Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Camping & Glamping Di Pahang – Percutian Lain Dari Lain

Bercuti di Pahang memang sering menjadi destinasi pilihan para pelancong kerana versatiliti tempat pelancongan negeri ini sendiri. Banyak tempat menarik di Pahang yang wajib dikunjungi daripada percutian taman tema kepada percutian bertemakan alam semulajadi. Memang negeri ini tak lekang dengan tempat percutian yang dapat menepati cita rasa pelbagai pelancong daripada dalam serta luar negara. Kalau nak taman tema boleh pergi ke Genting Highland. Manakala, kalau nak alam semula jadi boleh ke Taman Negara Pahang di Kuala Tahan.

Kepada anda yang inginkan pengalaman pernginapan bertemakan camping atau berkhemah, ada banyak pilihan yang boleh anda cuba di negeri ini. Kalau nak berkhemah dengan vasss sikit, anda boleh glamping (glamour camping) di Pahang. Glamping lebih selesa kerana ada katil dan kipas berbanding camping yang anda kena tidur di dalam sleeping bag sahaja. Mesti anda tetanya-tanya di mana boleh camping atau glamping di Pahang, kan? Kami ada senaraikan 10 tempat camping dan glamping yang anda boleh cuba di Pahang ini.

10 Tempat Camping & Glamping Terbaik di Pahang


1. Glamz Genting

glamz genting

Bila sebut je tempat glamping di Pahang anda pasti akan tahu tentang Glamz yang terletak di Genting Highland. Ianya memang sangat terkenal sebagai port glamping di Pahang kerana tempatnya yang sangat cantik serta reka bentuk penginapan yang unik. Salah satunya ialah anda dapat menginap dalam khemah berbentuk kubah (dome). Di dalamnya dilengkapi dengan katil, kipas dan juga sofa. Anda boleh rilek-rilek dalam ni sambil membaca buku atau berborak-borak. Memang seronok sangat. Penginapan kubah ni ada beberapa pilihan iaitu untuk pasangan, keluarga ataupun VIP. Kalau yang VIP tu anda akan dapat menikmati jakuzi anda sendiri.

Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah bilik mandi, tandas, tempat makan dan tempat bbq. Anda boleh gunakan kemudahan yang ada ini kerana termasuk dalam pakej yang anda ambil. Mereka ni dikelilingi hutan dengan pokok-pokok menghijau, jadi anda dapat menghirup udara segar sambil menyejukkan mata anda dengan pemandangan hutan yang menenangkan.

Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0126645269


2. Canopy Villa

canopy villa

Merupakan salah satu tempat untuk glamping di Pahang yang terletak di Bentong, Canopy Villa menyediakan pengalaman penginapan yang takkan anda lupakan. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah katil, kipas, tandas, tempat mandi serta tempat bbq. Katil yang disediakan dijamin bersih dan kemas sebelum kedatangan pelanggan ke tempat ini. Anda memang akan suka dengan pengalaman tidur di dalam kanopi ini. Keselesaan anda pasti terjamin.

Seterusnya, mereka juga ada sungai untuk main-main air. Anak-anak kecil pastinya akan suka. Bagi menambah lagi kepuasan pelanggan di tempat ini, mereka ada sediakan tempat untuk pelanggan duduk lepak-lepak sambil bakar-bakar dan makan. Anda boleh mengambil udara segar serta memenagnkan minda dengan membaca buku sambil dikelilingi alam semula jadi. Seronok sangat tempat ni kalau nak rehat-rehat!

Alamat: Unnamed Road, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0133338122


3. Tirasa Escapes

tirasa escapes

Bagi anda yang jenis nak nampak mewah walaupum tengah berkhemah, anda wajib pergi ke Tirasa Escapes yang terletak di Janda Baik. Tempat peranginan ini memang sangat cantik dan estetik. Nampak sangat mewah dan have-have kalau dapat pergi sini untuk bercuti. Tempat ni memang dijamin cantik dan terbaik kerana mereka pernah menang tiga Anugerah Lanskap Malaysia. Bukan senang nak menang satu, inikan pula tiga. Anda memang tak perlu ragu-ragu lagi pasal tempat ni.

Kalau di sini, anda boleh pilih untuk berkhemah, glamping ataupun tinggal dalam rumah pokok mereka. Lepastu bila dah pilih, anda boleh melakukan aktiviti seperti bakar-bakar, mandi-manda serta berkelah. Artis pun ramai tau datang ke sini. Nak feeling-feeling artis tu bolehlah datang.

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0128877777


4.  A’moss Farmstay

amoss farmstay

Juga terletak di Cameron Highland, A’moss Farmstay merupakan tempat glamping yang menarik untuk dicuba. Di sini, anda dapat menginap di dalam khemah berbentuk kubah yang sangat cantik dan selesa. Mereka ada katil, kipas serta kerusi untuk anda lepak-lepak sambil menikmati pemandangan. Memang akan menyegarkan mata dan minda anda kalau dapat melihat tanah tinggi yang hijau serta bunga-bunga dan tanaman yang ada di sini.

Disebabkan namanya ‘farmstay’ anda boleh ambli tour untuk melihat serta belajar berkebun di sini. Menarik sungguh pakej ini. Sambil-sambil ambil tour tu dapat juga menghirup udara segar dengan cuaca yang sejuk. Terbaik lah untuk jalan-jalan di luar sambil hiking yang turut boleh dilakukan di sini. Mereka juga ada Wifi tau. Bolehlah anda muat naik gambar anda dan tunjuk pengalaman anda glamping.

Alamat: Amoss Road, Kampung Gerak Sepadu,39000, 39000 Brinchang, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0195550356


5. Boutel Orchard

boutel orchard

Di Boutel Orchard, Raub memang lagi best sebab anda boleh buat camping dan glamping. Dua-dua ada disini. Jika anda memang mencari tempat menginap dengan susana kampung serta alam semula jadi, memang sinilah tempatnya. Sama seperti tempat berkhemah yang lain, mereka turut ada fasiliti untuk bakar-bakar, tandas dan tempat mandi. Tandas dan tempat mandi mereka diperbuat daripada buluh tau, jadi memang feel ‘back to nature’ lah kalau anda tinggal di sini.

Anda bukan setakat boleh pilih untuk pacak khemah je kerana ada beberapa pilihan penginapan yang anda boleh cuba juga. Penginapan dalam kabin dan sarang burung adalah antara yang digemari bagi mereka yang inginkan keselesaan tidur di hutan. Mana nak jumpa tinggal dalam rumah ala-ala sarang burung kalau bukan di sini. Staf mereka juga sangat peramah dan memberikan servis yang terbaik.

Alamat: Kampung Baharu Teras, 27600 Raub District, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0166613178


6. Campstay Sungai Lembing

campstay sungai lembing

Berkhemah di tepi sungai memang satu aktiviti yang sangat menarik dan akan memberikan satu pengalaman berbeza kepada generasi baru yang lebih memilih untuk tidur di dalam hotel dengan penghawa dingin. Jadi, apa kata anda bawa keluarga anda ke Campstay Sungai Lembing untuk berkhemah dan meluangkan masa bersama-sama. Campstay yang terletak di sebelah sungai ini menjanjikan pengalaman menginap di alam semula jadi dan menghirup udara segar. Anda yang datang boleh sewa tapak pada harga yang sangat murah.

Bagi anda yang datang ke sini tapi tiada khemah, anda jangan risau kerana anda boleh sahaja sewa khemah dengan pemilik tempat ini. Mereka ada sediakan khemah yang masih elok untuk digunakan. Selain itu, kalau setakat datang untuk berkelah separuh hari pun anda boleh sewa tapak di sini. Anda boleh sahaja bawa barang basah untuk membuat bakar-bakar nanti. Check in adalah ada pukul 2.00 pm dan check out pada 12.00 pm. Untuk mengetahui harga terkini yang ditawarkan anda boleh ke Facebook mereka ataupun membuat panggil telefon.

Alamat: Kampung Bayas, 26200 Sungai Lembing, Pahang

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0122524961


7. Kem Nemo

kem nemo

Anda ingin berkhemah tepi pantai? Kalau begitu, memang wajib anda pergi ke Kem Nemo. Kalau kat Kem Nemo ni mereka ada menyediakan pakej berkhemah yang menarik mengikut kapasiti anda. Mereka ada menyediakan khemah untuk sehingga 8 orang tau. Memang muat anda satu keluarga. Lagipun khemah mereka ni memang besar juga. Anda juga akan mendapat privasi sedikit kerana khemah mereka dipacakkan berjauhan antara satu sama lain. Antara fasiliti yang disediakan adalah tandas, bilik mandi dan surau yang selesa.

Macam-macam tau aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Sudah tentulah boleh mandi laut dan main aktiviti pantai seperti berkayak. Selain itu, anda juga boleh bermain takraw, bola tampar serta memanah. Kalau nak bakar-bakar pun tiada masalah. Anda memang digalakkan untuk membawa kumpulan besar jika kesini dan jangan risau tentang tempat letak kereta kerana memang cukup kalau datang beramai-ramai.

Alamat: 26080 Balok, Pahang

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0106579468


8. Camp ABC

abc camp

Haa ni ada lagi tempat untuk anda berkhemah yang memang berbaloi untuk anda pergi beramai-ramai. Namanya ialah Camp ABC. Kem ini memang selalu orang datang dengan kumpulan yang besar untuk mengadakan aktiviti team building ataupun hari keluarga. Manataknya, tempat dahlah dekat dengan sungai, kawasan serta fasiliti juga dijaga dan bersih seperti surau dan tandas. Anda mesti akan selesa jika berkhemah di sini. Jadi, kalau nak cari tempat untuk buat aktiviti beramai-ramai bagi merapatkan silaturahim, datang jelah ke sini.

Aktiviti seperti mandi sungai dan bakar-bakar boleh dibuat dengan senangnya. Memang sudah tentu akan menambah keseronokan berkhemah di sini. Tidak lupa juga di bilk mandi mereka terdapat pemanas air. Takdalah anda kesejukan bila mandi pagi di Camp ABC. Seronok tu memang seronok, tapi jangan abaikan kebersihan tempat ini. Pastikan anda menjaga tempat berkhemah ini untuk orang seterusnya juga. Anda boleh telefon nombor di bawah untuk mengetahui harga yang ditawarkan mengikut aktiviti yang ingin anda lakukan.

Alamat: Unnamed Road, Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0133880158


9. Payung Getaway

payung camp

Pencinta-pencinta pantai di luar sana jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman berkhemah dan berkelah di tepi pantai sambil membuat unggun api. Anda harus pergi ke Payung Getaway. Di sini, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda. Boleh lepak-lepak, bakar-bakar serta melihat bintang pada waktu malam. Memang seronok tau kerana dapat lupakan kesibukan kota dan rehatkan minda sambil melihat pemandangan matahari terbenam.

Jika anda ada bawa RV, anda boleh parkir di sini kerana ianya merupakan RV park. Memang macam cerita orang putih. Lepastu, anda boleh bermain-main di pantai dan luangkan masa bersama-sama. Nak berkayak pun ada juga. Untuk maklumat lanjut anda boleh ikuti Facebook mereka untuk melihat promosi terkini dan menelefon mereka.

Alamat: Jalan Kampung Cherating Lama Balok, Kampung Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01123802900


10. Kela Adventure Camp

kela camping

Dah nama pun ‘adventure camp’ mestilah tempat berkhemah ni ada banyak aktiviti mencabar yang boleh dilakukan. Memang ya pun. Anda yang datang ke sini boleh melakukan banyak aktiviti-aktiviti menarik yang pastikan akan memberikan kenangan indah. Antara aktiviti lasak lagi mengujakan yang dapat dilakukan di sini ialah berakit, flying fox dan meredah hutan. Aktiviti-aktiviti ini biasanya dilakukan dengan kumpulan besar di tapak perkhemahan ini.

Kebanyakan pelanggan yang datang adalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan seperti acara sekolah dan hari keluarga. Anda boleh buat bakar-bakar bbq dan juga mandi  sungai yang jernih. Jangan risau tentang keselamatan kerena mereka takkan tinggalkan anda dan akan menyelia aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Jaket keselamatan juga diberikan kepada setiap satu orang jika melibatkan aktiviti air.

Alamat: Jalan Ulu Sungai, 27610 Raub District, Pahang

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0199551752


Nampak menarik kan tempat-tempat di atas ni? Anda kalau nak pergi tu kena buat tempahan awal kerana tempat-tempat yang disenaraikan di atas ni memang terkenal dan selalu dijadikan tempat bercuti bukan sahaja orang Malaysia malahan luar negara juga. Apa lagi, pergilah tempah sekarang sebelum terlambat.

3/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Air Terjun TERBAIK Di Pahang Untuk Hujung Minggu

Negeri Pahang menjadi salah satu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, barat Negeri Sembilan, dan...

Pantai Teluk Cempedak Di Pahang- Pantai Menarik Untuk Dikunjungi

Pahang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan pelbagai habitat flora fauna yang terpelihara dengan baik. Justeru itu, Pahang juga...

69+ Tempat Menarik di Pahang Paling POPULAR Untuk Pelancong Lawati

Negeri Pahang Darul Makmur yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia menjanjikan pelbagai jenis tarikan pelancongan untuk dilawati. Memandangkan negeri Pahang ini terlalu besar,...

14 Tempat Hiking Di Pahang Yang Menakjubkan Dengan Pemandangan Indah

Hiking merupakan salah satu aktiviti yang memenatkan dan menggunakan stamina yang tinggi. Walaupun begitu, banyak manfaat yang boleh diperoleh jika kita melakukan aktiviti seperti...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Rsn
Rsn
1 year ago

Glamping sites in malalysia

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x