Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Tempat Penginapan Di Genting Highlands – Cantik & Indah

Malaysia tidak mengalami musim sejuk yang panjang kerana kedudukannya yang terletak pada garisan khatulistiwa. Untuk anda yang ingin merasai percutian pada suhu yang sejuk serta mendamaikan, anda boleh pergi ke Genting Highlands, Pahang.

Di Genting Highlands, pelbagai aktiviti dan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk merasai keseronokkan bercuti. Antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi ialah Genting Skyway, Sky Avenue, Happy Bee Farm dan banyak lagi. Untuk anda yang suka membeli-belah, jangan lepaskan peluang untuk ke Genting Highlands Premium Outlets.

Apabila anda sudah penat bermain dan berjalan, pastinya anda mahu merehatkan badan dan fikiran. Gunakan peluang ini untuk menginap di tanah tinggi Genting Highlands ini. Ini senarai tempat-tempat penginapan terbaik yang terdapat di Genting Highlands yang boleh anda menginap.

9 Penginapan di Genting Highlands


1. Resort World Genting- First World Hotel

First World Hotel

First World Hotel yang berkedudukan di tengah-tengah Resort World Hotel sering menjadi  pilihan pengunjung untuk bermalam setiap kali hadir ke Genting Highlands. Bangunan yang di cat dengan warna–warni itu sememangnya berdiri megah dengan mengandungi 7351 bilik. Bilik yang ditawarkan juga mempunyai banyak pilihan. Anda hanya tinggal membuat tempahan bilik mengikut bajet percutian anda.

Yang bestnya, First World Hotel ialah tempatnya yang strategik untuk anda pergi ke tempat-tempat yang popular seperti SkyAvenue, First World Plaza, Taman Tema Skytropolis dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting. Dari sini, anda dapat jimatkan masa percutian dengan tidak bersesak di dalam kereta untuk ke sesuatu lokasi. Mana tidaknya, tempat-tempat menarik ini terletak di bawah satu bumbung.

First World Hotel juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk pelanggannya yang menginap di sini. Kemudahan ini bermula dari dalam bilik hotel sehingga ke tempat letak kereta. First World Hotel menyediakan kemudahan tempat letak kereta berbayar kepada anda. Dengan bayaran RM 18.00 sehari anda sudah boleh menikmati percutian anda tanpa perlu risau dengan keadaan kereta anda.

Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-27181118


2.  Glamz at Genting

Glamz at Genting

Glamz Genting menawarkan percutian yang unik kepada anda yang ingin bercuti seperti berada di camp site. Glamz dibangunkan di lereng bukit dengan reka bentuk yang unik seperti rumah salji pasti menarik perhatian anda yang inginkan percutian yang tenang dan mendamaikan.

Reka betuk Glamz yang mempunyai sudut lut sinar pada dinding bilik pasti membuatkan anda jatuh hati pada waktu malam. Mana tidaknya, anda akan dapat tidur sambil merenung ke langit yang penuh dengan bintang. Bukan sahaja waktu malam, bahkan anda bangun pagi dengan menyaksikan matahari terbit daripada atas katil sahaja. Tidak perlu bersusah payah bangun dan menyelak langsir.

Mempunyai 4 pilihan jenis bilik bermula dari pakej bilik kubah biasa sehingga ke pakej keluarga dan pakej-pakej ini di lengkapi sarapan pagi. Pelbagai kemudahan yang disediakan termasukan jakuzi untuk anda menghangatkan badan sambil melayani keindahan alam semula jadi yang berada disekeliling tapak Glamz ini.

Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6645269


3. Windmill Upon Hills

Windmill Upon Hill

Salah satu penarik Windmill Upon Hills ialah anjung kaca yang berbentuk piramid. Untuk anda yang menginap di sini, pastikan menangkap sekeping gambar di hadapan anjung kaca ini untuk diabdikan sebagai kenangan. Balkoni bilik juga menghadap puncak Genting Highlands pasti membuatkan hati anda sejuk dengan menghirup udara yang segar.

Sekiranya anda bercuti bersama keluarga dan tidak mahu bilik berasingan, anda boleh menempah Windmill Premium Suite iaitu sebuah apartment yang mempunyai dua buah bilik. Tambahan lagi, Windmill Premium Suite juga dilengkapi dengan kemudahan mesin basuh, peti ais, meja makan dan microwave. Kelengkapan yang lengkap seperti di rumah ini pastinya akan menyenangkan percutian anda.

Di tingkat 41 ada menyediakan kemudahan gimnasium, sauna dan jakuzi untuk para tetamu yang menginap di situ. Selain itu, kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa juga terdapat pada tingkat yang sama. Anda dinasihatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak anda ketika berada di kolam renang agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Alamat: Jalan Permai, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-61002339


4. Swiss Garden Hotel

Swiss Garden Hotel

Swiss Garden Hotel antara hotel yang baru siap dibina pada Julai 2019 mempamerkan hiasan dalaman yang ringkas tetapi kelihatan mewah. Pemilihan warna yang lembut dan perabot yang unik di tempat menunggu pastinya akan membuatkan anda teruja lebih awal. Lokasinya yang berdekatan dengan Genting Highland Premium Outlet juga pasti menjadi pilihan pengunjung kerana strategik.

Yang paling bestnya di Swiss Garden Hotel ialah terdapat satu tingkat khas yang merupakan syurga makanan dengan pilihan pelbagai menu makanan di situ. Tingkat 5 ini dipanggil The Gaden Terrace mampu menampung seramai 300 orang dalam satu masa. Waktu operasi bermula dari pukul 6:30 pagi hingga 10 malam pastinya memudahkan anda untuk mencari makanan ketika percutian.

Alamat: Windmill Upon Hills, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-92130777


5. The Pillowz Suites Midhills

The Pillowz Suites Midhills

Dengan berkonsepkan kehijauan alam, The Pillowz Midhills sangat bersesuai untuk mereka yang inginkan percutian bagi merehatkan minda dan mendapatkan ketenangan. Dengan pilihan 6 jenis tempahan bilik, The Pillowz Midhills juga turut menawarkan harga yang berpatutan dan mampu menginap serendah RM95 untuk satu malam.

Pelbagai kemudahan juga tersedia untuk para penginap menikamati kemudahan itu. The Pillow Midhills juga mempunyai rooftop pada setiap menara residen membolehkan penginap bersantai sambil merenung langit dan ditemani tiupan angin sejuk Genting Highland. Anda boleh berehat-rehat di kolam renang serta berjalan-jalan di kawasan ini untuk mengambil angin segar.

Alamat: Midhills Residence, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6120878


6. Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands

Hotel Seri Malaysia

Seperti yang anda semua tahu, Hotel Seri Malaysia mempunyai banyak cawangan di serata Malaysia termasuk la di Genting Highlands. Hotel Seri Malaysia juga menawarkan pakej bilik dengan harga yang berpatutan dan mampu bilik untuk percutian anda. Anda akan mendapat tempat letak kereta percuma serta sarapn pagi.

Walaupun hotel ini kelihatan seperti old school, tetapi servis dan kemudahannya setaraf dengan hotel-hotel yang lain. Lokasi yang ideal juga menjimatkan masa anda untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang lain. Antara tempat yang menarik yang berdekatan dengan hotel ialah ladang strawberi yang boleh anda lawati.

Alamat: Goh, Tong Jaya, Hotel Sri Malaysia, 11, Jalan Jati 1, 69000 Genting Highlands

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-61002525


7. Grand Ion Delemen Hotel

Grand Ion Delemen

Grand Ion Delemen juga turut terletak di puncak Genting Highland ini. Bangunan hotel ini dibangunkan dari 6,000 kaki dari paras laut turut menyajikan pemandangan Banjaran Titiwangsa. Cuba anda bayangkan anda bangun pagi dengan pemandangan yang penuh dengan kepulan awan-awan yang sejuk dan menyamankan. Pastinya satu pemandangan yang indah!

Selain daripada tempat penginapan, Grand Ion Delemen juga menyediakan pelbagai kemudahan aktiviti. Antaranya ialah bilik karaoke, kolam renang, gymnasium dan beberapa lagi aktiviti permainan yang anda serta keluarga boleh cuba.

Terdapat beberapa buah restoran yang menyediakan hidangan makanan mengikut citarasa anda. Anda mahukan makanan citarasa melayu hingga ke citarasa barat atau pun makanan berat hingga ke ringan semuanya ada. Tidak perlu bersusah-susah untuk mencari makanan di luar hotel. Terdapat juga Sky Garden di tingkat 7 untuk anda yang mahu bersantai dan mendapatkan spot yang cantik untuk bergambar kenang-kenangan.

Alamat: 1, Jalan Ion Delemen, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-64332200


8. OwnAstay Vista Residence

Ownastay Vista Residence

Ownastay Vista Residence menjanjikan pemandangan yang indah buat mereka yang suka melihat kehijauan pokok-pokok yang segar melalui tingkap bilik sahaja. Mempunyai 5 jenis pilihan tempahan bilik untuk anda bermula dari Studio Apartment sehingga ke 2+1 Apartment iaitu sebuah apartment yang besar.

2+1 Apartment ini sesuai untuk anda yang bercuti bersama keluarga yang besar kerana apartment ini boleh memuatkan 12 orang. Mengandungi 4 katil bersize queen, 2 katil jenis sofa dan turut disediakan 2 mattress bersize single pastikan akan membuat anda berasa puas dengan tempahan yang dibuat.

Ownastay Vista Residence juga mejadi pilihan pengunjung kerana berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik seperti ladang lebah Happy Bee Farm dan juga Orchid Farm, Genting Highland.

Alamat: Unit 17, Vista Residences, 17, Jalan Permai 2, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-58928770


9. Scapes Hotel

Scapes Hotel

Scapes Hotel merupakan hotel baru yang dirasmikan pada 2021 dengan ketinggian 10 tingkat dan mengandungi 176 buah bilik. Dengan berkonsepkan flora dan fauna, hotel ini mempunyai 5 jenis pilihan tempahan bilik dengan kemudahan yang tersedia seperti jakuzi, kolam renang, gymnasium dan zon permainan kanak-kanak. Kemudahan ini boleh diakses oleh semua penginap sebelum keluar berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik sekitarnya.

Selain itu juga, Scapes Hotel juga turut menyediakan 3 jenis tempat untuk anda menjamu selera. Tiga jenis tempat ini juga membawa konsep yang berbeza-beza agar penginap merasai kelainan dan membangkitkan mood semasa menjamu selera.

Alamat: Jalan Jaya Permai, Midhills, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-61060833


5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay di Genting Highlands Dengan Pemandangan Yang Cantik!

Genting Highlands terkenal dengan tempat peranginan yang sejuk. Umum mengetahui bahawa tempat ini cukup terkenal dengan taman tema yang ada di sini. Digelar Las...

23 Tempat Menarik Di Genting Highland Untuk Anda Kunjungi

Genting Highland yang terletak di Pahang merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan...

8 Kedai Makan Di Genting – WAJIB Cuba

Genting Highland seperti yang kita tahu menjadi salah satu lokasi pelancongan terbesar di Malaysia. Terletaknya di negeri Pahang iaitu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia....

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Lily
1 year ago

Cantiknya, book online lagi murah biasa kan

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x