Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Makan Di Genting – WAJIB Cuba

Genting Highland seperti yang kita tahu menjadi salah satu lokasi pelancongan terbesar di Malaysia. Terletaknya di negeri Pahang iaitu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Tanah Tinggi Genting ini mempunyai iklim seperti musim bunga yang tidak melebihi 25°C tetapi tidak kurang 10°C setiap tahun dimana inilah yang menjadi tarikan kerana di Malaysia tidak banyak tempat bersuhu serendah ini. Genting Highland juga gemar dikunjungi pelancong kerana di sinilah terletaknya First World Hotel yang menerima jolokan hotel terbesar di dunia. Di Genting juga mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang anda boleh terokai jika ke sini baik dari alam semula jadi, aktiviti, tempat membeli belah, termasuklah tempat makan di Genting ini.

Di sini kami ada senaraikan 8 restoran & kedai makan di Genting yang anda mesti kunjungi dan merasai makanan di situ sekiranya anda mencari restoran-restoran yang menarik dan menawarkan harga yang berbaloi bersesuaian dengan baget anda.

8 Kedai Makan Di Genting


1. Jom Makan Street Food

jom makan street food foto 2

Lokasinya yang berada dalam pusat membeli belah, tingkat 4 SkyAvenue Genting; Jom Makan Street Food menjadi antara lokasi kedai makan halal popular di Genting. Proses pembayaran di sini dilakukan hanya menggunakan kad prabayar dan mempunyai banyak menu masakan Malaysia. Ada pelbagai gerai di dalam Jom Makan Street Food ini menyajikan menu sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam.

Antara menu yang anda boleh dapat di sini seperti nasi lemak, sate ayam atau kambing atau lembu, nasi goreng kampung, nasi goreng petai, rendang ayam, bihun goreng, kuey teow goreng, mee rojak dan banyak lagi. Di sini juga ada menjual makanan India di gerai Sri Paandi Curry House. Boleh dapatkan nasi daun pisang dengan menu sampingan seperti naan, tosai dan roti canai. Menu masakan panas dan menu pencuci mulut juga ada disini, tidak muat untuk nyatakan. Di sinilah menjadi destinasi santapan selepas penat berjalan dalam pusat beli belah itu.

Alamat: Lot SA – T2C – MFS, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am  8.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-10688121


2. Only Mee

only mee genting foto

Namanya Only Mee jelas menunjukkan menu di sini terdiri daripada pelbagai jenis masakan berasakan mi sahaja. Mi yang terinspirasi dari seluruh dunia ini diperbuat daripada bahan terbaik, segar tanpa bahan tambahan. Sudah tentu bagi mereka yang sukakan hidangan berasakan mi disyorkan ke sini. Dengan tawaran harga yang berbaloi, Only Mee ini kerap dikunjungi oleh penggemarnya kerana rasanya yang susah dilupakan.

Pelbagai hidangan boleh dicuba dengan gaya barat mahupun gaya tempatan seperti mi cendawan ayam, mi wantan kering dan laksa. Aneka dim sum juga boleh didapati di sini begitu juga dengan makanan gorengan seperti fried prawn roll. Tidak lengkaplah jika tidak mencuba pencuci mulut di sini seperti snow ice sweet mango sago.

Alamat: Lot SA – T2C – B19, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am 8.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


3. Babajia

babajia foto

Makanan masakan baba nyonya sebenarnya tidak asing lagi dalam Malaysia. Ramai juga pencinta makanan tersebut mengesyorkan untuk kunjungi Bababjia ini. Makanan baba nyonya ini sihat dan harga yang di tawarkan di Babajia juga sangat berpatutan dengan rasanya yang begitu enak. Mereka menyediakan makanan sarapan, makan tengahari dan makan malam. Bermakna, di sini, pelbagai menu yang anda boleh cuba seiring dengan hindagan di sini juga besar.

Jika mengalami kesukaran memilih menu, di sini juga banyak set-set makan yang ditawarkan. Anatara menu yang popular di sini dan mesti cuba adalah otak-otak, asam pedas ikan, kari ikan, ikan masam manis dan pelbagai lagi.

Alamat: Lot SA – T2 – 16, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 12.00 pm – 12.00 am

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-5566 8000


4. Absolute Thai 

absolute thai go foto

Lokasi makan dengan menu ala-ala berada di Thailand iaitu Absolute Thai. Di Malaysia, antara makanan Thailand yang terkenal adalah tomyam, oleh itu tomyam menjadi salah satu makanan yang mesti yang pesan jika berkunjung ke Absolute Thai ini. Buat mereka yang mencari makanan Thai level A, wajib singgah di sini. Harga yang berbaloi dengan apa yang diterima memang membuat penggemar makanan Thai jatuh cinta.

Antara menu lain selain tomyam yang boleh anda cuba di sini adalah seperti green curry chicken, thai fish cake, dan sebagainya. Menu masakan thai di sini memang banyak pilihannya. Makanan bergoreng, makanan bersup, lauk sayuran, hidangan daging dan bermacam lagi boleh di pesan di sini dengan gaya Thai.

Alamat: Lot SA – T2 – 10 & 11, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook| Ulasan Pelanggan | Phone: 03-64368092


5. Baba Nyonya Restaurant

baba nyonya foto

Sebuah lagi restoran yang menghidangkan masakan baba nyonya iaitu Baba Nyonya Restaurant. Restoran ini agak terkenal juga di Premium Outlet. Dihidangkan dengan kuantiti yang agak banyak dan menggunakan barangan tradisional untuk menghidang. Bukan itu sahaja, hiasan dalam kedai makan Baba Nyonya di Genting ini juga sangat cantik dan instagramable seperti tanglung berwarna-warni bagaikan pemandangan Genting itu sendiri.

Makanan di sini ada yang menggambarkan seperti masakan di rumah. Pilihan menu di sini ialah campuran gaya barat dan juga tempatan. Antara menu yang anda boleh pesan seperti belacan kangkung, ayam kapitan, kari ikan, udang petai, cendol dan ayam pandan. Jika berkunjung ke Baba Nyonya Restaurant ini, anda berpeluang untuk menikmati pemandangan bukit-bukau yang indah di balkoni mereka. Sekali makan sekali tenangkan fikiran.

Alamat: Premium Outlets, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 – 8.00 pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-64368000


6. Nok Sokmo Genting Tomyam 

nok sokmo genting foto

Nok Sokmo Genting Tomyam sebenarnya telahpun popular dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong yang sering ke Genting ini. Ada yang menganggap restoran ini sebagai lokasi makan yang mesti pergi bagi mereka. Hampir semua makanan di semenanjung Malaysia boleh didapati di sini. Di sini juga pernah dikunjungi oleh ramai seleberiti Malaysia. Kedai makan di Genting ini sering menerima pelanggan daripada bangsa lain.

Di sini sering juga menerima tempahan seperti sate. Lokasi kedai makan di bandar Genting menyebabkan kedai makan ini selalu dikunjungi. Bermacam makanan panas dan lauk pauk seperti ikan siakap stim limau, kangkung belacan, kailan ikan masin, nasi goreng, sup daging mendapat banyak pujian, begitu juga dengan hidangan-hidangan lainnya. Harga untuk hidangan di sini juga berpatutan untuk sesi sarapan mahupun makan tengahari.

Alamat:Avenue C-G-P21, Jalan Permai 2 Avenue, Ground Floor Genting Permai Avenue, 69000 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0179980596

Whatsapp Nok Sokmo Genting Tomyam


7. Restoran Thai Tomyam Seafood

restaurant tom yum seafood genting foto

Lagi tempat makan yang perlu dikunjungi jika ke Genting iaitu Restoran Thai Tomyam Seafood. Di mana-mana saja ada tomyam tetapi anda mesti cuba yang ini. Kedai yang terletak betul-betul sebelah jalan raya besar ini mempunyai menu-menu yang sangat lazat dan berpatutan untuk makan seisi keluarga kerana saiz hidangan yang agak besar. Restoran yang sering dibanjiri oleh pelbagai bangsa ini cukup menunjukan restoran ini mempunyai rasa makanan yang bersesuaian dengan ramai pengujung yang berbeza citarasa.

Menu cadangan semestinya tomyam, bihun ladna, mi goreng pattaya, kailan goreng, siakap tiga rasa, udang goreng kunyit dan bermacam lagi. Makanan thai, makanan tempatan juga boleh dipesan di sini. Selesai makan di sini anda juga boleh kunjungi ladang strawberi dan taman bunga berdekatan.

Alamat: Gohtong Jaya, Thai Tomyan Seafood Mini Cameron PT 17032, Mukim Bentong, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 5.30 pm – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-3811162

Whatsapp Restoran Thai Tomyam Seafood


8. Santai Yamch’a Dim Sum

santai yamcha dim sum foto

Yamch’a di sini bermasud ‘drink tea’ ataupun minum teh manakala dim sum ialah ladu yang mengandungi inti. Santai Yamch’a Dim Sum telah mempunyai beberapa cawangan di serata Malaysia dan salah satunya berada di Genting ini. Sesiapa yang datang ke Genting dan mencari kedai makan yang menjual aneka dim sum dan teh dengan harga yang berbaloi, rajin-rajinlah singgah ke sini. Selain itu, makanan lain juga terjual di sini seperti nasi lemak dan lauk lain.

Menu sedap di sini yang mesti anda cuba adalah salted egg fried chicken, chicken chop, mi tarik dan salted egg lava custard bun steamed. Hidangan minuman di sini juga menjadi saingan kepada menu makanan di sini. Mungkin anda boleh mencuba Teh Soba. Saiz hidangan di sini juga besar walaupun untuk dijamu dua orang.

Jika anda kesini, maka berpeluanglah menjamu selera di bahagian dalam restoran mahupun bahagian luar restoran dimana anda boleh menikmati pemandangan nature Genting bersama udara yang segar.

Alamat: Lot 1508, Low Street, Genting Premium Outlets, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-87902029


Pasti bermacam rancangan bermain di fikiran anda untuk memilih restoran yang mana satu. Bertemankan suhu sekeliling yang sejuk, pasti salah satu kedai di atas menjadi sasaran untuk pergi. Semua berbaloi untuk disinggah dan menawarkan harga yang lumayan. Pasti anda akan asyik terkenang dengan rasa di restoran yang kami senaraikan ini.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

23 Tempat Menarik Di Genting Highland Untuk Anda Kunjungi

Genting Highland yang terletak di Pahang merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan...

7 Homestay di Genting Highlands Dengan Pemandangan Yang Cantik!

Genting Highlands terkenal dengan tempat peranginan yang sejuk. Umum mengetahui bahawa tempat ini cukup terkenal dengan taman tema yang ada di sini. Digelar Las...

9 Tempat Penginapan Di Genting Highlands – Cantik & Indah

Malaysia tidak mengalami musim sejuk yang panjang kerana kedudukannya yang terletak pada garisan khatulistiwa. Untuk anda yang ingin merasai percutian pada suhu yang sejuk...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Azwan Roslan
Azwan Roslan
2 years ago

Salam..saya owner nok sokmo..terima kasih diatas promotion..

IZHAR
IZHAR
1 year ago
Reply to  Azwan Roslan

salam tuan ade no contact x?? atau http://www.wasap.my/60129790729 saya.. TQ

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x