Ladang Teh Boh – Pemandangan hijau yang indah

pemandangan menarik cameron highland

Table of Contents

Teh Boh merupakan jenama teh yang amat popular di Malaysia. Jadi kalau nak tengok pemandangan Ladang Teh Boh di Sungai Palas dan mempelajari bagaimana serbuk teh dihasilkan, wajib melancong ke sini. Malah Ladang Boh ini merupakan tempat pelancongan yang popular di Tanah Rata ni. Jom kita lihat apa yang menarik !

Kalau nak tahu betapa besarnya Ladang Teh ini, setiap tahun mereka menghasilkan sehingga 600 000 kg teh !! Kalau dari perjalanan ke Sg Palas, cabarannya untuk pemandu agak tinggi sikit kerana jalan agak sempit untuk sesetengah tempat ( jalan sempit dalam 4-5km).

Kalau berselisih dengan kereta depan, kena bertolak-ansur di situ.

ladang teh boh cameron highland

Daripada parking kereta, pelawat boleh berjalan kaki naik ke atas samada melalui jalan raya (lebih mudah tapi lebih lama) ataupun melalui jalan untuk pejalan kaki ( lebih curam dan mencabar, tetapi jarak lebih dekat).

bercuti ke tanah rata pahang

Menghirup secawan teh yang panas-panas sambil makan kek yang enak di atas puncak ini sambil menyaksikan ladang teh ni memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Tambahan pula cuaca sangat sejuk ! Memang satu kombinasi yang sangat baik untuk menghabiskan masa sambil terapikan minda dengan keindahan ladang ini dengan cara anda tersendiri.

aktiviti menarik ladang teh boh

Dan kalau nak tengok pemandangan orang memetik daun teh, sila ke sini waktu pagi. Kalau datang tengahari memang melepas. Kerja memetik daun teh ni hanya di jalankan di waktu pagi sahaja. Di waktu tengahari hanya kerja membersih mesin mereka lakukan.

Selain itu, di sini juga mempunyai sebuah kilang lama yang boleh dilawati. Sambil-sambil tengok macam mana serbuk teh diproses anda pasti terpukau dengan aroma bau teh yang tajam menusuk hidung anda. Memang bau teh di sini sangat menyegarkan dan pasti memberi satu pengalaman yang unik untuk percutian anda di sini.

pemandangan menarik cameron highland

Melawat ke Ladang Teh Boh di Cameron Highland merupakan satu aktiviti dalam kalendar percutian anda yang wajib dilakukan. Koordinat GPS Ladang Teh Boh Sg Palas. lat/lng: 4.515789,101.416066. Selamat mencuba dan melancong ke Cameron Highland sambil minum teh di puncak yang berkabus.

4.5/5 - (6 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 7 Nov, 2013
Pantai Chendor ni terletak antara sempadan Pahang dan Terengganu dan berdekatan dengan bandar Kemaman. Salah satu port nak berkelah...
  • 9 Nov, 2013
Setiap tahun Pulau Tioman menjadi destinasi percutian yang kerap dikunjungi pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negara....
  • 23 Apr, 2015
Taman Agro Tech MARDI di Cameron Highland ini hanyalah dalam 20 minit jalan kaki dairpada pertengahan Tanah Rata....
  • 23 Apr, 2015
Persinggahan di Taman Rama Rama, Cameron Highland memang sangat BEST. Walaupun di luarnya nampak buruk tak bermakna dalam...
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x