Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

14 Tempat Hiking Di Pahang Yang Menakjubkan Dengan Pemandangan Indah

Hiking merupakan salah satu aktiviti yang memenatkan dan menggunakan stamina yang tinggi. Walaupun begitu, banyak manfaat yang boleh diperoleh jika kita melakukan aktiviti seperti ini. Tempat yang menarik dengan pemandangan yang indah akan membuatkan aktiviti hiking anda menjadi lebih menyenangkan. Untuk itu, kami telah menyenaraikan 14 tempat hiking di Pahang yang bukan sahaja terbaik malah sangat menakjubkan. Sekiranya anda penggemar aktiviti hiking, anda memang wajib untuk mencuba hiking di tempat-tempat yang luar biasa ini.

Ajak rakan-rakan atau keluarga anda untuk hiking bersama kerana semakin ramai akan menjadikan suasana lebih meriah. Lokasi hiking ini juga sangat sesuai untuk anda membawa anak-anak anda bersama. Rasai sendiri kedamaian alam sekitar yang memang tidak boleh diperolehi di bandar. Pakai-pakaian yang sesuai agar anda berasa selesa sepanjang melakukan aktiviti ini. Sekali-sekala anda memang patut untuk mendapatkan udara segar selepas penat bekerja dan selepas penat berjalan di tempat-tempat menarik di Pahang ini.


14 Tempat Hiking Yang Menarik & Menyeronokkan

1. Pine Tree Trail

Pine Tree Trail

Ramai pendaki yang menggelar trek bagi gunung Pine Tree Trail ini sebagai “roller coaster”. Hal ini kerana trek ini mempunyai liku turun naik yang sedikit mencabar tetapi anda jangan risau kerana di laluan ini terdapat tangga batu bersimen. Bukan itu sahaja, di sini juga keselamatan anda sangat terjamin kerana terdapat tali dan akar di sepanjang trek yang boleh membantu anda untuk berpaut sewaktu pendakian. Selain itu, anda juga wajib untuk berhenti singgah di kawasan gua akar yang unik dan cantik kerana tempat ini memang sangat sesuai untuk bergambar. Biasanya pendaki akan berhenti rehat di gua akar ini dahulu sebelum memulakan pendakian ke puncak.

Apabila tiba di puncak gunung, anda akan mendapati penanda batu bagi sempadan Negeri Selangor dan Pahang. Kecantikkan pemandangan di puncak gunung ini memang memberikan ketenangan yang luar biasa. Banyak tumbuh-tumbuhan yang berbeza dan unik yang boleh anda jumpai di tempat hiking ini. Antaranya ialah “cousin reflessia” yang ada iras seperti bunga reflessia, cuma ia agak sedikit kecil dan berbunga di atas tanah. Kenali banyak tumbuh-tumbuhan menarik yang terdapat di tempat ini. Anda juga boleh mendapatkan banyak maklumat tentang tumbuhan ini kerana terdapat nota-nota yang diletakkan di setiap tumbuhan.

Alamat: Pine Tree Trail, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone:017-999 7790


2. Panorama Hill

Panorama Hill

Nikmati keindahan Bukit Panorama yang terletak di Sungai Lembing, Pahang ini. Trek laluan mendaki di sini mempunyai tahap kecuraman yang berbeza dan terdapat tangga batu di sepanjang laluan yang akan membantu anda sepanjang mendaki. Pada peringkat awal pendakian, anda akan melalui tangga yang sedikit curam dan memenatkan tetapi jangan risau kerana selepas beberapa minit anda akan menjumpai kawasan landai untuk berhenti berehat. Antara anggaran waktu yang bagus untuk memulakan pendakian bagi mendapatkan pemandangan puncak yang cantik ialah seawal 7 pagi.

Ketinggian bukit yang mencecah 271 meter ini akan memaparkan pemandangan yang sangat indah dan aman. Antara anggaran masa yang diambil untuk mendaki sehingga ke puncak gunung adalah 40 atau 60 minit sahaja. Jangan berasa takut untuk mendaki di tempat ini kerana sepanjang laluan pendakian ini terdapat pemegang besi yang sangat kukuh. Suhu di puncak yang nyaman memang sangat menyeronokkan. Tempat ini juga memang sangat meriah terutama pada hujung minggu kerana telah menjadi tempat kegemaran bagi kaki hiking.

Alamat: Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong 


3. Bukit Senorang

Bukit Senorang

Bukit Senorang merupakan sebuah bukit terbaik untuk mendaki yang terletak di Kemayan, Pahang. Jangan pening-pening nak cari tempat letak kenderaan kerana di sini terdapat satu kawasan lapang yang berdekatan sahaja dengan pintu masuk. Anda boleh meletakkan kenderaan anda di kawasan ini pada bila-bila masa sahaja anda datang berkunjung. Sepanjang mendaki di sini anda akan mendapati bahawa kawasan ini sememangnya dikelilingi oleh ladang getah dan kelapa sawit.

Bagi anda yang tidak pernah merasai suasana kampung, tempat ini memang sangat sesuai untuk anda. Jika anda tiba waktu awal pagi di puncak gunung, anda akan mendapati pemandangan cantik daripada awan-awan yang berbentuk. Memang sangat sesuai untuk bergambar di puncak gunung ini kerana dengan berlatar belakangkan kabus tebal, memang ada ala-ala seperti anda sedang berada di tingkat tinggi bangunan Burj Khalifah. Anda juga diingatkan untuk berhati-hati dengan tahap kecuraman bukit sewaktu ingin turun ke bawah.

Alamat: Bukit Senorang, 28380 Kemayan, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong 


4. Gunung Tahan

Gunung Tahan

Dengan mempunyai ketinggian 2187 Meter, Gunung Tahan ini telah menjadi antara gunung dengan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Bukan itu sahaja, gunung ini juga telah mendapat tempat keenam sebagai gunung tertinggi di Malaysia. Sepanjang laluan untuk mendaki, anda akan dapat melihat deretan pohon-pohon bonsai yang subur dan tumbuh dengan mekar. Tempat mendaki ini juga memang sangat meriah dengan kunjungan orang ramai tanpa mengira usia.

Yang menariknya, di sini anda boleh merasai pengalaman bermalam di kawasan kem yang dikenali sebagai Kem Kor dan Kem Botak. Rasai sendiri kesejukkan angin malam di kawasan pergunungan. Memang sangat menyeronokkan dan meriah jika anda datang ke tempat ini untuk bermalam secara berkumpulan. Antara cabaran trek pendakian yang perlu anda lalui ialah jalan berakar yang curam, merentasi sungai, jalan yang berlumpur dan jalan landai. Jangan takut untuk merentasi sungai di sini kerana terdapat tali yang telah diikat dengan kuat pada pokok bagi membantu anda berpaut.

Alamat: Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh, 27210, Kuala Lipis, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-636 0414


5. Jungle Trail 10

Jungle Trail 10

Jungle Trail 10 merupakan salah satu lokasi yang sangat popular bagi aktiviti hiking di Negeri Pahang. Dijamin anda tidak akan sesat semasa melakukan aktiviti mendaki di sini kerana anda harus mengikuti tali merah jambu yang diikat pada pohon. Anda akan menjumpai jalan keluar sekiranya mengikut tanda dengan betul. Bukan itu sahaja, terdapat juga papan tanda yang menunjukkan arah di setiap checkpoint. Trek jalan untuk mendaki mungkin agak sedikit sukar tetapi pemandangan di puncak memang sangat berbaloi dan indah.

Tempat ini juga terletak berdekatan dengan destinasi pelancongan terkenal Negeri Pahang iaitu Cameron Highland. Semestinya tidak susah bagi anda mencari kedai makan untuk mengisi perut yang kosong. Selain itu, anda akan mendapati pelbagai tumbuh-tumbuhan hijau yang unik sepanjang melalui laluan mendaki di sini. Bentuk dan spesies tumbuh-tumbuhan yang segar ini memang berbeza dan menarik. Jangan lupa untuk bergambar di tempat yang cantik ini sebagai kenangan anda.

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Laman WebUlasan Pelancong | Phone: 05-4914560


6. Gunung Rajah

Gunung Rajah

Gunung Rajah mempunyai ketinggian 5526 kaki dari paras air laut dan merupakan gunung yang terbaik untuk melakukan aktiviti hiking. Sebelum memulakan pendakian, anda akan menjumpai air terjun yang popular di kawasan Bentong. Anda boleh melepak atau berehat terlebih dahulu di kawasan air terjun yang sangat menyegarkan ini. Untuk pengetahuan anda, jika ingin mendaki di Gunung Rajah ini, anda wajib mempunyai permit masuk bagi mengelekkan sebarang masalah. Untuk mendapatkan permit anda boleh memohon daripada Pejabat Hutan Daerah Bentong dengan menulis surat permohonan.

Di sini anda bebas untuk memulakan aktiviti pendakian anda pada bila-bila masa sahaja. Untuk waktu yang sesuai bagi mendapatkan pemandangan yang menakjubkan ialah berada di puncak pada waktu pagi. Laluan untuk memulakan pendakian di sini berbatu dan mendatar, jadi ia tidak akan memenatkan. Sebelum memulakan pendakian, jangan terlepas peluang untuk bergambar di papan tanda besar yang tertulis “Selamat Datang Ke Gunung Rajah”. Di setiap checkpoint juga terdapat papan tanda dan nama bagi kawasan tersebut. Pelbagai flora dan fauna menarik yang boleh anda jumpai di sini sebagai contoh pokok periuk kera, orkid hutan dan macam-macam lagi.

Alamat: Gunung Rajah, 44000, Pahang

Bayaran Masuk: RM 5.00 (Permit Untuk Seorang)

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong 


7. Hemmant Trail

Hemmant Trail

Trek mendaki di laluan Hemmant Trail merupakan salah satu jalan yang mudah berbanding laluan lain menurut pendapat kaki hiking. Laluan ini juga sesuai untuk dilalui oleh kanak-kanak yang masih kecil. Jalan yang mendatar dan dipasang tali sepanjang laluan membuatkan jalan ini menjadi lebih selamat dan tidak berisiko untuk sesat. Bagi pemula yang baru ingin mencuba aktiviti hiking, tempat ini sangat sesuai untuk anda. Perjalanan untuk menuju ke puncak sangat santai dan suasana di sini sangat mendamaikan.

Untuk anda mengenali spesies burung-burung yang terdapat di sini, anda boleh membaca maklumat di papan info yang dipacakkan di sepanjang jalan masuk. Dapatkan lebih banyak lagi info-info menarik tentang spesies burung atau habitat flora fauna yang lain di sini. Selain itu, terdapat juga satu gerbang besar yang bertulis “Hemmant Trail” bagi anda yang ingin bergambar. Jika anda berasa penat di sewaktu mendaki, anda boleh berhenti rehat di pondok rehat yang terdapat dua buah bangku kayu. Di sini terdapat beberapa kawasan rehat yang dibina di beberapa checkpoint untuk berhenti.

Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong 


8. Bishop Trail

Bishop Trail

Bishop Trail merupakan trek ketiga paling panjang di Bukit Fraser dan laluan ini sedikit mencabar berbanding trek yang lain. Walaupun begitu, anda boleh menggunakan kemudahan yang disediakan seperti tangga batu dan laluan bertali untuk sampai ke puncak. Sebelum memulakan pendakian, anda wajib untuk memahami struktur trek dahulu di papan info. Terdapat tanda merah pada peta yang menandakan amaran bahaya dan anda perlu lebih berhati-hati ketika melalui jalan tersebut.

Pemandangan yang indah di puncak akan membayar segala penat lelah anda sewaktu mendaki. Walaupun terpaksa mengharungi beberapa cabaran tetapi anda akan dapat satu pengalaman hiking baru yang menyeronokkan di tempat yang meriah ini. Jangan terlampau memaksa diri anda untuk tiba dengan cepat ke puncak, sebaliknya anda patut berhenti rehat dahulu di pondok yang nyaman dan menenangkan ini. Di setiap checkpoint berhenti terdapat tanda penunjuk jalan dan pondok untuk anda berehat.

Alamat: Jalan Lady Maxwell, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong 


9. Abu Suradi Trail

Abu Suradi Trail

Mungkin ramai yang tidak mengetahui lagi tentang kuwujudan trek yang dikenali sebagai “Abu Suradi Trail” ini. Trek ini mempunyai tahap kesukaran yang sangat mudah berbanding 5 trek lain di Bukit Fraser. Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dalam aktiviti ini, anda patut mencuba trek laluan di tempat ini dahulu. Daripada kanak-kanak sehingga ke orang yang berusia boleh mencuba mendaki di trek ini.

Panjang trek yang hanya sekitar 500 meter menjadikan ia sebagai trek terpendek di Bukit Fraser. Yang menariknya, terdapat papan info tentang flora fauna yang terdapat di kawasan ini di pondok berehat. Antara cabaran yang akan anda hadapi sewaktu pendakian ialah jalan sempit, jalan berlecak, kawasan jalan yang mempunyai pokok-pokok tumbang dan jalan berliku. Tidak dilupakan juga, di sini terdapat banyak tumbuhan-tumbuhan yang berbentuk unik untuk anda menangkap gambar. Tempat ini terletak di destinasi popular pelancongan Pahang, ia membuatkan sangat mudah bagi anda mencari kedai makan atau penginapan.

Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong 


10. Bukit Pelindung

Bukit Pelindung

Kalau sebut sahaja tentang Bukit Pelindung, pasti ramai penduduk Kuantan yang telah mengenali tempat hiking ini. Bukit yang terdapat pelbagai keistimewaan ini menjadikan ia sebagai tempat kegemaran bagi kaki hiking. Tempat yang kaya dengan keindahan alam sekitar yang membawakan ketenangan kepada anda. Lokasi ke pintu masuk yang senang untuk dijumpai kerana terletak berhadapan dengan kawasan Sekolah Menengah. Sekaligus, terdapat tempat untuk anda parkir kenderaan.

Bukit Pelindung ini boleh menghubungkan anda dengan dua buah pantai popular di Negeri Pahang iaitu Pantai Teluk Chempedak dan Pantai Beserah. Mengikut kelajuan santai anda untuk ke pantai akan memakan masa 40 minit. Untuk pengetahuan anda, di sini terdapat beberapa laluan baru yang boleh anda cuba untuk sampai ke puncak komunikasi. Pastikan anda mengikut petunjuk arah yang betul bagi mengelak sebarang masalah. Terdapat satu checkpoint iaitu simpang 3 yang akan anda temui dan anda bebas untuk memilih laluan yang hendak dituju. Jangan ragu-ragu untuk memilih kerana ia akan tetap membawa anda ke puncak Menara Komunikasi. Apabila tiba di puncak, jangan terlepas peluang untuk bergambar di tembok oren yang terdapat di situ.

Alamat: Bukit Pelindung, 25250 Kuantan, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong 


11. Bukit Repin Trailhead

Bukit Repin Trailhead

Dapatkan satu pengalaman baru hiking di tempat yang menarik iaitu Bukit Repin Trailhead. Mempunyai ketinggian 1341 meter daripada paras laut dan terletak berdekatan dengan Gunung Nuang. Terdapat sebuah kedai makan yang agak popular untuk anda mengisi perut terlebih dahulu. Ia terletak berdekatan sahaja dengan pintu masuk. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tempat ini adalah yang terbaik kerana mempunyai suasana yang sangat indah dan menakjubkan. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat beberapa pokok yang mempunyai bentuk yang lain daripada lain dan sangat cantik, ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk anda bergambar.

Untuk sampai ke puncak, anda perlu mengharungi sebuah sungai cetek yang berbatu dan beberapa kawasan yang sedikit mencabar. Selepas berjaya melintasi sungai, anda akan tiba di satu checkpoint yang dikenali sebagai Bukit Korea. Untuk melepasi kawasan Bukit Korea pula, anda akan melalui kawasan yang berlecak dan jalan yang lincin. Jadi anda diingati lagi agar berhati-hati sewaktu melalui kawasan ini. Jika terdapat ahli kumpulan anda yang berasa penat, anda boleh berhenti rehat di kawasan Pondok Repin. Selain itu, anda juga boleh bersantai dengan selesa di Pondok Repin ini.

Alamat: Bukit Repin Trailhead, Bentong, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong 


12. Bukit Raka

Bukit Raka

Anda mempunyai idea untuk melakukan aktiviti hiking tetapi masih tidak menjumpai tempat yang sesuai. Apa kata anda cuba hiking di Bukit Raka yang terletak di Bentong, Pahang. Cabar diri anda untuk hiking di bukit yang mempunyai ketinggian 579 meter daripada paras air laut ini. Jangan lupa untuk mengajak ramai rakan-rakan anda untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan ini.

Di permulaan trek anda perlu meredah hutan kecil dan melalui ladang getah terlebih dahulu. Aktiviti hiking anda akan dimulai dengan laluan yang sedikit mencabar. Mengikut anggaran masa daripada kaki hiking untuk anda tiba di puncak ialah 2 atau 3 jam. Ia bergantung pada tahap kelajuan anda berjalan. Di sini juga terdapat kayu besar yang diletakkan di laluan trek. Ia boleh menjadi sebagai tempat untuk anda berpaut sewaktu mendaki. Segala penat lelah anda akan hilang apabila dapat menikmati keindahan puncak bukit ini. Jangan lupa untuk bergambar di atas puncak bukit ini dengan berlatar belakangkan awan-awan yang sangat cantik.

Alamat: Bukit Raka, 28700 Bentong, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong 


13. Gunung Nuang

Gunung Nuang

Gunung Nuang merupakan salah satu gunung yang dikategorikan sebagai puncak tertinggi bagi Negeri Selangor. Dengan ketinggian yang mencecah 1493 meter dan 4898 daripada aras laut memang memerlukan stamina yang kuat. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat yang mempunyai trek terpanjang bagi aktiviti hiking. Sebelum memulakan pendakian, jangan lupa untuk bergambar dahulu di gerbang masuk yang cantik di sini. Sewaktu mendaki, anda dinasihatkan agar sentiasa peka dengan papan tanda amaran bagi beberapa tempat yang sedikit bahaya.

Untuk mendaki di sini, anda wajib untuk mendapatkan permit masuk terlebih dahulu daripada pondok yang terletak di pintu masuk. Anda juga perlu membayar harga permit masuk iaitu sebanyak RM 1 sahaja. Jangan lupa untuk menyediakan duit kecil agar urusan pembayaran anda menjadi lebih mudah. Untuk ke puncak gunung ini, ia akan memakan masa selama 5 jam jika anda tidak banyak berhenti rehat. Anda akan melalui 4 checkpoint sebelum tiba di puncak gunung. Soal kenderaan pula, anda tidak perlu khuatir kerana di sini terdapat satu kawasan lapang untuk anda meletakkan kenderaan anda.

Alamat: Sempadan Negeri Selangor dan Pahang

Bayaran Masuk: RM 1 (Permit)

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong 


14. Gunung Besar Hantu

Gunung Besar Hantu

Walaupun nama gunung ini sedikit menakutkan tetapi gunung ini merupakan salah satu gunung yang memang popular dengan aktiviti hiking. Gunung Besar Hantu yang terletak diantara 2 sempadan negeri ini memang sangat meriah dengan kehadiran kaki hiking. Di sini terdapat kawasan untuk parking kereta yang sangat lapang di belakang bangunan FELCRA. Bukan itu sahaja, kemudahan seperti surau atau tandas juga terdapat di sana. Untuk ke starting point bagi hiking di sini, anda perlu menaiki sebuah lori yang telah disediakan dan perjalanan akan memakan masa 40 minit.

Selain itu, apabila tiba di starting point anda akan mendengar satu taklimat daripada dari pemandu lori yang merangkap sebagai guidge. Anda akan melalui trek kawasan kayu balak terlebih dahulu untuk ke checkpoint lain. Di sini terdapat juga kawasan kem untuk dijadikan sebagai tapak perkhemahan bagi anda yang ingin bermalam. Anda juga bebas untuk berhenti rehat di kawasan yang landai sebelum memulakan perjalanan ke puncak. Terdapat juga papan tanda besar yang akan menunjukkan arah yang tepat bagi memudahkan urusan anda. Pemandangan dan suasana di puncak gunung ini memang sangat memukau.

Alamat: Sempadan Pahang dan Negeri Sembilan

Bayaran Masuk: Rm 50 (Permit dan untuk naik lori ke starting point)

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong 


Anda bebas memilih antara gunung mana yang sesuai bagi anda mendaki bersama sama keluarga. Terlalu kerap menghirup udara tercemar memang sangat berbahaya untuk kesihatan anda. Justeru itu, anda memang patut untuk meluangkan waktu lapang dengan aktiviti yang melibatkan alam sekitar. Rasai dan teroka sendiri keindahan alam sekitar yang memang menakjubkan ini. Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti ini juga memang sangat menyeronokkan.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Camping & Glamping Di Pahang – Percutian Lain Dari Lain

Bercuti di Pahang memang sering menjadi destinasi pilihan para pelancong kerana versatiliti tempat pelancongan negeri ini sendiri. Banyak tempat menarik di Pahang yang wajib...

7 Air Terjun TERBAIK Di Pahang Untuk Hujung Minggu

Negeri Pahang menjadi salah satu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, barat Negeri Sembilan, dan...

69+ Tempat Menarik di Pahang Paling POPULAR Untuk Pelancong Lawati

Negeri Pahang Darul Makmur yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia menjanjikan pelbagai jenis tarikan pelancongan untuk dilawati. Memandangkan negeri Pahang ini terlalu besar,...

Pantai Teluk Cempedak Di Pahang- Pantai Menarik Untuk Dikunjungi

Pahang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan pelbagai habitat flora fauna yang terpelihara dengan baik. Justeru itu, Pahang juga...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x