Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Kafe Hipster Di Kuantan – Tempat CANTIK & SEDAP

Kafe yang moden memang menjadi pilihan dan tumpuan anak-anak muda. Lebih-lebih lagi, mereka mengikuti trend untuk berswafoto di kafe yang estetik. Kafe juga menjadi port untuk lepak bersama rakan-rakan mahupun bertemu janji. Tak semestinya di kafe ada menu kopi sahaja. Sebenarnya, ada banyak lagi menu pilihan yang boleh anda pilih.

Jadi, anda dah berada di Kuantan untuk melawat tempat menarik tetapi tak tahu kafe mana yang best? Jangan risau! Kami dah senaraikan 15 kafe hipster yang memang wajib anda pergi. Paling penting, kafe yang berada di carta kami tidak akan mengeringkan poket anda. Bercuti di Kuantan dan lepak di kafe hipster, pasti akan membuatkan percutian anda lebih menyenorokkan. Ayuh! Serbu sekarang.


15 Kafe Hipster Di Kuantan

1. Lena Cafe By Kayuwoods

CariDestinasi Lena Cafe

Anda nak sarapan pagi sekali makan tengahari? Atau lebih diketahui sebagai brunch. Datang sahaja di Lena Cafe By Kayuwoods ini. Kafe ini terkenal dengan hiasan dalamannya yang menggunakan konsep cozy dan rusty. Pelanggan yang datang ke sini datang untuk lepak atau berbincang mengenai hal kerja. Jika anda datang untuk brunch, anda harus cuba menu French Toast and Fruits mereka. Memang enak!

Makanan yang disajikan merupakan gabungan makanan Malaysia dan makanan barat. Anda patut cuba Ayam Percik with Roasted Pumpkin dan Udang Kari Kering with Garlic Butter Rice. Gabungan yang unik tetapi ianya menjadi makanan paling laris di kafe ini. Menu yang pasti akan menambat hati anda! Nak datang ke sini, disarankan untuk membuat tempahan awal kerana kafe ini sentiasa penuh.

Alamat: 36, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10 A.M – 11 P.M)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Phone:0134778232

Whatsapp Lena Kafe By Kayuwoods


2. Rasa Sayang Cafe

CariDestinasi Rasa Sayang Kafe

Nama kafe pun dah romantis. Sebaik anda melangkah masuk ke dalam kafe ini akan pasti akan merasai suasana kembali ke zaman nostalgia. Ini kerana, hiasan dalam kafe ini menggunakan konsep retro dengan pencahayaan putih. Pelanggan yang hadir juga rata-rata memuji rasa kopi yang dihidangkan di sini.

Kafe Rasa Sayang mengunakan biji kopi arabica yang diimport dari Sumatra Gayo dan Brazil. Dengar kata, rasa kopi yang dihasilkan mempunyai rasa kelapa, coklat cair dan karamel. Setiap hirupan kopi anda pasti akan membangkitkan selera. Anda pesan juga secawan espresso. Anda minum pula pada waktu hujan, pasti akan membuatkan jiwa anda berasa tenang. Pesan juga pencuci mulut untuk dipadankan bersama kopi. Pastinya enak!

Alamat: A25, Jalan Sri Kuantan 80, 25250 Kuantan, Pahang 

Waktu Operasi: Isnin – Ahad  (10:00 A.M – 10:00 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0178761025

Whatsapp Rasa Sayang Cafe


3. Java Flava

CariDestinasi Java Flava

Java Flava merupakan kafe yang tidak mengimport biji kopi daripada beberapa negara yang berbeza, sebaliknya hanya menggunakan biji kopi dari Columbia dalam penghasilan menu utama kopi yang dijual disini. JWC Caramel Popcorn memang terkenal dalam kalangan penggemar kopi. Mereka juga ada beberapa menu makanan berat yang boleh anda cuba untuk mengisi perut yang lapar.

Biji kopi disini akan menghasilkan rasa karamel, coklat, kranberi, popcorn dan gula-gula toffee. Yang pastinya, kopi ini memang membangkitkan selera. Rasanya yang unik dan kompleks, akan membuatkan anda teringat-ingat. Dijamin anda akan datang lagi untuk beli kopi yang sama. Lebih unik lagi, menu kopi Marie-Rose Latte memberikan anda rasa kopi ros yang harum. Memang lain dari yang lain.

Alamat: B-1786, Jalan Haji Ahmad, Perkampungan Bukit Sekilau, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (10:30 A.M – 11 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:09-512 4763


4. 90 Degree Cafe & Art

CariDestinasi Kafe 90 Degree

Anda mencari kafe yang top dengan kopi yang enak? Anda patut datang ke 90 Degree Cafe. Kafe ini memang pilihan yang tepat jika anda sememangnya penggemar kopi. Pelbagai variasi kopi yang boleh anda pilih. Antaranya, kopi latte, cappucino, flat white, espresso dan americano.

Dah pesan kopi tu, anda pesanlah juga pencuci mulut disini. Memang tak rugi jika anda cuba. Wafel merupakan hidangan signature. Memang ngam makan wafel bersama kopi. Wafel ada perisa klasik, peanut butter, coklat dan oreo. Rasa kopi dan rasa manis wafel adalah kombo yang tidak dapat dipisahkan.

Jika anda nak cuci mata di kafe yang estetik ini, anda boleh naik ke tingkat atas ruangan kafe. Ada galeri seni yang boleh anda kunjungi. Dah selesai berswafoto dan OOTD, jangan lupa muat naik di sosial media.

Alamat: 882, Jalan Air Putih, Taman Imbi, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (10 A.M – 11 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Phone:0182864200

Whatsapp 90 Degree Cafe & Art


5. Nineteen 61

CariDestinasi Nineteen 61

Lihat pada nama kafe sahaja pasti anda sudah tahu bahawa makanan yang disajikan di sini ialah makanan barat. Boleh sahaja, jika sekali-sekala anda nak tukar selera. Harga pun berpatutan. Tidak terlalu mahal. Jika anda nak tahu, di dalam kafe ini ada cermin yang sangat besar yang menjadikan kafe ini sentiasa diterangi oleh cahaya matahari dan kelihatan luas. Lighting yang tepat untuk anda ambil gambar.

Hidangan signature yang anda wajib cuba di kafe Nineteen 61 ini yang sememangnya unik dan rare ialah Mac & Cheese with Crispy Turkey Burger. Sepenuhnya menggunakan daging ayam turki. Memang puas hati jika anda pesan menu ini. Portion makanan juga banyak. Jika anda bukan foodie, kongsi makanan anda untuk elakkan pembaziran. Ada juga menu lain seperti Matcha Affogato, Kitkat Stick Waffle dan Egg Pumpkin Sandwich untuk anda cuba. Dijamin enak!

Alamat: B-3, Lorong Sri Kuantan 25, Taman Intan, 25250 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (11 A.M – 9:30 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0169500250

Whatsapp Nineteen 61


6. The 92s Cafe

CariDestinasi The 92s Cafe

The 92s Cafe merupakan satu-satunya kafe di Kuantan yang menggunakan mesin kopi jenis ‘lever’. Mesin kopi mewah jenama La Marzocco Leva X, mencecah harga puluhan ribu ringgit. Dengar kata, harga mesin kopi tersebut seperti kereta Honda Civic dan City! Memang kelas.

Tidak mengimport biji kopi daripa luar negara, sebaliknya kafe ini hanya menggunakan biji kopi tempatan yang sememangnya ditanam di Kuantan. Rasa kopi ini menghasilkan rasa kemanisan dan haruman bunga-bunga. Anda juga akan merasa rasa coklat dalam setiap hirupan kopi. Padankan kopi latte dengan cappucino untuk merasai rasa kopi yang lebih kick.

Alamat: A7, Transit Point, Jalan Dato Lim Hoe Lek, Taman Union, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11 A.M – 10 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Phone:095095877


7. Beanz & Co

CariDestinasi Beanz & Co

Konsep kafe yang direka untuk pelanggan merasai makan dan lepak di kafe seperti di rumah. Lokasi kafe juga senang diakses. Pelanggan yang datang ke sini kebiasaanya orang-orang pejabat. Mereka datang untuk berbincang hal kerja ataupun makan tengahari.

Kepakaran Beanz & Co adalah dalam menyediakan pisang bakar coklat. Resipi yang diolah sendiri menjadikan menu yang paling banyak dipesan oleh pelanggan. Ruang makan pula ada dua bahagian, luar dan dalam. Jika anda nak hirup udara segar anda boleh duduk di meja luar, namun jika cuaca pada ketika itu panas duduk sahaja di ruang makan dalam. Ada penghawa dingin lagi. Memang selesa. Kafe ini boleh memuatkan sehingga 80 orang. Sangat sesuai jika anda nak buat majlis atau sambutan harijadi.

Alamat: A892, 2, Lorong Sri Kuantan 42, Perkampungan Seri Kuantan, 25250 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11:30am–3pm, 5:30–10pm); Sabtu & Ahad (11:30am–4:30pm, 6–11pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0129874828

Whatsapp Beanz & Co


8. Tjantek

CariDestinasi Image Tjantek Cafe

Kafe Tjantek memang terkenal di Kuantan. Kafe ini menghidangkan kopi dari biji kopi yang diimport dari India dan Brazil. Dijamin, setiap hirupan kopi anda akan dapat merasai rasa coklat dan karamel. Rasanya memang menyenangkan dan menjadi pilihan pelanggan. Penggemar kopi pasti akan dapat rasa kelainan kopi yang dihidangkan di sini.

Selain kopi, anda boleh boleh memesan makanan lain juga disini. Hidangan spaghetti juga terkenal disini. Dah nama pun kafe, mestilah ada pencuci mulut seperti kek yang sedap-sedap belaka yang pastinya akan menambah keterujaan anda makan di sini. Ditambah pula dengan hiasan dalaman artistik, sesuai sangat kalau anda nak bawa pasangan untuk rasai suasana romantis.

Alamat: 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 A.M – 10 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Phone:0127377866

Whatsapp Tjantek


9. Mi Casa Cafe By The River

CariDestinasi Mi Casa Cafe By The River

Anda nak makan makanan barat sambil melihat pemandangan sungai? Datanglah ke Mi Casa Cafe By The River. Hidangan barat di sini memang terkenal dan pelanggan yang datang memuji keenakan makanan yang disajikan. Memang berbaloi dengan bayaran dan juga servis yang diberi. Ditambah pula dengan lokasi kafe yang berhadapan dengan sungai, memang menghidupkan lagi suasana di kafe ini.

Kafe ini juga terletak bersebelahan dengan Hotel Mega View. Lokasi yang memang strategik dan senang diakses. Anda boleh berjalan kaki sahaja dari hotel untuk ke kafe.  Kebanyakkan pelanggan yang hadir ke sini ialah tetamu di hotel tersebut. Hidangan pasta merupakan makanan best selling di sini. Anda wajib cuba. Dijamin sedap dan memuaskan!

Alamat: c/o Mega View Hotel, Lot 567, Jalan Pasar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (11 A.M – 11 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:095171888


10. Kuantan Pickers

CariDestinasi Kuantan Pickers

Kuantan Pickers ini merupakan kedai kopi yang terletak berhampiran Hotel Sentral Kuantan. Anda boleh pilih untuk makan di ruang berbumbung atau ruang terbuka di  belakang kedai. Kaki bergambar pasti sukakan ruang belakang. Memang port untuk bergambar. Suasana kedai kopi ini memang macam zaman dulu-dulu dan agak klasik.

Menu memang banyak disini. Daripada sarapan pagi hinggalah untuk minum petang. Menu yang sentiasa dipilih pelanggan adalah Nasi Lemak dan Telur Bakar Goyang bersama kopi o. Sememangnya sarapan pilihan rakyat Malaysia. Jangan lupa pesan juga Kacang Pool sebagai pencuci mulut. Memang sedap! Dahlah tempat lawa, makanan pun terbaik pula tu.

Alamat: 22, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7 A.M – 2 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Phone:0148241102

Whatsapp Kuantan Pickers


11. Watak Kopi

CariDestinasi Watak Kopi

Dibuka sekitar Mac 2019, Watak Kopi kafe kini menjadi port santai untuk ngopi di bandar Kuantan. Kafe ini terletak betul-betul di hadapan Menara Teruntum. Menara yang menjadi menara tertinggi di pantai timur dan menjadi kebanggaan warga Kuantan yang baharu. Lokasi yang memang strategik, ditambah pula kafe berhadapan dengan lokasi tarikan pelancongan.

Dibuka awal pagi sehingga lewat malam, pelbagai juadah dan jenis masakan yang anda boleh dapati di sini. Menu ala carte atau masakan panas juga ada. Harga pula dikira murah walaupun ianya berdekatan dengan destinasi pelancongan. Anda dah penat terokai bandar Kuantan? Singgah minum kopi disini.

Menu yang harus dicuba jika singgah disini sudah semestinya Kopi Kampung bersama Roti Telur Goyang. Duo yang memang tak dapat disangkal keenakannya. Jika anda nak makan Nasi Dagang dan Nasi Minyak, tak perlu tunggu waktu tengahari, ianya disajikan untuk sarapan pagi. Jangan lupa masukkan kafe ini dalam senarai kafe yang anda harus kunjungi jika sudah sampai ke Kuantan. Memang tak menyesal!

Alamat: 45N-7, Bangunan PKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7 A.M – 11 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0179858296

Whatsapp Watak Kopi


12. Rumah Kopi

CariDestinasi Rumah Kopi

Sesuai dengan nama kafe itu sendiri, Rumah Kopi menyajikan anda kopi dengan sentuhan rasa kopi asli. Memang kafe yang tepat untuk pencinta kopi. Harga kopi yang ditawarkan pula bermula dari RM5 sahaja. Sangat murah. Dahlah rasa kopinya memang sedap dan menyegarkan, harga pula murah berbanding tempat lain. Sangat-sangat berbaloi.

Selain kopi, anda boleh juga menikmati teh dengan rasa premium. Pelanggan yang datang ke sini memang gemar dengan minuman yang disajikan. Mereka memberi makluman positif. Anda harus datang sini untuk ketahuinya sendiri. Makanan yang mereka sajikan untuk pelanggan mereka juga memang tidak mengecewakan. Mereka ada makanan berat seperti nasi dan juga pencuci mulut seperti ais krim untuk dicuba.

Alamat:  Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9 A.M – 12 A.M)

Lokasi | Facebook |  Ulasan Pelanggan | Email | Phone:016-9212178

Whatsapp Rumah Kopi


13. Loteng Cafe

CariDestinasi Loteng Cafe

Sebut sahaja Kuantan, nama Teluk Cempedak pasti sudah tidak asing lagi bagi anda yang merancang untuk datang ke sini. Jika anda tercari-cari kafe yang unik di sekitar Teluk Cempedak, anda harus singgah di Kafe Loteng. Lokasinya memang strategik dan terletak bersebelahan dengan pantai. Ngam sangat untuk anda hirup kopi sambil melihat panorama laut.

Jika anda taknak minum kopi, ada juga makanan yang boleh anda cuba disini. Makanan barat yang anda boleh cuba disini ialah Fish & Chips, Grilled Chicken Chop dan Aglio Olio. Untuk pencuci mulut, anda harus memesan Ice Cream Cheese Cake. Makan aiskrim sambil berjalan di tepi pantai, ditambah pula dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa memang feel habis.

Alamat: Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (11 A.M – 8 P.M); Selasa (12 P.M – 8 P.M)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0163445250

Whatsapp Loteng Cafe


14. Akar Kopi

CariDestinasi Akar Kopi

Jika anda penggemar kopi, anda memang wajib datang ke kafe Akar Kopi. Di sini, kopi yang dihidangkan kepada para pelanggan memang enak dan kopi yang digunakan juga berkualiti tinggi. Kafe yang terletak di Jalan Teluk Sisek ini memang dikenali ramai dan pernah tular juga.

Rata-rata pelanggan yang datang ke sini memberi maklum balas yang positif dan berpuas hati dengan keenakan kopi yang disajikan. Kopi yang paling terkenal di sini ialah Akar Kopi Panas dan Akar Kopi Ais. Kopinya yang pekat dipadankan pula dengan roti bakar memang gabungan yang meletup. Memang sesuai untuk hidangan minum petang. Dengarnya, kek coklat dan Lasagna pun cepat habis di sini. Jadi, jangan datang lewat ya.

Alamat: 2-8 Exit, Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (4 P.M – 11 P.M)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone:01123059201


15. Wild Flour Bakehouse

Cari Destinasi Wild Flour Bakehouse

Lokasi tepat untuk hi-tea yang sempurna. Itulah yang dapat diungkap untuk Kafe Wild Flower Bakehouse. Kafe ini mengekalkan konsep stail America versi halal. Dekorasi dalaman juga diilhamkan mengikut hiasan Inggeris.

Anda wajib pesan teh dan makan bersama roti croissants ataupun kek keju yang terkenal di sini. Dapat la anda feel minum petang ala Inggeris seperti di filem. Ada pelbagai jenis pastri dan roti. Ada homemade pizza juga untuk anda cuba. Variasi makanan yang dijual pastinya akan buat anda rambang mata. Harga makanan juga berpatutan dan anda boleh juga bungkus untuk dibawa pulang. Sambung makan dirumah pula.

Alamat: A4118, Ground Floor, Jalan Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9:30 A.M – 4 P.M)

Lokasi | Instagram | Ulasan Pelanggan | Phone:095654881


Macam mana carta kafe Kuantan pilihan yang disenaraikan? Ada yang dah berkenan di hati anda? Jangan tunggu lama-lama jika anda sudah sampai di Kuantan. Singgah dan rasai sendiri makanan dan minuman di kafe moden. Diingatkan agar tidak datang pada waktu puncak. Takut nanti anda kena beratur panjang. Apa-apa pun, selamat mencuba dan menjamu selera! Jangan lupa berikan makluman balas anda.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Kereta Sewa di Kuantan Yang TERBEST & Murah

Pahang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang terpelihara. Untuk pengetahuan anda, hampir dua per tiga dari negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini diselebungi...

27+ Tempat Menarik di Kuantan Paling POPULAR Untuk Pelancong Bercuti

Pertama kali bercuti ke ibu negeri Pahang? Pasti yang sering menjadi cadangan di telinga anda tentang tempat menarik di Kuantan adalah Teluk Cempedak, Tanjung...

6 Homestay di Teluk Cempedak Untuk Menikmati Keindahan Pantai

Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang, telah menjadi magnet pelancong dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan. Bagi penggemar pantai yang ingin menjelajahi destinasi pelancongan menarik...

Top 10 Homestay Kuantan Utk BERCUTI Seisi Keluarga

Kuantan merupakan tempat pelancongan di Pahang yang digemari pengunjung. Manataknya, anda boleh pergi ke bandar serta ke pantai. Macam-macam makanan sedap juga boleh didapati...

30+ Tempat Makan Best di Kuantan, Pahang Yang POPULAR untuk Pelancong Terokai

Bandar Kuantan terkenal dengan pelbagai destinasi menarik terutamanya di bahagian pantai. Kalau anda bercadang bercuti di Kuantan, apa kata terokai destinasi makan menarik di...

13 Penginapan Selesa Di Kuantan Yang Patut Anda Cuba

Anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Negeri Pahang yang indah ini? Masih belum menjumpai tempat penginapan yang sesuai untuk anda sekeluarga? Jangan risau kerana...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x