Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

12 Tempat Penginapan BEST di Cameron Highland

Percutian yang sejuk dan nyaman semestinya di Cameron Highland yang merupakan destinasi percutian popular di Semenanjung Malaysia. Pemandangannya yang cantik dipenuhi kehijauan ladang teh telah menjadi tarikan bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong dari seluruh dunia. Tanah tinggi Cameron terletak di tengah-tengah banjaran Titiwangsa dan tidak begitu jauh dengan bandar Kuala Lumpur. Oleh itu, tidak hairanlah lokasi percutian ini dipenuhi dengan pengunjung dari bandar pada hujung minggu dan cuti sekolah sebab banyak tempat-tempat menarik di Cameron Highland ni.

Jalan-jalan di kebun teh dan ladang strawberi, bersiar-siar sekitar bandar yang nyaman udaranya, mengunjungi pasar malam Cameron dan banyak lagi perkara menarik anda boleh lakukan. Sesuai sangat menjadi destinasi berbulan madu dan percutian keluarga. Kalau pergi sehari saja, risau tak cukup masa pula nanti. Terkejar-kejar nak pergi banyak tempat sebab rugi tak pergi tempat menarik dah alang-alang ada di Cameron. Terdapat banyak tempat penginapan yang best di Cameron ni untuk anda bermalam. Kami memudahkan urusan anda dengan menyenaraikan penginapan di Cameron Highland di bawah.

12 Penginapan di Cameron Highland


1. Tiny Boutique Habitat

Tiny Boutique Habitat

Terletak berdekatan dengan ladang strawberi, Tiny Boutique Habitat memberikan penginapan seperti rumah teres berserta patio. Bukan itu sahaja, hotel ini juga hanya 5 minit perjalanan ke Gunung Brinchang dan Cactus Valley. Setiap bilik di sini mempunyai bilik air persendirian, televisyen, pengering rambut dan akses kepada Wi-Fi. Anda akan dapat pemandangan taman bunga yang indah dan menenangkan di sini. Terdapat juga restoran dalam hotel ini jadi anda tidak perlu keluar jauh untuk membeli makanan.

Kebersihan dan keindahan sekitar penginapan sangat dijaga rapi demi menjamin kesejahteraan pengunjung. Keindahan taman bunga mereka dapat meberikan anda ketenangan ketika bercuti di Cameron. Anda boleh membuat tempahan penginapan melalui pautan yang kami sediakan. Mudah dan pantas!

Alamat: 24, Kg Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 11.00am – 11.00pm, Jumaat 3.00pm – 11.00pm

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-2153244


2.  The Backyard Glamping Cameron Highlands

The Backyard Glamping Cameron Highlands

Bagi anda yang inginkan pengalaman baru, ada satu port camping best di Cameron. Anda boleh berkhemah dengan cara moden di The Backyard Glamping. Berkhemah tetapi mempunyai kemudahan yang lengkap seperti di hotel. Ada katil, bilik mandi berserta pemanas air, tuala, selimut dan macam-macam lagi. Serba lengkaplah semuanya senang kata. Hanya perlu bawa barang masakan sahaja. Camping moden ditambah pula dengan aktiviti BBQ, bertambah seronoklah para pengunjung kan. Anda juga boleh pesan sahaja ayam dan daging perapan dari pihak mereka untuk BBQ anda.

Pemilik The Backyard Glamping ni baik dan peramah sangat. Pengunjung amat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Anda boleh lihat ulasan dan pengalaman yang dikongsikan pengunjung mereka sebelum ini di laman Facebook atau ulasan melalui pautan di bawah. Tidak rugilah kalau memilih tempat ini sebagai tempat penginapan di Cameron.

Alamat: Jalan Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-28841886


3. Hillside Cottage

Hillside Cottage

Hillside Cottage terletak di Tanah rata dan sangat berdekatan dengan terminal bas, kedai-kedai runcit, kedai makan dan lain-lain. Hanya berjalan kaki sahaja untuk ke tempat-tempat itu. Dengan menginap di sini anda dapat merasai seperti tinggal di kampung yang dikelilingi alam semula jadi. Penginapan di sini diperbuat daripada kayu dan mengenakan konsep ala-ala kampung moden. Sesuai sangat untuk anda yang ingin lari dari kesibukan dan bising di kota. Kemudahan di sini lengkap sama seperti anda tinggal di hotel jadi tak perlu risaulah dengan keselesaan tidur di sini. Pasti tenang dan nyaman!

Sekiranya anda inginkan pakej berbulan madu, atau ingin membuat sambutan istimewa, pihak mereka akan usaha mengaturkan yang terbaik untuk anda. Aktiviti BBQ juga boleh dilakukan di sini. Pemilik tempat ini sangat peramah dan mudah untuk berurusan. Sebarang tempahan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-2096857


4. Copthorne Hotel Cameron Highlands

Copthorne Hotel Cameron Highlands

Copthorne Hotel terletak di altitud tinggi yang memberi anda pemandangan atas bukit yang begitu indah. Kehijauan alam semula jadi dapat memberikan anda ketenangan luar biasa dengan menginap di sini. Terdapat lebih dari 300 buah bilik termasuklah apartment dan bilik tamu. Anda pasti akan berasa selesa dan puas hati menginap di sini kerana biliknya sangat luas. Dekorasi bilik juga tidak kurang hebatnya. Elemen minimalis dan mewah dapat memberikan anda ketenangan dan santai sahaja.

Fasiliti lain yang boleh didapati di sini adalah seperti bilik mesyuarat dan ruang makan hotel. Bilik mesyuarat mereka luas dan dekorasinya memberikan elemen profesionalisme untuk acara yang akan dijalankan. Bukan itu sahaja, mereka mempunyai lebih dari dua pilihan ruang makan seperti kafe, kedai kopi, lounge dan lain-lain. Pilihan menu makanan juga banyak. Tempahan boleh dilakukan secara terus melalui laman web mereka atau klik sahaja pautan di bawah.

Alamat: Kea Farm, Brinchang 39100 Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-496 1777


5. Century Pines Resort Cameron Highlands

Century Pines Resort Cameron Highlands

Sekiranya anda datang ke Cameron dengan menaiki bas, anda boleh menginap di Century Pines Resort kerana lokasinya hanya 4 minit perjalanan kaki dari Terminal Bas Tanah Rata. Suasana yang tenang dan nyaman di resort ini menjadikan anda ingin menginap lebih lama di sini. Resort ini dikelilingi kehijauan yang menyegarkan dan anda boleh menikmati suasana sejuk dan kicauan melodi semula jadi. Konsep kayu moden di bilik dengan ruang yang luas dan kemudahan yang lengkap menambahkan lagi keselesaan menginap di sini. Terdapat pilihan bilik dengan pemandangan taman bunga, bukit-bukau atau alam semula jadi.

Di resort ini mempunyai spa, gim, tempat makan, dewan dan bilik mesyuarat. Kalau ada acara atau urusan kerja rasmi, Century Pines Resort adalah pilihan penginapan yang tepat di Cameron ni. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fasiliti di sini, lawati laman web mereka dan segera buat tempahan.

Alamat: Lot 42, Jalan Masjid, Tanah Rata, Cameron Highlands, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-491 5115


6. Smurf Inn Homestay

Smurf Inn Homestay

Walaupun namanya homestay, namun ini bukanlah penginapan homestay yang biasa-biasa. Smurf Inn Homestay merupakan konsep hotel butik atau kediaman premium yang terletak berhampiran dengan lapangan golf dan ladang strawberi. Tema dekorasi di sini ialah English style atau orang kita panggil stail orang putih. Nampak mewah dan elegan gitu. Kalau nak ambil gambar memang cantiklah. Kemudahan di bilik termasuklah TV, almari, pengering rambut, pemanas air dan banyak lagi. Penginapan ini sesuai untuk pelancong ataupun untuk urusan kerja kerana mereka menyediakan akses Wi-Fi dan mempunyai pakej penginapan berserta sarapan pagi.

Tempat makan juga bertemakan English style jadi, anda boleh feeling seperti di luar negara kononnya. Sambil pergi makan boleh juga jalan-jalan sekeliling dan bergambar sebab sangat cantik tempat ini. Bilik di sini adalah terhad kerana ada kurang dari 30 pilihan bilik sahaja. Sekiranya anda ingin merasai penginapan ala-ala orang putih dengan harga yang berpatutan, segera buat tempahan melalui pantan di bawah.

Alamat: No 8, Smurf Inn, Jalan Pekeliling Padang golf, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-3067685


7. A’moss Farmstay

A'moss Farmstay

Kalau anda gemar akan suasana semula jadi dan inginkan penginapan yang selesa, A’moss Farmstay adalah pilihan yang sesuai. Konsep penginapan di sini adalah glamping iaitu berkhemah secara mewah dengan kemudahan yang lengkap. Khemah di sini adalah unik kerana berbentuk kubah atau dome. Sesuai bagi pasangan yang inginkan privasi atau kumpulan pelancong yang kecil. Anda boleh menikmati pemandangan luar dari dalam melalui bahagian lut sinar kubah. Namun begitu, anda tidak perlu risau mengenai privasi khemah kerana ada langsir yang boleh menutupi bahagian tersebut. Kemudahan asas seperti kipas, pemanas air dan cawan ada di dalam setiap kubah. Bilik air juga hanya bersebelahan dengan setiap kubah.

Alang-alang menginap di A’moss Farmstay, anda boleh menimba serba sedikit ilmu pertanian. Jangan lepaskan peluang untuk menginap di sini kerana banyak lagi perkara menarik yang anda boleh terokai. Anda dinasihatkan untuk lawati laman web mereka dan baca deskripsi tempat ini terlebih dahulu.

Alamat: Amoss Road, Kampung Gerak Sepadu,39000, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 5.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-5550356


8. Agro Highlands and Chalet

penginapan cameron highland Agro Highlands and Chalet

Penginapan yang unik dan luar biasa di Agro Highland Chalet di mana anda akan menginap di dalam ladang strawberi. Bukan sahaja boleh menginap, aktiviti memetik strawberi juga boleh dilakukan di sini. Kalau chalet di dalam ladang strawberi, di mana nak parkir kenderaan, ya? Tak pertu risau soal itu kerana tempat kenderaan ada disediakan berhampiran bilik penginapan. Keselamatan juga terjamin denga adanya CCTV. Lokasi chalet ini amat strategik iaitu berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Cameron dan berhampiran bandar. Mereka juga menawarkan pelbagai jenis bilik yang pastinya bersih dan selesa.

Selain aktiviti memetik strawberi, pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti BBQ, sukaneka, hari keluarga, seminar dan kursus. Hampir semua kemudahan disediakan untuk aktiviti meriah anda. Anda beritahu sahaja peralatan yang diperlukan dan mereka akan memberikan servis yang profesional dan terbaik untuk anda. Rasai penginapan di ladang strawberi dengan harga berpatutan di Agro Higland Chalet sekarang!

Alamat: Lot PT1009, Jalan Pecah Batu, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-718 5744


9. Sunlight Suite

penginapan cameron highland Sunlight Suite

Sunlight Suite dikenali juga dengan nama Jim Thompson Cottage. Alami keseronokan menginap di Sunlight Suite dan nikmati udara gunung segar di Cameron Highland. Penginapan di sini adalah berkonsepkan rumah banglo. Anda datang berpasangan, dalam kumpulan yang kecil ataupun ramai, mereka mempunyai pakej penginapan yang sesuai untuk anda. Ada bilik untuk 2-3 orang dan banglo besar yang boleh memuatkan lebih dari 20 orang. Kelengkapan di bilik seperti TV berserta Astro, pengering rambut, Wi-Fi dan  tuala ada disediakan. Setiap bilik mempunyai bilik air persendirian. Serba lengkaplah semuanya di sini.

Halaman yang luas membolehkan anda melakukan aktiviti di luar bersama orang tersayang. Parkir kenderaan juga ada disediakan dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Majlis seperti perkahwinan boleh diaturkan oleh mereka dan mereka akan menjadikan majlis anda sangat bermakna dan indah.

Alamat: No 46 & A47, Jalan Kamunting, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-491 3188


10. Cameronian Inn

penginapan cameron highland Cameronian Inn

Cameronian Inn adalah konsep rumah tamu yang didirikan oleh sebuah keluarga dan menawarkan harga bajet untuk penginapan anda di Cameron Highland. Lokasinya terletak berdekatan dengan kedai, ATM, dobi dan restoran di sekeliling. Mereka menawarkan bilik maksimum untuk 4 orang dengan harga harian yang cukup rendah. Walaupun begitu, kemudahan dan keselesaan bilik amat memuaskan. Mereka mempunyai taman bunga, bilik bacaan, televisyen dan juga akses Wi-Fi. Pada waktu malam, anda boleh singgah ke pasar malam kerana hanya 5 minit perjalanan untuk ke tempat tersebut.

Terdapat kafe yang menawarkan menu sarapan barat yang sangat menyelerakan di sini. Untuk pengetahuan anda, mereka membuat skon bakar sendiri khas untuk para pengunjung di Cameronian Inn. Segar dari ketuhar! Untuk aktiviti mendaki ataupun inginkan panduan mengenai kenderaan awam untuk berjalan-jalan, mereka sedia membantu anda.

Alamat: No 16, Jalan Mentigi, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-491 1327


11. The Lakehouse Cameron Highlands

penginapan cameron highland The Lakehouse Cameron Highlands

The Lakehouse Cameron terletak 1 km dari aras laut dan memerlukan sedikit pendakian bukit. Penginapan berasaskan kayu ini diinspriasikan oleh warisan budaya Inggeris. Hiasan antik di dalam rumah seperti kipas meja antik dan telefon putar memberikan kelainan untuk penginapan di sini. Keindahan dan kehijauan sekeliling memberikan kesegaran dan ketenangan sepanjang penginapan anda. Terdapat lebih kurang 19 pilihan bilik yang mengekalkan elemen klasik barat. Di setiap bilik mempunyai bancuhan teh dan kopi dan juga cermin panjang. Untuk bersantai, pengunjung boleh berehat di kerusi malas yang terdapat di blik bacaan sambil menikmati ketenangan di pendiangan.

Terdapat juga bilik permainan di mana anda boleh bermain board game untuk mengisi masa lapang. Restoran mereka menyediakan menu makanan tempatan dan juga barat sesuai dengan tema penginapan di sini. Servis dan layanan oleh staf adalah sangat peramah dan memuaskan dalam mengekalkan profesionalisme mereka. Kebersihan bilik dan kawasan sekeliling juga dijaga rapi.

Alamat: 30th Mile Ringlet, 39200 Cameron Highlands, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-495 6152


12. Heahtitude

penginapan cameron highland Heahtitude

Seni bina yang unik dan moden di Heahtitude sesuai sebagai penginapan untuk bercuti dalam kumpulan yang kecil. Perabot dalaman tema vintaj seperti cermin triptych dan kusyen old-fashioned mengimbau kembali kepada zaman dahulu kala. Di sini terdapat hanya 5 bilik yang boleh memuatkan maksimum 4 orang. Kemudahan di sini adalah bercampur dengan tetamu lain seperti dapur dan laundry. Akses Wi-Fi di keseluruhan tempat juga ada disediakan. Heahtitude terletak berdekatan dengan ladang teh Cameron Highland. Jadi anda boleh jalan-jalan di ladang teh dan menikmati pemandangan penuh kehijauan.

Selain itu, anda berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti mendaki dan berbasikal. Keindahan malam melihat bandar Cameron boleh dinikmati di patio terbuka mereka yang bersebelahan sungai. Anda boleh menempah bilik untuk kumpulan yang kecil atau keseluruhan rumah untuk maksimum 14 orang dengan membuat tempahan melalui pautan semak harga di bawah. Maklumat terkini boleh didapati di laman Facebook Heahtitude.

Alamat: 84 Kampung Kuala Terla, 39000, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-597 2274


Pelbagai konsep penginapan boleh didapati di pusat pelancongan popular Cameron Highland. Sama ada untuk tujuan bisnes atau bercuti bersama keluarga, hampir semua kemudahan lengkap disediakan untuk anda. Banyak juga penginapan yang menawarkan kelainan seperti berkhemah secara moden, tema klasik dan tema barat. Yang mana satu menjadi pilihan anda, segera buat tempahan agar anda tidak terlepas tempat penginapan yang diinginkan.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Big Red Strawberry Farm

Mercu tanda Cameron Highland. Selain Ladang Teh Boh di Sungai Palas, salah satu lagi ikon Cameron Highland ialah buah strawberry. Kanak-kanak mesti terasa amat teruja...

Agro Technology Park MARDI – PELIK bunga dan buahnya

Taman Agro Tech MARDI di Cameron Highland ini hanyalah dalam 20 minit jalan kaki dairpada pertengahan Tanah Rata. Taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga-bunga...

Taman Lavender Cameron Highland – Aiskrim Berperisa Lavender?

Satu tarikan pelancongan di Cameron Highland yang agak baru iaitu Taman Bunga Lavender. Bagi yang nak photoshot di kelilingi bunga-bunga yang cantik berwarna warni, bolehlah...

Cactus Valley di Cameron Highland

Anda akan jumpa Cactus Valley atau Lembah Kaktus, Brinchang ini ketika di tengah jalan sebelah kanan kalau menuju ke Ladang Teh Boh. Cactus Valley merupakan...

Taman Rama-Rama – Destinasi Cuti Cuti Romantis

Persinggahan di Taman Rama Rama, Cameron Highland memang sangat BEST. Walaupun di luarnya nampak buruk tak bermakna dalam dia lebih buruk. Mungkin mereka kena...

Time Tunnel Museum – Ubat gigi muka HITAM !

Bagi yang membesar dalam era 70-90an, berada kat Time Tunnel Museum pasti akan membuatkan anda teringat kembali ke masa silam. Banyak barangan, perkakas lama yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x