Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Agro Technology Park MARDI – PELIK bunga dan buahnya

Taman Agro Tech MARDI di Cameron Highland ini hanyalah dalam 20 minit jalan kaki dairpada pertengahan Tanah Rata. Taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga-bunga yang cantik dan menarik.

Dan kalau nak tengok tumbuhan sayuran yang besar dan segar, Taman Agro Tech MARDI ni pun ada menyediakan dan semua tumbuhan di sini ada label yang boleh kita baca dan kenal setiap jenis dan nama pokok bunga dan sayuran di sini. Memandangkan suhu dan cuaca di sini sejuk dari tempat lain di Malaysia, memang banyak pokok-pokok buah, sayuran dan bunga yang tak pernah saya nampak di tempat lain.

agro park mardi cameron highland

Satu pengalaman yang baru bagi mereka yang pertama kali ke sini. Boleh lihat video di bawah gambar-gambar menarik ketika berada di sini. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang boleh kita harapkan apabila berada di Agro Tech Mardi ni.

Yuran kemasukan pun tak mahal. Cuma RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Memang berbaloi-baloi kalau nak bawa anak-anak dan keluarga ke sini.

taman bunga menarik di cameron

Tengok sajalah betapa indahnya bunga ini dan eksotiknya. Mana nak dapat tengok bunga-bunga macam ni di tempat lain kat Malaysia? memang tiada !

agrotech mardi cameron highland

Sekali tengok macam buah nangka pun ada. Tergantung bujur panjang di atas kepala kalau berjalan di taman ini.

agrotech strawberi cameron highland

Datang Cameron Highland kalau tak beli dan makan buah strawberi memang tak sah. Kalau nak petik dan makan terus pun boleh. Tapi ada pengeras dia yang kena bayar.

agro tech mardi di cameron highland

Datang ke sini time musim buah dan berbunga kalau nak tengok pokok dan bunga yang lebih banyak. Datang time musim tak berbuah pun dah cantik apatah lagi kalau time musim dia berbuah dan berbunga penuh.

taman arnab di cameron highland

Taman ini juga merupakan tempat yang menarik untuk kanak-kanak di Tanah Rata. Ada binatang seperti arnab-arnab ini yang comel dan terkhinja-khinja melompat-lompat. Tak der lah boring sangat anak-anak kita duk asyik tengok tumbuh-tumbuhan sahaja. Selamat mencuba dan semoga menjadi destinasi yang menyeronokkan di Cameron Highland untuk anda semua.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Time Tunnel Museum – Ubat gigi muka HITAM !

Bagi yang membesar dalam era 70-90an, berada kat Time Tunnel Museum pasti akan membuatkan anda teringat kembali ke masa silam. Banyak barangan, perkakas lama yang...

35+ Tempat Menarik di Cameron Highland, Pahang Paling Popular Untuk Diterokai

Sekiranya anda orang Semenanjung Malaysia & belum pernah bercuti di Cameron Highland walaupun sekali, jangan 'hati koyak' pula kalau anda sebenarnya boleh dilabelkan sebagai...

8 Tempat Makan Steamboat di Cameron Highland Anda Boleh Cuba

Makan malam yang menghidang makanan steamboat sangat sosial, sesuai untuk majlis tertentu seperti sambutan hari lahir atau hari percutian. Majlis ini biasanya diadakan antara...

Cactus Valley di Cameron Highland

Anda akan jumpa Cactus Valley atau Lembah Kaktus, Brinchang ini ketika di tengah jalan sebelah kanan kalau menuju ke Ladang Teh Boh. Cactus Valley merupakan...

Taman Rama-Rama – Destinasi Cuti Cuti Romantis

Persinggahan di Taman Rama Rama, Cameron Highland memang sangat BEST. Walaupun di luarnya nampak buruk tak bermakna dalam dia lebih buruk. Mungkin mereka kena...

10+ Homestay Di Cameron Highlands- Berbaloi dan Selesa!

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Pelancong yang datang bukan hanya penduduk tempatan, malah Cameron Highlands juga menjadi tumpuan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x