Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Cactus Valley di Cameron Highland

Anda akan jumpa Cactus Valley atau Lembah Kaktus, Brinchang ini ketika di tengah jalan sebelah kanan kalau menuju ke Ladang Teh Boh.

Cactus Valley merupakan tempat menarik yang paling best di Malaysia kalau nak tengok himpunan-himpunan pokok kaktus yang bermacam-macam jenis dan warna. Semestinya tempat pelancongan yang wajib dikunjungi kalau ke Cameron Highland.

ladang kaktus cameron highland

Semua pokok-pokok kaktus di sini dijaga dengan baik dan sentiasa kelihatan kemas. Dan keseluruhan tempat di sini berbumbung. Jadi kalau hujan pun tak perlu risau. Tempat ni agak bertangga dan ada yang agak curam. Kalau untuk makcik dan pakcik yang berumur mesti terasa mengah sikit nak mendaki tangga-tanga di Lembah Kaktus ni.

Mencari tempat letak kereta di sini juga memang menguji kesabaran terutamanya di waktu hujung minggu dan cuti persekolahan. Ikuti video ini daripada seorang perserta kursus videografi berkenaan dengan Cactus Valley. Ada bakat tak ganti Awal Ashaari atau Zizan sebagai pengacara? :)

Cactus Valley ini juga sebenarnya hanya sebelah menyebelah dengan Big Red Strawberry Farm. Jalan kaki je.

tarikan percutian cameron highland

Selain pokok kaktus yang cun-cun di sini, ada juga pokok-pokok bunga yang segar dan berwarna warni, dan ada juga gerai yang menjual pokok bunga/kaktus di dalam pasu. Boleh beli untuk dijadikan sebagai cenderahati untuk keluarga di rumah. Walaubagaianapun bukan semua pokok bunga dan kaktus yang ada di sini boleh dibeli dan untuk dijual.

beli belah cenderehati cameron

Dan kalau anda membeli pokok-pokok di sini sebaiknya membeli tanahnya sekali kalau berhajat nak alihkan ke pasu yang lebih besar di rumah. Yelah, komposisi tanah di Cameron Highland dan di kampung lain yer. Silap hari bulan tak sampai seminggu dah layu.

aktiviti best cameron highland

Di sini juga ada satu bahagian untuk memetik pokok strawberi. Kalau anda terlepas ke tempat lain untuk memetik buah strawberi, boleh cuba di sini.

tempat menarik brinchang cameron best

Di pintu keluar dari sini, anda boleh juga jumpa satu gerai yang menjual pokok ros di dalam pasu kecil dengan harga RM8  dan pokok-pokok kecil yang lain dengan harga serendah RM4.50. Bersebelahan dengan pintu keluar ini juga, anda boleh beli dan rasa aiskrim strawberi, bebola ubi manis goreng (sinonim ubi kontot) dan juga cendawan tiram. Menarik tu !

Tiket Masuk

  • RM5 untuk dewasa
  • RM2 kanak-kanak

Cactus Valley boleh dikunjungi setiap hari daripada pukul 8 pagi sehingga ke 6 petang. Dengan hanya RM 5 untuk tiket masuk, berada di sini memang menyeronokkan terutamanya yang nak berbulan madu dan melihat pokok kaktus dengan lebih dekat. Selamat bercuti !

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

8 Tempat Makan Steamboat di Cameron Highland Anda Boleh Cuba

Makan malam yang menghidang makanan steamboat sangat sosial, sesuai untuk majlis tertentu seperti sambutan hari lahir atau hari percutian. Majlis ini biasanya diadakan antara...

10+ Homestay Di Cameron Highlands- Berbaloi dan Selesa!

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Pelancong yang datang bukan hanya penduduk tempatan, malah Cameron Highlands juga menjadi tumpuan...

12 Tempat Penginapan BEST di Cameron Highland

Percutian yang sejuk dan nyaman semestinya di Cameron Highland yang merupakan destinasi percutian popular di Semenanjung Malaysia. Pemandangannya yang cantik dipenuhi kehijauan ladang teh...

Agro Technology Park MARDI – PELIK bunga dan buahnya

Taman Agro Tech MARDI di Cameron Highland ini hanyalah dalam 20 minit jalan kaki dairpada pertengahan Tanah Rata. Taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga-bunga...

Time Tunnel Museum – Ubat gigi muka HITAM !

Bagi yang membesar dalam era 70-90an, berada kat Time Tunnel Museum pasti akan membuatkan anda teringat kembali ke masa silam. Banyak barangan, perkakas lama yang...

Big Red Strawberry Farm

Mercu tanda Cameron Highland. Selain Ladang Teh Boh di Sungai Palas, salah satu lagi ikon Cameron Highland ialah buah strawberry. Kanak-kanak mesti terasa amat teruja...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x