Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Chendor

Pantai Chendor ni terletak antara sempadan Pahang dan Terengganu dan berdekatan dengan bandar Kemaman. Salah satu port nak berkelah dan beriadah yang terbaik dari ladang :)

Kalau nak diikutkan Chendor ni terletak dalam kawasan Padang, tapi tengok dalam Google Map, dalam negeri Terengganu pulak.Kalau korang dari Kuantan – Kemaman, simpang masuk terletak di sebelah kanan selepas 1-3km R&R Chendor. Sebelum sampai ke pantai, ada 2-3 gerai yang sedang sibuk melayan pelanggannya. Kami tak berhenti sebab dah kenyang, dan jangkaan kami makanan yang disediakan mungkin keropok dan celup tepung.

pantai chendor kemaman terengganu

Kami tiba kat sini dalam pukul 6 ptg, time ni memang agak ramai orang sedang bersantai dan berkelah di tepi pantai. Parking kete pun senang dan banyak. Dari jauh dah nampak keputihan pasir pantai Chendor ni. Cun lah !!

tempat menarik cherating pantai

Pantai Chendor ni memang sesuai kalau nak bawak anak-anak bermain dengan air laut sebab ada kawasan yang cetek dan selemat kalau setakat nak berkejaran di gigi pantai. Angin masa ni agak kuat namun ombak yang besar nun jauh ke tengah. Memang damai dan kalau ada buai memang sah dan konfem kami landing seround dua, :)

penginapan menarik chendor kemaman

View dekat pantai ni sangat cantik dan kebetulan time kami sampai waktu matahari nak terbenam, cantik dan terkesima dengan keindahan ilahi ni. Fuh !!

rekreasi pantai chendor kemaman

Kami lepak kat sini menimpati udara Laut Cina Selatan yg bersepoi-sepoi laju menerjah muka kami. Satu susasana yang amat syok dan mengasyikkan. Kalau korang ni kaki DSLR, boleh datang sini amik gambar. Ada bot-bot nelayan sesuai sangat la sebagai bahan korang.

tempat lepak pantai chendor

Kat sini juga ada tempat kalau nak main bola sepak pantai. Masa kami datang, tader orang yang bermain, mungkin dah nak maghrib orang nak pergi solat kot. Bagus orang kat sini :) Kalau nak main bola sepak pantai, kena lah bawak bola sendiri. Selepas sejam melepak di Pantai Chendor kami pun beransurlah bergerak ke Kemaman, ni dia pintu Gerbang masuk ke Terengganu. Welkam to Terengganu, bereh bohh !! :)

Lokasi dan koordinat Pantai Chendor. lat/lng: 4.177172,103.424014. Jangan tak salin pulak kang nanti sesat !

3.3/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Faizal Bin Gulam Hussain
Faizal Bin Gulam Hussain
2 years ago

Dulu ada motel ni time 70an.

Trisha
Trisha
6 years ago

Nak tanya pantai ni boleh camping tak? Ada 24hr toilet berdekatan sini?

Jelita
Jelita
1 year ago
Reply to  Trisha

Boleh camping..toilet sampai pukul 6 buka

Dila
Dila
6 years ago

Salam admin, nk tnya pantai ni boleh mandi kan ?

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x