Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

20 Tempat Penginapan Janda Baik Yg Best & Murah

Tempat penginapan yang terbaik sememangnya mudah didapati di mana-mana tetapi penginapan terbaik yang menawarkan suasana yang indah dan tenang semestinya sukar ditemui. Jadi kami telah membantu anda dengan menyenaraikan 20 tempat penginapan yang bukan sahaja menarik malah dikelilingi alam sekitar. Tempat yang kami cadangkan ini memang merupakan tempat popular yang sering menjadi pilihan pelancong. Mengamati pemandangan indah alam sekitar memang dapat membantu untuk mengurangkan tekanan dalam diri anda. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat lebih mengenali habitat flora dan fauna di samping melawat tempat menarik di Pahang.

Tempat penginapan ini menawarkan pelbagai kemudahan dan tempat hiburan untuk menjadikan percutian anda sekeluarga menjadi lebih menarik. Rekaan bagi setiap tempat penginapan memang sangat unik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Dapatkan udara yang segar sekali-sekala untuk menjadikan diri anda lebih baik. Pengalaman percutian anda akan menjadi lebih hebat jika memilih tempat-tempat penginapan yang luar biasa ini.

Penginapan Mesra Alam Di Janda Baik Yang Menarik


1. Villa Nadiah

penginapan janda baik Villa Nadiah

Villa Nadiah merupakan sebuah Villa mewah yang cukup selesa dan sesuai untuk anda jadikan sebagai tempat untuk bermalam. Villa mewah yang terletak di Pahang ini mempunyai konsep tersendiri iaitu moden dan elegant. Oleh kerana itu, anda akan terpukau dengan kecantikkan villa ini walaupun baru melihatnya daripada luar. Dekorasi di dalam villa yang menggunakan kaca dengan keluasan dalaman yang lapang dan dilengkapi dengan semua kemudahan yang cukup, memang menjadikan ia sebagai lokasi penginapan yang sempurna.

Villa ini memang sangat selesa untuk didiami dan boleh dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul beramai-ramai. Jika anda telah membuat perancangan untuk berkumpul dengan ahli keluarga yang ramai, villa ini memang merupakan pilihan yang tepat untuk anda kerana di villa ini terdapat 7 buah bilik tidur, 12 buah katil dan 6 bilik mandi. Anda juga tidak perlu lagi bersusah payah untuk menempah banyak bilik bagi memuatkan ahli keluarga anda.

Bukan itu sahaja, terdapat juga bilik untuk bersantai seperti bilik permainan dan bilik alat muzik. Anda boleh melepak di bilik santai ini untuk meluangkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Tidak dilupakan juga, di luar villa ini terdapat sebuah kolam besar yang bersih untuk anda bermandi-manda.

Alamat: Lorong Cherengin Tengah 1, Kampung Cheringin, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-208 9966


2. Sugeh Hill Resort

penginapan janda baik Sugeh Hill Resort

Anda menginginkan tempat penginapan yang indah dan mempunyai suasana ala-ala seperti berada di kampung, Sugeh Hill Resort merupakan tempat yang anda cari. Merupakan sebuah Resort yang klasik dengan menggunakan konsep “cintai alam sekitar” menjadikan resort ini kelihatan lebih hebat dan menarik. Udara di sini juga sangat segar dan nyaman disebabkan oleh tumbuhan-tumbuhan hijau yang ditanam di keliling kawasan resort.

Selain itu, resort ini juga memang dijaga dengan sangat rapi dan kemas. Mereka menghiasi resort ini dengan idea yang sangat kreatif dan terbaik. Sekaligus menjadikan ia sebagai tempat yang cantik untuk anda yang ingin bergambar. Di sini bukan sahaja terdapat kolam renang malah anda juga boleh memilih untuk mandi di sungai yang berdekatan. Air sungai yang cetek dan jernih memang sangat seronok dan menyegarkan.

Di sini juga anda boleh melihat kuda yang mereka pelihara. Untuk memudahkan urusan anda, di sini mereka menerima pembayaran secara kad kredit atau aplikasi Boost. Resort ni lah resort yang dimiliki oleh Dato’ Sri Aliff Syukri.

Alamat: Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Lot 495, Kampung Hulu Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-327 8133


3. Man Ana Chalet

penginapan janda baik Man Ana Chalet

Terletak berdekatan dengan salah satu sungai di Janda Baik, Pahang menjadikan suasana chalet ini sangat nyaman. Di sungai ini juga anda dibenarkan untuk mandi-manda dan jangan lupa untuk mengajak anak-anak anda untuk bermandi-manda di sungai yang cetek ini pada waktu pagi. Anda boleh melepak pada waktu malam di kawasan luar chalet yang luas untuk merasai angin malam yang sejuk. Pakai pakaian tebal sikit kerana memang sejuk angin malam dekat chalet ini disebabkan kawasan yang dikelilingi oleh pokok-pokok hijau.

Biasanya, mereka yang menginap di sini akan membawa khemah juga untuk membuat aktiviti perkhemahan di tepi sungai. Selain itu, di sini juga terdapat tempat untuk anda membuat bakar-bakar bbq. Makan makanan berbakar di waktu yang sejuk sambil menghirup udara segar malam memang sangat menyeronokkan. Segala kemudahan di sini  disediakan dengan sangat lengkap dan keadaan barang semuanya dalam keadaan baik.

Alamat: Man Ana Chalet, Lorong belia 1 Ulu Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-390 1121


4. Tanjung Hills Retreat

Tanjung Hills Retreat

Sekiranya anda menginginkan penginapan yang ala-ala “kampung style”, Tanjung Hills Retreat adalah jawapan yang tepat untuk anda kerana di sini anda boleh memilih pelbagai jenis bilik yang berkonsepkan rumah kampung sebagai contoh rumah panjang, rumah pondok, rumah baru, rumah papan dan rumah kembar. Walaupun rumah kayunya kelihatan seperti kecil diluar tetapi ia boleh memuat seramai sepuluh orang. Memang berbaloi dengan harga yang mereka tawarkan.

Tempat yang aman damai kerana terletak di kawasan terpencil dan jauh daripada hiruk-pikuk bandar. Sememangnya wajar untuk anda mencari tempat penginapan yang dikelilingi oleh hutan hijau kerana ia akan menjadikan percutian anda lebih tenang dan indah. Oleh kerana terdapat sebuah tasik di sini, anda boleh melakukan aktivti menarik seperti berkhemah atau melepak di tepi tasik pada waktu malam sambil memasang unggun api.

Bukan setakat tasik sahaja yang ada di sini malah terdapat juga sungai yang terletak berhampiran. Jangan risau, air sungai yang cetek menjaminkan keselamatan anak-anak anda untuk bermandi-manda. Mereka juga ada menyediakan tempat untuk anda bakar-bakar barbeque di sini.

Alamat: Lot 25731, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-210 1322


5. Happy Paradise

Happy Paradise

Sebuah homestay terbaik di Janda Baik yang menawarkan tempat penginapan yang selesa, tentunya hanya di Happy Paradise. Sememangnya syurga hiburan di sini kerana mereka menawarkan tempat hiburan seperti karaoke, snooker, bilik permainan mini, taman permainan kanak-kanak dan gelanggang futsal. Bukan itu sahaja, mereka juga ada menawarkan tempat untuk urut kaki di sini. Anda boleh berehat dengan santai di dalam resort yang terdapat pelbagai tempat menarik ini.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga yang anda boleh lakukan di dalam resort ini antaranya ialah menunggang kuda, berkayak di tasik, memancing di kolam ikan yang disediakan dan melawat ladang sayur. Di sini terdapat juga mini zoo yang boleh anda kunjungi dan antara haiwan yang mereka pelihara ialah ayam, itik, burung dan burung unta.

Bukan biasa-biasa kolam renang yang mereka tawarkan kerana terdapat taman tema air mini di sini yang boleh anda bermandi-manda. Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan peta tempat ini di Facebook rasmi mereka.

Alamat: Lot 5596, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-257 7440


6. Canopy Villa Glamping

Canopy Villa Glamping

Canopy Villa Glamping merupakan tapak glamping mewah yang terletak di dalam hutan hujan di Pahang. Tempat yang sesuai bagi pencinta alam sekitar atau kepada anda yang inginkan percutian dengan suasana alam sekitar yang menakjubkan. Dengan udara segar, tempat yang sejuk dan pemandangan hutan hijau yang indah memang akan menjadikan perjalanan percutian anda lebih sempurna.

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menginap di pelbagai jenis penginapan seperti di khemah loceng, khemah safari atau khemah maharaja. Walaupun menggunakan konsep perkhemahan tetapi bilik ini tetap juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti  katil yang selesa, bantal, selimut dan juga penghawa dingin. Bila lagi anda mahu mendapatkan pengalaman perkhemahan yang terbaik dan selesa.

Antara aktivti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah hiking di bukit berdekatan, naik ATV, memancing, memanah dan bbq. Apabila berkunjung ke sini, jangan terlepas peluang untuk menyegarkan diri anda dengan mandi di sungai yang terletak berhampiran.

Alamat: Sg Lampin, Janda Baik 28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 013-333 8122


7. Saufiville Boutique Resort

Saufiville Boutique Resort

Sebuah resort mewah yang menawarkan pemandangan yang bagus dan cantik, semestinya hanya di Saufiville Boutique Resort. Tempat penginapan yang luas ini boleh memuatkan anda bersama dengan ahli keluarga anda walaupun dalam jumlah yang ramai. Kebiasaannya, orang ramai akan memilih tempat ini untuk dijadikan sebagai penginapan sewaktu mengadakan hari keluarga. Lokasi yang tepat untuk anda bercuti bersama-sama keluarga di Pahang.

Untuk pengetahuan anda, resort yang terbaik ini pernah dijadikan sebagai lokasi pengambaran untuk beberapa filem yang terkenal. Rugi jika anda tidak memilih untuk menginap di tempat yang selesa seperti di Saufiville Boutique Resort. Di sini mereka ada menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda. Terdapat juga kolam renang yang luas dengan view pemandangan yang cantik. Selain itu, banyak tempat menarik yang terletak berdekatan dengan resort ini antaranya ialah Bukit Nuang dan Hutan Lentang.

Alamat: Kampung Chemperuh Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-279 8003


8. Danau Daun Chalet

Danau Daun Chalet

Jika anda mencari tempat penginapan yang privasi untuk anda sekeluarga, Danau Daun Chalet adalah pilihan yang sesuai. Di sini terdapat 5 jenis chalet yang ekslusif dengan pelbagai reka bentuk yang boleh anda pilih. Reka bentuk bagi setiap chalet adalah berbeza dan setiap rekaan mempunyai keunikkan sendiri. Di sini anda akan dapat menyaksikan kecantikkan matahari terbenam daripada bilik tidur. Menyelami keindahan alam sekitar di tempat ini memang akan membuatkan anda mempunyai pengalaman bercuti yang luar biasa.

Selain itu, terdapat juga kafe di dalam resort ini yang menawarkan hidangan masakan Malaysia, Indonesia dan Kemboja. Kafe ini dibuka daripada 8 pagi hingga ke 8 malam, jadi tidak perlu untuk anda bersusah-payah mencari makanan. Antara kelengkapan yang mereka sediakan ialah mini peti sejuk, microwave, televisyen HD dan banyak lagi. Antara tempat menarik yang terletak berdekatan dengan resort ini ialah Taman Botani dan Ladang Tanaman popular Pahang.

Alamat: Lot 534, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 010-239 7400


9. Fifty4fern

Fifty4fern Janda Baik

Percutian anda akan menjadi lebih sempurna sekiranya mendapat tempat penginapan yang luar biasa seperti di Fifty4fern. Daripada Kuala Lumpur untuk ke sini hanya mengambil 45 kilometer sahaja. Tempat ini terletak di kaki bukit banjaran gunung utama di kawasan kampung Janda Baik, Pahang. Jika memilih untuk menginap di sini anda akan dapat menyaksikan pemandangan indah bukit bakau. Sememangnya tempat yang sesuai untuk anda mendapatkan ketenangan dan berehat daripada segala kesibukkan.

Mereka menawarkan 24 chalet dan kabin yang boleh anda pilih untuk menjadi tempat penginapan anda. Rekaan chalet yang cantik dan mempunyai ruangan dua tingkat yang luas membolehkan anda melepak di situ. Oleh kerana tingkat atas mempunyai ruangan terbuka, anda boleh bersantai sambil melihat bintang pada waktu malam jika cuaca baik. Walaupun bilik ini kelihatan kecil tetapi ia dilengkapi dengan semua barang keperluan anda. Yang istimewanya, di bilik set family suit terdapat jakuzi mini di balkoni yang menghadap  ke kolam ikan. Masa lapang anda boleh diluangkan dengan bersantai dan berendam di dalam jakuzi mini di bilik anda.

Alamat: Lot 12188, Lorong Cheringin, 28750, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-345 4284


10. Enderong Resort

Enderong Resort

Tempat yang baik untuk percutian anda sekeluarga, datanglah ke Enderong Resort. Tempat penginapan unik yang dikelilingi oleh keindahan flora dan fauna yang pelbagai. Rumah Endorong merupakan sebuah rumah batu dan campuran kayu tiga tingkat dengan tingkap kaca besar bersama siling tinggi. Oleh kerana mempunyai tiga tingkat ia boleh memuatkan seramai mana bilangan ahli keluarga atau rakan-rakan yang mengikuti percutian anda. Duduk lepak di beranda dengan pemandangan bukit-bakau yang indah sambil mendengar kicauan burung memang sesuatu yang sangat menarik.

Jika anda tidak ingin memilih Rumah Enderong sebagai tempat penginapan, anda juga mempunyai pilihan lain seperti The Cottage. Sebuah rumah kayu yang berkonsepkan rumah kampung tradisional dan mempunyai sebanyak 4 bilik tidur. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menempah bilik Annexe Rooms atau Annexe Plus Rooms. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di dalam resort ini. Sebagai contoh memanah, meredah hutan berdekatan atau bersantai di pondok yang terdapat di tasik resort ini.

Mesti anda tidak pernah mendengar tentang pokok Burflower? Banyak pokok Burflower di pintu masuk resort ini. Bukan itu sahaja, di kafe resort ini juga terdapat pelbagai menu unik yang diperbuat daripada buah tempatan.

Alamat: C21, Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine Tanarimba, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm, Ahad tutup

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-233 0512


11. Serene Resort

Serene Resort

Tidak kira anda datang ke Pahang untuk melancong atau urusan kerja tetapi anda memang wajib untuk memilih tempat penginapan seperti Serene Resort & Training Centre ini. Tempat ini merupakan Hotel 3 bintang terbaik yang menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan menyediakan segala kelengkapan bagi memudahkan anda. Resort ini juga mempunyai tema ala-ala rumah kampung kayu.

Selain itu, terletak di lokasi yang mudah dicari menjadikan tempat ini dapat mencuri perhatian orang ramai. Anda memang kena berebut untuk dapatkan bilik mereka yang cantik ini kerana hanya terdapat 10 bilik sahaja yang ditawarkan. Setiap bilik akan dilengkapi dengan kemudahan seperti seterika, pemanas, pengesan asap dan banyak lagi.

Banyak tempat menarik yang disediakan untuk anda melakukan aktiviti sewaktu masa lapang sebagai contoh bilik permainan, tempat karaoke, ping pong, menunggang kuda, memancing dan banyak lagi. Jangan risau tentang makanan kerana di sini terdapat tempat makan yang menyajikan hidangan halal untuk muslim dan pelbagai lagi menu istimewa.

Alamat: Lorong Seri Dinar, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi  | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-233 0470


12. Tirasa Escapes Glamping

Tirasa Escapes Glamping

Tirasa Escapes Glamping merupakan sebuah tempat penginapan yang luar biasa di Pahang. Tempat yang selesa, murah dan menyeronokkan ini memang tidak boleh didapati di tempat lain. Menjadi satu kebanggaan kerana mereka telah berjaya memenangi Anugerah Landskap Malaysia dan termasuk sebagai Project of The Year. Mengikut anggaran tempat ini hanya mengambil masa 1 jam sahaja daripada Kuala Lumpur. Mereka menawarkan 20 khemah mewah yang mempunyai gaya safari dan 5 buah rumah pokok yang indah. Anda boleh memilih untuk menjadikan salah satu daripada itu sebagai tempat penginapan anda sekeluarga.

Berjalan-jalan pada waktu petang melalui laluan yang dikelilingi pokok-pokok ini memang redup dan sangat aman. Terletak di kawasan yang mempunyai keluasan seluas 7 ekar ini membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti menarik. Memang lengkap segala kemudahan yang mereka tawarkan di sini untuk anda gunakan. Tinggal di suasana yang terdapat pelbagai flora dan fauna memang sangat menyeronokkan.

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-887 7777


13. Ruang Janda Baik

Ruang Janda Baik

Penginapan yang selesa di Ruang Janda Baik memang akan membuatkan pengalaman bercuti anda menjadi lebih menarik. Villa yang mempunyai konsep gaya terbuka ini dikelilingi oleh alam sekitar yang indah. Yang menariknya, di villa ini terdapat sebuah kolam ikan air tawar yang membolehkan anda memancing. Bukan kolam pancing sahaja yang terdapat di sini malah ada juga sungai yang terletak berdekatan sahaja daripada tempat penginapan. Bila lagi anda mahu membawa anak-anak anda bermandi-manda di air semula jadi yang menyegarkan ini.

Jangan lupa untuk menangkap gambar banyak-banyak di tempat yang cantik ini dan jadikan ia sebagai kenangan manis anda. Tempat yang dihias dengan idea kreatif dan dijaga dengan rapi ini memang merupakan tempat yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang bagus. Di sini terdapat juga sayur-sayuran yang ditanam secara organik untuk anda kunjungi dan anda akan dapat melihat bagaimana sayur-sayuran di ladang sayur ini dijaga oleh pekebun-pekebun di villa ini.

Selain itu, anda juga boleh merancang untuk mengadakan apa-apa sahaja majlis di villa ini. Kebiasaannya mereka akan mengadakan majlis di sini seperti sambutan hari jadi, acara peribadi, hari keluarga, resepsi perkahwinan dan sebagainya.

Alamat: 13, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-219 6409


14. Teratak Malaya

Teratak Malaya

Sekiranya anda masih mencari penginapan yang akan menjadikan percutian anda lebih santai dengan pakej suasana yang damai, Teratak Malaya pasti tempat yang anda cari-cari. Terletak di tempat yang tenang dan jauh daripada kesibukkan kota menjadikan tempat ini lebih aman damai. Untuk pengetahuan anda, Teratak Malaya ini merupakan antara 40 tempat penginapan terbaik di sekitar Janda Baik. Mereka menawarkan 6 jenis penginapan yang boleh anda pilih dengan tawaran harga serendah RM 300 hingga ke RM 400 satu malam. Setiap villa mempunyai tawaran harga yang lain-lain dan mempunyai reka bentuk yang berbeza.

Terdapat sungai yang terletak betul-betul berdekatan dengan salah satu bilik di sini iaitu bilik D’tebing 7. Jika anda memilih bilik ini memang sejuk pada waktu malam dan anda tidak perlu berjalan jauh untuk mandi sungai. Terdapat juga beranda di setiap bilik untuk anda jadikan sebagai port lepak anda pada waktu petang atau malam. Di sini terdapat juga kafe yang boleh memuatkan seramai lebih 200 orang dan dewan utama mereka juga boleh memuat seramai lebih 250 orang.

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 013-226 2030


15. Sailor’s Rest Resort

Sailor's Rest Resort

Sailor’s Rest Resort merupakan sebuah resort yang terletak di hutan hujan tropika Pahang dan menawarkan penginapan yang sempurna untuk anda. Anda bebas memilih untuk menginap di chalet yang mempunyai reka bentuk moden atau ala-ala rumah kampung. Lebih menarik lagi, di sini ada menawarkan penginapan rumah bot yang akan membuatkan anda mendapat pengalaman tidur didalam bot. Tidur di rumah bot dapat membuatkan anda terasa seperti sedang belayar di lautan. Di mana lagi anda boleh dapatkan tawaran hebat seperti ini kan? Walaupun begitu, segala kemudahan dan kelengkapan yang anda perlukan memang tersedia lengkap di setiap bilik.

Bagi anda yang inginkan lebih cabaran, anda boleh merasai sendiri pengalaman bermalam di tapak perkhemahan mewah yang ditawarkan di sini. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan sewaktu menginap di resort ini sebagai contoh berbasikal pada waktu petang, memancing atau meredah hutan. Sailor’s Rest terletak di Kawasan yang menyatukan antara dua sungai iaitu Sungai Kuali dan Sungai Lurah. Hari anda memang tidak akan membosankan sekirannya anda memilih untuk menginap di resort terbaik ini.

Alamat: Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm, Sabtu 10.00am – 6.00pm

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-360 9227


16. Chalet Mamapapa

Chalet Mamapapa

Chalet Mamapapa memang telah termasuk didalam senarai chalet termurah yang terdapat di Janda Baik. Mereka menawarkan pakej penginapan yang murah dengan menjaminkan ketenangan yang anda akan peroleh di sini. Terdapat banyak jenis bilik yang boleh anda tempah mengikut bilangan ahli keluarga anda dan setiap tawaran harga yang diberikan telah termasuk sekali dengan sarapan.

Tempat letak kereta kereta yang luas dan terletak berhampiran sahaja tempat penginapan membuatkan anda tidak perlu bersusah-payah berjalan jauh. Staf mereka juga memang akan memberikan layanan yang baik dan sentiasa bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa sahaja.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di chalet ini ialah mandi sungai atau main ATV tetapi ini hanya untuk usia 16 tahun ke atas. Mereka juga ada menawarkan perkhidmatan katering untuk anda yang ingin membuat majlis. Pelbagai menu menarik dan menyelerakan yang boleh anda tempah di katering chalet ini. Keseronokkan dan ketenangan yang akan diperoleh di chalet terbaik ini memang berbaloi dengan tawaran harga yang diberikan.

Alamat: Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-368 8594


17. Chengal Hill Retreat

penginapan janda baik Chengal Hill Retreat

Keunikan Chengal Hill Retreat ini memang telah menarik perhatian pengunjung sejak dulu lagi dan memang tiada lawannya. Anda boleh cuba menginap di sini dengan memilih bilik yang mereka tawarkan untuk mendapatkan pengalaman anda sendiri. Resort ini sememangnya destinasi pelancongan yang menarik untuk anda yang ingin bercuti di Pahang. Tempat penginapan yang selesa dengan tawaran harga yang hebat memang dapat menjamin percutian anda menjadi lebih sempurna.

Resort yang bertemakan alam sekitar dan berkonsepkan suasana kampung ini pernah tular di media sosial . Reka bentuk resort yang sempurna dan kreatif memang mempersonakan. Bukan itu sahaja, ramai artis dan influence terkenal yang pernah datang untuk membuat ulasan tentang resort ini. Walaupun resort ini tidak terdapat kolam renang tetapi di sini terdapat sungai yang jernih dan cetek untuk anda membawa anak-anak bermandi-manda. Pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh anda rancang untuk dilakukan di resort yang mempunyai keluasan yang luas ini.

Alamat: 5347, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-201 5118


18. Plateau Farm Treehouse Camp Site

penginapan janda baik Plateau Farm Treehouse Camp Site

Sekiranya anda menginginkan untuk merasai pengalaman menginapan di persekitaran hutan dan bukit bakau, Plateau Farm Treehouse Camp Site merupakan pilihan yang sesuai. Seperti keunikkan namanya, tempat ini menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk anda menginap sekirannya datang ke Janda Baik. Udara yang segar bersama pemandangan alam sekitar yang indah sememangnya tidak dapat diperoleh di tempat lain. Anda memang wajib untuk merehatkan minda dan badan anda selepas penat bekerja dengan mengambil udara yang segar.

Ruangan di rumah pokok ini memang memuatkan anda bersama pasangan tersayang. Anda boleh mencipta kenangan yang indah bersama yang tercinta di rumah pokok yang mempunyai suasana yang romantis ini. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti bersantai dengan pemandangan alam sekitar yang indah, berehat sambil mendengar kicauan burung-burung, bakar-bakar bbq dan banyak lagi.

Alamat: 3, Jalan Damai 3, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: 012-317 9175


19. Kebun Rimba Private Estate

penginapan janda baik Kebun Rimba Private Estate

Kebun Rimba Private Estate terletak di kawasan yang terdapat hampir 100 ekar hutan hujan yang subur. Oleh kerana terletak di tempat yang dikelilingi oleh hutan-hutan hijau, ia menjamin kesejukkan dan udara yang nyaman. Jangan risau tentang laluan untuk masuk ke resort ini kerana tidak sukar atau mencabar laluannya untuk anda yang datang menaiki kereta. Segala kemudahan telah disiapkan di resort ini dan tidak perlu anda bersusah payah mencarinya di tempat lain lagi. Yang istimewanya, di resort ini terdapat ladang getah yang diusahakan sendiri oleh pemilik resort. Anda boleh datang untuk berjalan-jalan di dalam kebun getah ini atau kebun lain yang terdapat di sini.

Kalau anda nak tahu, pelbagai aktiviti seronok yang boleh anda lakukan di dalam resort ini. Memang mudah kerana anda tidak perlu membazir duit untuk ke tempat lain. Antara aktiviti menarik yang boleh menceriakan hari anda di sini ialah membuat yoga di tempat khas yoga, mendayung sampan di tasik, berjalan di kawasan keliling hutan, mandi di air terjun yang berdekatan, menunggang kuda atau bermain permainan di bilik game yang mereka sediakan. Memang waktu cuti anda akan terisi dengan percutian yang sempurna dan sangat menyeronokkan.

Untuk bahagian makanan pula, anda boleh makan sahaja di tempat makan di dalam resort ini. Mereka menawarkan menu makanan istimewa yang boleh anda pilih dan akan menepati citarasa anda.

Alamat: Lorong Cheringin 1 Kampung Cheringin, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-23882840


20. Mak Lang Campground

penginapan janda baik Mak Lang Campground

Anda tidak pernah merasai pengalaman menginap di rumah tiga segi? anda boleh memilih Mak Lang Campground sebagai tempat penginapan anda. Direka dengan bentuk tiga segi dan diwarnakan dengan warna-warni sememangnya memukau. Keunikan dan kelainan yang dibawa oleh tempat ini sememangnya merupakan penginapan yang terbaik. Walaupun daripada luar ia kelihatan kecil tetapi segala kemudahan dan kelengkapan telah disiapkan dengan sempurna bagi setiap bilik.

Bukan rumah jenis tiga segi sahaja yang mereka tawarkan malah anda boleh memilih untuk menginap di rumah kayu atau bilik-bilik lain. Yang istimewanya, mereka ada menyediakan tapak untuk berkhemah di sini. Anda memang patut cuba merasai pengalaman berkhemah di tepi sungai kerana memang seronok dan sangat selesa. Tempat ini memang sering menjadi kunjungan bagi rombongan sekolah yang mengadakan aktiviti kem kerana kawasan yang luas dan boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Jangan bimbang tentang harga yang akan ditawarkan bagi bilik yang cantik ini kerana memang sangat murah dan berbaloi untuk anda cuba.

Alamat: Lot 5647 Janda Baik, 28750 Janda Baik

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-822 3923


Tempat penginapan sememangnya memainkan peranan yang penting bagi menjayakan plan percutian anda. Untuk tidak tersilap membuat pilihan, anda boleh membuat survey terlebih dahulu di semua tempat penginapan sebelum mengunjunginya. Memang berbaloi dengan duit yang anda keluarkan untuk mendapatkan hiburan yang luar biasa di sini. Selain itu, memang anda akan mendapatkan ketenangan di tempat-tempat yang indah ini.

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

9 Restoran Di Janda Baik -Tidak Menyesal Pergi

Di Pahang terdapt sebuah perkampungan di Bentong iaitu Janda Baik. Kawasannya terletak di Banjaran Titiwangsa Semenanjung Malaysia; kawasan pergunungan dengan ketinggian antara 600m ke...

11 Homestay Janda Baik Yg Sesuai Utk MENENANGKAN FIKIRAN

Malaysia memang sebuah bumi bertuah kerana dikurniakan banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Bagi yang sukakan keindahan alam semula jadi, Pahang merupakan salah satu...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x