Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Homestay Kuantan Utk BERCUTI Seisi Keluarga

Kuantan merupakan tempat pelancongan di Pahang yang digemari pengunjung. Manataknya, anda boleh pergi ke bandar serta ke pantai. Macam-macam makanan sedap juga boleh didapati di Bandar Kuantan yang pasti akan membuatkan anda teringat-ingat. Memang Kuantan ni suatu tempat pelancong yang menarik lah boleh dikatakan.

Kalau datang beramai-ramai tu mesti taknak tidur hotel kan? Haa jadi apa kata anda pilih untuk tidur di Homestay yang mampu memuatkan lebih ramai orang serta lebih bebas daripada hotel. Ada banyak je homestay yang ada di Kuantan ni. Dari yang murah kepada yang mahal, dari yang ada kolam renang kepada yang biasa je. Pilih sahaja mana yang anda nak melalui senarai di bawah ini.

10 Homestay di Kuantan


1. Villa KuChinta

villa kuchinta

Nama pun dah ada ‘chinta-chinta’ tu, memang sahlah anda akan jatuh ‘chinta’ dengan tempat ni. Dari gambar je pun dah nampak tersergam indanya villa ni kan? Kalau dapat menginap macam mana lah agaknya. Villa ni memang reka bentuknya sangat moden dan mewah, sesuai untuk anda yang nak rasa pengalaman ‘have-have’ tu. Secara keseluruhan, villa ni ada 7 bilik tidur dan 5 bilik mandi. Memang besar sangat-sangat. Dapatlah anda memuatkan keluarga anda yang ramai.

Kemudahan yang ada juga tidak kurang hebatnya kerana terdapat jakuzi, kolam renang serta tempat BBQ. Malam-malam dapatlah bbq sambil borak-borak dan luangkan masa bersama yang tersayang. Mereka juga ada dapur beserta peralatan dapur, peti sejuk, pemanas air dan tv. Kalau rajin nak masak-masak boleh je masak di sini.

Alamat: Lot 84, Cherok Paloh, 26060 Kuantan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0193646788


2. Sepat Village House

sepat village house

Sepat Village House merupakan sebuah rumah penginapan yang sering dijadikan tempat menginap bagi keluarga besar dalam melakukan aktiviti kekeluargaan. Rumah yang berada di tanah berkeluasan 2 ekar ini sesuai dijadikan tempat keramaian seperti majlis perkahwinan dan sambutan hari lahir. Anda memang akan suka akan homestay yang cantik ini kerana reka bentuk yang menarik serta lokasi yang sangat strategik.

Kesemuanya ada 5 bilik untuk digunakan. Anda bolehlah datang dengan beberapa keluarga untuk tidur sekali. Dahlah dekat dengan Pantai Remis, memang terasa angin sepoi-sepoi bahasa tu. Sini pun ada kolam renang juga. Dapatlah anak-anak bermandi-manda dengan selamat. Anda memang takkan menyesal kalau menginap di di sini kerana dapat merasa kampung vibe gitu. Servis yang diberikan tuan rumah juga cukup memuaskan.

Alamat: Kampung Kuala Penur, 26060 Kuantan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0133491130


3. Silalima Guesthouse

silalima homestay

Percutian yang lebih menyeronokkan dengan memilih Silalima Guest House sebagai tempat untuk anda bermalam. Pelbagai jenis bilik menarik yang mereka tawarkan untuk anda yang ingin menginap. Bilik boleh ditempah mengikut bilangan ahli keluarga anda yang mengikuti percutian. Tawaran harga yang diberikan juga memang terbaik dan tidak boleh didapati di tempat penginapan yang lain.

Bukan itu sahaja, tempat ini juga ada menyediakan pengangkutan untuk mengambil anda daripada Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Jarak tempat ini untuk ke lapangan terbang hanyalah 14.8 Km. Anda juga bebas untuk datang ke tempat ini dengan menaiki kenderaan awam ataupun memandu kenderaan sendiri.

Antara kemudahan menarik yang disediakan di sini ialah Wifi percuma yang boleh diakses di sekitar kawasan Guest house, tempat letak kenderaan, bilik yang dilengkapi dengan penyaman udara, pengemasan harian dan terdapat taman untuk anda duduk bersantai. Hotel 2 bintang ini sememangnya satu tempat penginapan popular yang menjadi pilihan para pelancong tempatan dan antarabangsa.

Alamat: No 5, Jalan Alor Akar, Taman Kuantan, 25050 Kuantan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-980 4600


4. Pallet Homestay Cherating

pallet homestay

Di The Pallet Cherating anda boleh mendapatkan penginapan yang cantik, selesa dan murah berdekatan pantai. Homestay di sini memang sesuai untuk anda yang inginkan masa terluang bersama keluarga. Ramai pelanggan mereka yang melakukan aktiviti hari keluarga di sini. Khidmat pelanggan yang diberikan oleh pengurus tempat ini juga amat baik dan memang mengalukan. Anda pasti akan berasa selesa ketika tinggal di sini.

Kemudahan seperti kolan renang juga ada untuk dikongsi dengan penghuni lain. Selain itu, ada juga pemanas air dan peti sejuk. Tempat ini juga menyediakan sarapan pagi yang sudah termasuk dengan harga homestay ini sendiri. Jadi, bila bangun pagi tu memang anda akan dapat makanan terus di bilik anda.

Alamat: Lot 1513A, km 20, Kg Baru, Jln Kuantan – Kemaman, Gebeng, 26080 Kuantan, Pahang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0199326100

Whatsapp Pallet Homestay


5. Laman Sentosa Boutique Residence

laman sentosa residence

Jika anda nak menginap di Laman Sentosa Boutique Residence, anda perlu tahu yang mereka ni mempunyai banyak bilik untuk dijadikan pilihan. Mereka ada bilik dari untuk pasangan kepada bilik untuk keluarga. Keseluruhannya ada 7 bilik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda. Nak semua sekali pun boleh jika anda datang dengan keluarga yang besar tetapi mengikut kekosongan lah. Reka bentuknya memang cantik dan ada taman peribadi sendiri di setiap bilik kecuali Standard Twin Room. Bolehlah anda bersanta-santai.

Mereka juga menawarkan pakej yang menarik dengan harga penginapan yang ditetapkan. Mereka akan mengemas bilik pada setiap hari untuk anda, WIFI percuma serta biliknya ada tv dan pengering rambut. Untuk bermain kolam renang juga disediakan. Tempat ni memang sangat bersih kerana setiap hari ada orang akan kemas.

Alamat: B809, 25050, 2, Jalan Air Putih, Taman Sentosa Baru, 25300 Kuantan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0199751661


6. Iman’s Private Pool Guesthouse

iman homestay

Kepada anda yang inginkan sebuah rumah untuk anda sekeluarga sahaja, anda boleh ke Iman’s Private Pool Guesthouse. Di sini, anda boleh menginap bersama keluarga anda dan sudah tentu kolam renang tu anda yang punya. Tapi kolam renang agak dalam juga untuk kanak-kanak. Ibu bapa diingatkan agar sentiasa pantau keberadaan anak-anak bila bermain di kolam renang.

Secara keseluruhan rumah ni ada 3 bilik yang memang luas. Bilik utama ada almari serta meja solek. Selain itu, dapur masak juga disediakan untuk anda masak-masak kalau malas nak makan luar tu. Laman mereka juga luas. Di ruang tamu pula ada disediakan sofa untuk lepak-lepak dan meja makan. Dapatlah ada rilek-rilek di sini nanti.

Alamat: Jln KS 2/1, Jalan Kota SAS, Kuantan, Pahang

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0129470873

Whatsapp Iman’s Private Pool Guesthouse


7. White & Black homestay

white & black homestay

Walaupun baru dibuka pada awal Oktober 2021 tetapi homestay ini telah berjaya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Sesuai dengan namanya iaitu ‘white and black’ homestay kerana mereka menggunakan konsep warna hitam putih di sini. Memang ada ala-ala gaya rumah Eropah. Daripada luar kemungkinan tempat ini akan kelihatan agak kecil tetapi di dalam homestay ini terdapat sebuah kolam renang tertutup dan bilik yang dilengkapi dengan 2 unit katil queen.

Untuk ke Pantai Balok daripada homestay ini hanya dalam 500 meter sahaja. Puas berehat anda boleh berjalan-jalan ke Pantai Balok. Bukan itu sahaja, terdapat banyak kedai makan viral yang menawarkan pelbagai menu istimewa di sekitar kawasan homestay ini. Selain itu, kepada anda yang masih mencari tempat yang sesuai untuk berbulan madu, di sini anda boleh membuatkan permintaan untuk hiasan bilik yang romantis.

Kalau anda nak tahu, di bilik homestay ini bukan sahaja dilengkapi dengan penghawa dingin malah terdapat juga kipas. Ia membuatkan suasana bilik menjadi lebih nyaman dan memberikan anda tidur malam yang lena. Banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak homestay ini yang akan membuatkan anda selesa dan mampu memudahkan urusan anda.

Alamat: 312, Lorong Balok Maju 7, Kampung Balok Baru, 26080 Kuantan, Pahang

 Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone:011-1700 6700

Whatsapp White & Black Homestay


8. Eva Homestay Kuantan

eva homestay

Anda mengininkan homestay yang murah, kemas dan selesa? Anda harus cuba di Eva Homestay yang terletak di Indera Mahkota Kuantan. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Memang macam rumah teres 2 tingkat yang lain. Antara 3 bilik tersebut hanya dua ada pendingin hawa dan satu lagi menggunakan kipas. Takpa jangan risau, walaupun guna kipas anda takkan panas pun kerana menggunakan kipas siling.

Mereka juga ada menyediakan kemudahan lain seperti dapur beserta kelengkapan memasak. Bolehlah anda masak-masak kalau nak jimat dan tak suka makan luar. Selain itu, peti ais, tv dan meja makan pun ada juga. Yang bestnya homestay ini hanya 10 minit sahaja ke Bandar Kuantan. Mudah untuk anda berjalan-jalan nanti.

Alamat: No 21, Lorong IM 15/37, Taman Mahkota Permai, 25200 Kuantan, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0124548415

Whatsapp Eva Homestay


9. Tamu Nor Homestay Kuantan

tamu homestay

Mencari homestay murah? Nak masuk 8 orang? Apa lagi, anda menginaplah di Tamu Nor Homestay. Di sini memang banyak kemudahan yang ada apatah lagi dekat dengan banyak tempat menarik di Kuantan. Homestay ini ada 3 bilik dan 2 bilik air. Rumah ini diklasifikasikan sebagai banglo 1 tingkat. Memang agak besar jugalah untuk yang datang ramai tu. Setiap bilik di rumah ni memang ada pendingin hawa tau. Di ruang tamu pun ada juga. Memang sejuklah jawabnya rumah ni.

Antara kemudahan yang terdapat di rumah ini ialah tv, mesin basuh, ketuhar, peti sejuk dan kerusi makan bayi. Memang banyak kelengkapan yang disediakan. Bukan setakat itu, tempat bbq pun ada untuk anda guna. Dapur untuk masak jangan cakaplah, mesti ada punya. Memang berbaloi sangatlah tinggal di sini.

Alamat: 19, Jalan Kempadang Perdana 2, Perkampungan Kempadang Perdana 2, 25150 Kuantan, Pahang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0127116177

Whatsapp Tamu Nor Homestay


10. Kaseh Isaura Homestay

kaseh homestay

Kalau anda nak tahu, Kaseh Isaura Homestay ni mampu memuatkan sehingga 8 orang tau. Rumah ini agak besar juga kerana terdapat 3 bilik dan semuanya berpendingin hawa. Memang selesa untuk tidur beramai-ramai. Lagipun rumah ni anda takkan kongsi dengan orang lain. Dapatlah privasi ketika menginap. Seperti homestay lain, anda boleh memasak di sini kerana disediakan dapur dan kemudahan memasak lain. Pasti anda akan berasa selesa macam rumah sendiri.

Selain itu, ada juga disediakan tv, peti asi dan juga mesin basuh. Bagus kan ada mesin basuh sekali. Selepas penat menjelajah Kuantan, boleh balik basuh baju. Takdalah kena bawak baju kotor balik rumah. Nak gosok baju pun boleh kerana ada disediakan seterika dan papannya sekali. Murah pun murah homestay ni.

Alamat: No 10 Lorong IM 15/27, Taman Mutiara Mahkota, Bandar Indera Mahkota 15, 25250 Kuantan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0139280959


Jadi, itulah antara pilihan homestay/villa yang terdapat di Kuantan ini. Anda yang nak buat pilihan tu pastikan anda tengok betul-betul harga yang ditawarkan serta kapasiti yang dibenarkan. Kalau suka yang ada kolam renang tu anda ambil lah yang ada kolam renang. Memang harga lebih tinggi, tetapi kalau pergi berama-ramai dapat tong-tong.

 

4.2/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

27+ Tempat Menarik di Kuantan Paling POPULAR Untuk Pelancong Bercuti

Pertama kali bercuti ke ibu negeri Pahang? Pasti yang sering menjadi cadangan di telinga anda tentang tempat menarik di Kuantan adalah Teluk Cempedak, Tanjung...

6 Homestay di Teluk Cempedak Untuk Menikmati Keindahan Pantai

Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang, telah menjadi magnet pelancong dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan. Bagi penggemar pantai yang ingin menjelajahi destinasi pelancongan menarik...

15 Kafe Hipster Di Kuantan – Tempat CANTIK & SEDAP

Kafe yang moden memang menjadi pilihan dan tumpuan anak-anak muda. Lebih-lebih lagi, mereka mengikuti trend untuk berswafoto di kafe yang estetik. Kafe juga menjadi...

Top 5 Kereta Sewa di Kuantan Yang TERBEST & Murah

Pahang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang terpelihara. Untuk pengetahuan anda, hampir dua per tiga dari negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini diselebungi...

13 Penginapan Selesa Di Kuantan Yang Patut Anda Cuba

Anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Negeri Pahang yang indah ini? Masih belum menjumpai tempat penginapan yang sesuai untuk anda sekeluarga? Jangan risau kerana...

30+ Tempat Makan Best di Kuantan, Pahang Yang POPULAR untuk Pelancong Terokai

Bandar Kuantan terkenal dengan pelbagai destinasi menarik terutamanya di bahagian pantai. Kalau anda bercadang bercuti di Kuantan, apa kata terokai destinasi makan menarik di...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul Amirah Binti Abdul Razak
Nurul Amirah Binti Abdul Razak
4 months ago

Saya nak cari homestay family

Farah Wahidah
2 years ago

Thankkk you for listing Eva Homestay Kuantan as top 10 kita mempunyai 3 unit berdekatan.. dengan harga yang berpatutan dan tempat yang selesa untuk seisi keluarga

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x