Facebook Khaimal Car Rental. Sebarang masalah dan pertanyaan, boleh whatsapp melalui pautan di bawah.

Alamat: a33 tingkat, 1, Jalan Bukit Bay Route, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-3397271

Whatsapp Kereta Sewa Kuantan


4.  Kereta Sewa Kuantan / Kuantan Car Rental

Kereta Sewa Kuantan Kuantan Car Rental

Pelbagai pilihan jenis kereta yang ada di Kuantan Car Rental. Dari kereta jenis kecil seperti Axia dan Viva sehinggalah kenderaan yang boleh memuatkan ramai penumpang seperti Van Toyota Hiace. Kenderaan mereka ada yang transmisi auto dan ada juga manual bergantung pada model kereta yang ada. Harga sewa yang berpatutan dan keadaan kereta yang bersih telah memuaskan hati pelanggan-pelanggan mereka. Pelanggan mereka juga puji akan servis dan layanan yang diberikan. Peramah, mudah untuk berurusan dan sikap yang profesional dengan pelanggan mereka.

Anda boleh lihat sendiri ulasan atau feedback yang diberikan oleh pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka. Untuk sebarang tempahan kereta sewa atau nak tanya sahaja dulu, boleh hubungi mereka dengan klik sahaja pautan di bawah.

Alamat: 20, Lorong IM 5/2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-9060080

Whatsapp Kuantan Car Rental


5.  HAI Berkat Car Rental kuantan

HAI Berkat Car Rental kuantan

Syarikat HAI Berkat Car Rental ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan penghantaran kereta di sekitar Kuantan. Mereka menjanjikan keadaan kereta yang tiptop dan bersih maka, tidak perlu risau akan keselesaan dan perjalanan anda sama ada jauh mahupun dekat. Ada kereta Viva, Axia, Bezza, kereta jenis MPV dan juga van. Anda boleh dapatkan harga diskaun atau harga yang lebih murah jika sewa kereta lebih dari sehari.

Terus sahaja whatsapp mereka untuk rundingan harga. Mereka akan menawarkan harga yang cukup menarik untuk pelanggannya. Servis yang dipersembahkan oleh staf mereka adalah mesra dan sangat peramah. Mudah untuk berurusan dengan HAI Berkat Car Rental.

Alamat: A-2, Lorong Padang Lalang 14, Jalan Tanjung Api, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.30am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-9165495

Whatsapp HAI Berkat Car Rental kuantan


 

4.2/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

30+ Tempat Makan Best di Kuantan, Pahang Yang POPULAR untuk Pelancong Terokai

Bandar Kuantan terkenal dengan pelbagai destinasi menarik terutamanya di bahagian pantai. Kalau anda bercadang bercuti di Kuantan, apa kata terokai destinasi makan menarik di...

27+ Tempat Menarik di Kuantan Paling POPULAR Untuk Pelancong Bercuti

Pertama kali bercuti ke ibu negeri Pahang? Pasti yang sering menjadi cadangan di telinga anda tentang tempat menarik di Kuantan adalah Teluk Cempedak, Tanjung...

Top 10 Homestay Kuantan Utk BERCUTI Seisi Keluarga

Kuantan merupakan tempat pelancongan di Pahang yang digemari pengunjung. Manataknya, anda boleh pergi ke bandar serta ke pantai. Macam-macam makanan sedap juga boleh didapati...

13 Penginapan Selesa Di Kuantan Yang Patut Anda Cuba

Anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Negeri Pahang yang indah ini? Masih belum menjumpai tempat penginapan yang sesuai untuk anda sekeluarga? Jangan risau kerana...

15 Kafe Hipster Di Kuantan – Tempat CANTIK & SEDAP

Kafe yang moden memang menjadi pilihan dan tumpuan anak-anak muda. Lebih-lebih lagi, mereka mengikuti trend untuk berswafoto di kafe yang estetik. Kafe juga menjadi...

6 Homestay di Teluk Cempedak Untuk Menikmati Keindahan Pantai

Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang, telah menjadi magnet pelancong dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan. Bagi penggemar pantai yang ingin menjelajahi destinasi pelancongan menarik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x