Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Homestay Di Cameron Highlands- Berbaloi dan Selesa!

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Pelancong yang datang bukan hanya penduduk tempatan, malah Cameron Highlands juga menjadi tumpuan pelancong dari negara luar. Musim cuti atau pun tidak, Cameron Highlands tidak pernah sunyi dengan pelancong yang melawat dari pelbagai pelusuk tempat.

Terkenal dengan udaranya yang sejuk pastinya akan membuatkan anda selesa dan nyaman meluangkan masa di sini. Pelbagai tempat-tempat yang menarik boleh anda kunjungi bersama pasangan, keluarga dan kawan. Antara tempat-tempat yang popular yang boleh anda lawati seperti Ladang Teh Bharat, Cactus Point, Kebun Strawberry, Air Terjun Lata Iskandar, Lavender Garden dan lain-lain lagi tempat.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan Tanah Rata ini juga sudah cukup lengkap untuk memudahkan percutian anda. Untuk mencari tempat penginapan juga tidak rumit, kerana di Cameron Highlands ini terdapat banyak homestay yang menawarkan penginapan yang selesa dan juga berbaloi harganya mengikut pada bajet percutian anda.

 

10 Homestay Di Cameron Highlands


1. The Fairy’s Cottage @ Tanah Rata

The Fairy’s Cottage

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat percutian yang popular untuk rakyat Malaysia. Disebabkan udaranya yang sejuk dan lokasinya yang terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, ramai memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pilihan untuk ‘short vacations’. Perjalanan yang mengambil masa 3.5-4 jam dari Kuala Lumpur ini sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk lari dari kesibukan kotaraya. Kalau sudah bercuti, kita pasti mencari tempat penginapan yang selesa dan best. Oleh itu, anda wajib cuba menginap di The Fairy’s Cottage, Tanah Rata.

Apa yang menariknya tentang tempat penginapan ini adalah dekorasi dalamannya yang sangat cantik dan juga hiasan yang memukau. Bukan sahaja hiasan dalaman, malah balkoninya juga dihias cantik sesuai untuk kita bersantai dan menghirup udara segar di luar rumah. Rumah ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan persekitaran yang senyap dan dikelilingi oleh alam semula jadi. Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan mampu memuatkan 6-8 orang. Antara kemudahan yang disediakan disini ialah tv, peti sejuk, penapis air, pemanas air, induction cooker, pengering rambut, iron, induction cooker dan banyak lagi. Mereka juga menyediakan perkakas asas untuk memasak tetapi untuk keselesaan anda, anda boleh membawa keperluan memasak sendiri.

Sebagai peringatan, rumah ini tidak sesuai untuk mereka yang ingin membawa orang tua dan orang kurang upaya kerana rumah ini terletak di tingkat 4 dan tidak mempunyai lif. Dengan harga serendah RM 250, anda pasti berpuas hati dengan servis dan pengalaman yang bakal anda perolehi.

Alamat: Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 0125198463


2. Comfy Sofy 21

Comfy Sofy 21

Comfy Sofy 21 ini merupakan sebuah rumah 2 tingkat yang diserikan dengan dinding yang bewarna putih untuk membangkitkan semangat percutian para penginapnya. Dekorasi kawasan rumah ini dihiasi dengan pokok-pokok untuk memberi keceriaan. Ruang depan rumah yang luas boleh memuatkan dua buah kereta diletakkan di dalam kawasan pagar.

Rumah ini terdiri daripada 4 bilik tidur dan 3 bilik air ini boleh memuatkan sehingga 11 orang. Sekiranya lebih daripada 11 orang, bayaran hanya RM 25 sekepala sahaja dikenakan untuk anda mendapatkan tilam, bantal, selimut dan tuala mandi.

Seperti homestay yang lain, Comfy Sofy 21 juga menyediakan kemudahan barangan dapur yang lengkap untuk memasak di homestay ini. Kemudahan lain seperti wifi, siaran Astro, televisyen dan alat-alat permainan juga turut tersedia untuk penginapnya mengisi masa lapang.

Alamat: 21, Jalan Golden Hill, 15, Cameron Golden Hill, 39000 Tanah Rata, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-9338046


3. Aya Muslim Apartment Homestay 

Aya Muslim Apartment Homestay Cameron Highlands

Aya Muslim Apartment Homestay ini terletaknya di Grenhill Resort Apartment yang merupakan sebuah homestay yang cantik. Kediaman yang selesa dan luas ini juga sesuai untuk anda yang bercuti bersama keluarga tercinta.

Homestay ini mempunyai 4 buah bilik yang dilengkapi dengan 3 katil yang bersaiz queen dan satu bilik lagi menempatkan katil double decker. Turut juga disertakan tambahan 2 katil yang bersaiz single. Selain itu juga, kawasan ruang tamu dilengkapi dengan rancangan Astro pastinya tidak akan membuatkan anda bosan. Kemudahan dapur yang lengkap juga membolehkan anda memasak di homestay ini.

Kawasan sekeliling Aya Muslim Apartment Homestay yang dilitupi dengan kabus, pastinya akan memberikan anda percutian yang mendamaikan.

Alamat: No A8/G ,Blok B ,Greenhill Resort Apartment ,Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-9846599

Whatsapp Aya Muslim Apartment Homestay


4. Smurf Inn Homestay

Smurf Inn Homestay

Diinspirasikan daripada watak kartun Smurf, Smurf Inn Homestay ini menarik pengunjungnya yang mempunyai anak-anak kecil untuk menginap di sini. Dengan dekorasi yang bertemakan kartun Smurf, homestay ini juga mempunyai rekaan dalaman seperti ala Inggeris. Setiap sudut yang kelihatan klasik dari negara barat ini pasti akan membuatkan anda mahu menangkap gambar untuk mengabdikan kenanagan di sini.

Smurf Inn Homestay ini mempunyai 4 tingkat di mana setiap tingkat ini mempunyai ruang tamu yang berkonsepkan Inggeris untuk anda yang mahu bersantai dan menangkap gambar. Kafeteria yang terletak di tingkat 2 juga selesa dan menawarkan hidangan sarapan pagi yang pelbagai untuk para pengunjungnya.

Terdapat juga kawasan-kawasan yang menarik dan unik di sekitar Smurf Inn Homestay untuk anda menangkap gambar sekeluarga. Selain itu, terdapat permainan Marry Go Round untuk si cilik dengan bayaran sebanyak RM 5 sahaja

Alamat: Smurf Inn home stay No: 8, Jalan Sultan Abu Bakar, 39000 Brinchang, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-3067685


5. Dear Dino Villa 

Dear Dino Villa

Dear Dino Villa menawarkan pakej bilik yang menenangkan dan selesa dengan gabungan warna yang cerah untuk membangkitkan mood yang ceria. Setiap bilik di villa ini mempunyai balkoni untuk anda bersantai dan menghirup udara segar Cameron Highlands. Selain itu, bilik mandi juga dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran mandi.

Anda boleh menempah bilik pakej Family Suite jika anda bercuti bersama keluarga anda. Bilik Family Suite ini dilengkapi dengan 1 katil bersaiz queen serta 3 katil single. Ruang bilik yang luas juga memberikan keselesaan kepada anda sekeluarga untuk beristirehat.

Lokasi Dear Dino Villa juga agak strategik kerana terletak berdekatan dengan kawasan-kawasan yang menarik seperti Cactus Valley, Strawberry Farm dan lain-lain lagi.

Alamat: Lot 105, Jalan Rumah Persekutuan, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-6032677


6. Jim Thompson Cottage

Jim Thompson Cottage

Untuk anda yang mahu bercuti bagi menghilangkan rasa tekanan, Jim Thompson Cottage ialah tempat yang terbaik. Lokasinya yang terletak jauh dari kesibukkan pekan Cameron Highlands ini sememangnya akan memberikan anda ruang untuk ketenangan dan suasana yang damai juga boleh membawa mood yang positif kembali dalam diri anda.

Jim Thompson Cottage ini terdiri daripada dua buah cottage yang bernama The Moonlight Cottage dan The Sunlight Cottage. Selain dari itu, juga terdapat bilik The Starlight Room iaitu bilik untuk anda yang mahu sewa secara persendirian. Bilik ini terletak di tengah-tengah antara dua cottage ini.

Jim Thompson Cottage sememangnya dikelilingi dengan kehijauan pokok yang segar kerana cottage ini terletak di atas bukit. Selain cottage yang bersih dan selesa, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit ini.

Alamat: Jalan Strawberry Park, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-4913188


7. Cameronian Inn

Cameronian Inn

Untuk anda yang bercuti secara solo dan mencari bilik dengan harga yang berpatutan, Cameronian Inn ada menyediakan bilik berasrama serendah harga RM 20 untuk satu malam. Pakej untuk bilik mereka yang berkeluarga juga boleh didapati dengan harga yang murah dan pastinya berbaloi.

Terletak pada ketinggian 1400 meter dari paras laut, penginap Cameronian Inn pasti dapat menikmati kedinginan udara yang segar. Selain itu, terdapat juga landskap taman yang indah untuk penginapnya bersantai dan menangkap gambar. Tambahan lagi, Cameronian Inn juga turut menyediakan perpustakaan mini untuk anda yang mungkin mahu membaca bagi merehatkan minda.

Kemudahan lain yang terdapat di Cameronian Inn seperti wifi, pemanas air di bilik air dan lain-lain kelengkapan juga turut disediakan. Jika anda seorang yang tidak tahan dengan keadaan sejuk, anda disarankan untuk memakai stoking dan baju sejuk agar tidak menjejaskan kesihatan anda.

Alamat: 16, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-4911327


8. Father’s Guesthouse

Father's Guesthouse

Father’s Guesthouse terletak di lokasi yang strategik kerana terdapat kemudahan asas seperti bank, kedai makan dan kedai keperluan di sekelilingnya. Layanan yang mesra daripada para pekerja di Father’s Guesthouse juga pastinya membuatkan anda berasa senang untuk menginap di situ.

Dilengkapi dengan susun atur perabot yang cantik dan tersusun, Father’s Guesthouse menawarkan bilik yang selesa dan bersih dengan harga yang berpatutan untuk anda yang bercuti bersama pasangan atau pun keluarga. Penginapan di bawah rumah banglo besar ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wifi, ruang dapur, kawasan taman untuk bersantai dan lain-lain lagi.

Alamat: NO. 4, Jalan Mentigi Utama, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-5661111


9. Heahtitude by Heahtitude Hotels

Heahtitude by Heahtitude Hotels

Bangunan Heahtitude Hotels pada asalnya merupakan bekas kediaman pekerja ladang yang dibina pada tahun 1970 kini diubah suai sedikit dengan menerapkan konsep moden dan dijadikan sebuah tempat penginapan. Walaupun telah ditambah ciri-ciri moden, Heahtitude ini masih lagi nenpunyai unsur klasik dengan terdapatnya barang-barang dan susun atur perabot yang vintaj. Ini membangkitkan suasanan seperti zaman dahulu-dahulu.

Menawarkan 5 jenis pakej bilik untuk anda tempah dengan jaminan kebersihan dan keselesaan untuk penginapnya. Salah satu pakej bilik iaitu Private Shed By The River ini akan memberikan pemandangan sungai dari bilik anda. Cuba bayangkan, anda menikmati teh panas sambil ditemani dengan bunyi air sungai yang mengalir. Pasti membangkitkan suasana yang tenang dan romantik.

Alamat: 84 Kampung Kuala Terla, 39000, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-5972274


10. Cassa D’One Homestay 

Cassa D'OneS Homestay Cameron Highland

Cassa D’OneS Homestay ini terletak di Golden Hill. Tempat ini strategik untuk anda menginap kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan. Anda hanya ambil masa 3 minit sahaja dari homestay untuk menuju ke Pekan Rata. Selain itu, Cassa D’OneS Homestay juga berdekatan dengan Hospital Tanah Rata dan perjalanan mengambil masa 4 minit saja dari homestay.

Homestay yang terletak di tingkat 1 ini juga dilengkapi 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap bilik tidur juga dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan tambahan tilam bersaiz single. Ruang tamu dan ruang makan yang luas juga memberi keselesaan buat anda. Selain itu, anda tak perlu risau tentang tempat letak kereta kerana tempat letak kereta yang disediakan sememangnya banyak.

Alamat: Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan |Phone: 018-4658447


11. Epul Homestay 

Epul Homestay Cameron Highland

Epul Homestay mempunyai 5 buah homestay di blok yang sama ini sesuai untuk percutian keluarga besar atau rombongan percutian. Setiap unit ini dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Setiap bilik pula terdapat sebuah katil yang bersaiz queen. Epul Homestay ini boleh menampung seramai 10 ke 12 orang pada setiap unit.

Tempat letak kereta yang luas dan banyak juga memudahkan anda untuk meletakkan kereta. Kemudahan lain yang tersedia ialah seperti dapur, alatan memasak, pemanas air, seterika dan lain-lain lagi. Lokasinya juga turut strategik kerana dekat dengan tempat-tempat yang menarik seperti ladang teh, ladang strawberi, pasar malam Sg. Ruil dan taman rekreasi Tanah Rata. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke tempat-tempat ini dari Epul Homestay.

Alamat: C4-8-15 perumahan makmur cameron jaya Jalan tengkolol, Tanah Rata, 39000, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-9137020


Cameron Highlands sememangnya menjadi tempat percutian yang wajib ada dalam senarai percutian anda. Namanya pun bercuti, jadi ada pelbagai aktiviti dan tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati sepanjang berada di sini. Jangan lepaskan peluang untuk mengisi masa percutian anda dengan perkara yang bermanfaat. Ditambah pula, dengan udara yang segar dan sejuk pasti membuatkan percutian anda seperti di luar negara!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Big Red Strawberry Farm

Mercu tanda Cameron Highland. Selain Ladang Teh Boh di Sungai Palas, salah satu lagi ikon Cameron Highland ialah buah strawberry. Kanak-kanak mesti terasa amat teruja...

Cactus Valley di Cameron Highland

Anda akan jumpa Cactus Valley atau Lembah Kaktus, Brinchang ini ketika di tengah jalan sebelah kanan kalau menuju ke Ladang Teh Boh. Cactus Valley merupakan...

Ladang Teh Boh – Pemandangan hijau yang indah

Teh Boh merupakan jenama teh yang amat popular di Malaysia. Jadi kalau nak tengok pemandangan Ladang Teh Boh di Sungai Palas dan mempelajari bagaimana serbuk...

12 Tempat Penginapan BEST di Cameron Highland

Percutian yang sejuk dan nyaman semestinya di Cameron Highland yang merupakan destinasi percutian popular di Semenanjung Malaysia. Pemandangannya yang cantik dipenuhi kehijauan ladang teh...

Agro Technology Park MARDI – PELIK bunga dan buahnya

Taman Agro Tech MARDI di Cameron Highland ini hanyalah dalam 20 minit jalan kaki dairpada pertengahan Tanah Rata. Taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga-bunga...

Time Tunnel Museum – Ubat gigi muka HITAM !

Bagi yang membesar dalam era 70-90an, berada kat Time Tunnel Museum pasti akan membuatkan anda teringat kembali ke masa silam. Banyak barangan, perkakas lama yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x