Pinjaman Peribadi Segera

Lulus dalam 24 Jam!

Big Red Strawberry Farm

Mercu tanda Cameron Highland. Selain Ladang Teh Boh di Sungai Palas, salah satu lagi ikon Cameron Highland ialah buah strawberry. Kanak-kanak mesti terasa amat teruja kalau dapat tengok buah ini di depan mata.

Yelah, mana ada pokok strawberi di tempat lain yang best di Semenanjung Malaysia selain di sini. Memang besar dan banyak pokok-pokok strawberi di sini dan di Big Red Strawberry Farm inilah tempat paling menarik kalau nak memetik buah strawberi.

Nak datang sini pun senang dan hanya bersebelahan dengan Cactus Valley. Nak tahu dengan lebih lanjut tentang ladang strawberi ini dari view pengunjung? Sila lihat video di bawah. Memang besar ladang dia !

ladang strawberi cameron highland

Selain pokok strawberi, kat sini juga menempatkan pokok-pokok sayuran yang segar bugar contohnya salad. Cantik rupanya pokok salad ni kalau tersusun memanjang begini.  Dan kalau nak beli sayur-sayuran di sini pun boleh. Memang segar dari ladang kata orang dan harganya pun murah kalau nak dibandingkan dibandar.

memetik strawberi di tanah tinggi cameron

Nak memetik buah strawberi ni bukannya percuma, jangan sesekali pandai-pandai pergi petik. Ada bayaran dia. Minimum berat buah strawberi yang boleh dipetik ialah RM 25 untuk berat 500g. Kalau lebih berat pandai-pandai lah kira-kira ye. Dan harga memetik buah strawberi ni memang lagi mahal kalau nak dibandingkan membeli yang sudah siap bungkus.

Kalau anda nak rasa pengalaman memetik buah strawberi, boleh bayar.

Kalau malas nak memetik, ada juga buah strawberi yang sudah siap dibungkus di dalam bekas plastik. Kalau nak rasa pun boleh sebelum beli. Masam ke manis ke kena cuba takut tawar pulak rasanya.

ladang bunga cameron highland best

Selain buah strawberi dan sayuran, di sini juga ada pokok-pokok bunga yang banyak. Memang menyegarkan minda dan boleh menenangkan jiwa dari kesibukan di bandar.

Seperti juga di Cactus Valley, kawasan di sini juga agak curam dan tangga agak tinggi. Kalau datang dengan baby, lebih baik lepak di kafe. Bawah stroller pun tiada gunanya kerana tiada jalan yang sesuai untuk menolak.

Memandangkan Big Strawberry Farm ini merupakan tempat pelancongan yang paling popular di Cameron Highland maka kalau datang hujung minggu memang sesak. Nak cari parking kereta pun susah.

makanan menarik cameron

Dan yang paling best di sini, ada juga cafe yang menyediakan menu makanan yang best-best seperti jus buah strawberi, waffle, kek muffin, strawberi fondue dan macam-macam lagi. Kebanyakan menunya bertemakan buah strawberi ! Takkan bertemakan salah pulak kan :) Kalau di hujung minggu kena sabar sikit untuk membeli makanan di sini sebab ramai !

Di sini juga ada kedai jual cenderahati seperti keychain, pokok bunga dalam pasu, pokok kaktus dan magnet peti.  Jadi kalau nak melancong ke Cameron Highland di musim cuti sekolah, rancang perjalanan dan tempah penginapan anda samada hotel, homestay atau rumah tumpang seawal mungkin.

4.3/5 - (3 votes)

8 KOMEN

  1. dlm rancngn nk ke sini cny thun dpn,stry dkt aprtmnt area cctus tu,,rse aprtment bru,dekat ke dpt tmpt2 ni

  2. Tak boleh bawak masuk kanak2…ada had umur…huhuhu kesian plk nk tinggl ank2 mak apak masuk pick strawberrytempt bersih dan cantik

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Berminat

Hubungi Kami

4.3/5 - (3 votes)