Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay di Genting Highlands Dengan Pemandangan Yang Cantik!

Genting Highlands terkenal dengan tempat peranginan yang sejuk. Umum mengetahui bahawa tempat ini cukup terkenal dengan taman tema yang ada di sini. Digelar Las Vegas Malaysia, Genting Highlands menjadi salah satu tempat tarikan pelancongan bagi rakyat Malaysia.

Jika anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Genting Highlands bersama keluarga besar, anda pasti tercari-cari homestay yang selesa dan berdekatan dengan tempat yang ingin dilawati di sini. Jangan risau, artikel kali ini kami menyenaraikan 7 homestay di Genting Highlands untuk anda menginap di sini.

7 Homestay di Genting Highlands


1. GlimHome Homestay @ Genting Highlands, Windmill Upon Hills

GlimHome Homestay @ Genting Highlands, Windmill Upon Hills

Sejurus anda sampai di sini, pasti mata anda tidak berkelip menyaksikan kecantikan homestay yang berbentuk condominium ini. Reka bentuk segitiganya yang unik menjadikan homestay GlimHouse salah satu tarikan pengunjung Genting Highlands.

Ruang dalamnya yang tidak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang cukup memberikan anda keselesaan bersama keluarga apabila penat seharian berjalan. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan yang selesa seperti kolam renang, jakuzi, spa, gymnasium dan taman permainan.

Di sini juga anda boleh menghirup udara segar di pagi hari. Udara yang segar di homestay ini pasti memberikan anda semangat yang baru untuk memulakan hari baru. 

Alamat: Windmill Upon Hills, Jalan Permai, Genting Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp GlimHome


2. The Lake Midhills, Jalan Jaya Permai

The Lake Midhills, Jalan Jaya Permai

Selangkah anda masuk ke homestay di The Lake Midhills ini, pasti anda merasakan anda berada di satu tempat yang cukup indah. Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan setiap bilik tidur dilengkapi dengan 2 buah katil. Setiap bilik serta ruang tamu juga mempunyai kemudahan penghawa dingin. 

Fasiliti yang ada di The Lake Midhills ini adalah gimnasium, taman permainan, dan kolam renang. Wifi turut disediakan oleh pemilik rumah ini secara percuma. Homestay yang berkonsepkan modern ini cukup memberikan anda keselesaan sepanjang bermalam di sini. Di sini juga anda akan dapat menikmati pemandangan yang cukup menyegarkan.

Alamat: T3-02-16, Jalan Jaya Permai Genting Highlands Midhills, 69000, Genting Highlands, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp The Lake Midhills


3. Maideen Homestay Genting Highlands, Mawar Condo

Maideen Homestay Genting Highlands, Mawar Condo

Sekiranya anda mencari keselesaan serta sedikit privasi di Genting Highlands, anda boleh memilih untuk menginap di Maideen Homestay Genting Highlands yang terletak di Mawar Condo ini. Homestay jenis apartment ini pasti memberikan keselesaan kepada anda dan keluarga.

Homestay ini juga lengkap dengan ruang tamu, bilik tidur serta dapur untuk kemudahan anda. Yang bestnya, terdapat kemudahan kolam renang yang ada di sini. Setelah penat berjalan dan bergembira, anda boleh menghilangkan penat anda dengan berenang di kolam yang disediakan.

Alamat: Mawar Condo, 69000 Genting Highlands, Pahang

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Maideen 


4. The Aurora @ Midhill, Jalan Meranti

The Aurora @ Midhill, Jalan Meranti

Jika anda mementingkan privasi untuk keluarga anda, kami sarankan anda memilih untuk menginap di The Aurora. Terletak di tengah-tengah Genting Highlands ini, The Aurora dikelilingi bukit dan gunung, dan memberikan anda pemandangan yang hijau. Ia juga berdekatan dengan tempat tarikan pelancongan seperti Gohtong Jaya, Genting Premium Outlets, Sky Avenues.

The Aurora ini mempunyai 2 katil queen dan 3 tilam single sebagai tilam tambahan. Dengan reka bentuk moden, homestay ini boleh membuatkan seramai 7 orang. Lengkap juga dengan segala kemudahan yang ada seperti dapur anda boleh memasak di sini. Selain itu, turut terdapat tempat letak kereta percuma, kolam renang, serta gimnasium.

Alamat: Midhill Condo, T3-G-12, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp The Aurora


5. Nurizuan Homestay, Genting View Resort

Nurizuan Homestay, Genting Highlands

Nurizuan Homestay juga menjadi pilihan ramai pengunjung ini kerana terletak di lokasi yang sangat strategik. Terletak berdekatan dengan pelbagai yang menarik dikunjungi, anda tidak perlu susah lagi untuk mencari tempat yang ingin dilawati bersama keluarga. Segalanya berdekatan dengan Nurizuan Homestay.

Jika anda mencari pemandangan yang cukup cantik, Nurizuan Homestay sewajarnya anda add to list homestay pilihan anda di Genting Highlands. Selain itu, antara kemudahan yang ada di sini ialah kolam renang, padang futsal dan badminton.

Alamat: Nurizuan Homestay, Genting View Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Nurizuan


6. The Tropic @ Midhill Genting Highlands, Jalan Meranti

The Tropic @ Midhill Genting Highlands, Jalan Meranti

Kalau anda nak tahu, The Tropic @ Midhill Genting ini dimiliki oleh pemilik yang sama dengan Urban Suite. Jadi, jika homestay di Urban Suite tiada kekosongan, anda boleh menginap di The Tropic @Midhill Genting Highlands. Berdekatan dengan kedai serbaneka dan juga Starbucks, homestay ini sesuai jika anda datang bercuti di Genting Highlands dengan keluarga besar anda.

Mulakan juga pagi anda dengan menghirup udara pagi yang segar, kerana homestay ini terletak di pinggir bukit pasti membuatkan anda merasa segar pada pagi tersebut. Dilengkapi 2 bilik tidur dan 2 bilik air, antara kemudahan yang ada ialah parkir percuma, kolam renang, WiFi percuma dan juga kelengkapan dapur. 

Alamat: T2-13A-15, Midhill Condo, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Laman Web | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp The Tropic


7. Puncak Dani Bungalow, Jalan Institut Aminudin Baki

Puncak Dani Bungalow, Jalan Institut Aminudin Baki

Villa Puncak Dani Bungalow ini terletak di Jalan Institut Aminudin, Baki Genting Highlands. Jika anda datang ke Genting Highlands bersama keluarga besar anda dan ingin membuat persiapan perkahwinan di sini adalah tempat yang paling sesuai.

Dengan pemandangan yang cukup cantik dan udara yang begitu segar, pasti membuatkan anda tidak mahu pulang. Anda juga boleh menyewa bungalow ini untuk keluarga besar anda. 

Dilengkapi dengan kemudahan kolam renang cukup besar, pasti anda membuatkan anda kagum. Ruang dalam homestay berbentuk banglow ini tidak ubah seperti istana yang mewah bercirikan english.

Selain itu, banglo ini juga mempunyai ruang laman yang cukup besar dan anda boleh membuat pelbagai event di laman ini bersama kawan atau keluarga. 

Alamat: Lot 12 & 13 Puncak Dani & Dani Lodge Gohtong Jaya Genting Highlands, Jalan Institut Aminuddin Baki, 69000 Genting Highlands, Pahang

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4251 6076


Semasa mencari homestay yang selesa, anda perlu ambil kira keperluan, bajet kewangan anda, aspek keselesaan penginapan serta jarak antara tempat menginap dengan tempat yang ingin anda lawati. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam mencari homestay yang selesa sepanjang percutian anda di Genting Highlands.

Masih lagi mencari tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Genting Highlands? Jom semak artikel 23 Tempat Menarik di Genting Highlands Untuk Dikunjungi sebagai guide untuk anda merancang percutian di Genting Highlands!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Makan Di Genting – WAJIB Cuba

Genting Highland seperti yang kita tahu menjadi salah satu lokasi pelancongan terbesar di Malaysia. Terletaknya di negeri Pahang iaitu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia....

9 Tempat Penginapan Di Genting Highlands – Cantik & Indah

Malaysia tidak mengalami musim sejuk yang panjang kerana kedudukannya yang terletak pada garisan khatulistiwa. Untuk anda yang ingin merasai percutian pada suhu yang sejuk...

23 Tempat Menarik Di Genting Highland Untuk Anda Kunjungi

Genting Highland yang terletak di Pahang merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x